Anda di halaman 1dari 29

REQUISITIES OF AL-MUAMALAT IN THE SHARIAH

FIM 0013 Asas By Miss Liena


Muamalat Khalida
Jual Beli
1. Pengertian Jual Beli
2. Hukum Jual Beli serta Dalil
3. Hikmah Diharuskan Jual Beli
4. Rukun Jual Beli
CONTENTS 5. Syarat Sah Jual Beli
6. Jenis-jenis Jual Beli
7. Jual Beli yang Tidak Sah dan Diharamkan
8. Jual Beli yang Diharamkan Tetapi Sah
Jualannya
9. Isu Kawalan Harga Barang
J u a l B e l i

DEFINISI
Bahasa: Menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain
Istilah: Menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu

HUKUM
Asal jual beli itu harus, sekiranya redha meredhai oleh kedua belah pihak
(pembeli dan penjual), kecuali pada perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
Dalil Jual Beli

1. Surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud, “Allah menghalalkan jual beli
dan mengharamkan riba.”
2. Surah al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud, “ Dan hendaklah kamu
mengadakan saksi apabila kamu berjual beli.”
Hikmah Pengharusan Jual Beli

1. Allah menjadikan tabiat semula jadi manusia yang memerlukan tukar


menukar faedah harta antara sesame mereka, samada menerusi jual beli,
sewa menyewa, gadai menggadai dan sebagainya.
2. Dengan adanya peraturan jual beli ini akan terhindarlah kejadian rampas
merampas, rompak merompak bila mana manusia ingin memiliki harta benda
yang tidak ada padanya.
3. Jual beli mengajar manusia hidup Bersatu padu, harmoni dan berperaturan.
R u k u n J u a l B e l i

Menurut Hanafiah, ijab dan qabul

Menurut jumhur ulama’, rukun jual beli ada lima:


i. Penjual
ii. Pembeli
iii. Barang jualan
iv. Harga
v. Sighah (Ijab Qabul)
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat penjual dan pembeli:

o Mukallaf (berakal dan baligh): maka tidak sah jual beli yang
dilakukan oleh orang yang gila, orang bodoh atau kanak-kanak.
Tetapi mengikut mazhab Hanbali adalah sah jual beli yang
dilakukan oleh kanak-kanak. Sekiranya barang itu sedikit seperti
o Bukan dari golongan yang ditahan hartanya kerana muflis atau
bodoh
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat penjual dan pembeli:

o Bukan dipaksa: Tidak sah jual beli jika dilakukan secara paksa
kecuali jika dipaksa secara hak seperti membayar hutang.
o Merdeka
o Beragama Islam: Tidak sah menjual kitab-kitab yang berhubung
dengan agama Islam kepada orang kafir seperti menjual ayat-
ayat suci al-Quran. Dan tidak sah menjual alat-alat kelengkapan
perang kepada musuh Islam kerana khuatir membantu mereka
memerangi orang Islam.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat barang jualan:

o Barang itu mestilah bersih: Maka tidak sah menjual najis seperti
bangkai binatang dan sebagainya.
o Barang itu faedah: Maka tidak sah menjual barang-barang
yang tidak berfaedah dan tidak bernilai seperti dua biji beras.
o Barang itu kepunyaan sendiri ataupun wakil penjual
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat barang jualan:

o Sanggup menyerahkan barang itu kepada pembeli ketika


dilakukan akad jual beli kecuali kalau jualan itu bertangguh
yang tidak diserahkan barang itu pada ketika akad jual beli itu.
o Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat
barang jualan itu kerana jika tidak tahu khuatir akan membawa
kepada penipuan.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat harga:

o Mestilah harga itu bersih.


o Bahawa hendaklah harga itu sesuatu yang berfaedah pada
syarak. Maka tidak sah jual beli dengan sesuatu yang tidak
berfaedah pada syarak.
o Bahawa harga itu adalah kepunyaan pembeli. Maka tidak sah
jual beli dengan wang yang bukan kepunyaan pembeli.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat harga:

o Harga itu mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual.


o Penjual dan pembeli tahu jenis matawang yang digunakan
tentang sifat dan kadarnya. Maka tidak sah jual beli dengan
harga majhul.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Sighah (ijab dan qabul):

o Ulama’ berselisih pendapat tentang ijab dan qabul:


o Imam Hanafi berpendapat: Ijab itu mensabitkan perbuatan
khas yang menunjukkan kerelaan perkara yang berlaku
pada permulaan dari salah seorang daripada dua belah
pihak, samada dari pihak penjual atau dari pihak pembeli.
Dan qabul pula ialah yang disebut yang kedua.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Sighah (ijab dan qabul):

o Ulama’ berselisih pendapat tentang ijab dan qabul:


o Jumhur ulama’ berpendapat: Ijab itu ialah ucapan penjual,
meskipun ditakhirkan. Qabul itu ialah ucapan penerimaan si
pembeli walaupun dipermulaan.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat sighah (ijab dan qabul):

o Tidak diselangi oleh diam yang lama antara ijab dan qabul.
Maksudnya; selepas sahaja penjual berijab maka hendaklah
pembeli melafazkan qabul. Tetapi sekiranya dia sekejap sahaja
(seperti terbatuk sebaik sahaja penjual selisih berijab atau diam
kerana bernafas- tidak menjadi kesalahan).
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat sighah (ijab dan qabul):

o Bersamaan ijab dan qabul dari segi maknanya walaupun


berlainan dari segi lafaznya: contohnya, penjual berkata”saya
jual barang ini kepada engkau dengan harga satu ringgit”
kemudian sahut pembeli “saya terima barang ini dengan harga
seratus sen. Disini ternyata bahawa lafaz ijab dan qabul pada
zahirnya berlainan tetapi maksud dan ertinya sama.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat sighah (ijab dan qabul):

o Tidak boleh dihadkan masanya: seperti kata penjual “saya jual


kereta ini kepada awak dengan harga RM12k dalam masa tiga
tahun”
o Tidak boleh ditaklikkan: seperti kata penjual “saya jual kebun ini
kepada awak dengan harga RM10k sekiranya bapa saya
meninggal dunia.
S y a r a t S a h J u a l B e l i

Syarat-syarat sighah (ijab dan qabul):

o Bahawa berlafaz oleh penjual dan pembeli akan ijab dan qabul
itu didengari oleh mereka yang berhampiran dengannya. Maka
jika sekiranya penjual dan pembeli berijab qabul dengan suara
yang perlahan yang tidak didengari oleh mereka
berhampirannya dengannya, tidak sah akad.
J e n i s - j e n i s J u a l B e l i

1. Barang jualan yang boleh dilihat oleh pembeli dan penjual.


Jualan semacam ini adalah yang sangat dikehendaki kerana ini
boleh mengelakkan dari sebarang yang tidak diingini dari
berlaku.
2. Barang jualan itu belum dihadapan kita, tetapi ditentukan jenis,
sifat dan kadarnya. Jualan seperti ini disebut juga “jualan
bertangguh (bai salam)” jualan cara ini adalah diharuskan
sekiranya diperolehi segala perkara yang disyaratkan sewaktu
akad.
J e n i s - j e n i s J u a l B e l i

3. Barang jualan tidak ada ditempat akad ataupun ada tetapi


tidak ditunjukkan atau diperlihatkan. Jualan seperti ini tidak
diharuskan.
4. Jualan faedah atau manfaat, iaitu seperti upah mengupah atau
sewa menyewa. Jualan seperti ini adalah diharuskan oleh syarak.
Jual Beli yang Tidak Sah

1. Menjual air benih binatang ternakan ini tidak sah dan


diharamkan kerana tidak diketahui kadarnya, dianggap tidak
bernilai dan tidak dapat diserahkan. Juga dilarang oleh
Rasulullah s.a.w. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Umar r.a berkata yang bermaksud, Rasulullah s.a.w melarang
dari menjual air benih binatang ternakan (Riwayat Bukhari, Sabil
Salam, hlm.13/3.
Jual Beli yang Tidak Sah

2. Menjual anak binatang yang masih dalam kandungan ibunya


3. Menjual buahan yang masih dipokok
4. Jualan bersyarat
5. Jualan barang majhul
6. Jualan dengan syarat hutang
7. Menjual sesuatu yang dibeli tetapi belum diterima
Jual Beli yang Diharamkan tetapi Sah
J u a l a n n y a

1. Membeli barang dengan harga lebih mahal


Iaitu membeli barang dengan harga yang mahal dari harga
pasaran biasa bertujuan supaya orang lain tidak dapat
membeli barang itu.
Maliki dan Hanbali: Jualan sahih dan sabit khiyar bagi pembeli
Hanafi dan Syafii: Jualan sahih serta berdosa.

2. Membeli barang yang sudah dibeli orang lain


Jual Beli yang Diharamkan tetapi Sah
J u a l a n n y a

3. Membeli barang-barang keperluan untuk disorok


Membeli barang keperluan masyarakat untuk disimpan dan
disorok sedangkan masyarakat memerlukannya bertujuan
untuk menjual dengan harga yang lebih tinggi dan mendapat
keuntungan yang berlipat ganda.

4. Menjual sesuatu barang untuk keperluan maksiat


Seperti menjual nira untuk kepada seoang pengusaha arak.
Jual Beli yang Diharamkan tetapi Sah
J u a l a n n y a

5. Jualan secara tipu


Penjual sengaja meletakan barang yang baik di atas sebelah
atas tetapi dibahagian bawahnya buruk.

6. Jual beli untuk mengatasi tawaran orang lain


Pembeli telah bersetuju untuk membeli sesuatu barang, tetapi
datang seorang yang lain ingin membeli barang tersebut
dengan harga yang lebih mahal.
Pers oalan Semas a Tenta ng Jualbeli

1. Jualan cengkeram/pendahuluan
Pada syaraknya bermaksud membeli sesuatu barang dengan
membayar duit pendahuluan sekiranya pembeli itu bersetuju
dengan barang itu, dia menjelaskan bakinya, dan jika sekiranya
dia tidak bersetuju dihadiahkan duit pendahuluan itu kepada
penjual.

2. Kawalan Harga Barang


Pers oalan Semas a Tenta ng Jualbeli

2. Kawalan Harga Barang


Hanbali: Tidak boleh bagi pemerintah mengawal harga
barangan orang ramai.

Syafii: Haram bagi pemerintah mengawal harga pasaran


walaupun semasa harga barang melambung (terlampau
mahal).
Pers oalan Semas a Tenta ng Jualbeli

2. Kawalan Harga Barang


Hanafiah dan Malikiah: Harus bagi pemerintah mengawal
harga barang-barang keperluan harian untuk mengelak dari
berlaku kemudaratan kepada orang ramai. Dipamerkan tanda
harga yang sepatutnya dan tidak diboleh menjual dengan
harga selain harga yang ditetapkan oleh pemerintah.
Te r i m a Kasih

Anda mungkin juga menyukai