Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI SAINS GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER / 2015

SBSF1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NO. MATRIK :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MAIL :

PUSAT BELAJAR : JOHOR BAHRU


Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

Isi Kandungan Muka Surat


Ringkasan Perkataan..........................................................................................................................ii
1.0 Pengenalan...............................................................................................................................1
2.0 Strategi Analisis Cara Akhir (Means Ends Analysis)...........................................................3
2.1 Faktor Anak/ Kanak-kanak....................................................................................................4
2.2 Faktor Ibu bapa/ Keluarga.....................................................................................................5
2.3 Faktor Kemiskinan dan Taraf Hidup.....................................................................................6
2.4 Faktor Pencetusan / Sosial.....................................................................................................6
2.5 Faktor Personaliti Diri...........................................................................................................7
3.0 Forward Chaining Strategies/ Rantaian Hadapan................................................................9
3.1 Pra keadaan 1.......................................................................................................................10
3.2. Pra Keadaan 2......................................................................................................................11
3.3 Pra Keadaan 3......................................................................................................................12
Kesimpulan........................................................................................................................................14
APPENDIK.........................................................................................................................................15
Rujukan...............................................................................................................................................15

i
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

Ringkasan Perkataan

JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

OKU Orang Kelainan Upaya

ii
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

1.0 Pengenalan

Berfikir adalah merupakan satu proses mental yang berlaku dalam kawalan manusia
sama ada sengaja atau tidak. Apabila manusia berhadapan dengan sesuatu masalah, biasanya
ia akan menggunakan akal fikiran untuk mencari jalan penyelesaian. Dalam masa yang sama
manusia juga memerlukan strategi untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, penting untuk kita
mengetahui dengan mendalam kemahiran berfikir serta menyelesaikan masalah agar
kehidupan menjadi lebih harmoni kerana manusia menggunakan akal fikiran dalam pelbagai
bentuk, negatif atau positif sesuatu tindakan manusia itu dikaitkan dengan sejauh mana
manusia itu mampu untuk berfikir dan membuat keputusan.

Menurut WordNet©2.0 Princeton University 2003 masalah boleh didefinisikan


sebagai satu persoalan bagi pertimbangan atau penyelesaian. Penyelesaian masalah pula
didefinisikan oleh Woods dan rakan-rakan (1975) sebagai satu proses perolehan satu
penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah baru atau satu masalah yang mana sebelum
ini individu yang cuba menyelesaikannya tidak pernah mengalaminya. (Dr Anton & Dr
Haresh Kumar, Ogos 2012) Antara strategi penyelesaian masalah yang boleh digunakan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah khususnya masalah penderaan kanak-kanak ialah:-

i. Pembahagian masalah atau sub masalah


ii. Mendaki bukit (hill climbing)
iii. Analisis cara akhir (means-end analysis) dan
iv. Rantaian hadapan (forward chaining)

Mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak diistilahkan sebagai individu yang


berumur 1hari (sejak lahir) sehingga berumur 18 tahun atau dalam erti kata lain seseorang
yang di bawah umur lapan belas tahun; dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya
seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang
ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan [Akta 574]; (Pesuruhjaya Penyemak Undang-
Undang, Malaysia, 2006) Definisi penderaan atau penganiayaan pula tidak dinyatakan
dengan lengkap tetapi hanya menyebutnya sebagai meliputi:
a) kekerasan fizikal seperti yang zahir seperti lebam-lebam, patah tulang dan lain-lain
kecederaan tubuh
b) mengabaikan, yang membayangkan kegagalan untuk memelihara kesihatan dan
keselamatan kanak-kanak
c) meninggalkan dan mendedahkan

1
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

d) perkosaan
(Attorney General's Chambers, 2011)

Justeru itu, melalui tugasan yang diberikan ini sebagai Penolong Pegawai Psikologi di
Jabatan Kebajikan Masyarakat, ingin saya mengupas lima faktor utama punca masalah
penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor serta
mengambil dan merujuk contoh faktor penderaan kanak-kanak melalui journal dengan
menggunakan strategi penyelesaian masalah analisis cara akhir (means-end analysis) dan
meluah pendapat melalui teknik rantaian hadapan (forward chaining) dalam mengatasi
masalah penderaan kanak-kanak yang telah berlaku sejak sekian lama .

2
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

2.0 Strategi Analisis Cara Akhir (Means Ends Analysis)

Analisis cara akhir (Means Ends Analysis) merupakan strategi memecahkan masalah
iaitu dengan membagi masalah besar ke dalam masalah yang sederhana, atau dari masalah
yang khusus ke masalah yang lebih umum sehingga mendapatkan rumusan serta tujuan
pembelajaran yang mudah untuk difahami. Langkah-langkah dalam strategi Means Ends
Analysis adalah sebagaimana berikut :
1. Mendahulukan petunjuk/arahan, dari pernyataan awal sampai pernyataan tujuan, atau,
2. Terbalik mulai dari pernyataan tujuan sampai kepada pernyataan awal.
Kaedah Means-Ends Analysis berdasarkan konsep di atas jelas menunjukkan setiap
tujuan yang dicapai ada dalam cara penyelesaian itu sendiri dalam mendapatkan tujuan yang
lebih umum. Kaedah ini dapat membantu individu untuk berfikir secara logik, kreatif dan
bersistematik. Menurut sistem maklumat perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
untuk tahun 2012 adalah seramai 3831 kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan
perlindungan di bawah seksyen 17 (1) sebab penganiayaan, manakala tahun 2013.
melibatkan seramai 4119 kanak-kanak, statistik ini menunjukkan peningkatan bilangan kes
kanak-kanak di Malaysia yang terlibat dengan isu penganiayaan di bawah beberapa kategori
seperti penderaan fizikal, pengabaian, dibuang dan kehilangan ibu bapa. (Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia, 2013)
Lima faktor utama yang telah menyumbang kepada masalah penderaan kanak-kanak
di Malaysia mengikut strategi "means-end analysis" adalah seperti berikut:

1. Faktor Anak;
2. Faktor Ibu bapa/Keluarga;
3. Faktor Kemiskinan dan taraf hidup;
4. Faktor Pencetusan/Sosial dan ;
5. Faktor Personaliti Diri

2.1 Faktor Anak/ Kanak-kanak


Faktor kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan boleh diperincikan
kepada beberapa sub faktor seperti kecacatan anak, tingkah laku anak, situasi ketika
anak dilahirkan dan status kanak-kanak di dalam keluarga. Setiap ibu bapa mahukan
anak yang sempurna fizikal dan mental, mampu untuk berjalan, melihat, mendengar
dan mempunyai kecerdasan otak seperti kanak-kanak normal . Namun sesetengah ibu

3
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

bapa yang mempunyai anak cacat tidak dapat menerima hakikat ini, mereka merasa
malu, rendah diri lalu menjadikan kanak-kanak ini sebagai tempat untuk melepaskan
perasaan marah, bagi kanak-kanak cacat (OKU) yang mempunyai masalah lemah
pembelajaran (Learning Difficulties) mereka sering kali menjadi mangsa penderaan
seksual oleh saudara sendiri atau orang yang tidak dikenali.

Anak berstatus anak angkat atau anak tiri juga sering kali menjadi mangsa
penderaan oleh ahli keluarga angkat atau ahli keluarga tiri. Status mereka di dalam
keluarga sering dijadikan alasan oleh pendera untuk mendera kanak-kanak. Contoh
kes penderaan disebabkan faktor kanak-kanak itu sendiri adalah seperti berikut:

Responden 1 Mangsa Penderaan Seksual (Tahun 2010)


Saya dirogol oleh abang saya ketika saya sedang mandi dan tidur
di ruang tamu rumah tanpa pengetahuan emak, akhirnya saya
mengandung dan diletakkan di Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru
(OKU Masalah Pembelajaran ,13 Tahun)

Responden 2 Mangsa Penderaan Fizikal ( RPKK Juita, Tahun 2008 )

Saya selalu dipukul oleh emak bila saya tak buat apa yang dia suruh, emak selalu
kata saya ikut perangai ibu saya, pemalas, pengotor, lembap. Emak saya pukul
guna penyangkut baju, getah salur air dan baling saya guna pinggan kaca
(Responden 2, 8 tahun, Anak Angkat)

Sebagaimana kes di atas , terdapat pengaruh yang ketara faktor kanak-kanak itu
sendiri menyumbang kepada penderaan kes kanak-kanak yang dilaporkan di Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan pelaku menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa
penderaan hanya disebabkan oleh kanak-kanak itu cacat dan status kanak-kanak di
dalam keluarga.

2.2 Faktor Ibu bapa/ Keluarga


Penyumbang terbesar pelaku kes penderaan adalah dari kalangan ibu bapa
berbanding orang yang tidak dikenali, saudara mara, pengasuh, jiran tetangga, guru,
kekasih ibu/bapa, ibu bapa tiri, adik-beradik tiri, adik-beradik kandung dan kenalan
ibu bapa. Menurut Dr Ramli (Dr Ramli , Public Education on Psychology UIA) faktor
ibu bapa / keluarga adalah merupakan penyumbang utama berleluasa masalah
penderaan kanak-kanak di Malaysia. Sub faktor Ibu bapa/keluarga adalah disebabkan
oleh ibu bapa muda, masalah rumahtangga dan penceraian, tahap pendidikan dan
pengetahuan agama.

4
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

Cetek pengetahuan dan kefahaman agama mempengaruhi ibu bapa khususnya


ibu bapa berketurunan Melayu terlibat dalam kes penderaan fizikal kanak-kanak.
Melalui didikan agama dan akhlak seorang individu itu dapat membentuk akal,
peribadi dan kendiri. Hasil kajian Noremy Md. Akhir menunjukkan 75% yang
mewakili enam daripada lapan responden mengakui antara faktor mereka terlibat
dalam kes penderaan fizikal kanak-kanak adalah disebabkan oleh kurangnya
kefahaman agama dan akhlak Islamiah. Mereka mengaku sebagai beragama Islam
namun tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya sehingga mengabaikan
agama dalam mendidik anak-anak (Noremy, Salina, & Others, 2012)
“Betul la kot sebab kurang didikan dan pengetahuan agama lah saya jadi macam
ni. Orang yang macam saya ni selalu ikut hati dan tak rasional, tapi suami saya
pun sama tak sembahyang, tak puasa juga. Dia pun salah, kenapa tak bimbing
saya? Itu saya jadi macam ni. Tapi Islam tak pernah pun ajar umatnya didik anak
macam apa yang saya buat ni. Ini bukan cara Islam, ini cara saya”
(Responden 7 untuk kajian Noremy Md Akhir & lain-lain)

Pensyarah yang juga pakar runding psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi,


Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata,
penderaan biasanya bermula sejak usia kanak-kanak di mana terdapat empat kategori
iaitu fizikal, emosi, pengabaian dan seksual. Penyelidikan mendapati ibu bapa yang
terlalu muda, ibu tunggal, ibu bapa yang ketagihan dadah atau alkohol berpotensi
melakukan penderaan fizikal. (Kahirunnisa, 2013)

2.3 Faktor Kemiskinan dan Taraf Hidup


Perubahan taraf kehidupan hasil daripada pemodenan dan penghijrahan
menyebabkan segelintir masyarakat khususnya di bandar raya Johor Bahru
mengalami fenomena kemiskinan bandar dan menyebabkan mereka tidak mampu
mengejar arus kemodenan, tercicir dan dibelenggu dengan kemiskinan. Pendapatan isi
rumah rendah dan kesukaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan wang
mengakibatkan kesempitan hidup dan tekanan kepada ibu bapa atau pendera. Dalam
journal kajian hubungan faktor dalaman penderaan fizikal terhadap kanak-kanak
oleh ibu bapa (Noremy, Salina, & Others, 2012) hasil kajian dari sudut psikologi
menurut Conger, Lorenz, dan Simons (2002) mendapati kekangan ekonomi yang
dihadapi oleh ibu bapa dari sudut psikologi akan meningkatkan tekanan emosi di
mana mereka dikatakan akan cepat meradang, marah serta cenderung untuk
menyerang kanak-kanak apabila berada dalam keadaan tertekan.

5
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

2.4 Faktor Pencetusan / Sosial


Faktor pencetusan/sosial merupakan faktor yang menimbulkan penderaan dan
penganiayaan. Ini berlaku dalam bentuk krisis. Krisis ini mungkin merupakan krisis
kecil, seperti ibu bapa berasa hampa dan kecewa terutama apabila keadaan si anak
tidak menyenangkan kerana selalu menangis dan menunjukkan pelbagai ragam
sehingga ibu bapa berasa tidak tertanggung lagi. Ibu bapa yang dalam keadaan ini
biasanya hilang pertimbangan dan akan memukul anaknya. Keadaan ini berlaku
secara spontan tanpa disedari atau di luar kawalan. Sekiranya ada ibu bapa yang
merancang dari awal untuk menganiaya anak mereka, ibu bapa tersebut
berkemungkinan mengalami gangguan psikiatri.
Lelaki dewasa yang terlibat dengan alkohol, penagihan dadah, mengalami
gangguan psikiatri atau gangguan impuls, menghadapi masalah ketuaan, menghidap
penyakit fizikal lain atau mempunyai masalah keupayaan diri, sering kali menjadi
faktor yang mencetus perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Antara lain
faktor kesihatan golongan ibu seperti sakit atau sering tiada di rumah, hubungan tidak
rapat dengan anak, tidak melindungi anak dan tidak mahu tahu tentang anaknya
memberi peluang kepada ahli keluarga lain untuk lebih mendampingi anak sehingga
menyebabkan anak sendiri mengambil alih tugas dan peranan ibu.

2.5 Faktor Personaliti Diri


Latar belakang ibu bapa yang pernah menjadi mangsa penderaan, masalah
sosial (memencilkan diri ) dan sikap panas baran ibu bapa adalah sub faktor
personaliti diri yang menyumbang kepada faktor utama penderaan kanak-kanak.
Kebanyakan ibu bapa yang mendera anak yang dilaporkan di JKM tidak ada
gangguan psikiatri atau gangguan peribadi yang khusus atau menjalani rawatan
mental namun pengalaman ibu bapa semasa zaman kanak-kanak mempengaruhi
bagaimana mereka berhubung dan mendidik anak-anak.
Ibu bapa yang pernah didera cenderung mendera anak-anak mereka. Trauma
penderaan yang ada pada ibu bapa tidak diurus dengan baik juga ada di kalangan
mereka dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mudah memberi kritikan, kurang
memberikan sokongan emosi hingga menyebabkan mereka hilang harga diri.
Akibatnya mereka akan hilang kepercayaan terhadap orang lain dan mendorong
mereka mencari pasangan hidup yang mempunyai latar belakang yang sama dengan
dirinya. Ibu bapa yang seperti ini suka memencilkan diri dari masyarakat dan

6
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

mengamalkan "reverse role play" iaitu ibu bapa yang mendera anak mengharapkan
anak mereka dapat memenuhi keperluan emosi atau menyesuaikan perangai mereka
supaya dapat menyenangkan perasaan ibu bapa.
Keadaan ini disokong oleh fakta dalam teori pembelajaran kognitif sosial,
kanak-kanak belajar dengan memerhatikan dan meniru orang lain. Satu eksperimen
telah dijalankan yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak sekolah tadika menonton
orang dewasa menumbuk patung Bobo yang besar Hetherington et al., 2006 dalam
Modul Psikologi Kanak-Kanak (Choo, 2011, pp. 1-28).
Atkinson (1993) dalam Noremy & lain-lain (Noremy, Salina, & Others, 2012)
mendefinisikan personaliti sebagai sifat atau cara seseorang berfikir, beremosi dan
bertingkah laku. Seterusnya, ia mempengaruhi cara seseorang individu berinteraksi
dengan persekitarannya. Pelbagai usaha telah dikenal pasti bagi membantu pelaku
atau pendera dalam menangani masalah penderaan berdasarkan lima faktor utama
berlakunya penderaan kanak-kanak iaitu ;

I. Program Kemahiran Keibubapaan anak OKU dan "Brain Gym for People With
Disabilities" yang dilaksanakan sepanjang tahun di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) melibatkan ibu bapa, petugas PDK dan pelatih OKU.
II. Melaksanakan saringan bagi semua permohonan kad OKU untuk menjalani sesi
kaunseling kerjaya dan "job coach" dan merujuk kanak-kanak OKU ke agensi
berkaitan seperti Pejabat Pelajaran bagi mengenal pasti sekolah-sekolah yang
bersesuaian dengan kecacatan agar mereka mendapat pendidikan sempurna dan
mampu untuk berdikari
III. Memberi pengetahuan dan perkongsian idea kepada bakal ibu bapa angkat
melalui program kemahiran keibubapaan berkaitan perkembangan psikologi
kanak-kanak dan kognitif
IV. Meletakkan ibu bapa dan anak angkat di bawah seliaan Pegawai Pelindung
sebelum mendapat sijil pengangkatan selama dua tahun untuk memastikan
mereka dapat menyesuaikan diri dan menjalankan penguatkuasaan seperti
melawat ke rumah atau sekolah.
V. Menjatuhkan perintah Bengkel Interaktif di bawah seksyen 30 (a) (1) akta kanak-
kanak 2001 kepada ibu bapa dan anak selama 3 tahun berserta bon bagi
memastikan ibu bapa tidak alpa dalam melaksanakan tanggungjawab dan sebagai

7
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

peringatan kepada ibu bapa atas kesalahan pengabaian dan penderaan kanak-
kanak yang pernah dilakukan.
VI. Memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa yang mengalami masalah kewangan
disebabkan oleh bilangan anak yang ramai atau hilang punca pendapatan atau
pendapatan di bawah paras kemiskinan bandar iaitu RM720.00 untuk satu
tempoh serta menyediakan pelbagai program kemahiran untuk mereka
menambahkan pendapatan.
VII. Ibu bapa yang mendera kanak-kanak akan di rujuk oleh Mahkamah Bicara
Kanak-kanak (MBKK) bagi menjalani sisi kaunseling individu atau kaunseling
keluarga dalam menangani masalah personaliti diri seperti mengawal
tekanan/stress, mengurus emosi dan sikap panas baran juga menjalani sesi
kaunseling bagi trauma penderaan sekiranya ada.
VIII. Jabatan Kebajikan Masyarakat bekerjasama dengan Agensi Antidadah di bawah
Care & Cure membantu ibu bapa pendera menjalani pemulihan dari masalah
ketagihan dadah dan alkohol dan;
IX. Bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam, untuk memberi ilmu pengetahuan
berkaitan agama serta tanggungjawab menurus perspektif Islam kepada keluarga
atau ibu bapa yang mendera anak-anak.

Faktor utama dan sub faktor punca penderaan kanak-kanak juga jalan penyelesaian
sebagaimana kaedah analisis cara akhir iaitu mendahulukan petunjuk, dari pernyataan awal
sampai pernyataan tujuan, atau seperti yang dinyatakan di atas menuju kepada satu matlamat
iaitu membantu pelaku kes penderaan kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah tingkah
laku mereka. Berdasarkan penyelesaian di atas kes-kes penderaan yang berlaku tidak
dilakukan atau diulangi oleh pendera yang sama malahan kehidupan mereka bertambah baik.

3.0 Forward Chaining Strategies/ Rantaian Hadapan


Rantaian hadapan / "forward chaining strategies" adalah satu kaedah alternatif untuk
mengajar tingkah laku yang kompleks yang boleh dipecahkan kepada satu siri langkah-
langkah. Dalam rantaian ke hadapan, langkah pertama analisis tugas seorang diajar diikuti
dengan setiap langkah yang berikutnya, yang memerlukan prestasi kumulatif semua langkah-
langkah sebelumnya dalam susunan yang betul sehingga pelajar melaksanakan rangkaian
seluruh tugas-tugas secara bebas. (Sarah & Jeffrey H, December 2011) Dengan cara ini,
individu belajar tingkah laku yang kompleks dalam urutan yang betul.

8
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

Antara langkah-langkah dalam Rantaian hadapan / "forward chaining strategies"


adalah seperti berikut:
I. Mengenal pasti dan menganalisis tingkah laku sasaran
II. Menganalisis tugas tingkah laku untuk menentukan setiap langkah individu
III. Mengajar dan mengukuhkan langkah awal dalam kemahiran
IV. Mengumpul data daripada pengambilalihan kemahiran dan menganalisisnya untuk
penguasaan
V. Langkah pertama ialah untuk menguasai, mengajar dan mengukuhkan langkah kedua
bersempena dengan langkah pertama
VI. Apabila setiap langkah yang berturut-turut dikuasai, menambah langkah seterusnya
dalam siri kemahiran sehingga individu dapat menunjukkan keseluruhan kemahiran
tanpa sokongan orang lain.
Berbalik kepada usaha untuk mengatasi masalah penderaan yang semakin berleluasa
ketika ini khususnya di negara kita Malaysia melalui teknik rantaian hadapan /"forward
chaining strategies" 3 teknik yang boleh diambil adalah seperti berikut:
Menggunakan Teknik rantaian hadapan /"forward chaining strategies" ke atas
mangsa penderaan iaitu kanak-kanak dalam usaha memastikan kanak-kanak tersebut tidak
mengalami trauma penderaan dan melakukan perkara yang sama di masa hadapan dengan
menjalani sesi kaunseling untuk perubahan tingkah laku. Contohnya adalah seperti berikut:

3.1 Pra keadaan 1


Langkah untuk kanak-kanak normal di Rumah Perlindungan Juita setelah
diselamatkan dan diperintahkan untuk tinggal sementara di Rumah
Perlindungan Kanak-kanak selama sebulan bagi menunggu tarikh perbicaraan
sebelum jatuh perintah tetap.
Tahap Pertama
􀁹 Fokus kepada situasi klien (mangsa penderaan/kanak-kanak)
􀁹 Dapatkan seberapa banyak fakta tentang kanak-kanak
􀁹 Beri ruang untuk luahkan perasaan sekiranya kanak-kanak normal
􀁹 Perhatikan keperluan kanak-kanak (tempat pelindungan/rumah selamat)
􀁹 Kenal pasti kekuatan kanak/kanak khususnya emosi dan kognitif
􀁹 Senaraikan jenis-jenis pertolongan
􀁹 Membuat rumusan masalah semasa
􀁹 Membuat rujukan yang sesuai

9
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

Tahap Kedua
􀁹 Membina kekuatan dan keyakinan diri, pengiktirafan terhadap tindakan
􀁹 Beri tumpuan masalah terhadap hubungan (ibu bapa, rakan sekolah, guru)
􀁹 Tugas penyelesaian yang boleh dicapai
􀁹 Elak pergantungan diri
􀁹 Beri ruang untuk berfikir tentang tindakan dan keadaan semasa berbanding
masa lalu
Penamatan
􀁹 Mengimbau kembali pencapaian dalam proses pertolongan
􀁹 Membuat rumusan pencapaian dan masalah yang telah dihadapi
􀁹 Memberi jaminan bersedia menerima dan bekerjasama sekiranya perlu
􀁹 Membincangkan cadangan meneruskan tindakan dalam kehidupan
􀁹 Memberi ruang dan memberitahu perhubungan ditamatkan
􀁹 Mengingatkan kekuatan dan kemampuan bertindak sendiri

Menggunakan Teknik rantaian hadapan /"forward chaining strategies" ke atas pelaku yang
tidak dikenakan hukuman penjara sebaliknya diletakkan di bawah seksyen 30 (a) (1) dan
Bengkel Interaktif selama 3 tahun dan perlu menjalani sesi kaunseling serta program-
program kesedaran ke atas pendera sekiranya mereka mempunyai hubungan kekeluargaan
(ibu bapa kandung, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat ) dan mangsa sebagaimana berikut:

3.2. Pra Keadaan 2


Langkah untuk ibu bapa dan anak yang dijatuhkan perintah Bengkel Interaktif

Tahap Pertama

Mengenal pasti fakta berkaitan pelaku dan punca berlakunya penderaan ke


atas kanak-kanak. Menjalankan ujian pra penaksiran psikologi ke atas pelaku ,
pasangan dan kanak-kanak untuk melihat tahap ke fungsian keluarga melalui
ujian yang dikenali sebagai FACES 111. Melaksanakan penaksiran dan
membincangkan hasil dapatan ujian serta tindakan yang perlu dilakukan untuk
langkah berikutnya.

10
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

Tahap Kedua

Pelaku dan keluarga perlu menjalani sesi kaunseling keluarga untuk tindakan
selanjutnya dan perlu melaksanakan beberapa tanggungjawab yang dikenal
pasti dapat membantu memulihkan hubungan kekeluargaan, tekanan , masalah
kewangan, meningkatkan kualiti hidup dan sebagainya sekiranya ada dan
merujuk pelaku kepada agensi-agensi lain dalam usaha membantu pelaku
sekiranya perlu.

Mewajibkan pelaku mengikuti program-program kesedaran yang dianjurkan


dengan agensi-agensi luar seperti Polis dan Jabatan Agama untuk memberi
celik akal kepada pelaku dan keluarga berkaitan dengan udang-undang dan
pengetahuan Agama. Menilai semula hasil penambahbaikan yang dilakukan
oleh pelaku dan keluarga sekiranya ada , jika tidak pelaku akan diberi
tanggungjawab lain.

Tahap Ketiga/Penamatan

Pasca penaksiran Ujian FACESS 111 akan dijalankan untuk melihat


perubahan ke fungsian keluarga dan membincangkan hasil perubahan tingkah
laku dan sokongan keluarga. Sekiranya pelaku dan keluarga dapat
menunjukkan perubahan yang ketara tanpa sokongan dan bantuan , pelaku dan
keluarga akan dibebaskan tanpa menunggu tarikh perintah Bengkel Interaktif
tamat namun masih diletakkan di bawah seliaan pegawai Pelindung untuk satu
tempoh.

Menggunakan Teknik rantaian hadapan /"forward chaining strategies" kepada agensi-agensi


sosial dan pelaksana undang-undang dalam melaksanakan penguatkuasaan secara telus agar
kes-kes penderaan tidak berlaku juga kepada masyarakat sekeliling yang lebih hampir dengan
pelaku atau kanak-kanak sebagaimana berikut;

3.3 Pra Keadaan 3


Langkah untuk agensi -agensi sosial dan pelaksana undang-undang dan
masyarakat

11
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

Tahap Awal

Mengenal pasti agensi yang terlibat seperti JKM, Polis, Hospital, NGO's ,
AADK dan sebagainya untuk  berkolaborasi yang kini dikenali sebagai
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategies -NBOS)
dalam usaha untuk membendung dan mengurangkan penderaan terhadap
kanak-kanak. Untuk memastikan kadar jenayah penderaan terhadap kanak-
kanak berkurangan, ia memerlukan kerjasama bersepadu yang mantap dan
sistematik dengan melibatkan agensi-agensi yang berkaitan berobjektifkan
memaksimumkan hasil ke arah transformasi Kerajaan yang sentiasa kompetitif
dan relevan.

Tahap 2

Komitmen ini diterjemahkan dalam bentuk dasar dan perundangan yang


digubal atau dipinda serta program-program yang diadakan untuk memastikan
apa jua usaha untuk menangani sebarang bentuk penderaan kanak-kanak
dilakukan secara holistik.  KPWKM telah melaksanakan inisiatif Talian Nur
15999 pada tahun 2007 dan talian khusus untuk kanak-kanak iaitu "Child
line" 15999 pada tahun 2010 bagi membolehkan orang awam dan kanak-kanak
membuat aduan mengenai kes-kes krisis yang berlaku dalam masyarakat
seperti penderaan.  Malaysia Control Centre (MCC) Polis Di Raja Malaysia
iaitu 03-2031 9999 disediakan untuk aduan kes kecemasan, keganasan dan
jenayah yang berlaku dalam masyarakat. membantu mangsa keganasan
khususnya dari aspek mengurangkan trauma, 129 buah One Stop Crisis
Centre (OSCC) telah ditubuhkan di hospital-hospital besar Kerajaan di seluruh
negara bagi membolehkan mangsa keganasan mendapatkan rawatan yang
komprehensif dan menyeluruh di satu lokasi berpusat. OSCC ini bercirikan
kerjasama bersepadu dan diselaraskan secara multi-sectoral dan antara agensi
iaitu Kementerian Kesihatan, KPWKM, Polis Diraja Malaysia dan Badan
Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes keganasan rumah tangga, rogol,
penderaan seksual, penderaan kanak-kanak dan liwat. Akhirnya memberi
kesedaran kepada masyarakat dengan menganjurkan seminar, simposium dan
sebagainya seperti yang diadakan baru-baru ini iaitu The 10th ISPCAN Asia
Pacific Regional Conference On Child Abuse And Neglect yang bertujuan

12
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

untuk mengiktiraf dan memikirkan tentang kepentingan mencegah dan


menguruskan penderaan kanak-kanak dan pengabaian, dalam konteks
menyediakan kanak-kanak dengan zaman kanak-kanak yang sihat dan bahagia

Kesimpulan

Berdasarkan faktor-faktor utama menyumbang kepada penderaan kanak-kanak seperti


kecacatan anak, kemiskinan, personaliti diri, pengetahuan agama yang lemah, tekanan dan
pengalaman trauma penderaan yang menyumbang atau mendorong kepada seseorang ibu
bapa melakukan penderaan fizikal terhadap anak mereka dan penyelesaian atau matlamat
yang di telah dinyatakan sebagaimana di atas melalui teknik means-end analysis dan forward
chaining. Penderaan kanak-kanak secara fizikal dan seksual, membunuh serta membuang bayi
merupakan satu penyakit sosial yang kian meningkat ketika ini. Fenomena ini seakan tiada
penghujung walau pelbagai tindakan undang-undang dan penguatkuasaan telah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan dan pelbagai program kesedaran diberikan kepada masyarakat.
Keadaan ini menunjukkan hilangnya nilai kasih sayang dalam sesebuah institusi
keluarga juga negara. Adakah Hasrat Wawasan 2020 di mana salah satu sembilan cabaran
Wawasan 2020 adalah memupuk kasih sayang dalam membentuk sebuah keluarga dan
masyarakat yang penyayang boleh dicapai?
Apa yang pasti kanak-kanak perlu dilindungi dari semua jenis pengabaian khususnya
penderaan, diskriminasi dan eksploitasi agar kesejahteraan hidup kanak-kanak sebagai modal
insan tidak akan tergugat akibat menjadi mangsa penderaan mereka yang tidak
bertanggungjawab. Kanak-kanak adalah pewaris yang bakal menerajui masa depan sosial,
politik dan ekonomi negara.

(3407 Jumlah Perkataan)

13
Kemahiran Berfikir Dan Penyelesaian Masalah (SBSF 1103)

APPENDIK

Rujukan

Attorney General's Chambers. (2011). Attorney General's Chambers of Malaysia. Retrieved Tuesday
(28) Oktober, 2015, from AGC Portal/Website: http://www.agc.gov.my/index.php?
option=com_content&view=frontpage&Itemid=1&lang=en

Choo, O. Y. (2011). Sejarah, Teori dan Penyelidakan Psikologi Kanak-Kanak. In Psikologi Kanak-kanak
(pp. 1-28). Selangor.

Dr Anton, E., & Dr Haresh Kumar, K. (Ogos 2012). SBSFS 1103 Kemahiran Berfikir Dan Menyelesaikan
Masalah. (P. M. Khairudin, Trans.) Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn Bhd.

Dr Ramli , Public Education on Psychology UIA. (n.d.). IIUM MaHER Centre, Public Education On
Psychology. Retrieved Thursday 29 Oktober, 2015, from http://www.iium.edu.my
_International Islamic University Malaysia (UIA):
http://www.iium.edu.my/medicine/mahir/topics/penderaan-kanak-kanak

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. (2013). Laporan Statistik. Retrieved Tuesday 28 Oktober,
2015, from Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia:
http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=statistik_2012&lang=bm

Kahirunnisa, S. (1 September, 2013). Keluarga , Masalah penderaan. Retrieved Thursday 29 Oktober,


2015, from ww1.utusan.com:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130901/ke_04/Masalah-penderaan

KPWKM. (2011). http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/61487/Bab+3. Retrieved 28


(Tuesday) Oktober, 2015, from Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat:
http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/61487/Bab+3

Noremy, M. A., Salina, N., & Others, &. (2012). Hubungan Faktor Dalaman Penderaan Fizikal
Terhadap Kanak-Kanak Oleh Ibubapa. Journal of Sosial Science & Humanities, Volume 7,
Number 1, 001-014, April Special -2012(ISSN: 1823-884x), 1-14.

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia. (2006). Undang-Undang Malaysia. In M.


Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, AKTA 611 (Akta Kanak-Kanak 2001) (p. 16). Kuala
Lumpur.

Sarah, S., & Jeffrey H, T. (December 2011). An assessment of the efficiency of and child preference
for forward and backward chaining. JOURNAL OF APPLIED BEHAVIOR ANALYSIS, 1-14.
Retrieved Friday Oktober , 2015, from http://www.researchgate.net/publication/51984217

UNICEF. (September, 2010). Fact Sheet www.uniteagaintsabuse.com. Retrieved Oktober, 2015, from
www.unicef.org: http://www.unicef.org/malaysia/GetonBoard-Fakta-Penderaan-Kanak-
kanak-di-Malaysia.pdf

Unknown. (n.d.). http://studentsrepo.um.edu.my/. Retrieved Thursday 29 Oktober , 2015, from


http://studentsrepo.um.edu.my/682/5/BAB4.pdf

14

Anda mungkin juga menyukai