Anda di halaman 1dari 14

UNIT GERKO PERMAINAN BOLA JARING KPLI AMBILAN JANUARI 2010

KERTAS KERJA KURSUS ASAS KEJURULATIHAN BOLA JARING GURU-GURU PELATIH KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010

Tarikh : 26, 27 Mac 2010 & 3 April 2010 Hari : Jumaat,Sabtu & Khamis Tempat : Dewan Kuliah A dan Padang Bola Jaring

ANJURAN :
UNIT GERKO PERMAINAN BOLA JARING SEMESTER 1 KPLI AMBILAN JANUARI 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG

PENDAHULUAN
Unit Gerko Permainan Bola Jaring Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan dengan sokongan para pensyarah penasihat telah berusaha untuk menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan kepada guru-guru pelatih Unit Bola Jaring sesi 2010 ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang terlibat dengan bidang dan skop kejurulatihan asas permainan bola jaring.

RASIONAL
Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) Unit Permainan Bola Jaring bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua bakal guru untuk mempelajari hal ehwal latihan berkaitan permainan bola jaring disamping memperkembangkan bakat serta pengetahuan kepada semua guru pelatih. Selain itu, aktiviti yang dirancang diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli persatuan dan dapat mengenali dengan lebih rapat ahli-ahli yang lain. Kursus ini seterusnya diharap dapat meningkatkan lagi daya ketahanan dan kemahiran guru pelatih yang terlibat dalam soal kejurulatihan dalam permainan bola jaring di samping dapat meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli persatuan bola jaring.

OBJEKTIF
Memberi pendedahan asas kejurulatihan permainan bola jaring kepada semua guru-guru pelatih yang terlibat. Meningkatkan kemahiran di kalangan guru-guru pelatih dalam asas kejurulatihan bola jaring. Melahirkan guru pelatih yang berpengetahuan dan berkemahiran melalui Sijil Asas Kejurulatihan . Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru pelatih yang terlibat serta memupuk sikap toleransi dan kerjasama dalam satu pasukan.

JAWATANKUASA KURSUS
PENAUNG : PENASIHAT : Dato Haji Mazlan bin Mohamad,.DIMP, Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan Pn Nooriza binti Kassim Cik Halimah binti Halimi Pn Puziah binti Nawi Srimalar a/p Muthusamy Juraini Hafida binti Samsani Nur Hakimah binti Abdul Hamid Yuvarani a/p Saravana Sami Kalaivani a/p Subramaniam Zulaiha binti Mohd Basar

PENGERUSI : NAIB PENGERUSI : SETIAUSAHA: BENDAHARI:

JAWATANKUASA KECIL KURSUS


Sijil / Cenderamata / Hadiah
 Huzeana Che Soh  Nor Ulfah Muda

Peralatan
 Nur Asikin Saari  Kumuda a/p Palaniandy

Makanan
 Siti Khadijah Mohd Nor  Norazizah A Rahman

Publisiti / Banner
 Noraidah Malek  Susila a/p Munusamy

Dokumentasi
 Masliza Mahmud

Keselamatan / Kebajikan
 Norashida Abdul Manaf

KUMPULAN SASARAN
Terdiri daripada 43 orang ahli GERKO Bola Jaring dan 3 orang pensyarah penasihat.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Item Makan minum ( Tenaga Pengajar) Jurulatih TOTAL Unit (2 orang x RM 12 x 3 hari ) RM 200 x 3 Harga RM 72.00

RM 600.00 RM 672.00

SUMBER KEWANGAN
GERKO Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur dan juga sumbangan dari pelajar-pelajar Unit Bola Jaring.

ATURCARA KURSUS

PENUTUP
Kursus kejurulatihan Bola Jaring ini diharap dapat memberi gambaran dan input sebenar kepada semua guru pelatih yang terlibat dalam memantapkan lagi pengetahuan mereka tentang permainan Bola Jaring. Kursus ini juga diharap dapat memberi satu dimensi baru kepada guru guru pelatih dalam hal ehwal kejurulatihan Bola Jaring.

Anda mungkin juga menyukai