Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

IMPIAN DALAM MIMPI

DIBERI PELUANG SATU PERMINTAAN

A. Harta benda
B. Bijaksana
C. Sihat cergas
D. Cantik / tampan
E. Hidup Bahagia

Beri alasan pada pilihan anda.


KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS & KREATIF

Membuat
Keputusan
DEFINISI
Membuat keputusan ialah satu proses
mental yang melibatkan seseorang itu
bertindak untuk memilih satu pilihan
terbaik daripada beberapa pilihan yang
ada berdasarkan tujuan dan kriteria-
kriteria tertentu.
MEMBUAT KEPUTUSAN

Keupayaan untuk memilih satu-satu


pilihan daripada beberapa pilihan yang
ada.
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Objektif

i. Mengelakkan kita membuat


keputusan secara terburu-buru
yang boleh merugikan kita.

ii. Memanfaatkan sumber maklumat


yang ada.
iii. Mengambil kira dan menilai semua
pilihan yang ada.

iv. Membuat refleksi sebelum


melaksanakan sesuatu tindakan.

v. Bertindak atas keputusan yang dibuat


berlandaskan kriteria dan tujuan.
vi. Membolehkan kita membuat
pemilihan yang terbaik.

vii. Menjadikan kita lebih rasional dan


sabar.
Kesilapan yang biasa berlaku
semasa membuat keputusan
1. Membuat keputusan yang tidak
tepat kerana kita menggunakan
maklumat yang tidak lengkap.

2. Membuat keputusan yang terburu-


buru kerana kita tidak berfikir panjang
dan mendalam.
3. Membuat keputusan tidak kekal,
berubah-ubah dan tidak teratur.

4. Membuat keputusan yang


mencelarukan kerana kita
mengabaikan aspek penting yang
patut diambil kira.
5. Membuat keputusan secara terburu-
buru berdasarkan pilihan pertama
yang terlintas dalam fikiran tanpa
mempertimbangkan pilihan-pilihan lain
dan kriteria tertentu.
Langkah-langkah membuat
keputusan
Keputusan yang hendak dibuat/ objektif

Alternatif-alternatif / pilihan

Kebaikan atau keburukan pilihan

Pemilihan

Keputusan
Soalan yang perlu dikemukakan
untuk membuat keputusan
1. Apakah yang menyebabkan awak
membuat keputusan menjadi penting?
2. Apakah pilihan-pilihan saya?
3. Apakah kemungkinan akibat pilihan yang
dibuat?
4. Sejauhmanakah pentingnya akibat
tersebut?
5. Apakah pilihan terbaik?
Langkah-langkah membuat keputusan
Mengenal pasti keperluan atau objektif membuat keputusan

Teliti pilihan-pilihan yang ada

Fikirkan akibat, alasan dan nilai setiap pilihan

Tentukan pilihan yang terbaik berdasarkan nilai dan kriteria

Buat keputusan
Aktiviti :
Bayangkan anda dan rakan anda berada di Taman Negara
untuk menjalani aktiviti kembara. Hari semakin gelap, anda
dan rakan masih belum menjumpai destinasi. Anda dan
rakan anda menyedari yang anda telah sesat di tengah
hutan.

Apakah tindakan yang akan anda ambil?


Gunakan Borang pengurusan grafik untuk membantu anda
membuat keputusan
yang bijak.
Refleksi
Untuk memastikan anda lebih faham dan jelas
tentang apa yang telah dilakukan, soalan-soalan
berikut dapat membantu:
1. Senaraikan pilihan-pilihan anda.
2. Apakah yang perlu anda buat terhadap
pilihan-pilihan itu?
3. Bagaimanakah anda menentukan pilihan
manakah yang terbaik?
4. Apakah keputusan anda? Mengapa?
5. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil
hingga tercapainya keputusan itu.
Situasi : Anda sesat di dalam hutan di Taman Negara dan hari semakin gelap.
Apakah keputusan yang perlu anda buat?
MEMBUAT KEPUTUSAN
Pilihan-pilihan
- Terus berjalan - Mendapatkan bantuan
- Berehat sementara - Berkhemah di sini

Pilihan yang dipertimbangkan


Berkhemah di sini

Akibat Alasan/Kesan dan akibat Nilai


- dapat berehat - tidak meneruskan perjalanan - penting +
- ancaman binatang buas - hutan ada binatang buas - penting +
- gangguan makluk halus - tempat gelap dan tiada orang - tidak penting
-
- pulihkan tenaga - dapat berehat dan makan - penting +
- boleh merancang - tenteram - penting +

Kriteria
Keselamatan

Keputusan

Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan semua pilihan


di atas
Tugasan 1
Anda adalah seorang pengawas
sekolah / ketua kelas di sekolah.
Semasa waktu rehat, anda melihat
seorang murid iaitu kawan karib
(baik) anda mengambil sebungkus
makanan di kantin lalu beredar dari
situ. Dalam situasi ini, apakah
tindakan terbaik yang patut anda
ambil?
Kapal Karam
Kapal Karam
10 orang terapung-apung di laut 6. GURU KELAS ANDA
kerana kapal yang mereka naiki 7. BAPA YANG TIDAK
telah pecah dilanda ombak dan BEKERJA
karam di lautan. 8. ORANG MISKIN
Kapal anda hanya ada ruang 9. PEMUDA YANG BAIK
untuk 6 orang sahaja. HATI
Tugas Anda. Senaraikan 6 orang 10. ADIK YANG NAKAL
mengikut keutamaan, orang yang
akan diselamatkan.
Dalam Kumpulan:
1. ORANG KAYA YANG Nyatakan pendapat mereka
BUDIMAN tentang penyusunan nama
2. KAWAN KARIB
tersebut.
3. IBU YANG SAKIT TUA
Anda perlu bertindak dengan
pantas berserta dengan
4. PENCURI YANG INSAF pemikiran yang tajam – masa
5. ABANG YANG BUTA diberi - 20 minit
TUGASAN 2
Aiman adalah anak sulung daripada 4 anak Pn. Sara,
seorang ibu tunggal yang mengambil upah mencuci pakaian
dan menjual kuih. Sebagai anak sulung dia amat
bertanggung dalam membantu keluarganya seperti
membantu menjual kuih dan membimbing adik-adiknya
belajar. Aiman seorang budak yang rajin belajar. Selepas
tamat darjah 6, dia telah mendapat tawaran untuk belajar di
sebuah sekolah menengah sains asrama penuh di Kuala
Lumpur atas pencapaian cemerlangnya dalam UPSR.
Semua perbelanjaan persekolahan termasuk tambang
pengangkutan dan sara hidup ditanggung oleh sebuah
agensi kerajaan. Jika anda menjadi Aiman, apakah
keputusan terbaik untuk dipilih?
Situasi : Anda adalah seorang pengawas sekolah / ketua kelas di sekolah.
Seorang kawan karib (baik) anda telah didapati merosakkan pintu
bilik darjah .Apakah keputusan yang perlu anda buat?

MEMBUAT KEPUTUSAN
Pilihan-pilihan
1 _________________________ 3 ____________________
2 ________________________ 4 ____________________

Pilihan yang dipertimbangkan


O________________________

Akibat Alasan/Kesan dan akibat Nilai


- - - penting +
- - -
- - - tidak penting -
- - - penting +

Kriteria
_______________________

Keputusan
________________________

Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan semua pilihan


di atas
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai