Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG RAMAI

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


JURNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
(15 FEBRUARI 2016 HINGGA 19 FEBRUARI 2016)

Masalah:
Pada minggu pertama saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Jelempok,
saya telah menghadapi satu masalah yang boleh dikatakan menyakitkan kepala
saya. Masalah yang saya hadapi adalah masalah murid tidak faham atau tidak
jelas terhadap aktiviti yang ingin saya jalankan. Proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi tidak lancar dan berkesan apabila murid kurang faham
atau tidak jelas dengan aktiviti yang saya rancangkan.

Analisis:
Saya merasakan masalah unu timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
1. Bahasa yang saya gunakan semasa P&P sikit dalam dan merumitkan.
2. Aktiviti yang dijalankan terlalu banyak peraturannya.
3. Terlalu panjang penjelasan terhadap aktiviti yang ingin jalankan sehingga
murid hilang tumpuan.
4. Saya bercakap terlalu pantas.
Sekiranya masalah ini tidak saya atasi, pelajar saya besar kemungkinan tidak
akan berjaya dalam subjek ini.

Cadangan:

1. Saya perlu menggunakan Bahasa Melayu yang standard dan tidak terlalu
mendalam semasa memberi arahan atau memberi penjelasan kepada
murid.
2. Saya perlu merancang aktiviti P&P yang kurang peraturannya dan lebih
senang dijelaskan kepada murid. Aktiviti yang rumit biasanya mempunyai
banyak arahan atau peraturan. Oleh itu, aktiviti yang tidak rumit juga akan
mengurangkan ketidakjelasan murid terhadap aktiviti yang ingin saya
jalankan.
3. Saya juga akan mencuba untuk bercakap dengan perlahan sikit supaya
murid dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan.

Tempoh masa:
Saya akan mula untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang dibuat pada
minggu ketiga praktikum saya sehingga tamat praktikum saya.

Tindakan Susulan:
Cadangan yang dinyatakan akan saya laksanakan dengan sepenuhnya.
Sebelum saya melaksanakan cadangan saya, saya juga telah membincang
dengan guru pembimbing saya mengenai cara memberi arahan yang lebih
sistematik. Selain itu, saya juga telah membuat latihan untuk memberikan arahan
yang lebih jelas terlebih dahulu sebelum saya masuk ke kelas.

Penilaian Kejayaan:

Keberkesanan tindakan yang saya ambil untuk menangani masalah yang


dihadapi akan diketahui pada minggu yang akan datang selepas saya
melaksanakan cadangan penyelesaian masalah dengan sepenuhnya.

Kesimpulan keseluruhan:
i.

Penilaian Tindakan
Melalui tindakan yang telah saya ambil untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi, saya mendapati murid-murid telah semakin dapat
melakukan apa yang saya ingin mereka lakukan. Mereka telah dapat
memahami perkataan saya apabila saya bercakap dengan lebih perlahan
dan menggunakan bahasa yang lebih cetek.

ii.

Halangan
Masa yang lebih diperlukan untuk memberi arahan yang lebih jelas
kepada murid. Aktiviti tidak dijalankan lebih banyak apabila keadaan ini
berlaku.

Anda mungkin juga menyukai