Anda di halaman 1dari 10

DEMONSTRASI

Merupakan suatu teknik P&P yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.

Melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid. CTH: mendemonstrasikan cara membina sudut dengan protraktor

OBJEKTIF:

Murid dapat mencontohi dengan lebih tepat serta mudah untuk mereka laksanakan sendiri Demonstrasi yang baik dapat mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah melaksanakannya

Memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minatuntuk belajar


Murid dapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh

Guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku.Mutu persembahan murid dapat dipertingkatkan
Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjuk cara

Dapat mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya
Murid tidak akan melaksanakan aktiviti sesuka hati dan dapat mengelakkan sebarang kemalangan.

KEBAIKAN:
Gambaran yang diberikan oleh guru jelas & terperinci. Mudah memahami fakta-fakta & prinsip-prinsip pembelajaran dengan cepat & berkesan. Menarik perhatian pelajar supaya tidak membosankan. Membangkitkan perasaan ingin tahu pelajar.

Memperkenalkan cara baru kepada pelajar dari segi penglihatan & pendengaran. Melibatkan anggota badan akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran. Pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar.

KELEMAHAN
Guru lebih menumpukan kepada perkakas, peralatan dan bahan yang digunakan semasa mengajar. Fikiran pelajar akan menjadi beku & tidak kreatif.

Anda mungkin juga menyukai