Anda di halaman 1dari 6

Amalan Kesihatan Pergigian yang Baik

Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?


Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di
kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah
makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama
seperti berikut:
1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :
o Berus gigi sehingga bersih setiap
hari terutama selepas makan dan
sebelum tidur malam.
o Guna ubat gigi berfluorida untuk
kanak-kanak semasa memberus
gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji
kacang soya sahaja untuk anak
yang berumur 2 tahun ke atas.
o Selia atau bantu anak anda
memberus gigi sehingga mereka
berumur 6 hingga 8 tahun.
o Berkumur-kumur dengan segera
selepas makan atau minum jika
tidak berkesempatan memberus
gigi.
o Jangan berkongsi berus gigi.
o Tukar berus gigi jika bulu
berusnya mula kembang.


2. Makan secara sihat :
o Makan makanan yang
seimbang. Lebihkan buah-
buahan dan sayur-sayuran
segar.
o Elakkan menambah gula ke
dalam minuman kanak-
kanak. Sekiranya
menggunakan botol susu,
pastikan minuman tersebut
tidak mengandungi gula.
o Jangan sekali-kali mencelup
puting botol susu ke dalam
gula atau manisan.
o Elakkan minum minuman
berkarbonat dan jus buah-
buahan bergula kerana
kandungan gulanya tinggi.
o Bacaan lanjut : Pengambilan
gula dan kesihatan pergigian
3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :
o Bawalah anak anda berjumpa
doktor pergigian atau jururawat
untuk pemeriksaan seawal usia
untuk membiasakan mereka
dengan suasana klinik pergigian.
o Dapatkan pemeriksaan pergigian
sekurang-kurangnya sekali
setahun tetapi bagi mereka yang
berisiko tinggi mendapat
kerosakan gigi ( karies gigi ),
pemeriksaan lebih kerap mungkin

diperlukan.
o Segera dapatkan nasihat dan
pemeriksaan dari doktor pergigian
jika berlaku kecederaan gigi atau
mengalami masalah pergigian.
MENJAMIN KEBERSIHAN TANGAN
KANDUNGAN

1. Mencuci tangan adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan
kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenispenyakit yang boleh
memudaratkan kesihatan. Ini kerana tangan yang kotor membawa kuman-kuman pada kulit,
celah-celah jari dan di bawah kuku.
1. Masa-masa Yang Perlu Untuk Mencuci Tangan
Doktor Muda dinasihatkan supaya mencuci tangan pada masa-masa tertentuseperti berikut :
Sebelum dan selepas makan.
Sebelum menyedia dan menghidang makanan.
Selepas ke tandas.
Selepas menyentuh sampah atau kotoran

2. 7 Langkah Mencuci Tangan
Untuk memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kumanyang berbahaya,
ikutilah langkah-langkah berikut
:i. Sabunkan tangan secukupnya sehingga berbuih
.ii. Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari.
iii. Gosok setiap jari dan celah jari.
iv. Gosok kuku di tapak tangan.
v. Gosok bahagian belakang kedua-dua tangan.
vi. Basuh dengan air bersih secukupnya.
vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.



3.Penyakit-penyakit bawaan makanan dan air berpunca dari tangan yang kotor.Tangan yang
kotor boleh memindahkan kuman-kuman serta telur cacingkepada makanan dan minuman.
Akibatnya, seseorang itu boleh menghidappenyakit seperti keracunan makanan, taun dan
demam kepialu
(Tifoid)
. Selainitu, tangan kotor juga boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit kulit dankudis
buta.

KEBERSIHAN BADAN DAN RAMBUT
KANDUNGAN
1. Penyakit-penyakit Berkaitan Dengan Kurang Penjagaan Kebersihan Diri
Keracunan makanan.
Jangkitan cacing
. Jangkitan kutu.
Kudis Buta.
Penyakit-penyakit kulit seperti kurap dan panau.

2. Amalan-amalan Penjagaan Kesihatan Diri

Mandi

Mandi setiap hari adalah penting untuk membersihkan badan daripada peluh,kotoran dan
kuman. Mandilah dengan menggunakan air bersih dan sabun.Gosok setiap bahagian badan
untuk menanggalkan kotoran dan daki. Selepasmandi, keringkan badan dengan tuala yang
bersih dan pakailah pakaian yangbersih

. Membasuh rambut

Rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih dan kemas. Rambut yang kotor bolehmenjadi
tempat pembiakan kuman dan kutu. Rambut perlu dicuci dengan syampusemasa mandi dan
dibilas dengan air yang bersih.

Menukar pakaian

Pakaian perlu ditukar setiap hari demi kebersihan dan imej diri. Pakaian yang kotor dan
berbau busuk menggalakkan pembiakan pelbagai jenis kuman yang bolehmenyebabkan
penyakit kulit. Tukarlah pakaian selepas mandi

MENJAGA KEBERSIHAN KUKU
KANDUNGAN

1.Kepentingan Memotong Kuku
Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh mengumpul kotoran danmenjadi tempat
pembiakan kuman. Penyakit yang berkaitan dengan kuku yangkotor :
Jangkitan cacing
. Jangkitan kuku.
Penyakit kulit.
Keracunan makanan.

2. Cara Memotong Kuku
Gunakan pengetip kuku yang tajam untuk memotong kuku tangan dan kukukaki. Berhati-hati
semasa memotong kuku untuk mengelakkan kecederaan pada jari. Potonglah kuku supaya
sentiasa pendek dan bersih.









PENJAGAAN MATA
ISI PENTING
1. Panduan pemeriksaan ketajaman penglihatan menggunakan Carta Snellen.

KANDUNGAN

Panduan Pemeriksaan Ketajaman Penglihatan Menggunakan Carta Snellen
Tampalkan Carta Snellen di atas kertas tebal atau kadbod.
Gantungkan Carta Snellen di dinding yang terang tanpa sinar dengan huruf yangrendah
sekali 6/6 sama paras dengan mata murid.
Sediakan sekeping kad berbentuk E kira-kira 6 persegi berwarna hitam.
Bagi murid yang boleh membaca, gunakan Snellen huruf.
Murid hendaklah berdiri 6 meter dari Carta Snellen dengan kedua tumitnyamenyentuh
garisan yang selari dengan dinding dan memegang kad E.
Untuk memeriksa mata kiri, murid diminta menutup mata kanannya dengansekeping
kadbod.
Jangan ada sebarang tekanan ke atas mata yang ditutup itu. Kedua-dua belahmata hendaklah
terbuka semasa ujian dijalankan (walaupun sebelah mataditutup dengan kadbod).
Biarkan murid memandang tepat kepada carta terlebih dahulu dan tentukanmurid memahami
pelbagai kedudukan E atau huruf.
Doktor Muda hendaklah menunjukkan satu demi satu dari barisan atas hingga kebawah
sekali, tetapi huruf-huruf itu perlu ditunjukkan secara tidak mengikuturutan, menghindar
murid daripada menghafal.
Doktor muda meneruskan pemeriksaan itu dengan menunjukkan huruf satu demisatu
daripada huruf yang besar kepada huruf yang kecil (saiz 60 hingga 6)sehingga tahap terakhir
murid dapat membaca dan melihat.
Doktor Muda yang lain perlu merekod keputusan ke dalam rekod. (Contoh : BukuRekod
Kesihatan Murid) di samping memastikan murid yang diuji berada padakedudukan yang betul
Ulangi pemeriksaan mata kanan sama seperti pada mata kiri.
Jika penglihatan bagi mata didapati 6/9 atau kurang bagi mana-mana satumata, maka
pemeriksaan kedua-dua mata yang terbuka mestilah dijalankan.
Jika murid bercermin mata, murid perlulah diperiksa dengan memakai cermin matanya.

Anda mungkin juga menyukai