Anda di halaman 1dari 5

KUIZ RIA

TOPIK 1 : PENGENALAN KOMUNIKASI


Soalan objektif
1. Komunikasi lisan akan lebih berkesan jika dibantu dengan aspek berikut KECUALI
A.
B.
C.
D.

Penampilan diri yang baik


Perawakan yang menarik
Status peribadi yang tinggi
Intonasi percakapan yang sesuai

2. Penggunaan mimik muka yang sesuai ketika berkomunikasi adalah penting untuk
menentukan
A.
B.
C.
D.

kesantunan penutur
bidang kepakaran penutur
hubungan mesra yang terjalin
penyampaian maklumat yang tepat

3. Contoh gangguan komunikasi yang berbentuk psikologikal ialah


A.
B.
C.
D.

Kerosakan pembesar suara


Penyampai seorang kelainan upaya
Sikap prejudis pendengar terhadap tajuk ceramah
Penggunaan tahap bahasa yang tinggi dan ilmiah

4. Dalam proses komunikasi, maklumat boleh disampaikan melalui bentuk-bentuk berikut.


A.
B.
C.
D.

Lisan, tulisan dan gerak badan


Lisan, muka dan gerak badan
Lisan, gerak badan dan bahasa isyarat
Lisan, tulisan dan komunikasi bukan lisan

5. Prinsip asas komunikasi interpersonal ialah


A. Boleh diulang semula
B. Tidak boleh ditarik balik

C. Tidak bersifat kontekstual


D. Boleh dilakukan dengan mudah
6. Pilih situasi yang boleh menimbulkan gangguan komunikasi sehingga menyebabkan
kekaburan dan salah tafsir terhadap mesej yang disampaikan.
A.
B.
C.
D.

khalayak yang ramai


penampilan diri yang tidak kemas
tidak cukup masa untuk persediaan
pembesar suara tidak berfungsi dengan baik

7. Pilih faktor paling penting yang membantu proses komunikasi


A.
B.
C.
D.

Pemikiran yang terbuka


Pengetahuan yang sedia ada
Penggunaan bahasa yang ilmiah
Perkataan yang mempunyai banyak makna

8. Pilih pasangan yang SALAH tentang peringkat komunikasi dan situasinya.

9.

Peringkat komunikasi

situasi

A.

Awam

Amin berhubung dengan rakanrakannya melalui rangkaian sosial


Facebook.

B.

Kumpulan

Perdana Menteri sedang berbincang


dengan menteri-menteri kabinet.

C.

Intrapersonal

Seorang pelajar berasa insaf setelah


bertemu dengan kaunselornya.

D.

Interpersonal

Ketua jabatan menyerahkan memo


kepada pembantunya.

Berikut ialah ciri-ciri positif seorang pengucap umum KECUALI


A. kredibiliti yang tinggi

B. penguasaan tajuk yang baik


C. bahasa yang tinggi dan ilmiah
D. penampilan diri yang sederhana

Jawapan:

1.

4.

7.

2.

5.

8.

3.

6.

9.

Pilih SATU soalan dan jawab secara ringkas.


1. Apakah yang anda faham mengenai bahasa badan atau komunikasi bukan lisan?
2. Bezakan komunikasi intrapersonal dengan interpersonal dengan contoh-contoh yang
sesuai.
3. Apakah ruang lingkup komunikasi hanya terhad kepada hubungan sesama manusia dan
bagaimanakah konsep komunikasi dianggap sebagai kerangka ibadah.
4. Terangkan bagaimanakah proses komunikasi berlaku berdasarkan rajah model
komunikasi.
5. Jelaskan 4 jenis gangguan dalam komunikasi.

Soalan struktur
Kajian kes 1
Teliti dahulu satu cerita tentang halangan-halangan komunikasi yang biasa terjadi. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan pada akhir cerita ini.

Ini tahun ketiga Encik Husin menjadi Ketua Jabatan dan beliau berasa agak gembira
kerana sepanjang tiga tahun yang lepas hubungan beliau dengan kakitangannya sangat baik.
Melihat ke arah takwim yang digantung dalam pejabatnya, beliau pun berfikir Dua minggu lagi
peperiksaan akhir semester. Tiba-tiba ada seorang pensyarah mengetuk pintu pejabat dan Encik
Husin meminta pensyarah itu masuk.
ENCIK HUSIN

: Assalamualaikum Cik Zakiah; ya, ada apa?

CIK ZAKIAH

: Waalaikummussalam Encik Husin. Saya ada sedikit masalah peribadi dan


ingin memohon empat hari cuti pada minggu depan kerana ada temu janji
dengan doktor pakar.

ENCIK HUSIN

: Cik Zakiah kena tangguhkan tarikh temu janji itu ke minggu cuti
semester nanti kerana ada peperiksaan akhir semester.

CIK ZAKIAH

: Er...(Tidak sempat berkata apa lalu keluar).

Seminggu selepas itu, Cik Hamidah tergesa-gesa masuk ke pejabat Encik Husin lalu
memberitahunya bahawa Cik Zakiah pengsan di dalam tandas. Encik Husin pun berkejar ke
tandas dan nampak Cik Zakiah terbaring di atas lantai tandas. Beberapa orang pensyarah lain
turut membantu untuk menyedarkannya.
ENCIK HUSIN

: Mengapa boleh terjadi begini?

CIK HAMIDAH
pembedahan.
doktor itu. Hari

: Encik Husin, dua hari lalu Cik Zakiah ingin memohon empat hari cuti
kerana ada temu janji dengan doktor pakar untuk menjalani
Encik Husin suruh dia tangguhkan dulu temu janji dengan
ini dia pengsan kerana menanggung kesakitan.

ENCIK HUSIN

: Dia tak pun beritahu masalah dia kepada saya.

(Cik Zakiah tiba-tiba sedar daripada pengsan dan terus berkata: )


CIK ZAKIAH

: Encik Husin tak tanya pun.

Soalan :
1.
2.
3.
4.

Mengapakah ketua jabatan tersebut tidak mendapat maklumat yang tepat?


Apakah kaitan cerita tersebut dengan komunikasi yang berkesan?
Berdasarkan cerita tadi, bagaimanakah caranya untuk menjamin keberkesanan
komunikasi?
Apakah bentuk halangan komunikasi yang berlaku dalam situasi di atas?

Kajian kes 2
Berikut ialah keadaan atau situasi proses komunikasi sedang berlaku. Sila nyatakan atau
tafsirkan maklum balas yang cuba diberikan di sebalik perbuatan penerima semasa mendengar
ceramah.
tersenyum apabila mendengar sesuatu perkara semasa ceramah
melihat ke kiri atau kanan dan atas dan ke bawah di sekeliling bilik
asyik melihat jam di tangan
menunjukkan keresahan di tempat duduk dan berbual dengan rakan sebelah

Soalan Esei Pendek


TUGASAN 1:
Kepentingan dan contoh situasi komunikasi interpersonal
TUGASAN 2:
Komunikasi intrapersonal dan keperluannya terhadap individu
TUGASAN 3:
Terangkan proses komunikasi berlaku dengan menggunakan satu contoh situasi yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai