Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.
dan salam sejahtera. 

Yang Berusaha, 

.YM Hajjah Che Ku Maznah...............................,


Tuan Pengetua Sekolah Men.Keb. Cheneh Baru

Penolong Kanan Pentadbiran,.Ustaz Hj.Zulkifli

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan Kokurikulum,

Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.

Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat
berhimpun bagi meneruskan sesi persekolahan pada tahun ini.
Selamat datang kepada pelajar-pelajar yang memasuki Tingkatan Satu dan syabas
kerana memilih SMKCB(C-BEST) bagi meneruskan pelajaran.

Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini, majlis menjemput Ustaz Hj.
Kamarudin Bin Yob untuk membacakan doa. dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Semoga dengan pembacaan doa tadi akan diperkenankan oleh Allah dan akan
memberkati lagi majlis kita pada hari ini. 

Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri bagi sama-
sama menyanyikan lagu NegaraKu,Selamat Sultan dan Lagu Sekolah (dengan iringan
muzik / tanpa iringan muzik).

Para guru dan pelajar dijemput duduk.


Untuk makluman semuapelajar bermula sesi persekolahan pada tahun ini ,semua
pelajar diwajibkan membaca Al-Quran pada setiap pagi sebelum sesi p&p
dijalankan.Bagi meneruskan lagi majlis kita di pagi yang mulia ini, majlis sekali lagi
menjemput Ustaz Hj. Kamaruddin bin Yob  bagi memperdengarkan bacaan ayat-ayat
suci Al-Quran.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ________________________
atas beliau tadi.

Semoga dengan bacaan ayat –ayat suci itu tadi dapat kita hayati bersama dan
dijadikan sebagai panduan kepada kita semua.

Tidak sempurna kata tanpa bicara


Tiada sempurna bicara tanpa bahasa
Tiada sempurna perjalanan majlis kita
jikalau tiada ucapan dari Puan Pengetua.

Dengan ini majlis menjemput Puan Pengetua, ................ untuk memberi nasihat dan
teguran kepada kita semua. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Puan Pengetua. Semoga dengan teguran
dan nasihat itu tadi akan kita jadikan panduan dan diamalkan dalam kehidupan kita. 

Dengan berakhirnya ucapan Puan Pengetua tadi, maka berakhirlah majlis


perhimpunan kita pada hari ini. Segala yang baik datang daripada Allah swt, manakala
yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian Wabillah hi ………………………

Para pelajar diminta tunggu sebentar bagi memberi laluan kepada para guru.

Anda mungkin juga menyukai