Anda di halaman 1dari 5

Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang

Oleh Kaizan Nazlan

Diulas oleh : Muzakkir Mohamad Noor (CAK TRAINING)

Keris Taming Sari tidak dibuat dengan mudah. Besinya diketuk sekuat-kuatnya dan dibahangkan
sepanas-panasnya. Besi itu kemudian diketuk semula bertalu talu. Cukup masa, besi itu diangkat
dan dicelup ke dalam air lalu dibiarkan seketika. Prosesnya berulang sehinggalah rupa dan tajamnya
dapat dibentuk sebaiknya. Begitulah kehidupan. Kita akan dipukul dengan ujian, dimarahi dengan
ketegasan, ditegur dengan kelembutan, dan dinasihati dengan kebenaran. Tidak lain tidak bukan ia
adalah ujian membentuk keistimewaan sebagai seorang pahlawan.

Selamat datang ke Universiti Kehidupan!

Belakang parang jika diasah pasti akan tajam. Begitulah kata-kata yang tepat untuk ditujukan
kepada golongan yang sering dipinggirkan terutamanya di medan akademik iaitu budak kelas
belakang. Golongan yang hanya dipandang sebelah mata ini sebenarnya berpotensi besar
melakukan perkara-perkara luar biasa. Lihat sahaja tokoh-tokoh dunia yang wujud pada hari
ini. Suatu ketika dahulu, ada juga antara mereka pernah berada di kelas belakang.

Buku Budak Kelas Belakang: Langkahnya Panjang ini merangkumkan penulisan


segar bertunjangkan pendidikan, keusahawanan dan kemasyarakatan. Bermula dari
aspek pendidikan, penulis membawa pembaca untuk melihat realiti sistem pendidikan yang
ada sehingga wujud golongan budak kelas belakang. Tidak cukup sekadar itu, penulis
berkongsi dunia keusahawanan yang semakin dipandang sepi oleh sesetengah pihak.
Kehidupan masyarakat yang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul turut
dipertengahkan di dalam buku ini.

Penulisan ini membawa pembaca melayari dan merasai kisah-kisah yang disulami rasa manis
dan pahit bergelar pelajar, usahawan dan sukarelawan. Buku ini merupakan himpunan cerita-
cerita benar yang bakal menerokai, menginspirasi dan mengubah hidup pembaca.

Buku ini merupakan kompilasi-kompilasi penulisan berkaitan kewangan, perniagaan


dan kisah-kisah inspirasi keusahawanan mengisi jiwa. Banyak juga pengisian-
pengisian yang dikongsi adalah untuk menyentak jiwa bagi befikir untuk perubahan
yang baik. Antara penulisan yang dimuatkan adalah berkaitan bagaimana sistem
hutang boleh menghambakan manusia pada wang, bagaimana sistem pendidikan
berat sebelah dipertikai dan bagaimana golongan bertali leher dan lebai menunggang
agama untuk kepentingan mereka.

Gaya penulisan yang santai dan bersahaja memudahkan pembaca memahami isi kandungan
dan menyerap terus ke dalam jiwa. Sesuai untuk dibaca dan dimiliki bagi setiap individu yang
mahu maju ke hadapan. Semoga buku ini dekat dengan hati para pembaca.

1
Saya akan mengulas lima bab daripada 49 bab yang terdapat dalam buku yang setebal 91 helai
mukasurat. Lima bab ini sangat berkait rapat dengan peserta yang terlibat iaitu pelajar universiti.

2. Universiti Kehidupan muka surat : 4

Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalua bekerja sekadar bekerja, kera juga
bekerja Hamka

Keperluan ilmu?

1- Seseorang yang berilmu bukan diukur dengan hanya sekadar menghafal teori-teori
lama yang dipelajari dalam kelas atau teori-teori di dalam kelas pengrusan di university
semata-mata.

2- Adakah institusi pendidikan hari ini sudah menyediakan persiapan yang cukup buat
anak-anak muda bagi menghadapi dunia yang sebenar?

3- Hari ini kita perlukan ilmu yang lebih pratikal, ilmu yang boleh dimanfaatkan mengikut
situasi kita sekarang, ilmu yang mampu menjadi bekalan untuk seseorang itu membina
sesebuah kehidupan.

Elemen Pentarbiahan diri ?

1- Elemen yang akan menguatkan diri seseorang itu saat diuji dan kenta jiwanya untuk
berani melangkah ke hadapan.

2- Elemen yang mengajar kita erti susah dan senang, cabaran dan dugaan, pemurah dan
bakhil, bijak dan jahil, melalui pengalaman sebenar dan kita merasainya melalui
kehidupan.

3- Inilah dinamakan Universiti Kehidupan

Jadi, dapat dirumuskan disini sekiranya kita ingin melalui university kehidupan ini dengan
jayanya, kita perlu menguasai ilmu dan mampu menjalani pentarbiahan diri agar kita dapat
mencapai sebaik-baik manusia.

13. Lima Pesanan Buat Graduan Muda muka surat : 47

1. Jika anda ingin memiliki kereta, sebaiknya beli kereta second hand yang masih elok dengan
cash.

2. Jika anda ingin berniaga. Mulakan modal perniagaan anda tidak lebih RM 1000. Kenapa?
Kerana fasa awal berniaga adalah fasa yang akan banyak langgar tiang dan terhantuk dinding.

3. Bila sudah sampai seru anda untuk berumah tangga, gunakan duit sendiri!

2
4. Bila ingin membina kerjaya. Tidak perlu segan bermula dari bawah. Komitmen itu penting.

5. Bia dapat pendapatan bulanan, berikan kepada ibu dan ayah dahulu. Biar mereka merasa
rezeki melalui anak. Biar mereka suka, Pasti Allah akan suka.

16. Tiga Resipi Kejayaan muka surat : 56

Ujian membawa kepercayaan hidup bertuhan.

Ada 3 resipi kejayaan yang digariskan dalam buku ini iaitu :-

1- SEDAR

- Sedar bahawa diri kita ini hamba-Nya dan Allah uji kita adalah untuk
menyedarkan kita daripada terus leka.

- Sedar bahawa kita perlu bangkit dari jatuh. Cari sebab kenapa kita perlu
bangkit, kenapa perlu berjaya, sedar bahawa kita ada tanggungjawab.

2- MEMBERI

- Yakin apabila kita bantu orang lain, Allah pasti akan bantu kita dan
permudahkan urusan kita.

3- TAWAKAL

- Tawakal ini bermaksud kita berusaha kembali bangkit daripada kejatuhan,


terus berusaha dan sentiasa berserah kepada Allah s.w.t.

31. Orang Gila-Gila Yang Akan Berjaya muka surat : 122

Ramai orang tidak gembira dengan hidup mereka. Gaji tidak banyak, bos tidak menghargai,
isteri tidak memahami, bisnes tidak bagus dan banyak lagi bangau-bangaunya.

Yang peliknya, walaupun dengan tekanan yang kita hadapi, kita tidak membuat pilihan untuk
mengubahnya.

Kita mahu hidup lebih baik, tetapi kita tidak mahu melakukan perkara sepatutnya untuk ubah
hidup kita.

Maka, perkara yang perlu kita faham ialah perbezaan antara MUST HAVE dan SHOULD
HAVE

Ramai dalam kalangan kita fikir bahawa kita

- patut ada lebih wang,

- patut lebih sihat

- patut ada hubungan yang baik

3
- patut ada perniagaan yang hebat.

Masalahnya, apabila kita fikir kita PATUT DAPAT atau SHOULD HAVE, kita tidak
mengambil tindakan yang sepatutnya. Kenapa?

Kerana apabila keinginan kita hanya PATUT DAPAT atau SHOULD HAVE, kita hanya akan
melakukan tindakan sepatutnya apabila ia adalah sesuatu yang mudah, senang dan selesa
untuk dibuat.

Nanti-nantilah aku buat.Susahlah.Payahlah. Inilah BANGAU!

Hakikatnya, apabila kita menginginkan sesuatu, kita perlu jadikan ia MUST HAVE bukannya
SHOULD HAVE, supaya kita akan gila-gila berusaha keluar dari zon selesa kita dan
mencapai impian kita.

Same principle applies towards every aspect of our life. Tidak kira, dalam kewangan, dalam
perhubungan, dalam kerjaya, apabila kita GILA-GILA hendakkan sesuatu, kita perlu gila-gila
bertindak melakukan sesuatu untuk mendapatkannya. MUST HAVE!

47. Ubah Cerita Anda Untuk Ubah Hidup Anda muka surat : 177

Setting goals is the first step in turning the invisible into the visible Tony Robbin.

Kita semua mempunyai kisah kita tersendiri. Bagaimana cara kita melihat hidup kita kini akan
mengubah hidup kita di masa hadapan.

Ramai yang selalu melihat diri mereka mengalami nasib-nasib yang malang dan buruk.

Ramai murung memikirkan apa yang mereka tidak miliki berbanding bersyukur dengan apa
yang mereka miliki.

Kita perlu sedar bahawa bagaimana cara kita melihat diri kita merupakan cerita yang kita
kongsikan kepada orang lain secara tidak sedar.

Jika anda melihat diri sendiri seorang yang malang, miskin dan tidak mampu berbuat apa-apa,
maka itulah reality yang anda akan bina. Dan sebaliknya.

Kita perlu berani untuk membuat pilihan yang tidak ramai orang sanggup melakukan. Kita
mampu mengubah realitinya kerana kita berani memperlihatkan dalam diri kita sesuatu luar
biasa.

Hidup ini penuh dengan dengan ujian-ujian. Senang dan susah itu sendiri ialah ujian. Cara kita
memandang dan mendefinisikan ujian itu akan mennetukan siapa diri kita.

Dunia bukan penjara yang mengikat diri pada tempat kita sahaja, hidup bukannya kilang untuk
kita buat perkara sama berulang-ulang. Mengembaralah, menuntut ilmulah dan berkongsilah
untuk kita lebih memaknai erti sebuah kehidupan.

4
Kesimpulannya

Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh pelbagai latar masyarakat kerana ia telah memberi motivasi
dan kesedaran kepada kita untuk menjadi lebih baik. Jelas ada beberapa perkara yang biasa kita
lakukan itu perlu di betulkan dan ada beberapa perkara yang betul perlu untuk kita biasakan. Jika kita
ada jiwa untuk perubahan dan merangka hidup lebih baik, maka buku ini mesti di baca. Anda tidak
akan tahu apa yang bakal anda dapat bila habis membaca buku ini, tetapi percayalah, seperti diri
saya sendiri, anda akan mengulang beberapa tajuk kecil untuk anda jadikan sesuatu motivasi, tips
mahupun panduan untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai