Anda di halaman 1dari 57

FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

1.0 PENGENALAN

PENGUJIAN

Menurut Tuckman (1975:12) dalam buku Kamaruddin Hj Husin (Panduan Latihan

Mengajar), ujian dapatlah dikelaskan sebagai satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang

biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Ujian juga merupakan alat pengukuran

yang dapat memberikan sampel tingkah laku seseorang dengan cara menjawab soalan atau

menyelesaikan masalah. Menurut Gagne (1970:3) dalam buku Kamaruddin Hj. Husin (Panduan

Latihan Mengajar) pula memberikan definisi ujian sebagai cara sistematik untuk mengukur

tingkah laku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkah

laku. Jadi, jelaslah bahawa ujian adalah satu cara yang sistematik yang harus dijalankan dengan

baik dan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

(Tuckman , 1975:12 danGagne, 1970:3)

Proses pembelajaran pelajar-pelajar tidak berakhir dengan penyampaian pelajaran oleh

guru-guru sahaja, malah di akhir sesuatu pelajaran itu, pihak guru seharusnya tahu sejauh mana

sesuatu pelajaran itu telah diresapi oleh pelajar-pelajar mereka. Salah satu daripada cara-cara

untuk mendapatkan maklumat ini ialah melalui ujian. Dalam mengendalikan ujian, guru-guru

bahasa perlu mengetahui kemahiran-kemahiran di dalam keempat-empat aspek bahasa itu:

pendengaran, pertuturan, bacaan dan kefahaman, dan gerak kerja bertulis. Mereka juga harus

mengetahui kemahiran yang dikehendaki itu tercapai atau tidak, mengetahui kekuatan,

kelemahan dan sebagainya.Hal ini boleh menolong guru-guru merangka pengajaran mereka

secara lebih berkesan.

1
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

TUJUAN PENGUJIAN

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah:

1. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada

murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya

disebut sebagai pra ujian atau pre test. Daripada hasil ujian inilah guru-guru biasanya

dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut

dapat memberikan gambaran kepada guru-guru berkenaan akan keupayaan murid-murid

mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

2. Pada masa-masa tertentu, ujian juga dapat menolong guru-guru untuk mengetahui sejauh

manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa-apa

yang telah disampaikan. Dengan kata lain, guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah

pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru0guru

sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran.

3. Ujian seperti ini juga bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar

dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Perbandingan seperti ini penting untuk penilaian perspektif pencapaian atau prestasi

pencapaian seseorang individu.

4. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan

bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam

sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

5. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam

pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.

2
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

6. Untuk membuat jangkaan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Hal ini

penting untuk penyelarasan dan penentuan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru

dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu

mengikut kebolehan mereka seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.

7. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran

mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat mempertingkatkan pengajaran

mereka.

8. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka

berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran

atau bidang itu, dan segera pula memperbaikinya.

PENILAIAN

Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar dalam bukunya Pembinaan & Analisis Ujian

Bilik Darjah Edisi Kedua, penilaian ialah satu proses yang sistematik yang melibatkan

pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang setakat mana pelajar telah

mencapai objektif pengajaran. Penilaian melibatkan satu proses mengukur dan membuat

pertimbangan tentang kebolehan dan keupayaan murid berdasarkan objektif yang telah

ditetapkan. Penilaian juga menjawab soalan sebaik mana mutu pencapaian pelajar tadi dalam

proses pembelajarannya. Mungkin dalam satu ujian, seorang pelajar mendapat markah 30

daripada 50 markah penuh.

3
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Guru harus menilai sama ada pelajar layak dikategorikan sebagai cemerlang atau baik

atau gagal. Penentuan nilai ini, baik atau lemah, cemerlang atau gagal, memuaskan atau tidak

memuaskan, memerlukan seseorang membandingkannya dalam sesuatu kriteria.Terdapat dua

jenis perbandingan, iaitu rujukan-norma dan rujukan-kriteria. Sekiranya markah tersebut ialah

markah tertinggi dalam kumpulannya, mungkin guru akan mengkategorikannya sebagai

cemerlang. Seandainya markah 30 tadi tidak memenuhi syarat pengetahuan minimum sesuatu

kemahiran, guru boleh mengkategorikannya sebagai tidak memuaskan.

TUJUAN PENILAIAN

Slavin, 1986 dalam buku Mohamad Najib Abdul Ghafar (pembinaan & analisis ujian

bilik darjah edisi kedua) mengatakan bahawa terdapat lima sebab utama penilaian diadakan iaitu:

1. Memberi insentif kepada pelajar untuk lebih berusaha dan berjaya.

Mengikut teori pengharapan, seseorang pelajar yang menganggap kejayaan banyak

bergantung pada usaha dan usaha menghasilkan kejayaan akan melipatgandakan

usaha mereka dan secara tidak langsung akan berlaku pertambahan ilmu dan

pengetahuan serta sebagai penggerak supaya murid mengulang kaji dan belajar.

4
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

OBJEKTIF Penilaian
PENGAJARAN Ujian awal penempatan
keperluan pelajar

1.Awasi kemajuan
PROSES Penilaian
pembelajaran
PENGAJARAN formatif
YANG SESUAI
2.Rawat kesukaran
pembelajaran. Penilaian
diagnostik

Baiki pengajaran
PENILAIAN dan pembelajaran Penilaian
HASIL sumatif

Insentif dan
maklum balas

Markah dan laporan


untuk ibu bapa

Kegunaan keputusan
untuk tujuan lain

2. Memberi maklumat balik kepada pelajar.Pelajar harus tahu bahawa pembelajaran

adalah untuk menilai kekuatan dan kelemahan mereka. Maklumat balik penilaian

mestilah setepat yang mungkin. Pelajar yang menerima pelbagai bentuk gred dan

komen daripada guru didapati lebih berjaya pada masa akan datang berbanding

dengan pelajar yang hanya menerima keputusan dalam satu bentuk gred sahaja.

5
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

3. Memberi maklumat balik kepada guru. Guru perlu mengesan kejayaan pengajaran.

Penggunaan pemerhatian tak formal tidak memungkinkan guru dapat menentukan

kesan pengajaran mereka dengan tepat. Kesilapan utama guru ialah membuat

anggapan bahawa tidak terdapat masalah pembelajaran kerana proses pengajaran

berjalan begitu lancer. Penilaian yang formal dan sistematik diperlukan.

4. Memberi maklumat balik kepada ibu bapa atau penjaga. Penjaga ingin tahu

perkembangan pembelajaran anak-anak mereka dan dengan itu, mereka boleh

membantu proses pembelajaran semasa di rumah. Secara tidak langsung, penilaian

bertindak sebagai insentif untuk Berjaya sekiranya ibu bapa ayau penjaga bertindak

dengan tepat apabila menerima laporan prestasi anak mereka. Mereka akan berminat

menjalankan proses pemulihan atau pengayaan ilmu untuk anak-anak mereka selepas

memperoleh maklumat balik penilaian.

5. Membantu pemilihan pembelajaran lanjutan. Keupayaan dan kemahiran pelajar

berbeza antara satu dengan lain. Penempatan mereka untuk naik tingkatan atau

mendapat pekerjaan selepas sekolah dalam masyarakat memerlukan penilaian yang

objektif. Kebolehan mereka boleh disalurkan ke dalam bidang tertentu yang diminati

mereka.

6
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

2.0 PENGUJIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF

2.1 PENGUJIAN OBJEKTIF

Menurut Kamaruddin Hj Husin dalam bukunya (Panduan Latihan Mengajar), Ujian

objektif ialah ujian yang pendek-pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan,

menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan gerak-gerak balas yang ringkas.

Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif

iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang

serupa

(Gronland,1977).

Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar dalam bukunya pembinaan & analisis ujian bilik

darjah edisi kedua, Soalan jenis objektif mudah diperiksa dan mudah digunakan semula.Sering

kali soalan ini dikritik sebagai jenis soalan yang hanya menyoal tahap kognitif rendah, iaitu

hafazan.Walau bagaimanapun, jika diteliti contoh yang diberikan Bloom (1956), soalan objektif

jenis analisis, sintesis dan penilaian juga boleh dibina dengan baik.Namun, menjadi faktor

pengehad ialah kemahiran dan imaginasi Pembina soalan iaitu guru dan pensyarah.

Didapati bahawa pelbagai jenis item objektif terdapat satu ciri yang sama iaitu

menyediakan kepada pelajar tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas

yang boleh dibuat. Untuk mendapatkan tindak balas yang betul, pelajar-pelajar mestilah

memiliki pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang tertentu seperti yang dikehendaki oleh

7
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

item tersebut, pelajar tidak bebas mengatur dan menyumbangkan tindak balas mengikut

kehendaknya sendiri.Dia mestilah memilih atau memberi satu daripada beberapa pilihan yang

mungkin berupa kata-kata, rangkai kata, angka-angka dan lambang atau lambang-lambang yang

betul.Tegasnya, ujian objektif membuatkan calon bergerak balas, membaca, memilih jawapan

yang tepat daripada jawapan-jawapan yang telah disediakan.

Berikut ialah beberapa panduan menulis soalan objektif (Black,1994; Kubiszyn dan

Borich,2007):

1. Soalan hendaklah berasaskan objektif yang terang dan jelas.

2. Ikut jadual spesifikasi.

3. Elakkan kekeliruan.

4. Cipta soalan khusus untuk kumpulan sasaran.

5. Pastikan kejelasan perkataan.

6. Jangan ambil secara petikan langsung daripada buku teks atau nota.

7. Pastikan soalan bebas daripada soalan lain.

8. Satu soalan hanya untuk satu jawapan.

9. Elakkan soalan yang negatif.

10. Dapatkan orang lain untuk membaca soalan anda.

8
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

PRINSIP-PRINSIP ASAS PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF

Sesetengah orang merasakan bahawa pembinaan soalan objektif adalah lebih mudah.

Pendapat ini tidak benar. Berbanding dengan soalan subjektif, pembinaan soalan objektif lebih

rumit. Menurut Mohamad Fauzi Yunus dalam Kursus Peningkatan Ilmu Dalam Pengajaran

Sejarah (Pembinaan Soalan Dan Analisis Item, 1996) ada beberapa prinsip asas yang perlu

diambil kira dalam pembinaan soalan-soalan objektif:

1. Elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan

jawapan (jika boleh) seperti salah, bukan, kecuali dan tidak. Tidak mahu boleh

digantikan denganenggan dan tidak dapat boleh digantikan dengan gagal.

2. Pernyataan, petikan dan maklumat seperti peta, rajah, jadual dan sebagainya

hendaklahmempunyai perkaitan langsung dengan soalan. Jika tidak ada perkaitan

langsung, masukkanpernyataan sebelum soalan ditanya.

3. Elakkan penggunaan rangkai kata yang berulang dalam setiap pilihan jawapan. Tetapi

pengulangan satu perkataan dibolehkan.

4. Dalam sesuatu soalan, pilihan jawapan hendaklah:

i. seragam

ii. hampir sama panjang

5. Soalan seharusnya mengandungi preamble iaitu pernyataan awal atau

pernyataanpengenalan sebelum ditanya soalan.

6. Fokus utama soalan hendaklah ada kaitan dengan idea utama yang hendak ditanya

dalamsoalan. Manakala setiap pilihan jawapan hendaklah ada kaitan (sama ada kaitan

betul ataukaitan salah) dengan idea yang hendak ditanya dalam soalan.

9
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

7. Pernyataan dalam setiap soalan boleh terdiri daripada dua ayat.

8. Tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan. Tatabahasajuga

hendaklah mudah difahami dan tidak mengelirukan.

9. Pilihan jawapan tidak berupa ayat kompleks, terlalu panjang dan berbelit-belit.

10. Selain jawapan yang betul atau tepat, pilihan jawapan hendaklah ada distractors.

11. Elakkan daripada menanyakan soalan tentang konsep atau definisi.

12. Elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukar difahami.

(Mohamad Fauzi Yunus, 1996)

CIRI-CIRI UJIAN OBJEKTIF

Ujian objektif itu bermaksud bahawa, bahan atau perkara yang hendak diuji itu telah

ditentukan sebagai objektif ujian tersebut. Selain itu, pemarkahannya dapat dikawal secara

objektif, Walaupun bilangan pelajar yang terlibat itu ramai. Ujian objektif itu amat berguna di

dalam keadaan apabila pelajar yang hendak diuji itu ramai jumlahnya, dan bahan ujian yang

dibentuk itu boleh pula diulang penggunaannya pada masa hadapan. Ujian objektif ini juga dapat

meningkatkan pembelajaran aspek-aspek formal seperti tatabahasa dan ejaan dan kita dapat

menguji kefahaman dan kebolehan mereka di dalam menggunakan prinsip-prinsip dan rumusan-

rumusan tatabahasa yang telah diajarkan kepada mereka. Ujian objektif yang baik juga biasanya

dapat menjamin wujudnya kesaksamaan di dalam pemarkahan, kerana jawapan-jawapan yang

terlibat adalah sama sahaja. Pemarkah tidak mempunyai ruang untuk berlaku tidak adil. Pihak

guru pun berasa lebih yakin untuk membentuk bahan ujian objektif yang bermutu. Ini biasanya

didapati lebih mudah untuk dilakukan daripada ujian berbentuk karangan atau esei

10
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

JENIS-JENIS ITEM UJIAN OBJEKTIF

Membuat pilihan mengenai jenis ujian objektif yang akan diberikan kepada pelajar anda

bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau

membina item itu sendiri. Ada pelbagai jenis soalan objektif.Antaranya soalan berjawapan

pendek, soalan melengkapkan jawapan pendek, soalan tindak balas alternatif, soalan

memadankan dan soalan aneka pilihan.Walau bagaimanapun, yang sinonim dengan soalan

objektif ialah soalan aneka pilihan kerana apabila disebut "soalan objektif" kita selalu merujuk

kepada soalan aneka pilihan. Dalam makalah ini, soalan aneka pilihan ini yang akan diberi

tumpuan dan istilah "objektif" akan digunakan. Dalam soalan objektif, diberi satu "masalah" dan

beberapa pilihan jawapan kepada masalah itu.Pelajar dikehendaki memilih satu jawapan yang

betul atau tepat.Masalah itu boleh dinyatakan dalam bentuk soalan atau pernyataan (statement)

yang tidak lengkap.Ini dipanggil "stem".Aktiviti pelajar terbatas pada pemilihan jawapan yang

betul atau tepat sekali daripada beberapa pilihan yang diberi itu.Maknanya, pelajar tidak

mempunyai ruang untuk memberi pendapat sendiri dalam bentuk komunikasi interpersonal

dengan pemeriksa.Jika mahu dikatakan juga bahawa dalam menjawab soalan objektif pelajar

turut memberi pendapat, itu hanya dalam bentuk komunikasi intrapersonal sahaja, iaitu memberi

pendapat dalam kerangka pilihan-pilihan yang mudah ditentukan, (Kamaruddin Hj. Husin,

Panduan Latihan Mengajar). Ada dua jenis kategori ujian objektif iaitu:

a. Item pilihan jawapan bebas

b. Item pilihan jawapan tetap

11
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

ITEM PILIHAN JAWAPAN BEBAS

Dalam item pilihan bebas ini ia memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih

jawapan yang diberikan.Soalan telah diberikan soalan tetapi tidak disediakan jawapan kepada

penjawab soalan.Oleh itu, calon haruslah memikirkan sendiri jawapan yang hendak

dijawab.Jawapan yang hendak dijawab hendaklah ringkas dan padat kerana soalan bagi item

pilihan jawapan bebas ini biasanya tidak memerlukan jawapan yang panjang dan meleret-leret.

Murid hanya perlu menjawab apa yang dikendaki oleh soalan dan jawapan tersebut haruslah

bersesuaian dengan soalan yang diberi. Selain itu, Soalan jenis item pilihan jawapan bebas juga

boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung. Hal ini demikian kerana, soalan jenis ini

tidak memerlukan jawapan yang panjang, cukup sekadar calon menjawab apa yang ditanya.

Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan merupakan jenis-jenis soalan

bagi item pilihan jawapan bebas.Biasanya, bagi item pilihan jawapan bebas ini memberi arahan

yang diberi seperti isikan tempat kosong atau melengkapkan pernyataan yang telah diberikan.

Item Jawapan Pendek

Item jawapan pendek dianggap sebagai jenis ujian yang paling mudah.Item ini

merupakan soalan-soalan pendek dan murid-murid dikehendaki atau diminta mengisi tempat-

tempat atau ruang-ruang kosong yang telah disediakan dengan menggunakan maklumat yang

diperlukan oleh soalan tersebut. Selain itu, murid-murid diminta melengkapkan ayat sama ada

dengan menggunakan kata-kata, rangkai kata atau lambang-lambang. Pelajar menulis jawapan di

bahagian hujung atau bawah soalan atau ayat tersebut. Contoh soalan jawapan pendek ialah

seperti:

12
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________

2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

Terdapat tiga jenis soalan bagi item jawapan pendek iaitu:

i. Jenis soalan

Contoh: Dalam musim apakah nelayan-nelayan tidak tidak turun ke laut?

__________________________________________________

ii. Jenis melengkapkan ayat

Contoh: Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya merupakan pahlawan Melayu yang

terkenal. Mereka berasal dari negeri________________ .

iii. Jenis perkaitan

Contoh: Bagi setiap kaum yang dinyatakan di bawah ini, namakan tempat-tempat asal

mereka:

i. Bajau (_________________)

ii. Murut (_________________)

iii. Iban (_________________)

iv. Jakun (_________________)

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

13
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

ITEM PILIHAN JAWAPAN TETAP

Dalam item jenis ini, tindak balas telah diberikan.Oleh itu, murid-murid dikehendaki

memilih jawapan yang betul atau yang paling betul. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau

lebih pilihan dan item-item berdasarkan pilihan yang telah diberikan itu. Jenis-jenis item pilihan

jawapan tetap:

- Item betul/salah

- Item memadankan

- Item aneka pilihan

1. 1ITEM SALAH/BETUL

a) Item betul/salah

Item jenis ini merupakan item berbilang pilihan jenis dua pilihan.Murid-murid

dikehendaki menetukan betul atau salah kenyataan-kenyataan yang telah

diberikan.Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan

sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau

tidak (T).item jenis betul/salah ini pula terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Jenis betul/salah

Murid-murid disediakan dengan satu kenyataan pengumuman, mereka dikehendaki

menyatakan betul/salah kenyataan tersebut.

Contoh;

Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:

14
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

1. Hitam Putih ( )

2. Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri yang kedua ( )

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

b) Jenis himpunan

Dalam bentuk himpunan terdapat item yang belum lengkap dan terdapat beberapa

pilihan.Murid-murid dikehendaki menentukan betul/salah pada pilihan-pilihan tersebut,

kadangkala soalan jenis ini berkaitan dengan gambar atau graf.

Contoh;

Jiran-jiran Malaysia yang terdekat ialah:

Negara B S

Thailand ( ) ( )

Singapura ( ) ( )

Indonesia ( ) ( )

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

c) Item jenis pembetulan

Murid-murid dikehendaki membetulkan tiap-tiap soalan atau kenyataan yang

salah.Dicadangkan supaya setiap kenyataan yang salah yang terdapat pada pokok soalan

digariskan untuk menunjukkan bahagian itu yang salah dan patut dibetulkan.

Contoh;

1. Dia menjengguk (menonton) televisyen bersama-sama keluarganya ( ) ( )

2. Ali dan Ahmad tidak memakai kasutnya (mereka) ( ) ( )

15
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

2. ITEM MEMADANKAN

Item memadankan menyediakan masalah (premises atau stimuli) dan beberapa

penyelesaian masalah (tindak balas).Soalan jenis ini memerlukan murid memilih jawapan

dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah

kanan.Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa

menjawab.Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang. Contoh soalan jenis

memadankan adalah seperti berikut:

(sumber: Bmm3103 pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah)

16
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

3. ITEM ANEKA PILIHAN

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak

balas terbatas. Hopkins (1981) dan Payne (1974) menamakannya changing alternative selection

items kerana berlaku proses pilihan jawapan daripada beberapa pilihan. Item aneka pilihan ini

terdiri daripada satu pokok soalan yang merupakan satu situasi masalah dan beberapa pilihan

yang dapat memberikan kemungkinan jawapan kepada masalah tersebut, (Kamaruddin Hj.

Husin, Panduan Latihan Mengajar).Soalan berbentuk aneka pilihan pula sering digunakan dalam

peperiksaan. Soalan jenis ini kerap digunakan kerana ia lebih berkesan dari aspek pengujian

kualiti pemikiran, kefahaman, penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Bentuk soalan ini

mengandungi satu pokok soalan (stem) yang berfungsi sebagai soalan diikuti dengan beberapa

gerak balas (pilihan jawapan). Pokok persoalan boleh berbentuk ayat tanya, ayat tidak lengkap,

petikan atau kenyataan asalkan jelas dan tepat. Di antara pilihan jawapan berkenaan hanya satu

sahaja jawapan yang tepat. Manakala pilihan lain dianggap sebagai pengganggu. Pengganggu

hendaklah hampir sama dari segi isi, bilangan perkataan dan mirip dengan jawapan betul.

(Hopkins ,1981 dan Payne ,1974)

Contoh soalan: Dalam menuju ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan, langkah

pertamayang dijalankan oleh kerajaan ialah:

A. Membentuk sebuah kerajaan demokrasi.

B. Menggunakan sistem persekolahan yang tunggal.

C. Menggalakkan perkahwinan campur dalam kalangan rakyat.

D. Meninggikan taraf hidup rakyat luar Bandar.

E. Menggunakan satu bahasa, iaitu Bahasa Malaysia.

17
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

(A, B, C, D adalah pengganggu dan E adalah jawapannya)

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

4. JENIS ITEM ANEKA PILIHAN

1. Ayat tidak lengkap

2. Jenis jawapan terbaik

3. Jenis negatif

4. Soalan Item Interpretif

5. Item jenis cantuman/ gabungan

6. Teknik kloz

1. Ayat Tidak Lengkap

Soalan jenis ayat tidak lengkap ini menunjukkan setiap ayat yang tidak lengkap diikuti

dengan beberapa pilihan dan satu sahaja pilihan yang diberikan adalah betul. Contoh :

Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British

memberi kesan terhadap

A. kemasukan buruh asing beramai-ramai

B. industri membuat kereta berkembang pesat

C. migrasi penduduk dari luar bandar ke badar

D. industri perlombongan bijih timah berkembangan pesat.

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

18
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

2. Jenis Jawapan Terbaik

Item jenis ini memerlukan murid-murid membaca soalan dengan teliti dan memahami

maksud yang dikehendaki dengan mendalam supaya tidak keliru degan setiap pilihan jawapan

yang telah diberikan.Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan.Semua pilihan ada

kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat.Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau

terbaik.

Contoh:

Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur

keobjektifan yang tinggi?

A. Memeriksa soalan demi soalan

B. Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati

C. memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan

D. Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah.

3. Soalan Item Negatif

Soalan item negatif ini mengemukakan soalan yang memberikan soalan pertanyaan yang

menginginkan pilihan jawapan yang betul bagi persoalan yang mahukan jawapan betul atau

salah. Kesemua pilihan adalah betul kecuali satu yang salah.Yang salah inilah yang tidak

dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti kecuali, yang tidak

benar, bukan, dan tidak.Contoh:

19
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Berikut merupakan bukan jenis-jenis jenayah siber, kecuali

A. Perjudian C. Twitter

B. Facebook D. Mencari maklumat

4. Soalan Item Interpretif

Soalan item interpretif adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar

rajah, jadual, graf atau petikan karangan.Setiap soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan

dengan peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan yang telah diberikan.Contoh:

Rajah 1

(X)

Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada

A. internet C. telekomunikasi

B. perdagangan D. pengangkutan

20
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

5. Jenis Cantuman/Gabungan

Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul.Murid dikehendaki

mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul.Item jenis cantuman atau

gabungan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu item jenis cantuman yang sesuai/ tidak

sesuai dan jenis urutan.

(a) Item jenis cantuman yang sesuai,

contoh:

Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?

I. Jong

II. Rakit

III. Perahu

IV. Kapal layar

A. I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

(b) Item jenis urutan, contoh:

Jika kamu menjalankan kajian tentang masalah social, peraturan yang bagaimana anda

akan jalankan mengukit langkah-langkah berikut:

i. Mencari bukti

ii. Membentuk hipotesis

iii. Menyediakan penyelesaian masalah

21
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

iv. Analisis eviden

v. Jelaskan masalah

A. II, V, IV, I, III D. I, IV, II, V, III

B. V, II, I, IV, III E. V, I, II, IV, III

C. IV, V, I, III, II

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

6. Teknik kloz

Satu teknik pengukuran yang ditubuhkan dengan meninggalkan kosong kata-kata/ujaran

frasa tertentu dalam sesuatu ujaran.Pengambil ujian haruslah mengisi tempat-tempat kosong

tersebut dengan kata atau frasa secara bebas, ataupun daripada pilihan-pilihan yang diberi.Ujian

kloz ini sesuai untuk menguji keupayaan dalam perbendaharaan kata dan tatabahasa secara

mendalam menurut, (Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar). Teknik menggunakan

ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar

sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan

ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh

diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat

kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru atau penguji dalam sesuatu keratan

bacaan.Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya.

Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan

mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna

keseluruhan teks.

22
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Contoh soalan:

Akhbar merupakan bahan bacaan yang amat berguna kepada kita.Akhbar mudah didapati dan

(1)______ berpatutan. Akhbar memuatkan pelbagai (2)_______ dan sesuai untuk semua

(3)_______ umur. Kebanyakan berita atau (4)______ yang disiarkan menyentuh perkara-perkara

(5)________ terkini.

(sumber: Http; Prosedur Kloz, Kaedah Menjawab)

Cara Menulis item Aneka Pilihan

1. Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap.

Setiap pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan atau ayat tidak

lengkap.Keadaan ini membolehkan murid-murid menjawab soalan dengan lebih senang

dan cepat kerana pilihan jawapan telah disediakan.

Contoh:

Harimau bintang itu berlari sangat_______________.

A. deras B. cepat C. kuat D. pantas

(sumber:http; bmm3103 pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah)

23
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

2. Soalan hendaklah ringkas tetapi padat.

Soalan-soalan yang dikemukan juga perlulah ringkas tetapi padat supaya murid-murid

dapat memahami dengan jelas soalan tersebut. Selain itu, soalan yang ringkas tetapi padat

juga mampu menjimatkan penggunaan masa oleh murid-murid untuk membaca soalan yang

tersebut, sekiranya soalan yang diberi panjang, kemungkinan besar murid-murid akan rasa

malas untuk menbaca dan memahami soalan tersebut.Contoh soalan:

Pak Mat Ail merotan menunggu pokok getahnya yang ditanam semula boleh ditoreh.

A. apabila C. sementara

B. kerana D. sambil

3. Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama.

Setiap soalan atau poko soalan yang dikemukakan hendaklah dinyatakan dalam

struktur atau bentuk yang sama supaya ianya tidak lari dengan pokok soalan tersebut dan

menyenangjan murid-murid untuk mencari dan menjawab setiap soalan yang ditanya.

Contoh soalan:

Carta pai di atas menunjukkan?

A. Peratusan insiden serangan jantung 2011

B. Peratusan insiden serangan siber 2012

C. Perutusan siber 2011

D. Peratusan insiden serangan siber 2011

(sumber: Statistik insident serangan jantung 2011)

24
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

4. Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang.

Guru perlu elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan bertindih atau diulang.

Hal ini demikian kerana, penggunaan perkataan bertindih atau berulang dalam setiap

jawapan yang diberi menyebabkan tahap soalan tersebut berada pada tahap kemahiran

yang rendah dan tidak mencabar pemikiran murid-murid.Oleh itu, pilihan jawapan yang

diberi mestilah tidak bertindih atau diulang.

Contoh soalan:

Definisi masalah disiplin murid berdasarkan petikan...

A. Salah laku yang sering dilakukan oleh murid

B. Ponteng sekolah, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli

C. Murid yang gagal dalam peperiksaan

D. Salah laku murid yang melanggar peraturan yang ditetapkan di sekolah

5. Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun

yang betul.

Dalam membuat soalan, guru haruslah mementingkan aspek jawapan.Pilihan

jawapan yang diberikan mestilah sesuai dan guru tidak digalakkan untuk menggunakan

jawapan semua pilihan jawapan di atas adalah betul dan semua pilihan jawapan adalah

salah. Guru harus pandai membahagikan pilihan jawapan yang betul dan jawpan yang

salah.

25
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Contoh soalan:

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan huruf condong dengan betul.

I. Kita mestilah tahan menyimpan rahsia yang diamanahkah kepada kita.

II. Demam Munirah yang agak berat semalam sudah tahan sedikit hari ini.

III. Pasukan keselamatan masih mampu tahan walaupun bilangan musuh semakin

ramai.

IV. Jam tangan yang berjenama itu tahan air walaupun direndam beberapa jam.

A. I dan II sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja

6. Pokok soalan tidak membayangkan jawapan.

Pilihan jawapan yang disediakan mestilah berkaitan dengan pokok soalan yang

ditanya supaya jawapan yang diberikan tidak lari daripada pokok soalan sebenar. Pokok

soalan yang tidak membayangkan jawapan boleh digunakan kerana hal ini akan memberi

peluang kepada murid-murid untuk berfikir dan meneliti jawapan yang betul-betul sesuai

untuk menjawabnya. Oleh itu, pokok soalan mestilah tidak membayangkan jawapan yang

diberikan tetapi pilihan jawapan yang diberi mestilah tidak lari jauh daripada pokok soalan

sebenar. Contoh soalan:

Apakah nilai yang terdapat dalam pantun di atas ?

A. Patriotik C. Tidak mudah putus asa

B. Nasihat-menasihati D. Bertanggungjawab

26
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Aras Item Objektif

Untuk membuat soalan-soalan jenis objektif, guru haruslah menekankan aspek aras item

untuk membuat setiap soalan. Hal ini demikian kerana, item-item objektif boleh dibentuk

mengikut aras-aras kognitif yang berbeza. Mengikut Taksonomi Bloom ada 6 aras kohnitif

yang perlu ditekankan semasa menbina soalan-soalan objektif, iaitu aras pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

1. Item Aras Pengetahuan

Soalan aras pengetahuan merupakan aras kognitif yang paling rendah ianya menguji

kebolehan calon untuk mengingat semula fakta, istilah, konsep dan sebagainya. Soalan

berbentuk mudah seperti apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila.

Contoh: Bilakah Malaysia merdeka?

A. 1957 B. 1964 C. 1967 D. 1969

2. Item Aras Kefahaman

Soalan aras kefahaman banyak menguji kebolehan calon untuk memahami,

menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip. Bentuk soalan seperti

asingkan, terangkan, bezakan.Aras kognitif yang melibatkan proses mula

mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam

perkataan mereka sendiri.

27
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Contoh: Aiman pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.

(A) Ke manakah Aiman pergi?

(B) Apakah tujuan Aiman pergi ke hospital?

(C) Siapakah yanag pergi ke hospital?

(D) Aiman berada di hospital?

(sumber: Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. 2008)

3. Item Aras Aplikasi

Item aras aplikasi ini banyak menguji kebolehan calon menggunakan konsep,

prinsip, hukum atau fakta asas.Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep,

teori, prinsip, hukum atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta

kefahaman mereka tentangpengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan

dalam satu situasi baru.Contoh:

Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh. Manakah antara berikut membantu

mempercepatkan pengeringan pakaian itu?

I. Sejuk III. Mendung

II. Berangin IV. Panas

A. I dan II C. II dan IV

B. I dan II D. III dan IV

(sumber: Kamaruddin Hj. Husin, Panduan Latihan Mengajar)

28
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

4. Item Aras Analisis

Aras analisis pula menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar

kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan

perhubunganBentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dan lain-lain.Aras kognitif yang

menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-

komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami

hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangandan

penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu

kesimpulan.Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. Contoh:

penulis sebuah penilaian dalam pendidikan menyatakan calon akan memperoleh jawapan

yang betul sebanyak 50% dalam ujian benar/palsu dengan cara mereka. Pilih andaian

berikut yang mungkin dibuat oleh penulis.

A. Calon meneka dengan bijak.

B. Calon meneka secara membuta tuli.

C. Tekaan calon dibantu oleh penentu khusus.

D. Tekaan calon dibantu pengetahuan separa dan penentu khusus.

(sumber: Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. 2008)

29
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

5. Item Aras Sintesis

Bagi aras sintesis pula, aras soalan jenis ini biasanya menguji kebolehan calon

untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.Aras

kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan

mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang

baru.Contoh:

Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang

mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada

A. Oksigen C. Nitrogen

B. Hydrogen D. Karbon dioksida

(sumber: Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. 2008)

6. Item Aras Penilaian

Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran,

tugasan atau kaedah.Aras kognitif yang menghendaki pelajar melakukan penilaian,

diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.

30
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Contoh :

Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-

murid ialah

A. merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin

B. meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah

C. mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku

D. memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling

KELEBIHAN UJIAN OBJEKTIF

a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih

tepat. Setiap soalan yang diberikan mempunyai objektifnya yang tersendiri sebagai

contoh untuk meningkatkan kemahiran berfikir, pemahaman dan tahap pemikiran murid-

murid yang menjawabnya. Hal ini demikian kerana, penilaian bagi soalan objektif adalah

tepat.

b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut

terjamin. Pembinaan item objektif ini bebas daripada sebarang penyelewengan

pemarkahan dan keadilan dari segi pemarkahan juga terjamin kerana pemeriksaan

jawapan bagi item objektif ini boleh digunakan dengan mesin dan skema jawapan juga

telah disediakan. Oleh itu, setiap soalan yang diberi mempunyai jawapan yang tetap dan

ia tidak akan berubah.

31
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

c) Tidak menggalakkan penipuan. Pembinaan item objektif ini tidak menggalakkan

sebarang penipuan kerana soalan-soalan yang dibina mempunyai jawapan yang tetap dan

sama.

d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi. Ujian ini sangat bagus kerana

ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostic yang tinggi. Oleh itu, guru dapat mencari

tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran yang di ajar. Ujian ini mampu mencari

tahap kebolehan dan kelemahan murid-murid yang menjawabnya.

e) Ia boleh diskor dengan tepat. Ujian objektif ini dapat diskor dengan tepat tanpa ada

sebarang penyelewengan dari segi markah dan jawapan yang betul atau salah.

f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang

yang terlatih. Mesin boleh digunakan bagi memeriksa kertas jawapan yang telah dijawab

oleh murid dan pemeriksaannya juga tidak memerlukan orang-orang yang terlatih kerana

skema jawapan telah disediakan.

g) Pemeriksaan boleh dipercayai. Sistem pemeriksaannya boleh dipercayai kerana tiada

unsur-unsur penipuan dan penyelewengan.

h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa. Ujian

ini bebas menggunakan artikulasi verbal dan ia juga tidak memerlukan kafasihan bahasa

semasa pemeriksaan jawapan dilakukan. Hal ini keran, jawapan atau skema jawapan bagi

soalan-soalan tersebut telah disediakan kepada pemeriksa.

i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi. Ujian ini mampu mengukur proses mental

yang tinggi kerana soalan-soalan yang dibina adalah mengikut aras-aras kemahiran

kognitif murid. Oleh itu, soalan-soalan yang dibina mempunyai aras kognitif seperti aras

pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

32
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas. Guru boleh menggunakan soalan

kepada sampel isi yang luas yang membolehkan murid lebih mengetahui kepelbagaian

jenis soalan dan jawapan bagi soalan yang diberikan.

k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik. Item objektif mampu

menyumbang kepada pengumpulan item yang baik kerana guru dapat membezakan jenis

asra-aras soalan yang dibina. Keadaan ini membolehkan guru mengesan kelemahan dan

kebolehan murid dalam menjawab soalan mengikut aras-aras kognitif mereka.

KELEMAHAN UJIAN OBJEKTIF

a. Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sintesis

idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.

b. Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka. Ujian ini tidak dapat

memastikan murid-murid menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetauan atau

pemahaman mereka kerana peluang bagi mereka meneka jawapan soalan tersebut adalah

tinggi.

c. Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk

membaca dan berfikir. Soalan-soalan objektif ini memerlukan murid menggunakan

banyak masa untuk membaca dan berfikir. Bagi soalan aras yang sukar, murid akan

menggunakan masa yang lama untuk mejawabnya. Manakala bagi soalan aras yang

rendah, mereka mengambil masa yang sedikit untuk menjawabnya.

d. Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya.

Banyak tenaga yang digunakan. Guru memerlukan masa yang lama untuk menyediakan

soalan ini. Hal ini kerana, pembinaan soalan-soalan objektif ini perlulah mengikut aras-

33
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

aras kognitif dan soalan yang dibina mestilah bersesuaian dengan peringkat dan umur

murid-murid.

e. Ia tidak dapat mengukur keaslian. Pembinaan soalan-soalan objektif ini tidak dapat

mengukur keaslian soalan kerana berkemungkinan besar pembuat soalan hanya sekadar

menciplak soalan-soalan tersebut daripada internet, buku-buku rujukan dan set-set soalan

peperiksaan yang lepas.

34
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

2.2 PENGUJIAN SUBJEKTIF

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam

instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap

kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

CIRI-CIRI PENGUJIAN SUBJEKTIF

Menuntut murid menumpukan masa dan dan tenaga untuk berfikir dan menulis. Menerusi

item esei, pelajar perlu menyenaraikan idea-idea utama, mencari maklumat tambahan untuk

menyokong setiap idea utama,mengorganisasikan semua maklumat itu dan seterusnya menulis

jawapannya. Semasa menjawab pelajar mengaplikasikan berbgai-bagai kemahiran menulis,

termasuklah penggunaan tanda baca,ejaan dan kesinambungan antara ayat dengan idea-idea yang

telah disusun.

Bias Kendiri

Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (2011) menyatakan bias kendiri merujuk kepada

tingkah laku pemeriksa mengikut persepsi dan personality sendiri tentang prestasi, iaitu

kebiasaan pemeriksa member markah berdasarkan sesuatu sela. Seseorang guru mungkin terlalu

kedekut dengan markah atau terlalu pemurah. Mungkin pula ada yang hanya membri markah

sederhana walaupun pelajar memberikan jawapan yang tepat. Ini selalu dikaitkan dengan sikap

peribadi guru itu sendiri.

35
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Kesan Halo

Skor pemeriksaan oleh guru berubah disebabkan oleh pemerhatian umum mereka dan

bukannya isi jawapan. Markah diberi kerana guru tidak suka akan perkara lain, seperti markah

dipotong untuk tulisan pelajar yang sukar dibaca. Hal ini ternyata pemarkahan ujian subjektif

memerlukan guru yang mempunyai kemahiran menanda jawapan bagi ujian subjektif.

Ralat logik

Ralat logik merujuk kepada kesilapan membuat logic guru, iaitu mengaitkan ciri pelajar

dengan prestasi. Sebagai contoh, kadang kala guru memberi markah kerana dipengaruhi oleh

rupa paras pelajar atau kelakuan pelajar ketika berada di dalam kelas.

MEMBINA ITEM SUBJEKTIF

Item subjektif terbahagi kepada dua iaitu item esei dan item jawapan pendek atau lebih

dikenali sebagai item berstruktur. Item bersifat subjektif secara umumnya merujuk kepada jenis

esei. Item esei boleh dibahagikan pula kepada dua jenis, iaitu esei terhad dan esei bebas.

Esei Terhad

Esei terhad memberi syarat dan had tertentu kepada pelajar untuk memberikan jawapan

melalui kaedah tertentu seperti jumlah markah poin atau jumlah perkataan. Esei terhad sesuai

untuk peperiksaan akhir.Ditentukan oleh bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon.

36
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Merangkumi jawapan mengingat kembali dan jawapan pendek.Contoh soalan untuk jawapan

pendek dan ingat kembali adalah Siapa, Bila ,Dimana dan Apakah .Kenyataan/ayat mengandungi

kata-kata senaraikan, nyatakan, takrifkan dan lain-lain.

contoh soalan

Berikan maksud inflasi (1m)

Senaraikan lima kepentingan menjaga alam sekitar (5m)

Esei Bebas atau Tindak Balas Lanjutan

Esei bebas atau tindak balas lanjutan ini tidak mengandungi syarat kepada kaedah

memberi jawapan dan sesuai untuk ujian terbuka atau tugasan kursus, contoh seperti yang

berikut :

a) Huraikan peranan sektor swasta dalam memajukan ekonomi neagara.

b) Pada pendapat anda, sejauhmanakah kenaikan harga minyak mempengaruhi kadar inflasi

dalam negara Malaysia?

Esei bebas atau tindak balas lanjutan membolehkan calon memilih, menyusun dan

menyampaikan jawapan yang difikirkan sesuai. Item jenis ini dapat menguji kebolehan calon

mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas Soalan jenis ini dapat menguji

pelbagai peringkat kemahiran. Item yang lebih tinggi dapat menguji aras yang lebih tinggi

seperti aras sintesis, analisis dan penilaian.

37
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

PANDUAN MEMBINA ITEM ESEI

Tugas membentuk item esei melibatkan tiga peringkat iaitu pertama pembentukan item,

kedua penyediaan skema pemarkahan dan ketiga pengesahan kesesuaian skema pemarkahan.

Pembentukan Item Menggunakan Teknik Perincian Penyoalan

Teknik ini ialah satu teknik yang menyoal secara beransingan isi-isi pelajaran yang

terdapat dalam sesuatu topik tertentu.Langkah pertama menggunakan teknik ini adalah

menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU). Langkah kedua pula, melibatkan aktiviti membentuk

item . Dengan berdasarkan spesifikasi dalam JPU, bina dua item yang mengandungi konsep dan

kemahiran seperti yang tersenarai dalam JPU.Seterusnya, untuk setiap item, tuliskan soalan-

soalan sub mengikut objektif dan isi pelajaran. dan nyatakan skor (markah) yang diperuntukkan

untuk setiap soalan sub. Langkah ini bertujuan untuk memastikan taburan skor adalah mengikut

tingkat relatif pentingnya setiap isi pelajaran.

Penyediaan Skema Pemarkahan.

Skema pemarkahan adalah pelan atau rancangan untuk member markah. Skema ini

bertujuan untuk membantu guru memeriksa jawapan. Untuk menyediakan skema pemarkahan,

kita perlu mematuhi tiga syarat penting. Pertama, skema pemarkahan mestilah disediakan semasa

soalan dibentuk. Kedua, agihan skor mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam JPU.

Syarat ketiga adalah skema ini hendaklah lengkap dan mempunyai sifat-sifat seperti:

38
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

a) Menyenaraikan ciri-ciri jawapan yang layak diberi markah

b) Markah maksimum untuk setiap respons dinyatakan dengan jelas.

c) Peraturan member markah sama ada markah penuh atau markah sebahagian

sesuatu ciri

d) Terdapat ruang untuk menerima respons yang betul tetapi tidak disenaraikan

dalam skema itu.

Pengesahan Skema, Soalan dan Jadual Penentu Ujian

Proses mengesahkan kesesuaian antara skema pemarkahan, item-item ujian dan JPU

perlu dilakukan sebagai langkah mengesahkan ujian berkenaan. Proses pengesahan jika

dilaksanakan menerusi panitia mata pelajaran adalah sangat praktikal. Cadangan pembetulan dan

perubahan wajar dikemukakan dan diberi perhatian. Usaha ini menjadi semakain diperlukan bagi

ujian-ujian yang penting misalnya, ujian akhir tahun.

CIRI- CIRI ITEM ESEI YANG BERKUALITI

1. Objektif Soalan Sepadan dengan Objektif Pembelajaran

Perbandingan antara objektif yang dirancangkan dalam JPU dengan soalan yang terdapat

dalam sesuatu ujian esei adalah perlu supaya guru dapat mengesan sejauh mana dua objektif ini

berpadanan. Perkara yang lebih penting lagi, ialah perbandingan antara objektif soalan dengan

39
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jika objektif item tidak berpadanan dengan objektif

P&P, ujian berkenaan menjadi kurang sah.

2. Kandungan Soalan

Semakin banyak konsep dan kemahiran yang disoal dalam sesuatu ujian pencapaian, semakin

tinggi kualiti ujian tersebut.

3. Ketepatan Penyoalan

Item yang bermutu seharusnya mengandungi soalan yang tepat , jelas dan mudah difahami.

Seharusnya ia mempunyai cirri- ciri seperti mempunyai tingkat bahasa yang sama atau lebih

rendah daripada kemhiran berbahasa dikalangan murid yang diuji, mempunyai perbendaharaan

kata yang biasa digunakan oleh pelajar dan menggariskan, atau menggunakan huruf

condong,besar atau tebal pada perkataan perkataan negatif dan adjektif seperti tidak ,

kecuali, atau bukan .

4. Panduan Menjawab

Pelajar perlu tahu tentang berapa markag yang disediakan untuk setiap item dan setiap soalan

sub, banyaknya maklumat yang perlu ditulis, dan masa yang wajar digunakan untuk setiap

soalan.Teknik yang kerap digunakan oleh guru adalah dengan menyatakan markah maksimum

40
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

pada setiap soalan sub. Teknik ini dapat member tahu pelajar tentang agihan skor ,dan cara

pelajar membahagikan masa dengan isi jawapan.

TEKNIK PEMARKAHAN BAGI JAWAPAN ITEM ESEI

1. Pemarkahan Holistik

Menurut Gronlund (1985) dalam Mohamad Sahari Nordin (2008) menyatakan menerusi

pemarkahan holistik, pemeriksa membaca keseluruhan jawapan yang dituliskan oleh pelajar.

Kemudian , pemeriksa akan memutuskan tingkat kualiti keseluruhan jawapan tersebut misalnya

tinggi, sederhana atau rendah.

Menerusi teknik ini , tugas memeriksa jawapan akan menjadi lebih cepat tetapi pemarkahan

secara holistic adalah kurang objektif kerana proses pemarkahan terdedah kepada berbagai-bagai

unsure subjektif yang meningkatkan ralat pengukuran.

2. Pemarkahan Analitis

Menurut Mohamad Sahari Nordin (2008) menyatakan pemarkahan analitis melibatkan

penggunaan skema pemarkahan , iaitu seperti yang telah dihuraikan sebelum ini. Denagn

berpandukan skema tersebut, guru menyemak setiap ayat yang telah dituliskan oleh pelajar, dan

seterusnya membuat keputusan sama ada ayat tersebut mengandungi ciri-ciri jawapan yang

diterima dan perlu diberi markah. Pemarkahan analitis adalah lebih objektif.

41
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

KELEBIHAN ITEM ESEI

1. Mengukur Berbagai-bagai Tahap Prestasi Kognitif

Item esei mudah dilentur mengikut tujuan ujian. Item esei mudah digubal untuk menguki

pencapaian prestasi kognitif tiggi, termasuk keupayaan aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Sebagai contoh

Aras Pengetahuan

Contoh: Berikan definisi budaya membaca dalam masyarakat Malaysia

Aras Kefahaman

Contoh: Bandingkan kesan pengaruh filem tempatan dengan pengaruh filem luar negara.

Aras Aplikasi

Contoh: Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah social dalam kalangan remaja .

Aras Analisis

Contoh: Terangkan sejauh mana keberkesanan kerajaan memainkan peranan dalam

mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini

Aras Sintesis

Contoh: Jelaskan peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan

remaja.

Aras Penilaian

42
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Contoh: Mengikut keadaan ekonomi negara Malaysia pada masa ini, wajar atau tidak

negara Malaysia menerima pelabur dari luar. Nyatakan sebab-sebabnya.

2. Jawapan Diberi Oleh Pelajar

Item esei memnuhi logic penyoalan, iaitu jawapan duberi oleh pihak yang disoal . jawapan yang

diberi dapat menjadi bukti sama ada seseorang pelajar itu mempunyai pengetahuan tentang

konsep dan kemahiran yang diuji.Adalah sukar bagi pelajar yang tidak berpengetahuan untuk

meneka jawapan yang betul dengan tepat dan lengkap. Skor pelajar tidak dicemar oleh ralat

pengukuran yang berpunca daripada perbuatan meneka jawapan.

KELEMAHAN UJIAN ITEM ESEI

Peruntukan masa untuk ujian pencapaian di bilik darjah adalah terbatas, iaitu antara 40

minit hingga satu setengah jam. Untuk menjawab satu soalan esei, pelajar mengambil masa yang

lama, biasanya tidak kurang daripada 10 minit. Lantas bilangan item yang dapat dikemukakan

kepada pelajar adalah terhad. Maka, kesukaran akan dihadapi untuk menguji pencapaian pelajar

terhadap kandungan pelajaran secara menyeluruh. Bagi mengatasi masalah ini, guru mungkin

mengambil jalan pintas dengan menyoal perkara-perkara yang dianggap penting sahaja.

Akibatnya, topik yang diajarkan selama beberapa minggu tidak diuji langsung.

43
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

1. Pemarkahan Tidak Objektif

Proses memeriksa dan member markah untuk jawapan esei sering dilakukan secara subjektif.

Guru memberikan skor mengikut tanggapanya tentang kualiti jawapan yang disampaikan oleh

pelajar. Menurut Mohamad Sahari Nordin (2008) apa yang dimaksudkan sebagai jawapan

berkualiti selalunya tidak begitu jelas. Sesuatu jawapan yang ditanggapi berkualiti oleh

seseorang guru tidak semestinya diterima oleh guru lain. Maka permasalahan ini yang

menyebabkan berlakunya sesuatu jawapan tertentu mendapat markah yang berbeza apabila

dinilai oleh guru atau pemeriksa yang berlainan.

2. Proses Pemarkahan Memakan Masa

Jawapan untuk setiap item esei memerlukan masa yang lama untuk dibaca , dinilai dan

diberikan skor . Untuk benar-benar berlaku adil, setiap perkataan dan ayat yang ditulis oleh

pelajar perlu dipertimbangkan , iaitu sama ada wajar diberikan markah atau tidak. Dengan itu,

masa untuk memeriksa akan bertambah jika guru memilih untuk menggunakan prosedur

pemarkahan yang objektif dan sistematis.

ITEM JAWAPAN PENDEK

Menurut Sahari Nordin (2008) item jawapan pendek terbahagi kepada dua format.

Format pertama berbentuk soalan yang meminta pelajar memberikan jawapan ringkas. Jawapan

yang dikehendaki mungkin dalam hanyalah satu atau dua perkataan sahaja atau pelajar mungkin

dibenarkan menulis satu ayat ringkas sahaja sebagai responsnya. Format kedua pula berbentuk

44
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

satu ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ruang kosong.

menerusi format ini , pelajar menjawabnya dengan melengkapkan tempat kosong.

PANDUAN MEMBINA ITEM JAWAPAN PENDEK

1. Mengenal Pasti Kata Kunci

Dalam konteks pembentukan item jawapan penek, perkataan kunci ialah jawapan yang

dikehendaki. Perkataan kunci hendaklah terdiri daripada konsep-konsep dan kemahiran-

kemahiran yang merupakan isi penting dan maklumat utama yang menyokong konsep-konsep

dan kemahiran kemahiran yang penting itu.

2. Membentuk Soalan

Terdapat dua cara membentuk item jawapan pendek. Pertama ialah dengan cara menyoal.

cara yang kedua ialah dengan membentuk satu ayat yang mempunyai ruang kosong yang perlu

diisikan oleh pelajar dengan respons yang betul. Item jawapan pendek yang berbentuk soalan

lebih efektif oleh sebab ia menjuruskan pemikiran pelajar kepada masalah yang perlu

diselesaikan olehnya. Struktur item yang berbentuk soalan didapati mneghadkan ruang untuk

pelajar daripada member berbagai-bagai respons. Item ini tidak bersifat terlalu terbuka , dan ini

seterusnya akan mengurangkan kemungkinan kesilapan pemarkahan.

45
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

3. Menyelaraskan Format Item

Ujian iten pendek seharusnya mempunyai format yang seragam. langkah pertama yang perlu

diambil adalah memastikan bahawa garisan yang berperanan sebagai runag kosong untuk

jawapan disediakan pada setiap item. Ruang kosong patut disediakan bukan sahaja untuk item

yang berbentuk pernyataan tidak lengkap , tetapi juga untuk item yang berbentuk soalan.

Langkah kedua ialah memastikan setiap ruang kosong mempunyai garisan yang sama panjang .

Ruang menulis jawapan yang sengaja dipanjangkan akan menyebabkan pelajar cenderung

meneka jawapan. Satu lagi cara yang efektif adalah menempatkan semua garisan jawapan di

ruang kanan kertas soalan.

CIRI-CIRI ITEM JAWAPAN PENDEK YANG BERKUALITI

1. Objektif soalan

Item jawapan pendek yang bermutu tinggi adalah item yang menyoal maklumat dan fakta

yang berkait langsung dengan isi pelajaran . Semakin penting maklumat yang disoal semakin

tinggi darjah kesahan item tersebut.

2. Penyoalan

Penyoalan menerusi item jawapan pendek mestilah menggunakan bahasa yang jelas, tepat

dan mudah difahami. Bahasa penyoalan seharusnya mempunyai darjah kebolehbacaa yang tinggi

untuk kumpulan sasaran.

46
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

3. Sifat Jawapan

Jawapan yang diperlukan daripada pelajar tidak melebihi satunayat ringkas. Bilangan respons

yang diterima sebagai jawapan betul adlah terbatas untuk mengekalkan kualiti tinggi item

jawapan pendek. Ruang kosong untuk item jawapan pendek hanya sempurna jika ia

dilengkapkan dengan kata kunci. Kebanyakkan pakar yang mengajarkan subjek atau kursus

tersebut bersetuju dengan respons yang dicadangkan sebagai jawapan yang betul..

KELEBIHAN UJIAN ITEM JAWAPAN PENDEK

1. Mudah dibentuk

Item jawapan pendek adalah jenis item yang paling mudah dibentuk. Kelebihan ini berkaitan

dengan sifatnya yang hanya mengukur prestasi kognitif rendah. Dengan itu, soalan-soalan yang

dibentuk hanyalah berkaitan dengan objektif mengingat semula konsep-konsep yang telah

diajarkan. Menurut Mohamad Sahari Nordin (2008) yang perlu dilakukan oleh guru untuk item

jawapan pendek ialah mengenal pasti kata kunci, iaitu jawapan kepada masalah yang hendak

disoal.

2. Menyoal Banyak Isi Pelajaran

peluang mengemukakan banyak soalan akan membantu meningkatkan kualiti ujian. Lebih

tepat lagi, dengan menggunakan item jawapan pendek guru boleh menyoal kandungan pelajaran

secara menyeluruh. Banyak konsep dan kemahiran yang diajarkan dapat disoal jika ujian format

ini digunakan. Taburan soalan pula dapat diagihkan mengikut ukuran pentingnya konsep-konsep

dan kemahiran kemahiran tersebut.

47
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

3. Jawapan Diberi Oleh Pelajar

Format ini mengkehendaki pelajar mencari dan menulis sendiri jawapan mereka. Dengan itu,

pelajar yang berpengetahuan sahaja yang akan menjawabnya dengan betul. Pelajar yang kurang

berpengetahuan pula mungkin mencuba meneka dan peluang tekaan itu betul adalah rendah.

KELEMAHAN UJIAN ITEM JAWAPAN PENDEK

1. Hanya Mengukur Prestasi Kognitif Rendah

Penggunaanya terbatas kepad kemahiran berfikir peringkat asas sahaja. Pencapaian prestasi

ognitif rendah ini dapat dikesan apabila pelajar Berjaya menamakan , menyenaraikan,

melabelkan , menyatakan melakarkan atau mengungkapkan semula maklumat yang telah

dipelajari dan dihafal olehnya.

2. Mengambil Masa Untuk Diperiksa

Pemeriksa perlu mengambil masa untuk membaca setiap respons yang diberi oleh pelajar

sambil membuat keputusan sama ada jawapan tersebut wajar diberi markah. Tambahan lagi,

pemeriksa juga perlu membuat keputusan sama ada markah penuh atau markah separuh akan

diberi kepada respons tertentu terutama jawapan yang tidak lengkap.

48
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

3.0 SOROTAN LITERATUR

Sorotan literatur ini menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pihak lain

dan sistem atau aplikasi komputer yang sedia ada, berkaitan dengan bidang projek yang sedang

dijalankan. Sorotan literatur ini juga boleh menerangkan tentang teknik, kaedah, peralatan atau

teknologi yang akan diambil dalam melaksanakan projek atau kajian. Banyak rujukan perlu

dibuat dalam sorotan literatur ini. Rujukan boleh sama ada dari buku, kertas kerja persidangan,

artikel jurnal, majalah, tesis dan Internet. Segala sumber rujukan perlu dirakamkan secara jelas

dalam teks dan dinyatakan dalam senarai rujukan.

Dalam tesis yang dibuat oleh Suriah Binti Mohamad yang berjudul Pengetahuan

Terhadap Pembinaan Item Soalan Esei D1 Kalangan Guru-Guru Kejuruteraan : Suatu Tinjauan,

dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (2002/2003). Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan

Teknik dan Vokasional. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein

Onn MAC 2003.

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Nenek moyang kita telah lama tahu menggunakan prinsip pengukuran untuk

membina tempat tinggal, membuat alat perkakas, memilih jodoh dan juga membuat

pakaian Manakala orang-orang Mesir sudah lama mencipta dan menggunakan

pengukuran yang kompleks untuk mendirikan piramid yang mereka banggakan hingga ke

hari ini. Manakala orang Cina pula telah mengetahui tentang membangunkan satu sistem

49
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

peperiksaan bagi mendapatkan khidmat masyarakat bermula seawal 2000 tahun sebelum

masihi lagi (Bott, 1996). Ini menunjukkan ujian dan pengukuran telah wujud di kalangan

masyarakat sejak terdokumennya fakta-fakta sejarah. Fakta-fakta yang diperolehi dari

Tamadun China ini yang mana ianya adalah merupakan satu tamadun atau budaya yang

terdahulu. Secara terus boleh dilihat daripada sistem peperiksaan yang telah digunakan

hingga dua ribu tahun yang berikut.

Pengukuran memerlukan satu standard yang membolehkan kuantiti dibandingkan.

Begitu juga dengan pengukuran di dalam pendidikan. Sekolah mesti mengadakan

pengukuran dan penilaian. Malangnya ramai pelajar takut mengambil peperiksaan

sedangkan mereka menerima ujian sebagai satu perkara yang mesti dilalui sepanjang

persekolahan tetapi mereka tetap membencinya.

Ujian dan peperiksaan merupakan sebahagian daripada penilaian yang dibuat

berasaskan keperluan akademik malahan pengujian, pengukuran dan penilaian adalah

salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini

walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri

tetapi ianya mempunyai perkaitan yang rapat dengan proses perlaksanaannya. (Mok Song

Sang, 2002). Pengujian pula ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan

tingkahlaku seseorang individu yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-

pelajar. Ia juga merupakan suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat

tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor mahu

pun afektif. (Gagne, 1985).

50
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Pengajaran dan pemahaman tanpa pengujian adalah seperti kopi yang kurang gula

atau pun masakan yang tidak bergaram. Ini adalah kerana pembelajaran yang tanpa

peperiksaan tidak akan dapat memberikan penilaian yang tepat ke atas seseorang pelajar.

Di samping itu juga seorang guru tidak dapat menilai diri mereka dan juga tidak

mengetahui sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tersebut dapat dicapai.

Walaubagaimana pun pengujian memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit

seperti menjawab secara lisan, bertulis atau mendemostrasi. Menurut Lam dan Tony

(1995) di dalam artikelnya yang bertajuk Fairness in Performance Assessment, penilaian

pencapaian adalah merupakan sejenis penilaian di dalam pendidikan yang mana ianya

digunakan untuk menilai tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan membuat

cerapan ke atas kelakuan pelajar-pelajar tersebut dan memeriksa produk yang dihasilkan

oleh mereka.

Pendapat Lam dan Tony di sokong pula oleh Meng (1993) yang mana ujian

merupakan salah satu dari pada alat pengukuran yang terpenting dewasa ini. Ujian

merupakan salah satu instrumen penting yang digunakan untuk menilai kemajuan pelajar

dan kejayaan guru. Selain daripada membantu dalam mengesan kebolehan dan

kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang berlaku supaya pelajar dan

guru dapat mengetahui tindakan susulan yang seharusnya diambil. Pengukuran dan

penilaian adalah penting bagi guru yang menitik beratkan tingkah laku murid dan untuk

mengesan sejauh mana pembelajaran telah berlaku atau telah gagal dilaksanakan. Murid

memerlukan ujian dan peperiksaan, rekod pemerhatian, skala kadar dan alat penilaian

lain untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang berkesan. Guru pula perlu dilatih

membina ujian yang bermutu selain menggunakannya dengan berkesan. Terdapat

51
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

berbagai jenis ujian sesuai untuk situasi yang berbeza. Pengetahuan membina ujian dan

tujuan mengadakan ujian itu amat berguna kepada guru yang ingin menilai bagi

mencerminkan perkembangan murid yang menyeluruh dan seimbang dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Negara.

Seperti yang telah diketahui, terdapat satu jenis penilaian yang biasa dilakukan di

sesebuah sekolah dalam membuat pengukuran tahap kemajuan pencapaian pelajar iaitu

ujian penilaian akhir (penilaian sumatif). Di dalam pengkajian ini, pengkaji lebih

menumpukan perhatian terhadap ujian penilaian akhir untuk bahagian esei yang pada

keseluruhannya telah dipertanggungjawabkan kepada guru yang mengajar sesuatu

matapelajaran untuk membina dan menstruktur bentuk pengujian yang akan dilakukan.

Malah, jika dilihat dari segi pembahagian markah, untuk bahagian esei ini

memperuntukkan pemarkahan yang lebih tinggi jika dibandingkan bahagian objektif atau

pun struktur. Bahkan bahagian esei ini juga akan menentukan gred seseorang pelajar di

dalam sesuatu peperiksaan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Ujian dan peperiksaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran. Tambahan pula penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan

pertumbuhan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk melengkapkan pelajar

dengan ilmu pengetahuan. Tetapi, sebelum dapat ke sana setiap pelajar perlu melalui beberapa

peringkat yang akan mengangkat mereka ke sana.

52
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

Guru mempunyai tanggungjawab di dalam menyediakan serta menjalankan ujian dan

peperiksaan, tetapi mereka masih lagi kurang berpengetahuan di dalam membina dan

menstruktur ujian yang baik. Dan ianya adalah disebabkan oleh kekurangan latihan dan

informasi di dalam mereka bentuk item-item ujian seperti yang dikehendaki (Kehoe, 1995).

Pemyataan Kehoe di sokong pula oleh Kamarudin Hussin, (1989), yang mana beliau

menyatakan bahawa ujian adalah merupakan suatu alat yang bersistem di dalam menentukan

prestasi atau peringkat pencapaian pelajar. Seperti yang diketahui kebanyakan guru tidak

menghadapi masalah dalam pembinaan soalan tetapi adakah bentuk soalan yang dihasilkan

menepati piawaian yang telah ditetapkan?. Adakah soalan yang dibuat memenuhi kehendak dan

juga mencapai tahap yang ditetapkan?. Adalah guru-guru tersebut dapat memahami konsep dan

objektif pembinaan soalan?. Kebanyakan mereka, terutama guru-guru baru yang mana mereka

membuat kertas soalan peperiksaan mengikut kehendak mereka tanpa berpandukan kepada apa-

apa rujukan membuat soalan dan yang akan menjadi mangsa ialah para pelajar.

Pembinaan item ujian ini berkemungkinan tidak menjadi masalah kepada guru-guru atau

pensyarah-pensyarah yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman, tetapi bagaimana dengan

mereka yang masih baru atau tidak keterlaluan dikatakan disini masih mentah di dalam bidang

pendidikan ini?. Adakah mereka benar-benar memahami konsep yang diutarakan oleh penilaian

dan pengujian ini serta langkah pembinaan yang perlu dijalankan agar ianya menepati objektif

seperti yang disasarkan?.

Sebagai contoh; dari pengalaman dan pemerhatian pengkaji sendiri (setelah

mengikuti latihan mengajar selama satu bulan di sekolah teknik), didapati bahawa

53
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

guru membina item-item ujian bagi penilaian pelajar berdasarkan kreativiti

masingmasing

semata-mata. Ianya tidaklah menjadi satu kesalahan tetapi apa yang dipersoalkan adakah

ianya dibina selaras dengan matlamat dan objektif pembelajaran dan pengajaran serta mengikuti

domain-domain yang telah ditetapkan?, dan adakah penstrukturan item-itemnya mengikut

justifikasi-justifikasi yang telah dikenalpasti akan keberkesanannya?. Dari pengamatan pengkaji,

belum terdapat satu prosedur atau peraturan-peraturan yang boleh dijadikan panduan oleh

pembina ujian agar item ujian yang dibina tidak menyimpang jauh dari objektif pembelajaran

yang telah ditetapkan. Perkara ini wajar diberikan perhatian dan pandangan yang serius untuk

mengelakkan kesan negatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pernyataan Masalah

Jika diteliti dan dinilai, kita akan mendapati garis panduan dan juga manual yang

berkaitan dengan kaedah dan cara-cara membina soalan hanya terdapat dalam kuantiti yang kecil

terdapat di pasaran. Kekurangan sumber rujukan dalam penghasilan dan penstrukturan soalan

ujian atau peperiksaan juga merupakan satu masalah kepada para guru di mana perlunya

penggunaan kaedah penilaian yang baik.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Suriah Binti Mohamad, dapatlah disimpulkan

bahawa pembinaan item esei ini memerlukan kemahiran kerana kemahiran yang ada pada

seseorang guru atau Pembina soalan akan menyebabkan sesuatu soalan dapat dibina dan

dihasilkan dengan baik mengikut tahap dan kemahiran pelajar mereka. Selain itu, soalan-soalan

yang dibina juga haruslah sesuai dengan sukatan pelajaran pelajar-pelajar tersebut.

54
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

4.0 KESIMPULAN

Penentuan ujian dan pembinaan soalan objektif dan subjektif untuk mengukur dan

menilai pencapaian pelajar. Pembinaan soalan objektif yang dibincang meliputi bentuk soalan

beraneka plihan, betul-salah, mengisi temat kosong dan padanan. Pembinaan soalan subektif

meliputi bentuk esei berjawapan pendek, sederhana dan panjang. Pembinaan item ujian biasanya

mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak penelitian dan pertimbangan agar ujian

yang dihasilkan dapat mengukur kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini

dengan adil dan saksama. Menurut Hajah Rukiah Binti Ahmad Tabon Pensyarah Jabatan Ilmu

Pendidikan IPTI, JB. (19 Julai 2008) dalam kertas kerja Kursus Peningkatan Profesionalisme

Keguruan.Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas

dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat. Jawapan

pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.Hanya satu jawapan yang betul.Mengikut

Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan

memberi jawapan yang diperlukan. Ujian objektif itu bermaksud bahawa, bahan atau perkara

yang hendak diuji itu telah ditentukan sebagai objektif ujian tersebut. Selain itu, pemarkahannya

dapat dikawal secara objektif, Walaupun bilangan pelajar yang terlibat itu ramai. Ujian objektif

itu amat berguna di dalam keadaan apabila pelajar yang hendak diuji itu ramai jumlahnya, dan

bahan ujian yang dibentuk itu boleh pula diulang penggunaannya pada masa hadapan. Ujian

objektif ini juga dapat meningkatkan pembelajaran aspek-aspek formal seperti tatabahasa dan

ejaan dan kita dapat menguji kefahaman dan kebolehan mereka di dalam menggunakan prinsip-

prinsip dan rumusan-rumusan tatabahasa yang telah diajarkan kepada mereka. Ujian objektif

yang baik juga biasanya dapat menjamin wujudnya kesaksamaan di dalam pemarkahan, kerana

jawapan-jawapan yang terlibat adalah sama sahaja. Pemarkah tidak mempunyai ruang untuk

55
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

berlaku tidak adil. Pihak guru pun berasa lebih yakin untuk membentuk bahan ujian objektif

yang bermutu. Ini biasanya didapati lebih mudah untuk dilakukan daripada ujian berbentuk

karangan atau esei.

Kelebihan ujian objektif ialah ia dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan

dan fahaman mengikut taksonomi Bloom dengan berkesan. Selain itu, lebih banyak soalan dapat

diberi dan bidang yang luas dapat diuji dalam satu ujian kerana soalannya dapat dijawab dengan

cepat. Melalui ujian objektif juga, analisis item selepas ujian mudah dijalankan. Ujian ini dapat

diprauji dan berdasarkan data praujian ini, ujian yang berbeza kesukaran dapat dibina. Ia juga

meningkatkan kebolehpercayaan. Di samping itu, jawapan dapat diperiksa dengan cepat, tepat

dan lebih objektif. Ia lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif. Ujian objektif juga

mempunyai kelemahan. Antaranya ialah ia memerlukan lebih banyak masa, usaha dan

perbelanjaan untuk membina item ujian yang bermutu tinggi. Selain itu, ia juga kurang sesuai

bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan

penilaian.

Menurut Norhashimi Jusoh, (2010) dalam kajian beliau Ujian Subjektif Objektif soalan

esei dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

i. Soalan respon terhad.

Soalan jenis ini mengehadkan jawapan murid dari segi bentuk

jawapan.(Definition: Restricted response essay items restrict or limit what you

will permit the students to answer. The way you phrase a restricted response task

requires a student to limit both the content of the answer and the form of the

56
FCE3500 PENGUJIAN DAN PENILAIAN (PENGUJAIAN OBJEKTIF DAN PENGUJIAN SUBJEKTIF)

written response. Nitko, Anthony J., 1996. Educational Assessement Of Students.

New Jersey, USA: Prentice Hall: halaman161)

ii. Soalan respon tidak terhad

Soalan respons tidak terhad mengkehendaki calon menyatakan, menghuraikan,

mengolah dan merumus serta menyusun idea-idea secara bebas.Biasanya soalan

jenis ini tidak mempunyai satu jawapan yang spesifik.Ketepatan jawapan murid

hanya boleh ditentukan oleh seorang pemeriksa yang pakar dalam bidang tertentu.

(Definition: Extended response essay items allow your students to write essays in

which they are free to express their own ideas and interrelationship among their

ideas and to use their own organization of their answers. Usually no single

answer is considered correct. A student is free to choose the way to respond, and

degrees of correctness or merit of a students response can be judge only by a

teacher skilled or informed on the subject. Nitko, Anthony J., 1996. Educational

Assessement Of Students. New Jersey, USA: Prentice Hall: halaman162).

Kelebihan ujian subjektif ialah ia mudah digubal, sesuai untuk semua mata pelajaran,

sesuai untuk semua aras taksonomi, membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea

yang diperoleh, mengurangkan konsep meneka, berguna untuk mengesan punca kelemahan,

salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar, murid boleh mengelolakan pengetahuan,

mengemukakan pendapat dan sikap dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan ujian subjektif pula ialah bidang yang diuji terhad, soalan boleh diramal, digunakan

untuk mengukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja dan proses memeriksa terlalu lama dan

memerlukan tenaga yang banyak.

57

Anda mungkin juga menyukai