Anda di halaman 1dari 4

Skrip tazkirah maulidur rasul 1445

Kaifahalukum.. Alhamdulillah…

Sobahal khai….. alhamdulillah… nahnu bikahi…

Ahsantum…. Ahsanna……

Aiwah-aiwah… Mumtaz….mumtaz…..

Alhamdulillah… tepuk tangan….satu jari, dua jari, tiga jari..

Murid-murid skbbsb.. angkat tangan… turun tangan… beri perhatian..

Hari ini ustaz akan bercerita tentang kisah nabi..

Hari ni dah berselawat ke belum…. Belum….. lemmahhh….

Jom selawat… ustaz mula kamu habiskan..

Allahumma solli solatan…

Ahsantum….ahsanna… tepuk tangan.

Hari ni ustaz bukan nak ceramah.. ustazah nak berkongsi cerita dengan kamu..

Bertajuk… rasulku.. idolaku…

……………………………………………………………………………………………………………………….

Siapa kenal nabi?..

Berapa kali jumpa nabi?..

………………………………………………………………………………………………………………………..

Dalam al quran ada dicerikan kisah nabi muhammad.

Kalau dengar nama nabi di sebut kena buat apa?..

………………………………………………………………………………………………………………………..

Sekarang kita cuba..

Mcm mana kita nak jadi murid yang baik, hebat.. bagus.. kita kita tengok rasul mcm mana..

Rasul dah wafar, kita nak tengok siapa?.. tengok guru-guru menunjukkan contoh yang baik dari nabi..
suruh cakap baik, suruh jangan bergaduh..

Kenapa kena agungkan/muliakan nabi? The messenger of allah..

Sebelum nabi lahir lagi nabi dah dimuliakan.. dimana nabi lahir?..

Nabi muhammad………………………. Sebut. Dilahirkan di mekkah..


Sebelum nabi lahir… ada satu peristiwa yang berlaku…

Siapa nak dengar cerita angkat tangan.. (berlagu..) saya 3x

Sebelum kelahiran nabi muhammad…………………………………………………………………………………………

Peristiwa Kisah Kelahiran Nabi Muhammad SAW, Kaitannya Dengan Peperangan Tentera Bergajah
Abrahah Bersama Ababil

Kelahiran junjungan mulia kita iaitu Nabi Muhammad SAW adalah pada 12 Rabiul Awal, pagi Isnin
bersamaan 20 April 571 Masihi, Tahun Gajah. Tahun Gajah itu kerana kisah tentera bergajah Abrahah.

Umum mengetahui, kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan peristiwa yang bersejarah bagi umat
Islam di seluruh dunia.

Di sebalik kelahiran Baginda SAW, terdapat sebuah kisah tentang tentera bergajah yang dipimpin oleh
Raja Habsyah, iaitu Abrahah seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran:-

١ْ‫ِيل‬ ِْ ‫كْ ِبأَصحَ ٰـ‬


ِْ ‫بْٱلف‬ َْ ‫أَلَمْْ َترَْْ َكيفَْْ َف َع‬
َْ ‫لْرَ ُّب‬

” Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang
dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

٢ْْ‫أَلَمْْيَجعَلْْ َكي َدهُمْْفِىْ َتضلِيل‬

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan
memusnahkan mereka? (2)

َْ ‫لْ َعلَي ِهمْْ َطيرً اْأَبَابِي‬


٣ْ‫ل‬ َْ ‫َوأَر َس‬

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung yang berpasuk-pasukan, (3)

ِ ‫َترم‬
٤ْْ‫ِيهمْ ِبحِجَ ارَ ةْْمِّنْسِ جِّ يل‬

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4)

٥ْْ‫َفجَ َعلَهُمْْ َكعَصفْْمَّأ ُكول‬

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)”

(Surah Al-Fil, ayat 1-5)

Kenapa Raja Abrahah mahu tawan Kaabah?

Kenapakah Raja Abrahah mahukan sangat Kaabah? Hal ini kerana pada ketika itu, Kota Makkah menjadi
tempat atau pusat tumpuan utama untuk para pedagang dan masyarakat Arab ketika itu.

Perkara ini membuatkan Raja Abrahah berasa sangat iri hati dan berdendam, sekaligus menyebabkan
beliau membina sebuah gereja di Yemen untuk menandingi kehebatan Kaabah pada ketika itu.

Namun malangnya, gereja yang dibina oleh Raja Abrahah tidak mendapat sambutan daripada kaum
Quraisy pada ketika itu.
Perkara ini membuatkan Raja Abrahah berasa sangat marah, lantas menjadi perancang utama yang
merancang untuk menyerang Kota Makkah dengan tentera bergajah.

Selepas itu, Raja Abrahah berangkat bersama dengan pasukan tenteranya termasuklah ‘unit gergasi’
gajah-gajah yang telah siap dilatih untuk bertempur.

Bagi Abrahah, gajah itu sangat besar dan juga jauh lebih digeruni berbanding haiwan lain seperti kuda.

Sepanjang perjalanan menuju ke Kota Makkah, semua perkampungan yang dilalui habis musnah
dikerjakan Raja Abrahah dan bala tenteranya.

Perkara ini menyebabkan penduduk Makkah berasa sangat takut dengan tentera Abrahah dan
bersembunyi di dalam rumah mereka serta tidak berani untuk berdepan dengannya.

Gajah cemas, muncul tentera burung

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mereka memasuki Kota Makkah, gajah-gajah tersebut berasa
sangat cemas dan tidak mahu memasuki Kota Makkah. Perkara ini membuatkan keadaan menjadi kelam
kabut.

Dengan kekuasaan Allah SWT , tiba-tiba muncul sekumpulan burung yang sangat banyak memenuhi
segenap ruang udara Kota Makkah, iaitu burung Ababil.

Burung Ababil yang dihantar Allah SWT itu datang membawa batu yang dibakar keras, kemudian
melontarkannya kepada tentera Abrahah serta bala tentera bergajahnya.

Difahamkan, batu yang sangat keras dan serta terlalu panas itu mampu menghancurkan apa sahaja yang
mengenainya dan tiada satupun yang terlepas dari sasaran burung Ababil.

Dengan kuasa dan izin Allah, gajah-gajah yang besar itu akhirnya menggelupur mati dan ramai dari
kalangan tentera Abrahah turut terkorban menjadi sasaran batu panas lontaran Ababil.

Keadaan itu juga telah digambarkan oleh Allah SWT seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Disebabkan kejadian ini juga, kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dinamakan sebagai ‘Tahun Gajah”.

Diceritakan juga, selepas kejadian itu, Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 50 hari kemudiannya,
namun ada juga riwayat lain yang mengatakan Baginda SAW lahir 55 hari selepasnya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Imam Qurtubi juga ada mengatakan akan terjadi kejadian yang sangat besar di Kota Makkah ataupun
digelar sebagai ‘Irhas’ iaitu bukti tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Maka pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah, Nabi Muhammad SAW lahir ke dunia. Diceritakan juga ketika
Siti Aminah mengandungkan Baginda SAW, wanita itu pernah bermimpi bahawa bayi yang akan
dilahirkannya nanti akan menyebarkan cahaya.
Cahaya yang terpancar itu seterusnya akan menyebar ke seluruh muka bumi. Dan sehingga kini,
kelahiran Nabi Muhammad SAW telah menyebarkan cahaya Islam ke seluruh pelusuk dunia, sekaligus
menjadikannya manusia paling berpengaruh sepanjang zaman.

Dialah junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Anda mungkin juga menyukai