Anda di halaman 1dari 1

PKUK2013P - PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MBK

KONSEP BERKAITAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN PERTUTURAN

Bahasa suatu sistem simbol yang digunakan dan ditetapkan untuk berkomunikasi bagi
menyampaikan sesuatu maksud yang mana bahasa terdiri daripada satu kod contohnya
Bahasa Isyarat Malaysia yang digunakan oleh golongan kurang upaya pendengaran bagi media
berkomunikasi sesama mereka atau dengan orang yang normal. Bahasa juga mempunyai
simbol-simbol arbitrari yang mana mempunyai simbol tertentu untuk mewakil sesuatu perkara
atau perwakilan benda. Bahasa juga bersifat generatif iaitu mempunyai satu set perkataan dan
peraturan-peraturan yang ditetapkan dan persetujui oleh komuniti. Komunikasi pula satu
proses pemindahan pengetahuan atau maklumat dan biasanya berlaku diantara dua atau lebih
orang melalui bahasa yang lebih dikenali sebagai linguistik. Biasanya komunikasi dilengkapi
dengan pic, intonasi, suara, kadar dan stres (tekanan) yang mana merupakan komponen-
komponen linguistik dihasilkan. Namun, komunikasi juga boleh berlaku tanpa bahasa yang lebih
dikenali sebagai tingkah laku pragmatik seperti mimik muka, gerak tubuh badan, gesture tangan
dan sebagainya sebagai menyampaikan sesuatu perkara, hajat, pendapat dan komen. Dalam
aspek pertuturan pula ditakrifkan sebagai tingkah laku untuk menghasilkan satu kod bahasa
dengan membentuk pola-pola bunyi yang sesuai. Pertuturan dibahagikan kepada dua
komponen iaitu segmental (artikulasi) dan bukan segmental (suprasegmental/prosody).
Artikulasi yang baik menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan yang tepat dan jelas dengan
menggunakan bibir, lidah dan lelangit. Selain artikulasi yang sempurna,komponen bukan
segmental juga dilihat dapat menghasilkan pertuturan yang lancar dan berkesan hasil daripada
intonasi, kelancaran, kualiti suara, kelajun dan kadar pertuturan yang bersesuaian.
Kesimpulannya, ketiga-tiga komponen ini sangat penting dimana bahasa dan pertuturan
menjadi medium utama untuk berkomunikasi. Pertuturan yang lancar dan berkesan dapat
menyampaikan bahasa dan akhirnya komunikasi wujud dalam pelbagai cara, tempat, situasi
dan keadaan.

PITO2020 316-19-shahril@epembelajaran.edu.my

Anda mungkin juga menyukai