Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal :7/12

Minggu Praktikum : Ketujuh

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 24 julai 2019

Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (23 julai 2019) saya telah menghadapi satu masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancang semasa melaksanakan PdP Pendidikan Jasmani bagi
kelas 6 uranus. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak
cukup masa. Hala ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang
berakhir dalam proses PdP pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Murid-murid juga turun lewat
10 minit ke padang. Seterusnya, saya juga telah memberikan penerangan yang agak lama
bagi permulaan. Hal ini mengakibatkan aktiviti yang seterusnya tidak dapat dilaksanakan
mengikut waktu yang telah ditetapkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya seharusnya membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses PdP agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b. Saya akan memberikan penerangan yang ringkas kepada murid berkaitan aktiviti yang
dijalankan.

c. Saya akan mendapat nasihat dan bimbingan daripada guru dan pensyarah pembimbing.

1
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa yang
baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses PdP. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancang tidak tercapai
sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai