Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat

Di era globalisasi dan modenisasi ini, kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat
tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana kehidupan rakyat Malaysia dilihat kian terbeban dengan
kos hidup yang meningkat. Masyarakat dilihat kurang memberi respon yang baik atau tidak
berminat terhadap amalan menabung walaupun kaedah menabung masa kini adalah selamat
dan terjamin berbanding masa lalu. Untuk mencapai kehidupan yang selesa, kita mesti bersedia
secara fizikal dan mental tanpa mengabaikan aspek kewangan terutamanya.

Dalam kalangan masyarakat moden, amalan menyimpan wang di bank boleh dikaitkan sebagai
sikap suka menabung. Persepsi masyarakat terhadap wang adalah sebagai satu kayu pengukur
dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Memanglah duit itu tidak dapat menjanjikan
kebahagiaan tetapi dengan duit seseorang itu dapat membuat diri bahagia dan juga
membahagiakan orang lain. Bagi mewujudkan masyarakat yang bijak dalam hal kewangan serta
pandai berjimat, tabiat menabung adalah satu amalan penting yang mesti dipraktikkan dalam
hidup. Apakah kelebihan yang boleh didapati dengan menabung? Berikut adalah kepentingan
amalan menabung dalam sesebuah keluarga :- Dapat dijadikan simpanan untuk masa hadapan
Bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan Mengelak daripada boros dan membazir Dapat
menjadi contoh tauladan kepada anak Dapat dijadikan sebagai bank kecil tanpa perlu meminta
wang daripada pihak lain Menjalinkan hubungan baik sesama manusia kerana semua menabung

Pertama sekali, antara faedah menabung adalah dapat membekalkan sebuah keluarga atau
individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang
boleh dianggap segalanya pada zaman kini. Jika seseorang itu gagal untuk menyimpan wang
yang secukupnya untuk masa hadapan, akan menjadi sukar untuk menjamin masa depan yang
cerah baginya. Sebagai contoh, jika sepasang suami isteri yang melahirkan anak dalam usia
agak lewat serta tidak mempraktikkan kegiatan menabung, mereka akan berhadapan dengan
masalah kewangan apabila tiba waktu persaraan kerana perlu menanggung kos pembelajaran
anak mereka yang masih kecil. Bagi seorang pelajar pula, wang sangat penting untuk
menampung perbelanjaan persekolahan seperti berikut: Alat tulis, Buku-buku rujukan Yuran
sekolah Yuran kelas tambahan (tuisyen) Dan apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan dan
terus mara ke peringkat seterusnya seperti di universiti, dia akan memerlukan wang yang lebih
banyak bagi menampung kos pengajian. Ini kerana perbelanjaan tambahan adalah seperti kos
penginapan di hostel pusat pengajian yang kemungkinan terletak jauh dari tempat tinggal rumah
pelajar. Oleh yang demikian, menabung mesti diamalkan sejak kecil lagi supaya wang tersebut
dapat digunakan pada masa akan datang. 2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan
Seterusnya, setiap orang perlu sedar bahawa keperluan duit semasa waktu kecemasan juga
membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana manusia tidak dapat
menjangka pada bila masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung
kos perbelanjaan sesuatu perkara yang boleh hadir tanpa diduga seperti peribahasa “malang
tidak berbau”.

Misalnya, contoh kes kecemasan adalah seperti Bencana alam seperti gemba bumi, tanah runtuh
dan banjir besar Kemalangan jalan raya Kematian ahli keluarga secara mengejut Masalah
kesihatan Justeru, kita perlu mengambil langkah bersiap sedia jika hal yang tidak diingini seperti
ini menimpa kita atau keluarga kita. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan dengan simpanan
yang banyak hasil menabung dapat membantu mengatasi masalah atau situasi ketika
kecemasan. 3. Amalan agar tidak menjadi boros dan membazir Selain itu, menabung dapat
menjauhkan diri daripada sikap pembaziran. Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya
mempunyai kesan termasuk dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan
bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita. Seseorang itu cenderung untuk
boros ketika berbelanja dan berfikiran secara tidak rasional ketika membuat pilihan. Manusia
akan mudah tertarik dengan promosi produk keluaran syarikat yang bijak mempromosikan
sesuatu produk dengan pakej pembungkusan yang cantik dan menarik perhatian. Lalu pembeli
akan terus membeli produk tersebut dengan tidak berfikir panjang walaupun barang itu tidak
diperlukan. Sama juga, seorang pekerja yang bekerja keras untuk memperoleh wang tetapi tidak
pandai untuk menabung dan mengawal perbelanjaannya akhirnya akan dibebani dengan
masalah kewangan. Dalam agama Islam terdapat kenyataan bahawa sikap boros itu adalah
amalan syaitan. Secara rumusannya, menabung boleh menghindarkan diri daripada bersikap
boros serta dapat meningkatkan jumlah simpanan seseorang. 4. Dapat menjadi contoh tauladan
kepada anak Tambahan pula, amalan menabung yang disemai oleh ibu bapa dapat dijadikan
contoh teladan kepada anak mereka. Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil
berat tentang amalan menabung akan disambung generasi seterusnya melibatkan anak, cucu,
sehinggakan cicit akan turut serta mencontohi perbuatan moyang mereka. Ini sangat sesuai
dengan pepatah Melayu, “bapa borek, anak rintik”. Sebagai contoh, anak-anak yang setahun
jagung akan diajar untuk menabung sehingga dewasa, dan seterusnya ideologi ini akan
diwariskan. Oleh itu, amalan menabung dalam keluarga akan berkekalan sekiranya ibu bapa
memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menabung di kalangan ahli keluarga. 5.
Dijadikan bank kecil, tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wang Selain itu, dengan
mengamalkan sikap menabung secara konsisten, ianya dapat menangani segala masalah yang
bakal menimpa kita pada masa akan datang. Perkara ini boleh terjadi apabila sesebuah keluarga
memerlukan wang yang berjumlah besar untuk melaksanakan bayaran terhadap sesuatu.
Keluarga tersebut berkemungkinan akan mengharapkan pinjaman daripada pihak bank. Tetapi
masalah sebenar akan timbul apabila pinjaman tersebut akan dikenakan faedah yang boleh
membebankan. Sebagai contoh, jika seseorang yang meminjam sebanyak lima puluh ribu ringgit
untuk membeli sebuah kereta, dia perlu memastikan wang sebanyak enam puluh ribu yang mesti
dilangsaikan kepada pemiutang atas 10 peratus faedah yang dikenakan. Hal ini dapat dielak
dengan mudahnya sekiranya kita memilih untuk menyimpan wang pada masa dahulu yang lebih
baik berbanding meminjam wang. Oleh yang demikian, kita mestilah sentiasa menekankan
kepentingan menabung dalam kalangan keluarga dan orang tersayang agar tidak perlu berada
dalam situasi yang tidak diinginkan. 6. Mengekalkan hubungan baik sesama manusia hasil
kegiatan menabung Akhir sekali, melalui tabiat menabung, ianya dapat mengeratkan hubungan
silatuhrahim antara keluarga. Perkara ini dapat dibuktikan dengan keluarga tersebut akan
menggunakan masa untuk berkongsi jumlah wang yang telah disimpan sesama mereka dan
kegunaannya pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang daripada keluarga ingin
meminjam duit daripada ahli keluarganya oleh kerana duit simpanannya yang tidak mencukupi.
Oleh sebab ahli keluarganya yang lain merupakan golongan yang mementingkan amalan
menabung, maka seseorang dapat berbincang dengan ahli keluarganya yang lain untuk
meminjam duit sementara waktu. Oleh itu, di sini dapatlah dilihat menabung itu dapat merapatkan
keakraban tali persaudaraan dalam keluarga. Secara kesimpulannya, amalan menabung
mempunyai banyak kepentingan untuk seorang individu dan keluarga kerana menabung akan
memberi manfaat pada jangka masa panjang khususnya. Galakkan amalan menabung mesti
diwujudkan agar lebih ramai orang yang menyedari kepentingan amalan ini. Tidak kira usia
samada muda mahupun tua, marilah kita mula menabung dengan cermat kerana “berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Anda mungkin juga menyukai