Anda di halaman 1dari 6

195 ASAS SOLAT

(Ust Haji Mohd Shukri bin Haji Ali – 013 9222670 /)

KEDUDUKANNYA DALAM AGAMA ISLAM


1. Solat adalah tiang agama, Sabda Rasulullah S.A.W.

“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan
agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya ”

2. Amalan yang pertama akan dihisab diakhirat, Sabda Rasulullah S.A.W.


“Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan ke atas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat.
Jika baik solat, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala
amalan yang lain “

3. Meninggalkan solat akan membawa kepada kekufuran, Sabda Rasulullah S.A.W.


" Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur
yang nyata / jelas “

“ Batas pemisahan antara seseorang itu dengan kufur ialah meninggalkan solat “

Imam-Imam mazhab berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh setelah disuruh
bertaubat dan menunaikan solat tapi masih engkar.

Oleh itu setiap muslim wajib menunaikan solat dengan betul dan tepat berkait dengan rukun dan syarat-
syaratnya, sah batalnya, muafiq masbuqnya, syarat dan peraturan menjadi imam dan makmum dan lain-lain.
Kegagalan mereka menepatinya boleh mengakibatkan sembahyang mereka tidak sah atau diterima oleh
Allah S.W.T.

195 PERKARA ASAS DALAM SOLAT

A. SYARAT WAJIB
1. Islam
2. Berakal
3. Baligh
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Masuk waktu

B. SYARAT WAJIB
1. Islam
2. Berakal
3. Suci dari hadas besar dan kecil
4. Suci badan, pakaian dan tempat dari najis yang tidak dimaafkan
5. Menutup aurat
6. Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurang ‘dzan’
7. Mengadap kiblat dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’
8. Mengetahui ‘kaifiat (cara) solat
9. Meninggalkan perkara yang membatalkan solat

1
C. RUKUN (13 Perkara)
1. Niat (4 syarat)
1.1. Tempatnya di dalam hati (sunat dilafazkan dengan lidah)
1.2. Masanya ialah semasa mulut menyebut ) ‫ ( هللا اكبر‬dalam )‫( تكبيرة األحرام‬
1.3. Di takbirkannya kemudian daripada takbir imam bagi makmum
1.4. Ada muqaranah ) ‫ ( مقارنة‬dalam Takbiratul-Ihram ( ‫( تكبيرة األحرام‬
1.1. Qasad, Taarudh, Taayin Nafsih - - solat Jumaat & qasar
1.2. Qasad, Taarudh, Taayin - solat fardhu biasa
1.3. Qasad, Taayin - solat sunat berwaktu/bersebab
1.4. Qasad sahaja - solat sunat mutlak

2. QIAM ) ‫ – ( قيام‬BERDIRI BETUL ( 3 syarat )


2.1. Bagi sembahyang fardhu. Jika sembahyang sunat (harus) sembahyang dalam keadaan duduk
tanpa uzur tetapi hanya mendapat separuh ganjaran pahala.
2.2. Bagi yang berkuasa. Harus sembahyang dalam keadaan duduk, baring dan terlentang bagi
mereka yang ada keuzuran.
2.3. Membetulkan belakang sekadar berkuasa dalam qiam.

3. TAKBIRATUL-IHRAM (21 syarat)


3.1. Takbir dalam Bahasa Arab
3.2. Dengan lafaz Allah ) ‫( هللا‬
3.3. Dengan lafaz Akbar ) ‫) اكبر‬
3.4. Dengan tertib dua kalimah tersebut
3.5. Ketika berdiri (bagi solat fardhu)
3.6. Tiada dimadkan – Hamzah ( ‫ ( ء‬pada lafaz Allah
3.7. Tiada gugur Hamzah ) ‫ ( ء‬pada Akbar ) ‫( اكبر‬
3.8. Tiada dimadkan ) ‫ ( ب‬pada Akbar
3.9. Tiada tasydid dimana-mana huruf
3.10. Tiada menambah Wau ) ‫ ( و‬yang sakin (mati) / berbaris antara dua kalimah
3.11. Tiada Wau )‫ ( و‬didahului daripada lafaz Allah ) ‫( وهللا اكبر‬
3.12. Tiada menukar Hamzah ) ‫ ( ء‬pada kalimah ) ‫ ( اكبر‬dengan Wau ) ‫( و‬
3.13. Tiada menukar Kaf ) ‫ ( ك‬dengan Hamzah ) ‫ ( ء‬pada kalimah ) ‫( اكبر‬
3.14. Tiada memanjangkan mad pada kalimah ) ‫ ( هللا‬lebih daripada 14 harakat
3.15. Tiada diam yang panjang antara 2 kalimah iaitu diam yang lebih dari kadar bernafas
3.16. Atau diam yang pendek yang diqasadkan dengan memutuskan takbir
3.17. Dapat didengar oleh dirinya dengan sekalian hurufnya
3.18. Takbir setelah yakin atau sekurang-kurang dzan masuk waktu solat
3.19. Dalam keadaan menghadap kiblat
3.20. Ditakbirkan kemudian dari takbir imam bagi makmum
3.21. Tiada memalingkannya daripada takbiratulihram kepada takbir yang lain daripadanya

4. MEMBACA AL-FATIHAH ) ‫( ( الفاتحة‬11 syarat)


4.1. Dibaca dengan bahasa Arab
4.2. Dengan tertib antara segala kalimah
4.3. Dengan mualat padanya
4.4. Memelihara segala huruf-hurufnya (141 huruf) – tidak mengurangkan atau menambah
4.5. Memelihara segala tasydid (14 tasydid) – tidak mengurangkan atau menambah tasydidnya

2
4.6. Tiada diam yang panjang dengan tiada uzur lebih kadar bernafas atau diam yang pendek
dengan niat memutuskan bacaan
4.7. Tiada kesilapan ( lahan ‫ ) لحن‬yang mencederakan maknanya
4.8. Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya dalam keadaan uzur
4.9. Dapat diperdengarkan pada dirinya sekelian hurufnya
4.10. Tiada diselangi oleh zikir yang ajnabi yang tiada hubungan dengan sembahyang
4.11. Membaca semua ayatnya termasuk bismillah pada tiap-tiap rakaat kecuali makmum masbuq

5. RUKUK ) ‫( ( ركوع‬4 syarat)


5.1. Selepas tamam (sempurna) Fatihah kecuali bagi makmum masbuq
5.2. Tunduk kehadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan ke lutut
5.3. Tunduk dengan niat rukuk
5.4. Tama’ninah dalam rukuk

6. I’TIDAL ) ‫( ( اعتدال‬5 syarat)


6.1. Selepas tamam ( sempurna ) rukuk
6.2. Bangkit kembali ke tempat asal sebelum rukuk iaitu qiam
6.3. Bangkit dengan niat I’tidal ) ‫( اعتدال‬
6.4. Tama’ninah
6.5. Tidak memanjangnya lebih daripada qadar membaca fatihah

7. SUJUD ) ‫( ( سجود‬7 syarat)


7.1. Selepas tamam (sempurna) I’tidal
7.2. Menghantarkan 7 anggotanya ke tempat sujud
a. Dua tapak tangan dan perut anak jari
b. Dua kaki
c. Dua lutut
d. Dahi
7.3. Terbuka dahinya dan ditekan ke tempat sujud
7.4. Tidak sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya iaitu yang bergerak dengan geraknya
7.5. Tidak niat lain dari sujud
7.6. Meninggikan punggung dari kepalanya
7.7. Tama’ninah

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (5 syarat)


8.1. Selepas tamam (sempurna) sujud pertama
8.2. Tidak diqasadkan bangkit itu selain untuk duduk antara dua sujud
8.3. Membetulkan duduknya kadar kuasanya
8.4. Tama’ninah
8.5. Tiada memanjangkan lebih dari kadar masa sekurang-kurang tahiyyat

9. DUDUK TAHIYYAT AKHIR (3 syarat)


10.1. Selepas tamam (sempurna) sujud terakhir
10.2. Tidak diqasadkan bangkit itu kecuali untuk duduk tahiyyat akhir
10.3. Membetulkan duduknya kadar kuasanya

10. MEMBACA TAHIYYAT AKHIR (8 syarat)


10.1. Dibaca dalam bahasa Arab
10.2. Tidak gugur semua huruf-hurufnya
10.3. Tidak gugur tasydidnya

3
10.4. Tidak bertukar huruf-hurufnya
10.5. Tidak ada kesilapan sebutan ( lahan ‫ ) لحن‬yang mengubah makna
10.6. Dapat didengar oleh telinga sendiri
10.7. Mualat segala kalimahnya
10.8. Dibaca dalam keadaan duduk

11. MEMBACA SELAWAT ATAS NABI S.A.W. DALAM TAHIYYAT AKHIR (4 syarat)
11.1. Dalam bahasa Arab
11.2. Dengan lafaz Muhammad s.a.w.
11.3. Memadai dengan ‘Rasulnya’ atau ‘Nabi’
11.4. Dapat didengar oleh telinga sendiri

12. MEMBERI SALAM (11 syarat)


12.1. Dalam bahasa Arab
12.2. Dita’rif dengan (Alif Lam) ) ‫( ال‬
12.3. Dengan Kaf Khitab ) ‫( كاف خطاب‬
12.4. Dengan Mim Jamak ) ‫( ميم جمع‬
12.5. Menperdengarkan – dengan sekalian hurufnya
12.6. Berturut-turut segala kalimahnya
12.7. Tiada qasad lain daripada salam
12.8. Ketika duduk atau gantinya seperti berbaring atau melentang
12.9. Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir
12.10. Tidak menambah sesuatu huruf atau kalimah yang boleh mengubah makna ayat
12.11. Tidak mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah yang boleh mengubah makna

13. TERTIB

D. PERKARA-PERKARA SUNAT (2 Perkara)


1. Sunat Ab’adh ) ‫( ( ابعاض‬8 Perkara)
1.1. Membaca tahiyyat Awal
1.2. Selawat ke atas Nabi s.a.w. dihujungnya
1.3. Selawat ke atas keluarga Nabi kemudian dari tahiyyat akhir
1.4. Duduk membaca tahiyyat
1.5. Berdiri membaca qunut
1.6. Membaca qunut
1.7. Selawat atas Nabi s.a.w. dan atas keluarga dan sahabat kemudian daripada qunut
1.8. Salam atas Nabi s.a.w. dan keluarga serta sahabat kemudian daripada qunut

2. SUNAT HAI’AH) ‫هية‬ ْ ( (22 Perkara)


2.1. Mengangkat kedua tangan ketika takbir permulaan, rukuk, I’tidal dan berdiri dari tahiyyat awal
2.2. Meletak tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri
2.3. Memandang tempat sujud sahaja kecuali waktu menyebut “‫ ”اشهد ان أل اله اال هللا‬hendaklah
dipandang jari telunjuk
2.4. Membaca Doa Iftitah
2.5. Membaca “ ‫ ” اعوذ باهلل‬sebelum Al-Fatihah
2.6. Membaca Amin sehabis Al-Fatihah dengan keras atau lembut menurut masanya
2.7. Membaca sebarang ayat atau surah sesudah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua
2.8. Memanjangkan ayat rakaat pertama dari kedua
2.9. Menyaringkan bacaan pada 2 rakaat pertama solat Maghrib, Isyak dan Subuh, Solat Jumaat,
Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Terawih dan Solat Sunat Witir
2.10. Bertakbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun lain kecuali ketika I’tidal
4
2.11. Meletak tapak tangan atas lutut ketika rukuk
2.12. Menjarangkan jari-jari serta mengadapkannya ke arah kiblat
2.13. Membaca tasbih 3 kali sewaktu rukuk dan sujud
2.14. Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika sujud
2.15. Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal
2.16. Membaca doa ( ‫ ( رب اغفر لي‬hingga seterusnya waktu duduk antara dua sujud
2.17. Duduk bersimpuh (‫ )افتراش‬kecuali pada duduk tahiyyat akhir
2.18. Duduk istirehat sebelum berdiri untuk rakaat kedua dan keempat
2.19. Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam
2.20. Memberi salam ke kiri
2.21. Berpaling hingga kelihatan pipi orang disisinya sewaktu memberi Salam
2.22. Berselawat untuk keluarga Nabi s.a.w. dalam kedua-dua tahiyyat

E. PERKARA-PERKARA MAKRUH (29 Perkara)


1. Berpaling muka kanan atau kiri
2. Berdiri di atas sebelah kaki
3. Mendahulukan sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki
4. Berludah dalam solat atau di luar solat ke hadapan kiblat
5. Merendahkan kepada dari punggung ketika rukuk
6. Menahan diri dari qada hajat besar atau kecil
7. Mengerjakan solat bila makanan sudah terhidang dan ia boleh mengganggu kekusyukkan solat
8. Meninggalkan bacaan surah pada dua rakaat pertama
9. Memanjangkan masa istirehat lebih dari duduk antara dua sujud
10. Bersandar kepada sesuatu yang sekira-kira jatuh ia dengan jatuhnya tempat bersandar
11. Melanjutkan tasyahud awal dan membaca doa
12. Meninggalkan doa dalam tasyahud akhir
13. Membiarkan tempat kosong di dalam saf dihadapannya
14. Berdiri seorang diri di luar saf
15. Tempat solat makmum lebih tinggi dari imam
16. Solat dalam bilik mandi
17. Solat di tempat sembelihan
18. Solat di dalam gereja
19. Solat dalam kandang haiwan
20. Solat di tanah perkuburan
21. Solat di atas Kaabah
22. Solat di tempat tawaf
23. Solat di laluan orang ramai
24. Mendongak ke langit
25. Mengadap tempat yang bertulis dan bergambar
26. Mengadap atau bertentang muka dengan manusia
27. Ketika terlalu mengantuk
28. Menguap – apabila menguap sunat menahan diri sekadar berkuasa
29. Menutup mulut kecuali menutupnya ketika terpaksa menguap

F. PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN SOLAT (21 perkara)


1. Berkata-kata dengan sengaja dengan 2 huruf atau 1 huruf yang memberi faham
2. Bergerak-gerak lebih dari 2 kali berturut-turut
3. Kedatangan hadas kecil atau besar
4. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan
5. Syak pada niat atau Takbiratul Ihram
6. Syak pada satu-satu syarat solat dan berkekalan padanya
5
7. Syak pada apa solat yang diniatkan
8. Niat hendak memutuskan solatnya
9. Digantungkan memutuskan solatnya dengan sesuatu
10. Mengubah solatnya kepada solat lain
11. Mengerjakan satu rukun fe’li bukan pada tempatnya
12. Berpaling dada dari kiblat
13. Memberi Salam pada tempatnya
14. Terbuka aurat
15. Mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa seperti korek hidung
16. Melebihkan rukun fe’li dengan sengaja
17. Berdehen atau menangis sehingga zahir 2 huruf
18. Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja
19. Terdahulu atau tertinggal dengan imam 2 rukun fe’li tanpa uzur
20. Mengi’tiqadkan perkara fardhu sebagai sunat
21. Murtad

Kitab rujukan :
 Muniatul musalli ) ‫( منية املصلي‬
 Hidayatus Sibyan ) ‫( هداية الصبيان‬
 Sabilalal Muhtadin ) ‫( سبيل املهتدين‬
 Tanwirul Qulub ) ‫( تنوير القلوب‬

Haji Mohd Shukri bin Haji Ali


Shukran Travel & Tours Sdn Bhd
(Formely known as DNK Travel & Tours Sdn Bhd)
916 Jalan Mawar 1, Taman Permint Jaya, Chendering
21080 Kuala Terengganu.
Tel : 019 9222670
011 5220 2970
Email : hjshukri@gmail.com
FB : Ahli Nujum Negeri

Anda mungkin juga menyukai