Anda di halaman 1dari 11

Konsep Asas Moral

Konsep Moral

Konsep Akhlak

Konsep Etika

Konsep Moral
Moral berasal dari Bahasa Latin , Moralitas yang bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila sesebuah masyarakat Menurut James Hemming bahawa moral merupakan peraturan masyarakat yang diterima sebagai fakta kehidupan sosial masyarakat diwujudkan diluar kawalan individu

Ciri-ciri Moral
Mengaku kepada baik buruknya perbuatan manusia sebagai manusia Tolak ukur untuk menetapkan betul salahnya sikap dan tindakan manusia Sesuai dengan idea-idea yang umum diterima tentang tindakan manusia

Implikasi Moral Terhadap Tingkah Laku Individu


Tingkah laku manusia dapat dikawal Keharmonian masyarakat dijaga Hubungan antara kaum dapat dieratkan Seseorang individu mendapat panduan hidup yang jelas dan tidak akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti kurang bermanfaat seperti vandalisme , melepak dan sebagainya

Konsep Etika
Etika berasal dari Bahasa Latin , ethica yang bermaksud adat atau cara hidup Etika juga merupakan sains moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk Etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia

Ciri-ciri Etika
Dari segi objek pembahasannya, etika berupaya membahas perbuatan yang dilakukan oleh manusia Dari segi sumbernya, etika bersumber pada akal fikiran dan falsafah Dari segi fungsinya, etika berfungsi sebagai penilai terhadap suatu perbuatan Dari segi sifat , etika bersifat relatif yakni dapat berubah mengikut zaman

Implikasi Etika Terhadap Tingkah Laku Individu


Keamanan => Kehidupan manusia tanpa gangguan dan masalah Penggalak Kebaikan=> Kebaikan kepada diri sendiri, sentiasa mengambil berat terhadap keluarga, jiran dan masyarakat Penghalang Kejahatan => Seorang yang beretika sentisa menjaga identiti dan tingkah laku yang baik dan elakkan dari melakukan perbuatan yang jahat

Konsep Akhlak
Kata akhlaq yang merupakan jama dari khulqu dalam bahasa Arab bermaksud perangai, budi, tabiat dan adab Perkataan akhlak secara terminology bermaksud suatu keinginan yang ada di dalam jiwa yang akan dilakukan dengan perbuatan tanpa intervensi akal Budi pekerti seseorang individu (kelakuan atau gerak geri seseorang)

Ciri-ciri Akhlak
Perbuatan yang telah tertanam dalam jiwa seseorang, sehingga telah menjadi keperibadiannya Perbuatan yang dilakukan dengan mudah dan tanpa pemikiran Perbuatan yang dilakukan dengan sesungguhnya

Implikasi Akhlak Terhadap Tingkah Laku Individu


Individu berbudi bahasa Individu bersopan santun Nilai kasih sayang dipupuk Individu penyayang

Rumusan
Moral merupakan kesedaran tentang ajaran berkenanan baik buruk Etika merupakan satu set peraturan yang digubal bersama oleh ahli masyarakat Akhlak merupakan sifat semula jadi manusia dan juga sifat yang dimiliki menerusi latihan dan rangsangan, iaitu batin dan zahir dalam bentuk perlakuan

Anda mungkin juga menyukai