Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal :11/12

Minggu Praktikum : Kesebelas

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 18 September 2017

Tajuk Jurnal : Kurang Pemahaman Dalam Kemahiran Asertif

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (18 September 2017) sewaktu sesi PdP Pendidikan Kesihatan Tahun 5, saya
membuat perancangan untuk membuat sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan
dengan kemahiran asertif yang terdapat dalam modul 2. Sewaktu sesi tersebut, objektif
pembelajran tidak mencapai sepenuhnya.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana kurangnya pemahaman dan ilmu berkaitan dengan
kemahiran asertif tersebut. Saya sendiri tidak memahami kemahiran asertif tersebut secara
mendalam. Oleh yang demikian, penyampaian saya sewaktu sesi tersebut kurang
memuaskan dan menyebabkan objektif pembelajaran tidak mencapai standardnya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya seharusnya membaca dan mencari maklumat berkaitan kemahiran asertif dengan
merujuk kepada pelbagai sumber.

b. Berbincang dengan rakan praktikum mengenai kemahiran asertif dan cara melaksanakan
aktiviti PdP.

c. Berjumpa dan meminta pandangan dan cadangan daripada pensyarah dan guru
pembimbing.

1
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan melaksanakan tindakan susulan ini selepas daripada tarikh jurnal ini ditulis. Saya
akan memastikan saya mempunyai pemahaman kemahiran asertif yang lebih baik pada sesi
PdP yang akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai