Anda di halaman 1dari 5

PENGUASAAN BAHASA MELAYU DAN INGGERIS PADA PERINGKAT

PRASEKOLAH DARIPADA PERSPEKTIF GURU

BAHAGIAN 2: SOROTAN LITERATUR

1. Penguasaan Bahasa

Dalam pengajaran bahasa ini, aspek bahasa perlu diterapkan secara holistik. Aspek ini

merangkumi aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. (Sarudin et al.,

2016). Walaupun begitu, penguasaan bahasa kanak-kanak yang merangkumi kesemua aspek

bahasa tersebut kurang dititikberatkan oleh hampir keseluruhan pedagogi guru prasekolah.

Oleh itu teknik pengajaran atau pedagogi yang digunakan oleh guru perlulah diteliti dan

dikaji dengan lebih terperinci bagi memastikan penguasaan bahasa melayu lebih terjaga dan

berkesan kepada murid.

Pemupukan pemikiran kreatif sangat penting diterapkan dalam kalangan kanak-kanak

prasekolah kerana mereka merupakan bakal pewaris dan modal insan negara pada masa

hadapan.(Ali & Madon, 2014). Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan

bahasa melayu dalam kalangan prasekolah sama ada terdapat kekreatifan dalam kalangan

pelajar untuk menguasai bahasa melayu dengan lebih lancar dan berkesan. Selain itu juga,

penting untuk seseorang pelajar mempunyai minda yang kreatif bagi tujuan ini. Minda yang

kreatif bukan sahaja boleh menguasai bahasa melayu akan tetap pelbagai lagi bahasa lain

terutamanya bahasa inggeris yang merupakan bahasa paling banyak digunakan dalam dunia

ini.
Bahasa merupakan antara medium yang cukup penting dalam menyampaikan perasaan,

pandangan dan mesej dengan sempurna kepada orang lain. Peranan bahasa dapat

dikembangkan lagi sewaktu manusia melakukan aktiviti seharian seperti bercakap,

mendengar, membaca dan menulis, yang dapat dilihat sebagai suatu bentuk kehidupan.

(Mohamad, 2015). Oleh itu terdapat banyak cara dan kaedah untuk seseorang menguasai

sesuatu bahasa. Dalam aktiviti seharian seseorang, bercakap , mendengar dan menulis adalah

cara paling efektif bagi memahami atau menguasai sesuatu bahasa. Sebagai contoh berkaitan

dengan kajian ini, seseorang pelajar atau murid prasekolah yang hadir ke sekolah mereka

untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan dan guru-guru dalam bahasa melayu adalah

sangat membantu dari segi kaedah-kaedah yang dinyatakan. Kaedah ini menjadi lebih efektif

lagi apabila guru-guru membuat pelbagai aktiviti atau permainan yang menggunakan kaedah

bercakap , mendengar dan menulis.

Penguasaan kosa kata dilihat mencakupi kebolehan menyatakan dan memerihalkan makna

yang terkandung dalam sesuatu kata atau ungkapan yang melibatkan konteks, membuat

perbandingan makna sesuatu kata, menggunakan ungkapan atau kata dengan betul, membina

ayat dan akhirnya mengungkap sesuatu idea dalam lisan atau penulisan (Mohamad, 2015).

Penguasaan kosa kata juga akan menambah lagi penguasaan sesuatu bahas. Pelajar

prasekolah boleh menguasai kosa kata dengan bantuan guru dalam percakapan dan penulisan

mereka di sekolah.
2. Penguasaan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah

satu alat untuk mencapai perpaduan nasional. (Maharam Mamat, 2016) Menguasai bahasa

melayu adalah kewajipan bagi setiap warganegara Malaysia. Hal ini adalah kerana bahasa

melayu merupakan bahasa ibunda dan bahsa komunikasi sejak sebelum merdeka lagi. Tanpa

menguasai bahasa melayu, maka seseorang itu akan mengalami masa yang sukar untuk

menjalani kehidupan harian di Malaysia oleh kerana ianya merupakan cara utama untuk

berkomunikasi.

Tidak fasih berbahasa Inggeris menjadi antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan

graduan gagal mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, terutama membabitkan

syarikat terkemuka. (Meor Ahmad Nasriin, 2018) Hal ini boleh menerangkan bahawa dengan

hanya menggunakan bahasa melayu masih tidak dapat bersaing dengan individu yang

menguasai dua bahasa atau lebih spesifik lagi iaitu bahasa inggeris. Pekerjaan melibatkan

syarikat antarabangsa akan menyebabkan keperluan untuk berbahasa inggeris. Hal ini

menjadikan bahasa inggeris sebagai satu standard untuk merebut peluang pekerjaan yang

bakal dihadapi oleh setiap individu.


2. Penguasaan Bahasa Inggeris

Anda mungkin juga menyukai