Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih diucapkan kepada saudara dan saudari pengacara majlis,

Bismillah Hirrahman Nirrohim


Yang Dihormati tuan awang happeni bin awang ongnget, ketua jabatan kajian sosial,yang berusaha Ketua
Jabatan HEP,Tuan Haji Thadzul Adzali Bin Hj Jumaat,Yang Dikasihi Mohd Afiq Bin Ismail Yang
Dipertua Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar,ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit,Para pensyarah,barisan
JPP dan seterusnya guru-guru pelatih .
Assalamualaikum warohmatullah Hiwabarokatu....
Salam 1 Malaysia.
Segala puji dan syukur kita rafakkan kepada tuhan yang memberikan kita segala nikmat
kehidupan,memberikan umur yang panjang serta kesempurnaan akal fikiran kepada kita semua. Dialah
yang memberikan rezeki buat semua kehidupan samada hidupan yang seni-seni,mahupun hidupan yang
besar-besar.Seterusnya,sekalung apriasiasi dan jutaan terima kasih kepada pensyarah IPGKBL,barisan
JPP ,abang-abang dan kakak-kakak senior yang sudi menerima kehadiran kami disini.Saya mewakili
semua guru pelatih baharu,PPISMP ambilan jun 2015 ingin menzahirkan perasaan bangga dan
kesyukuran kami kerana bergelar salah seorang warga IPGKBL.Kami semua memegang matlamat yang
sama iaitu ingin menjadi sebahagian daripada keluarga besar para guru di Malaysia.Sehubungan dengan
itu,kami juga meyimpan hasrat yang sama seperti guru-guru yang lain iaitu ingin membentuk pewaris
tampok kepemimpinan negara menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Bersempena dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru: membina ilmu menyempurnakan
akhlak.kami berharap dengan kehadiran kami di IPG ini dapat membantu kami lebih bersedia dengan
mengikuti program-program diadakan oleh pihak IPGKBL.Sehubungan dengan itu,saya amat berharap
guru-guru ,abang-abang dan kakak-kakak senior dapat memberikan tunjuk ajar kepada kami selau warga
baharu dalam kelompok bakal pendidik.
Orentasi yang dijalankan sepanjang 4 hari disini,benar-benar dapat memberi dampak yang positif
kepada kami yang bakal menjadi seorang pendidik.Pada kesempatan ini,saya ingin menyampaikan
setinggi-tinggi penghargaan kepada unit bimbingan dan kaunseling serta JPP yang telah merangka LDK
yang amat bermanfaat kepada kami.
Walaupun kami merupakan warga baharu di IPG ini,tetapi sambutan daripada abang-abang dan kakakkakak senior amat mesra.Oleh sebab itu,saya berharap hubungan yang tenteram dan erat antara kita dapat
dipertahan dan diperkukuhkan pada masa-masa akan datang.Hal ini amat penting bagi mewujudkan
simbiosis sihat antara kita dan mewujudkan suasana belajar yang aman.

Akhir sekali,saya mewakili semua guru pelatih baharu (PPISMP jun 2015) mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan
program minggu pengurusan pelatih baharu yang dirangka khas untuk kami.Sebelum saya mengundur
diri,terimalah serangkap pantun dari saya yang berbunyi.

Sinar indah kerdipan bintang,


Menyuluh terang mata kedidi,
Hari ini kami datang,
Semoga hubungan erat abadi.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai