Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2503SMP
KAJIAN TINDAKAN

Program Juara Bijak Fikir :Meningkatkan Tahap Penguasaan


Membina Ayat Selapis Berpandukan Gambar Tunggal

Name
Aminudin Baki Bin Din
Matric number
680517086583001
Telephone number
0135931166
E-mail address
drsmartware68@gmail.com
TUTOR
EN ABDUL RAHIM BIN OTHMAN
Learning Centre:
Kedah Learning Centre

KAJIAN TINDAKAN

1.

Tajuk Kajian
Program Juara Bijak Fikir :Meningkatkan Tahap Penguasaan Membina Ayat Selapis
Berpandukan Gambar Tunggal

2.

Nama Penyelidik
Aminudin Baki Bin Hj Din

3.

Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, 34140, Rantau Panjang, Perak

4.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran :


4.1
Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu
Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat sebelum
ini murid-murid lemah untuk membina dan menulis ayat berpandukan gambar
dalam penulisan karangan. Kekurangan perbendaharaan kata menyebabkan murid
sukar untuk membina ayat selapis berpandukan gambar tunggal yang ditunjukkan.
Proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak berpusatkan guru daripada
murid-murid. Guru lebih banyak berkomunikasi secara sehala dan murid-murid
lebih banyak mendengar. Papan hitam digunakan sebaik mungkin dan muridmurid terbatas dengan ayat-ayat yang diberikan oleh guru sahaja. Guru juga lebih
banyak memberikan contoh-contoh ayat selapis kepada murid berdasarkan
gambar tunggal dan murid-murid hanya menghafal sahaja.
4.2

Penilaian Terdahulu Pencapaian Murid


Kesan daripada ketidakupayaan murid-murid saya yang tidak mampu
untuk membina ayat selapis maka pencapaian markah mereka begitu rendah.
Murid-murid menghadai masalah untuk membina ayat selapis dengan baik.
Mereka tidak dapat memahami gambar dan kehendak soalan dengan baik.

4.3

Pemerhatian Terdahulu
Saya melihat murid-murid tidak menampakkan kesungguhan mereka
untuk menulis ayat selapis dengan baik. Mereka membina ayat selapis hanya
berdasarkan perbendaharaan kata yang sedia ada dalam pengetahuan mereka
sahaja. Mereka tidak menggunakan perbendaharaan kata yang baru dalam menulis
ayat selapis. Akibatnya murid-murid tidak menunjukkan minat untuk belajar dan

suasana pembelajaran menjadi lesu dan menjemukan. Pada akhirnya guru yang
lebih banyak memberikan maklumat dan murid menjadi pasif.
5.

Sorotan Literatur
5.1

Kajian Literatur Dalam Negara

An-Nashmy (1980) menyarankan agar guru memilih kaedah yang berkesan kepada
kefahaman murid yang diajar juga memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan
murid. Murid akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati isi pelajaran
dengan lebih cepat dan bertahan dengan lebih lama. Bagi tujuan ini guru mesti memilih
pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik beserta Bahan Bantu Mengajar yang
menarik.
Menurut Zaiba (1952) yang dipetik oleh Kamaruddin Hj. Husin (1998), karangan adalah
hasil daripada kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan kata-kata
dan seterusnya untuk dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan
mempunyai ayat-ayat yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan,
penerangan dan sebagainya.
Tahap penguasaan individu dalam subjek bahasa diukur melalui kebolehan mendengar,
bertutur,membaca dan menulis (Siti, Nadiah & Rozmel, 2007). Kajian mereka mendapati
tahap pencapaian para murid dalam penulisan literasi Bahasa Malaysia di tiga buah
sekolah menengah yang dikaji adalah dari tahap sederhana sehingga lemah.
Isahak Haron (1979) berpendapat bahawa kemahiran menulis karangan amat penting
dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana penulisan di dalam ujian dan
peperiksaan rasmi memerlukan penyampaian idea, pendapat, fakta yang Mata pelajaran
Bahasa Malaysia yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu
lisan, bacaan dan penulisan. Dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana muridmurid perlu menampilkan idea sendiri dengan bantuan guru dan murid tidak perlu
berusaha untuk menulis karangan yang baik (Kamaruddin Hj. Husin, 1998).
4.2

Kajian Lepas Luar Negara

Menurut Danielle, Scott dan Philip (2010), penulisan ayat yang baik tidak bergantung
kepada ciri-ciri teks yang dibaca tetapi lebih kepada penggunaan ciri-ciri linguistik teks
dan bahasa ayat yang canggih.
Rachle (2010) pula menyatakan bahawa penulisan yang lemah berpunca tahap pemikiran
yang malas bukannya tahap kebolehan seseorang murid itu semata-mata.
Sementara itu pendapat Lado (1964) Broto (1974) Bullock (1975) menyatakan karangan
adalah hasil kemahiran mengubah, menyusun kata-kata dan ayat biasa dan juga
merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam
pemikiran manusia melalui alat komunikasi yang disamakan bahasa.
Bagi Cummins (1984, dalam Gibbson, 2002), kebanyakkan murid, bahasa kedua mereka
menghadapi masalah dalam penulisan. Besar kemungkinan kerana murid tidak dan
kurang mahir dalam bahasa ibundanya yang menyebabkan mereka juga menghadapi
kesukaran untuk mempelajari bahasa kedua.
Menulis karangan ialah satu proses pemilihan, mencantum, menyusun atur

dan

menyambung buah pikiran di dalam bentuk ayat yang berkesan, berperenggan dan dalam
unit wacana yang lebih panjang.

5. Fokus Kajian
Walaupun terdapat pelbagai masalah kefahaman berkaitan penggunaan ayat di dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya hanya akan memfokuskan kajian ini kepada
memperkayakan penggunaan ayat selapis sahaja melalui penggunaan kosa kata dan kata
kerja. Daripada pemerhatian yang dibuat sebelum ini di dapati:

murid-murid tidak dapat mentafsir gambar tunggal yang ditunjukkan. Keadaan ini
disebabkan kelemahan perbendaharaan kata murid dan juga kelemahan dalam
membina struktur ayat. Sikap murid-murid yang menunjukkan kurang berminat atau
sifat malu bertanya mungkin disebabkan kekurangan perbendaharaan kata.

Hasil semakan hasil kerja yang dibuat didapati murid-murid tidak mampu untuk
membina ayat selapis dengan baik. Pemilihan perkataan untuk membina ayat kurang
tepat. Kebanyakan ayat yang dihasilkan merupakan ayat tergantung, yang hanya ada

subjek dan kata kerja. Keupayaan untuk membentuk kosa kata dalam gabungan
perkataan untuk menjadi ayat selapis mengakibatkan ayat tersebut tergantung atau
tidak lengkap.

Berdasarkan keputusan peperiksaan bulanan dan peperiksaan pertengahan semester


didapati hampir keseluruhan murid tidak mendapat keputusan yang baik. 11 orang
murid mendapat pangkat C, 17 orang mendapat gred D dan 2 orang mendapat gred E.
Tiada murid yang mendapat gred A atau gred B. Ujian tahap penguasaan yang
dijalankan menunjukkan keputusan yang hampir sama sebelum kajian ini dijalankan.

6.

Objektif Kajian :
i.

Objektif Am :
Membantu dan membimbing murid-murid yang lemah untuk meningkatkan
penguasaan mereka dalam membina ayat selapis.

ii.

Objektif Khusus :
1. Menambahkan bilangan murid yang mampu lulus dalam penulisan.
2. Meningkatkan keupayaan murid-murid untuk menguasai tatabahasa dalam
penulisan.
3. Membantu murid-murid supaya dapat menggunakan perkataan baru dalam
membina ayat mudah.

7.

Kumpulan Sasaran
Melibatkan murid Tahun 5 Bijak seramai 30 orang yang terdiri daripada 18 orang murid
lelaki dan 12 orang murid perempuan. Di SK Sungai Bayor kelas Tahun 5 terdapat dua
kelas yang disusun mengikut pencapaian iaitu 5 Cemerlang (kelas terbaik) dan 5 Bijak
(kelas kedua terbaik).

8.

Tindakan yang dicadangkan


a. Penilaian daripada ujian bulanan dan PPT
b. Latihan karangan dan latihan membina ayat- Guru dapat mengesan kelemahankelemahan murid berkaitan pembinaan ayat selapis dan menilai tahap-tahap
kelemahan tersebut.

c. Semakan buku latihan - secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan
murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.
9.

Cadangan Tindakan Perlaksanaan


a. Di dalam kerja kumpulan murid-murid diberi satu keratan gambar tunggal yang
sama dan meminta mereka menulis perkataan yang terdapat di dalam gambar
tunggal tersebut.
b. Membina soalan berdasarkan perkataan yang diperoleh seterusnya membina ayat
selapis.
c. Murid-murid diberi satu gambar yang berlainan dan meminta setiap murid
meneliti gambar tersebut, seterusnya menyatakan seberapa banyak perkataan yang
ada kaitan dengan gambar tunggal tersebut.

10.

Perlaksanaan dan Cara Menganalisa Data


a. Proses Pengajaran dan Pembelajaran
i. Program Bijak Fikir.
Murid-murid aktif berbincang dalam kumpulan dan dapt mencari perkataan
dan seterus memahami kehendak gambar dengan baik. Murid-murid juga
dapat membina ayat mudah dengan betul.
ii. Aktiviti Siapa Saya (ASIS).
Murid-murid dapt mengenali siapa saya (gambar) dengan baik dan mereka
juga seronok serta aktif ketika aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan dan
individu
iii. Aktiviti Soal Saya (SOS)
Murid-murid dapat membina soalan secara spontan dan rakan yang lain dapat
menjawab dengan baik. Pada mulanya aktiviti ini agak perlahan tetapi setelah
murid-murid faham mereka semakin aktif bertanya.
iv. Pertandingan Siapa Juara.
Murid-murid begitu tekun dan seronok ketika aktiviti dijalankan. Mereka
berlumba-lumba untuk menang dan mencari perkataan sebanyak yang
mungkin dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Melalui program dan aktiviti yang dijalankan ini, ianya dapat membantu murid-murid lemah
untuk membina dan menulis ayat berpandukan gambar dalam penulisan karangan.

11.

Jadual Pelaksanaan

Januari 2015 (Mengikut Minggu)


Bil

Perkara
1
Menulis Cadangan

1.
Manjalankan Tinjauan Awal

2.
Merancang Tindakan Intervensi
3.
Melaksanakan Tindakan Intervensi I
4.

Melaksanakan Tindakan Intervensi II


5.

Melaksanakan Tindakan Intervensi III


6.
Menjalankan Penilaian
7.

Menjalankan Keputusan Penilaian

8.
Refleksi Keputusan Kajian
9.

Menulis Laporan Kajian


10.

JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN


BIL
1
2

JENIS BAHAN
Kertas A4
4 helai kertas transparent yang

berlainan warna
3
Printer Cartridge
4
Buku Catatan
JUMLAH
Lampiran I

KUANTITI X

JUMLAH

HARGA SEUNIT
2 x RM 11.90
4 x RM 5.00

KOS
RM 23.80
RM 20.00

1 x RM 80.00
1 x RM 3.50

RM 80.00
RM 3.50
RM 127.30

Lampiran II
Tuliskan kata nama dan kata kerja berpandukan gambar tunggal yang ditunjukkan.

Contoh :

Kata Nama

Kata Kerja

Ahmad dan Saiful

memasak

Mereka

mendirikan

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

_____________________

____________________

Lampiran III
Tuliskan kosa kata berdasarkan kata kerja yang disenaraikan.

Contoh :

Kata Kerja

Kosa Kata

memasak

memasak nasi.

mendirikan

mendirikan khemah.

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

_____________________

_______________________________

Lampiran IV
Gabungkan kata nama dan kosa kata untuk dijadikan ayat selapis.

Contoh :

a.

Ahmad dan Saiful memasak nasi.

b.

Mereka mendirikan khemah.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

3.

______________________________________________________________________

4.

______________________________________________________________________

5.

______________________________________________________________________

6.

______________________________________________________________________

7.

______________________________________________________________________

8.

______________________________________________________________________

9.

______________________________________________________________________

10.

______________________________________________________________________

11.

______________________________________________________________________

12.

______________________________________________________________________

13.

______________________________________________________________________

14.

______________________________________________________________________

15.

______________________________________________________________________

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh

: 30.11.2010

Masa

: 60 minit

Tahun

: 5 Cemerlang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tajuk

: Perkhemahan Pengakap

Objektif

: Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :


i.
ii.
iii.

Menyatakan lima kata kerja yang terdapat dalam gambar tunggal.


Membina lima kosa kata berdasarkan kata kerja yang disenaraikan.
Membina tiga ayat selapis berpandukan kosa kata yang dibina.

HASIL PEMBELAJARAN :
Fokus Utama
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk
Aras 1
i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Fokus Sampingan
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.
Aras 1
i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
SISTEM BAHASA
Tatabahasa

imbuhan, kata hubung

Kosa kata

perkhemahan, jambori, memacak

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Teknologi dan moral


Nilai : Menghargai, rasional dan bekerjasama
Kemahiran berfikir : Mengkategori dan membuat keputusan
Kecerdasan pelbagai : Interpersonal
Kontruktivisme : Menjelajah dan menerangkan

ISI PELAJARAN
Lagu : Pengakap

AKTIVITI PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
Set Induksi (5minit)

Guru memasang lagu Pengakap dan

murid-murid mendengar lagu tersebut.


Murid-murid mendengar lagu tersebut dan

CATATAN
Radio kaset

Contoh perkataan :
-

Khemah
Rumput
Kayu
Sungai
Memasak
Memikul

cuba menghayati lagu tersebut.


Langkah 1 (10 minit)

Gambar tunggal

Guru menunjukkan gambar tunggal


kepada murid-murid dan meminta muridmurid meneliti dan memahami gambar

tersebut.
Guru meminta murid-murid menyatakan
seberapa banyak perkataan yang boleh

dikaitkan dengan gambar.


Guru mencatatkan perkataan-perkataan
yang diberikan oleh murid-murid di papan

Contoh kata kerja :


-

Memasang
Memasak

putih.
Langkah 2 (10 minit)

Contoh kata nama :


-

Lembaran kerja.

Perbincangan kumpulan dengan

Kamus dewan.

menggunakan perkataan yang dicatatkan

Pen marker.

di papan putih atau perkataan yang lain

Mereka
Muzammil

disenaraikan yang merupakan perkataan

kata kerja.
Menyenaraikan juga kata nama yang
sesuai berdasarkan gambar tunggal

Contoh kosa kata :


-

Mereka

memasang
Muzammil

memikul
Ali dan Abu
memasak

Contoh ayat selapis :


-

Mereka

tersebut.
Langkah 3 (10 minit)

Lembaran kerja.

Dalam kumpulan, murid-murid

Kamus dewan.

berbincang untuk membentuk kosa kata

Pen marker.

yang berkaitan antara kata nama dengan

kata kerja.
Wakil setiap kumpulan diminta membaca

hasil perbincangan kumpulan.


Langkah 4 (10 minit)

Lembaran kerja.

Dalam kumpulan, murid-murid diminta

Kamus dewan.

memasang

melengkapkan kosa tersebut menjadi ayat

Pen marker.

khemah.
Muzammil

selapis yang lengkap.


Wakil setiap kumpulan diminta membaca

memikul kayu
-

hasil perbincangan kumpulan.

api.
Ali dan Abu

memasak nasi.
[sama dengan di

Langkah 5 (10 minit)

atas.]

Kognitif
Sosial

Sesi sumbang saran bagi memantapkan

Rasional dan
berani.

hasilan kumpulan.
Murid-murid dalam kumpulan menulis
semula ayat selapis supaya menjadi lebih

pelbagai :

mantap.
Penutup (5 minit)

Kecerdasan
Intrapersonal
Nilai :

Guru dan murid-murid membuat rumusan

Bekerjasama.
Menghargai

tentang gambar tunggal tersebut.


Guru merumuskan :
Kepentingan perkhemahan
Kepentingan bekerjasama
Murid-murid menyanyikan lagu

Menyanyikan lagu :
Pengakap

Nilai :

kepentingan alam
sekitar.

Pengakap dengan diiringi muzik.

BIBLIOGRAFI
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu , prinsip, kaedah dan teknik. Kuala
Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti.
Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz & Arbie b Sujud. (1997). Pengajian Melayu 1
Ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Kamarudin Haji Husin, et al.(1998). Pedagogi bahasa: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah
rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun satu,
kurikulum baru sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun
enam, kurikulum baru sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
http://www.scribd.com/doc/8767619/Pelan-Induk-Pembangunan-Pendidikan-20062010

Anda mungkin juga menyukai