Anda di halaman 1dari 10

Ahli-ahli lingusitik yang yang berkaitan dengan pengajaranh dan pembelajaran

bahasa terhadap kanak-kanak pekak berpendapat terdapat dua aliran besar iaitu :
Pertama, kaedah lisan atau kaedah Jerman yang terutama menggunakan dan
mengajarkan lisan sebagai alat pengungkapan, serta bacaan bibir sebagai alat
penerimaan maklumat komunikasi dan Keduanya kaedah manual (kaedah isyarat)
atau kaedah Perancis yang menggunakan isyarat dan ejaan jari sebagai satu alat
penerimaan serta pengungkapan diri. Pada hakikatnya telah berabad-abad lamanya
terjadi pertentangan antara penganut kedua-dua aliran ini yang masing-masing
mengemukakan argumentasi tentang kelebihan kaedah mereka.
walaubagaimanapun kedua-dua kaedah itu berkembang sejak awal dalam sejarah
pendidikan kanak-kana pekak, sebagaimana dapat dikumpul dari pelbagai sumber
antara lain oleh Mullholland (1980) dan Evans (1982).
SEJARAH PENDEKATAN PENGAJARAN MURID BERMASALAH
PENDENGARAN
Sejarah merakamkan pendidikan formal orang pekak bermula pada penghujung
abad ke 16 di Sepanyol. Guru pertama orang pekak biasanya diakitakan dengan
Pedro Ponce de Leon ( 1520 -1584 ) dengan mengajar kanak-kanak pekak
bercakap. Juan Martin Pablo Bonet ( 1579 1620) dalam bukunya The Reduction of
Letters pf the Art of Teaching the Mute to Speak ) mengemukakan startegi
pengajaran bahasa untuk kanak-kanak pekak melalui;
a. Kanak-kanak pekak harus diajar abjad tangan ( dasar yang sama seperti dalam ASL
sekarang ).
b. Ahli keluarga yang hidup serumah dengan kanak-kanak pekak mesti belajar abjad
tangan.
c. Kanak-kanak pekak diajar membunyikan tiap-tiap huruf bermula dengan huruf vokal.
d. Kanak-kanak pekak diajar tentang sukukata dan diikuti perkataan
e. Kanak-kanak pekak yang telah menguasai perbendaharaan kata hendaklah diajar
bahasa dengan cara memperkenalkan tatabahasa secara sistematik.

Dalam buku tersebut beliau turut merakamkan berkenaan dengan pembacaan bibir,
iaitu;

Untuk orang pekak dan bisu memahami apa-apa yang dikatakan


kepadanya dengan gerakan bibir dan lidah, maka tidak diperlukan
pengajaran:.. gerakan - gerakan itu, dengan sistem yang membolehkan
orang-orang pekak bisu memahami dari bibir sahaja, tidak dapat
dilakukan dengan pengajaran.

Charles Miche de LEpee ( 1712-1789 ) menggunaka isyarat-isyarat untuk


berkomunikasi dengan kanak-kanak pekak. Beliau percaya kanak-kanak pekak
bekemampuan untuk berfikir dan menyatakan sebab musabab melalui penggunaan
isyarat. Dengan yang demikian beliau mengambil isyarat-isyarat daripada orang
pekak di Paris dan memperkembangkan perbendaharaan isyarat-isyarat ini dan
memperkenalkan isyarat-isyarat metodik dengan tujuan untuk menimbulkan isyarat
m manual methodsebagai lawan kepada kaedah lisan ( oralist method ). Kaedah
tangan meluas penggunaannya di Eropah dan merebak ke Amerika Syarikat melalui
Thomas Hopkins Gallaudet yang mempelajari kaedah tangan di Paris dan membawa
pembukaan sekolah awam kanak-kanak pekak pertama di Amerika Syarikat iaitu di
Hartford Connecticut 1817. Gallaudet bersama muridnya yang pekak Laurent Clerc
membuktikan dan menjadi model kejayaan orang pekak di Amerika Syarikat. Pada
akhir 1870an, hampir satu pertiga daripada jumlah guru-guru bagi orang-orang
pekak di Amerika Syarikat terdiri daripada mereka yang pekak.

Samuel Von Heinicke (1729-1790) telah mengkritik kaedah tangan ini dan
mencipta kaedah Jerman atau kaedah lisan. Pertentangan berlanjutan kedua-dua
kaedah disebabkan pengaruh ekonomi dan politik bukan disebabkan kajian-kajian
saintifik. Berdasarkan International Congres of Education of the Deaf 1880 di Milan,
Itali, kaedah perancis atau kaedah tangah telah dikecam sebagai kaedah yang
merosakkan pemerolehan bahasa kanak-kanak pekak. Sebagai kesinambungannya
kaedah lisan atau kaedah Jerman telah mengambil tempat sebagai kaedah utama
mengajar bahasa kanak-kanak pekak. Hasil daripada kaedah ini didapati kanak-
kanak pekak yang tamat persekolahannya didapati bahasa yang mereka cakapkan
tidak difahami. Secara amnya kaedah lisan ini gagal termasuklah pelajar pekak pada
tahap hilang pendengar 70dB atau lebih dan 35dB hingga 69dB digolongan sebagai
mereka yang sukar mendengar (Conference of Executives of American Schools for
yhe Deaf )
Pada awal pertengahan tahun 1930an kaedah neo-oralisme diperkenalkan
oleh Rusia untuk pengajaran bahasa melalui pengejaan tangan. Kaedah neo-
oralisme didapati cukup tinggi nilainya jika dibandingkan dengan kaedah lain. Lewis (
1967 ) berpendapat kaedah neo-oralisme ini sebagai;

Jelaslah bagi kami daripada yang diperlihatkan, bahawa orang Rusia


lebih berjaya daripada kita dalam perkembangan bahasa,perbendaharaan
kata dan pertuturan kanak-kanak pekak apabila kanak-kanak ini
dimasukkan dalam system pendidikan. Bagi kami ini merupakan hal yang
penting untuk mengemari kaedah mereka.Penggunaan pengejaan tangan
dari awal mulanya sebagai alat untuk perkembangan bahasa, komunikasi
dan pertutura.

Pada akikatnya kaedah neo-oralisme berjaya disebabkan kaedah ini diperkenalkan


pada peringkat awal umur kanak-kanak iaitu sebelum berumur 2 tahun atau lebih
awal daripada itu. Kaedah neo-Oralisme bukan sahaja berjaya memperkenalkan
kaedah lisan-tangan tetapi pendekatan ini berjaya menyatakan bahawa resolusi-
resolusi yang dipersetujui dalam Kongres Milas 1880 sebagai mitos semata-mata.

Kenyataan bahawa komunikasi tangan mempunyai kesan yang bermanafaat


dan bukan kesan yang merosakkan terhadap pemerolehan bahasa oleh kanak-
kanak pekak membawa kepada kebangkitan semula minat dalam kaedah lisan
tangan di Amerika Syarikat pada tahun 1960an hingga tahun-tahun 1970an. Ini
menghasilkan kaedah pengajaran yang menggunakan semua strategi komunikasi
(termasuk gerak-geri lakoan, seni lukis, bacan, tulisan, percakapan, pembacaan
bibir, latihan mendengar, pengejaan tangan dan isyarat tangan ). Falsafah yang
mengasaskan pendekatan ini dinamakan Komunikasi Seluruh (KS) atauTotal
Communiacation ( TC ). Dengan memegang prinsip falsafah Komunikasi Seluruh ini,
kanak-kanak pekak tidak seharusnya dibiarkan dalam kekurangan dengan tidak
menafaatkan strategi-strategi pengajaran yang bebas seperti kanak-kanak normal
melalui komunikasi tangan dan bentuk pengejaan tangan dan isyarat-isyarat tangan
lainnya merupakan pilihan perlu dalam komunikasi kanak-kanak pekak.

PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN BAHASA KANAK-KANAK


PEKAK DI MALAYSIA

Pemerolehan bahasa utama bagi orang pekak secara dwibahasa dan dwimodal,
secara serentak, dikalangan kanak-kanak yang bertutur dengan ibu bapa mereka
yang pekak. Gejala ini menunjukan bahawa pemerolehan bahasa adalah bebas
daripada modaliti. Terdapat kanak-kanak pekak yang mencipta bahasa-bahasa
egosentrik untuk digunakan dikalangan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan
kebolehan untuk memproses dan menghasilkan bahasa juga bebas daripada
modaliti. Kedua-dua fenomena ini menjelaskan tentang kebolehan dan pengalaman
menggabungkan pertuturan dengan sistem gerak tangan- penglihatan ( manual-
visual ) untuk bahsaa lisan bagi memperingkatkan keupayaan dan perlakukan
bahasa dikalangan kanak-kanak pekak.
Sudah terbukti wujud bahawa perbendaharaan kata dan kemahiran
penghasilan bahasa dalam bahasa geraktangan penglihatan mengikut pola yang
sama dengan pola yang bahasa pendengaran ( didengar ). Dengan pertimbangan ini
menjelang tahun 1974 kaedah lisan yang diamalkan selama dua dekad ditolak
sebagai kaedah yang unggul dan pemerolehan bahasa melalui pembacaan bibir
( speech reading ) oleh kank-kanak pekak prabahasa sangat tidak memadai untuk
perkembanga emosi, intelek dan sosial yang normal. Dengan mempertimbangkan
perbezaan tahap pendengaran antara kanak-kanak pekak mempertahankan cara
sebut dengar ( aural-oral) untuk memperoleh bahasa harus dipertahankan dan
dipelajari ( Tan Chin Guan,1981 ).
Dengan menyedari kaedah lisan yang menjadi dasar pendidikan untuk orang
pekak di negara ini ternyata suatu sistem yang menyempitkan tidak memungkinkan
orang pekak untuk lebih bejaya dalam pendidikan. Dengan berpandukan kejayaan
yang dicapai di Amerika Syarikat, jawatankuasa mencuba untuk menerapkan
pendekatan baru yang dinamakan Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa
Melayu. Hasilnya terbentuklah Bahasa Isyarat: Komunikasi Seluruh dalam bentuk
Mimeograf. KTBM yang dihasilkan oleh jawatankuasa bukan sahaja menitik
beratkan keada isyarat tangan, malahan kepada asas-asas tatabahasa dan prinsip-
prinsip Bahasa Melayu. Jelaslah bahawa pengamalan falsafah komunikasi seluruh di
Malaysia mempertimbangkan jenis komunikasi tangan yang boleh digunakan secara
serentak dengan pertuturan dalah kaedah lisan-tangan Malaysia yang baru, yakni
mempunyai dua pilihan :
a. Pertuturan dan pengejaan tangan secara serentak
b. Pertuturan dan Bahasa Malaysia yang menggunakan isyarat tangan secara
serentak.
Pengejaan Jari

Ejaan Jari (Fingerspelling) merupakan bahagian mustahak dalam komunikasi


orang-orang berkeperluan khas bermasalah pendengaran yang digunakan untuk
mengeja nama khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.

Pengejaan jari memerlukan penguasaan abjad kerana setiap perkataan atau


kosa kata yang hendak diperkatakan perlu dieja dengan cekap agar komunikasi
berkesan berlaku. Ejaan jari digunakan untuk mengeja nama orang, tempat, dan
lain-lain. Ejaan jari ini amat penting apabila perkataan yang hendak diperkatakan itu
tidak dapat dikodkan atau diisyaratkan. Ejaan jari mempunyai 3 aspek penting:
i. Penyampaian Ejaan Jari iaitu (Expressive Fingerspelling) ialah
penggunaan pergerakan fizikal bagi menyampaikan maklumat
melalui huruf-huruf gerakan tangan.
ii. Penerimaan Ejaan Jari iaitu (Reseptive Fingerspelling) ialah
penggunaan gerakan pandangan mata bagi menerima
maklumat
melalui huruf-huruf gerakan jari.
iii. Ejaan Jari, iaitu mestilah diingatkan selalu yang Ejaan Jari ini
digunakan bagi tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir.
Oleh yang demikian kita mestilah selalu bertutur atau
menggerakkan bibir menyebut tiap-tiap perkataan serentak
dengan Ejaan Jari dan Kod Tangan.

Pertuturan KIU

Pertuturan kiu terdiri daripada bahasa pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan
iaitu petunjuk yang ditunjukkan oleh seseorang penutur supaya setiap suku kata
yang dituturkan itu boleh dicam dengan jelas memalui penglihatan dan juga melalui
pendengaran. Oleh yang demikian, setiap perkataan pertuturan kiu yang ditutur
boleh dilihat dengan nyata oleh mereka yang hanya mampu mendengar secara
kabur, serta didengar dan dilihat secara serentak oleh mereka yang sempurna deria.

Kiu tangan dalam pertutuan kiu tidak direka oleh Dr. R. Orin Cornett, dari Kolej
Galludet, Washington, DC pada tahun 1967. Manakala di Malaysia diperkenalkan
pada tahun 1992 berdasarkan pekeliling bahagian sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia bilangan KP(BS-KP) 8501/R & D/Jld (1)/(4) yang telah dilaksanakan di
Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Alam Shah (2) Petaling Jaya, Selangor.
Kaedah ini menggabungkan pertuturan dan isyarat (kiu) serentak. Prinsip-prinsip
tersebut diaplikasikan terhadap Bahasa Melayu. Setiap kiu tangan terdiri daripada
suatu bentuk tangan yang diletakkan pada posisi tangan yang khas. Hanya 8 bentuk
tangan digunakan, iaitu:
Dalam pertuturan kiu, setiap suku kata yang ditutur boleh dicam dengan jelas
melalui corak visual yang terdiri daripada pergerakan bibir yang dilihat ketika suku
kata itu ditutur dan kiu tangannya yang diiringi secara serentak. Dalam kaedah
bacaan bibir, kebanyakan suku kata kelihatan serupa walaupun ia berbunyi amat
berbeza terutamanya bagi suku kata seperti /ma/, /ba/, /pa/. Dalam setiap keadaan,
kedua-dua bibir bermula dengan dietapkan. Kemudian ia dibuka apabila suku kata
tersebut dituturkan. Keadaan ini menyukarkan untuk mengecam setiap satu
daripada suku kata itu dengan hanya melihat pada mulut, iaitu seperti yang berlaku
didalam bacaan bibir. Walau bagaimanapun, dalam Pertuturan Kiu rupanya begini:

Posisi tangan memudahkan kita melihat perbezaan diantara vokal-vokal yang


kelihatan serupa dalam kaedah bacaan bibir. Kiu tangan membantu mengatasi
kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa membaca bibir dengan menjadikan suku
kata-suku kata yang berbunyi berbeza juga kelihatan berbeza diantara satu sama
lain. Sebaliknya, semua suku kata yang berbunyi sama akan kelihatan sama.
Dengan cara ini, semua perkataan yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui
penglihatan apabila Pertutuan Kiu digunakan. Ini memungkinkan kanak-kanak pekak
membaca dengan jelas apa yang sedang dituturkan kepada mereka walaupun
mereka mungkin tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan kepada
mereka iaitu mereka akan betul-betul akan dapat membaca apa yang dikatakan oleh
penutur melalui bacaan bibir. Sebagai tambahan kepada Pertuturan Kiu, isyarat-
isyarat dan kaedah ejaan jari juga mempergunakan tangan untuk mewakili
perkataan-perkataan yang disebut. Ketiga-tiga cara untuk mewakili perkataan secara
visual dengan tangan ini adalah bersamaan dengan tiga bentuk di mana perkataan
pertuturan lazim diwakili di dalam penulisan iaitu penulisan silabik, penulisan
ideograf dan penulisan menurut abjad.
Walaupun kebanyakan bahasa biasanya hanya menggunakan salah satu
daripada bentuk-bentuk penulisan ini, ketiga-tiga bentuk ini boleh digunakan di
dalam penulisan bahasa Jepun.

Kanak-kanak yang berpendengaran normal berupaya mempelajari bahasa pertama


mereka dengan mendengar perkataan-perkataan pertuturan. Kanak-kanak pekak,
yang tidak boleh mendengar perkataan-perkataan pertuturan dengan cukup jelas
untuk menguasai bahasa pertama mereka melalui cara yang sama dengan kanak-
kanak yang boleh mendengar, perlu melihat dengan ketara bahasa yang
diperkatakan kepada mereka. Oleh kerana perkataan-perkataan yang ditulis tidak
sesuai untuk tujuan komunikasi dengan kanak-kanak terlalu kecil, maka perkataan-
perkataan dalam bentuk tangan iaitu perkataan-perkataan isyarat, perkataan-
perkataan kiu dan perkataan ejaan jari biasanya diguna dalam intervensi bahasa
awal dengan kanak-kanak pekak.

Bacaan Bibir
Bacaan bibir adalah kebolehan memahami apa yang dikata dengan melihat bibir. Ia
juga dikenali sebagai lip reading/speech reading. Kaedah bacaan bibir amat
berkesan sekiranya kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tahap
pendengaran yang sederhana atau rendah iaitu 30 dB 70 dB. Latihan
pendengaran mampu menambahkan kebolehan bacaan bibir. Kaedah bacaan bibir
menekankan kepada penggunaan penglihatan sepenuhnya. Oleh sebab itu, kaedah
ini mengkehendaki pelajar sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat. Dalam
situasi ini, penutur dikehendaki berada dalam keadaan yang terang dan mudah serta
jelas untuk dilihat. Menunjukkan bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada
bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh
dihamparkan dan dibundarkan. Bibir berfungsi dalam dalam membuat sekatan
kepada udara yang keluar dari rongga mulut. Gusi pula adalah alat pertuturan yang
letaknya di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan berperanan
sebagai daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam
pengeluaran bunyi seperti (t) , (d) , (l) dan sebagainya dengan bantiuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Auditori Verbal
Kaedah ini bertujuan mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran
mendengar dari saki baki pendengaran secara lebih berkesan dengan dikuat melalui
penggunaan alat bantuan pendengaran disamping menggunakan deria-deria lihat
dan sentuh. Sebelum menentukan kaedah yang sesuai atau tidak kepada seorang
pelajar itu, satu ujian diadakan untuk menentukan kehilangan pendengaran, dan
adakah saki baki pendengarannya boleh digunakan.Setelah itu baharulah
kemahiran-kemahiran mendiskriminasi bunyi seperti kemahiran mendengar bunyi,
mengesan dan mengarah, mengajuk, mengenal dan membezakan bunyi-bunyi yang
diperkenalkan dan diajar kepada kanak-kanak yang bermasalah
pendengaran.Kaedah Auditori Oral mengajar kanak-kanak mengikut proses normal,
iaitu menekankan proses mendengar serta bertutur. Bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah pendengaran ringan akan mendapat manfaat mengunakan kaedah ini.
Kecuali pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir, dan teruk
pula kadang-kadang mengalami masalah dan kesukaran mengikut kaedah ini.

Kaedah oral auditori adalah menitikberatkan penggunaan saki baki


pendengaran yang ada pada mereka. Saki baki pendengaran yang ada pada
mereka ini perlu dirangsang semaksima yang mungkin supaya pelajar ini dapat
menggunakan pertuturan dan bacaan bibir semasa berada dalam situasi aktiviti
berbahasa. Kaedah ini memerlukan guru pendidikan boleh mengendalikan dan
mengenal setiap alat bantuan mengajar seperti Post Aural Aid (alat bantu belakang
telinga), Body-Worm Aid (alat Bantu dipakai pada badan), In the Ear Aid (alat Bantu
dalam telinga) dan Bone Conductor (konduktor tulang).
BAHASA ISYARAT MALAYSIA
BIM adalah bahasa komunikasi. Pembentukan atau pergerakan tangan dan
jari dan lain-lain adalah untuk memberi kepelbagaian sesuatu makna atau
gambaran. Ia adalah bahasa orang pekak yang tidak menyerupai mana-mana
bahasa yang ditutur, ditulis atau dibaca. BIM ialah bahasa yang tulen bagi Orang
Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi
Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia
secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang
pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua
Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang
lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa
tersendiri. BIM ini diwujudkan secara semulajadi oleh komuniti pekak dan bukan
dicipta secara perseorangan.
Bagi mendalami pembentukan isyarat BIM kefahaman memahami maksud
sebenar bahasa itu sendiri harus dilihat dari aspek kefungsian bahasa berkenaan.
Menurut Ho Koon Wei (2007) , BIM adalah satu bahasa yang mempunyai struktur
dan tatabahasa tersendiri, dikongsi bersama komuniti-komuniti di dalam sesebuah
negara; Ia bukanlah suatu perhubungan tetapi lebih merupakan alat untuk
berkomunikasi atau berhubung antara satu sama lain. Bagi beliau BIM terbahagi
kepada dua jenis bahasa iaitu bahasa percakapan dan bahasa penulisan. Bahasa
Isyarat merupakan satu jenis bahasa baru kerana tidak ramai orang mampu
menguasainya. Bahasa Isyarat Malaysia didefinisikan sebagai:
A visual language, stands for Bahasa Isyarat Malaysia, a shared language
with own structure and grammar, used in the Deaf communities in Malaysia.
Dengan kata lainnya ianya adalah bahasa bergambar yang boleh dilihat,
mewakili Bahasa Isyarat Malaysia, yang mempunyai struktur dan tatabahasa
tersendiri dan digunakan oleh warga pekak di Malaysiameliputi;
a. Phonology-Kajian Bunyi,
b. Morphology-Kajian Morfologi
c. Syntax-Kajian sintaksis
Dari aspek kajian fonologi menurut Liddel & Johnson ( dalam Ho Koon Wei
2007:29) setiap isyarat boleh menggunakan tangan sama ada salah satu atau
kedua-dua tangan. Kajian Bunyi mempunyai 5 bahagian iaitu Bentuk tangan,
Pergerakan, Kedudukan, Orientasi Tapak tangan dan Non manual Signal .Dengan
kata lain setiap pergerakan atau simbol akan mewakili sesuatu yang membawa
maksud yang akan dapat difahami oleh warga pekak itu sendiri.
Terdapat lima bahagian pada setiap isyarat iaitu bentuk tangan (handshape),
pergerakan tangan (movement), lokasi tangan (location), tapak tangan (palm
orientation), tanda bukan manual (nonmanual signals). Tapak tangan meliputi
pergerakan ke atas, ke bawah, ke tepi, keluar, ke dalam dan lain-lain. Lokasi tangan
meliputi di kepala, di badan, di muka, di leher, ruang bebas, dan lain-lain.
Pergerakan tangan dikesan melalui kepelbagaian pergerakan iaitu pergerakan sama
ada satu atau duan tangan dalam bentuk lurus, bengkok, ulangan, pusingan dan
lain-lain. Tanda bukan manual meliputi lain-lain tanda yang ada memberi erti
tatabahasa yang khas iaitu tanda yang menunjukkan perasaan, mimik muka,
gerakan tangan, kepala dan badan dan lain-lain.
Morfologi pula lebih menumpukan kepada isyarat berkonsep, perbuatan,
karaktor atau bentuk dan simbol sesuatu. Sintaksis pula lebih tertumpu kepada
membuat ayat, seperti contoh subjek dan kata kerja atau kata kerja sahaja yang
mampu memberi makna yang lengkap. Sistem BIM yang digunakan oleh orang
pekak adalah berlainan dan tidak sama dengan sistem bahasa Melayu . Sesuatu
bahasa yang dicipta mempunyai struktur dan tatabahasa yang tersendiri, dikongsi
atau digunakan oleh suatu komuniti masyarakat di sesebuah negara. Bahasa bukan
satu perhubungan tetapi satu alat untuk berkomunikasi. Kemahiran berbahasa dapat
dilihat dari aspek pertuturan dan penulisan. Bahasa pertuturan iaitu melalui
percakapan, menggunakan lidah, mulut dan suara untuk menyampaikan atau
menyatakan dan jenisnya seperti Bahasa Malaysia, English, Mandarin,dialek
Hokkien dan lain-lain. Manakala bahasa penulisan iaitu melalui penulisan yang
menggunakan mata untuk membaca dan menggunakan tangan untuk menulis atau
menaip. Bahasa isyarat pula adalah bahasa yang diisyaratkan yang dipraktikkan
melalui isyarat dan diaplikasikan dengan menggunakan mata untuk menerima dan
menggunakan tangan serta muka untuk mengekspresi. Dari aspek linguistik Bahasa
Isyarat terdapat tiga kemahiran yang diutamakan iaitu fonologi, morfologi dan
sintaksis

Anda mungkin juga menyukai