Anda di halaman 1dari 8

H T T P : / / S E N I G H A Z A L . B L O G S P O T .

C O M /
S U N D A Y , S E P T E M B E R 2 0 , 2 0 0 9
Pengenalan Seni Ghazal
Seni Ghazal merupakan suatu seni budaya yang amat popular di kalangan masyarakat di selatan
tanah air iaitu di negeri Johor kursusnya.Terdapat banyak maksud apabila memperkatakan tentang
Ghazal, dalam bahasa turki Ghazal di ambil dari perkataan ' Gazel ' yang merupakan puisi, puisi
Ghazal bersangkut-paut dengan puisi kasih - sayang, Ghazal adalah ungkapan cinta tentang
perpisahan dan kesunyian. Ghazal dapat difahami sebagai ungkapan puisi tentang kesakitan akibat
kehilangan / perpisahan dengan orang yang di cintai atau dikasihi juga puisi yang menunjukan
lambang keindahan cerita cinta. Dalam bahasa arab Ghazal membawa maksud ' berbicara dengan
wanita ', perkataan Ghazal juga di panggil "Gamat" yang membawa maksud riuh atau rancak muzik.


Perkembangan Seni Ghazal

Sejarah asal muzik ghazal ini berasal dari tanah arab dan mempunyai pengaruh kuat dari negara
India. Pada abad ke 19 Ghazal telah di kembangkan ke India oleh pedagang-pedagang Parsi dan
Arab. Di India pada peringkat awal perkembangannya lagu-lagu Ghazal di gunakan untuk memuji
kebesaran nabi dalam majlis2 keagamaan , kemudian Muzik Ghazal menjadi hiburan di istana-
istana di Delhi, Luknow dan Rumpur. Di rekodkan seni ghazal ini amat popular di pulau penyengat
riau Indonesia sekitar kurun ke 19. Pada waktu itu pegawai dan golongan bangsawan Johor yang
sering berurusan di riau sering di hiburkan dengan persembahan muzik ghazal dan kerana minat
yang amat mendalam terhadap muzik ghazal mereka telah mempelajari dan seterusnya
menubuhkan kumpulan dan membawa muzik ghazal sekembalinya ke Johor.
Bertitik tolak dari itu akhirnya seni ghazal mula bertapak di Johor dan menjadi persembahan rutin
dalam majlis-majlis keraian kerajaan di istana Johor di Teluk Belanga, Singapura dan akhirnya
tersebar di seluruh pelusuk negeri Johor. Ensembel Ghazal yang paling popular di Malaysia ialah
'Ghazal Melayu Johor' dan 'Ghazal Parti' di negeri Kedah.
Posted by NOR HAPIPAH HJ.MD.SHAHat 1:44 AM1 comment:
Labels: pendahuluan
M O N D A Y , S E P T E M B E R 1 4 , 2 0 0 9
Ghazal @ Ghazal Kontem
Seni itu indah antara penghargaan dan pengiktirafan, mungkin kata - kata itu menjadi satu mercu
tanda betapa bernilainya suatu anugerah seni ini di mata penulis sendiri. Ghazal merupakan seni
budaya yang popular dan amat sinonim dengan masyarakat johor dari dulu hingga kini.
Masih bermain di kotak fikiran penulis 15 tahun dulu, penulis pernah terlibat secara serius dalam
persembahan ghazal. Menjadi rutin penulis mengikut ibu saudara membuat persembahan ghazal di
majlis khawin tidak kurang jugak di majlis - majlis tertentu di sekitar muar dan luar muar.
Mendekatkan diri dalam ghazal bukanlah suatu perkara baru kerana sejak dari kecil lagi penulis
sering didedahkan dengan seni ghazal oleh ibu saudara penulis Pn.S.Fauziah yang merupakan
penyanyi Kumpulan Seri Maharani Ghazal Muar suatu ketika dahulu.
Rentetan dari pengalaman itu masih teringat penulis betapa asyiknya irama lagu dan muzik ghazal
di perdengarkan, tersentuhnya hati apabila mendayu-dayu patah lagu dan bait-bait lirik lagu di
lontarkan.Rasanya dari dulu hingga kini tidak ada bezanya, keunikan muzik ghazal itu sendiri
menjadi akar tunjang yang kuat menjadikan ghazal masih mampu bertahan hingga kini.
Begitu juga kesedaran badan - badan tertentu di johor khasnya memelihara khazanah ghazal ini
dengan penubuhan dan pendedahan ghazal kepada golongan remaja dan kanak - kanak di mana
kebanyakan sekolah di sesetengah daerah di johor dengan penubuhan ghazal sekolah yang
dianggotai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Keperihatinan terhadap seni ghazal ini juga
boleh di lihat dengan usaha badan - badan tertentu contohnya Yayasan Warisan Johor juga tidak
ketinggalan memberi pendedahan kepada golongan remaja dalam permainan ghazal dengan
mengadakan bengkel - bengkel tertentu dan usaha memertabatkan seni ghazal dengan mengadakan
konsert, pertandingan ghazal,mahupun persembahan ghazal patut di beri pujian. Usaha murni yang
sedemikian rupa bukan sahaja mampu menaikkan sesuatu seni itu malahan mampu membuka
minda, penerimaan dan penghargaan masyarakat terhadap seni budaya bangsa sendiri.
Seni itu universal, seiring dengan pembangunan dan permodernan dunia begitu juga irama ghazal
tidak ketinggalan mendapat tempiasnya. Kalau kita lihat dari sudut muziknya ghazal itu adalah
tersendiri,keistimewaannya boleh kita lihat dari susunan muzik dan gabungan alat muzik dan lunak
suara yang di lontarkan memantapkan persembahan sesebuah kumpulan ghazal. Bersandarkan
itulah ghazal masih menjadi simbol kesenian kebanggaan warga johor khasnya. Atas dasar
kreativiti muzik yang ada dan lambakan idea dapat meruntun jiwa membuka mata dan minda
remaja kini menggangkat muzik ghazal dengan cara dan penerimaan mereka sendiri, sebagai
contoh penulis sendiri pernah mendengar sebuah kumpulan hip hop 'ahli fiqir' menyanyikan lagu
dia datang, walaupun bukan menyanyikan lagu itu sepenuhnya namun kreativiti dan idea yang
mereka ketengahkan bukan sahaja mampu menarik minat golongan yang meminati muzik hip hop
malahan mampu membuka mata semua golongan yang meminati bermacam genre muzik.
Posted by NOR HAPIPAH HJ.MD.SHAHat 12:38 AMNo comments:
F R I D A Y , S E P T E M B E R 1 1 , 2 0 0 9
Mukadimah Tinta Penulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua masyarakat yang melihat secara langsung
mahupun tidak laman blog ini. Pertama sekali beribu panjatan syukur di dahulukan kehadrat Allah
(S.W.T)kerana dengan limpah kurnia dan kehendaknya maka terhasillah cetusan idea untuk
menghasilkan laman blog ini sebagai rentetan penghargaan penulis terhadap seni ghazal yang
menjadikan santapan halwa telinga penulis sejak kecil dan penglibatan secara tidak langsung
penulis dengan kumpulan ghazal suatu tika dahulu menjadi titik tolak terhasilnya laman blog ini.
Adalah ditegaskan disini penghasilan laman blog ini adalah untuk melahirkan rasa penghargaan,
perkongsian pengalaman bersama dan tanda terima kasih penulis terhadap individu yang
bertanggungjawab sepenuhnya menjadi tulang belakang kepada penulis dan membawa penulis
menyelami pengalaman berharga sebagai penyanyi dalam kumpulan beliau iaitu ibu saudara
penulis yang merupakan seorang penyanyi ghazal iaitu Pn.S.Fauziah yang cukup dikenali di Muar
amnya.
Posted by NOR HAPIPAH HJ.MD.SHAHat 7:47 AMNo comments:
Labels: pendahuluan
Home


http://penangfolklore2010.blogspot.com/
Sejarah Asal Ghazal Parti
Berasal dari negara Arab, dan sangat popular di utara tanah air. Perbezaan antara Ghazal Parti
dengan Ghazal Johor ialah cara persembahannya.

Cara Persembahan
Ghazal Johor: ahli-ahlinya perlu duduk.
Ghazal Parti: ahli-ahlinya perlu berdiri.

Empat Ciri Ghazal Parti
i. Penyanyi (perlu menyanyikan lagu Arab).
ii. Penari gelek (lelaki berperwatakan perempuan).
iii. Pemuzik.
iv. Pelawak (melawak atau mengacau persembahan).

Tempat Persembahan
i. Sering kali mendapat sambutan di majlis perkahwinan.
ii. Dipersembahkan dalam apa jua majlis.
iii. Ghazal Parti pernah popular di Kepala Batas dengan persembahan yang bertajuk Agenda Ghazal
Parti.

Unsur Lirik Lagu
i. Lagu-lagu Arab (lagu-lagu cinta)

Keperluan Pemuzik dan Persembahan
i. Bilangan ahli untuk satu kumpulan ghazal parti terdiri daripada 15-20 orang.
ii. Ahli-ahli mengenakan pakaian yang agak formal (kot, songkok dll).
iii. Irama Arab dipersembahkan dalam Bahasa Melayu.
iv. Masa untuk satu persembahan adalah selama dua jam atau lebih (mengikut kepada permintaan).

Alat Muzik
i. Seruling (peralatan yang sangat penting).
ii. Gambus.
iii. Biola.
iv. Marakas.
v. Harmonium.

Penyumbang: En. Omara, Seberang Perai, Pulau Pinang
Bangsa: Melayu
Pengumpul: Kumpulan UiTM


Labels: Azlena, c. Permainan Tradisi, Ghazal Parti
http://rostamppd.blogspot.com/
Muzik Ghazal

TAHUKAH anda Ghazal atau muzik Ghazal adalah puisi yang berasal sekitar 670
Masihi dari Parsi. Ia biasanya bertemakan puisi kasih sayang yang mempunyai pola
irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal awalnya sangat popular di daerah Muar dan
Batu Pahat, Johor. Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk
puisi (poetic form) yang mengandungi rangkap berkongsi rima dan refrain. Dalam
bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti berbicara dengan wanita.
Ghazal dalam bentuk silam, bermula pada abad ke-10 iaitu dipetik dari ayat dalam
bahasa Persia. Ia adalah daripada qasidah Persia, yang sebelum itu diambil dari
bentuk Arab yang boleh dikesan bermula seawal abad ke-8. Ghazal berkembang ke
India pada abad ke-12 di bawah pengaruh Mughal. Walaupun ghazal adalah bentuk
puisi Urdu yang terkemuka, pada masa kini ia mempengaruhi puisi dalam banyak
bahasa. Ghazal ditulis oleh penyair dan ahli sufi Persia, Jalal Al-Din Muhammad
Rumi (abad ke-13) dan Hafez (abad ke-14), penyair Turki Fuzuli (abad ke-16) dan
juga Mirza Ghalib (1797-1869) serta Muhammad Iqbal (1877-1938), yang
menggunakan bahasa Parsi dan Urdu. Melalui pengaruh Johann Wolfgang von
Goethe (1749-1832), ghazal menjadi popular di Jerman pada abad ke-19, dan
bentuk ini digunakan secara meluas oleh Friedrich Rckert (1788-1866) dan August
von Platen (1796-1835). Penyair Kashmir-Amerika Syarikat, Agha Shahid Ali juga
adalah penyokong bentuk ini, dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain, selain dia
menyunting jilid real ghazals in English. Ghazal adalah kesenian tradisional yang
popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut sebagai gamat yang bererti
nyanyian dan beriuh-rendah yang berasal dari Tanah Arab. Pada abad ke-19,
kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa
bangsawan Johor yang berulang-alik ke Riau mempelajari kesenian ini dan
memperkenalkan kepada Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, Singapura.
Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar,
Mohd Salleh Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut
memperkenalkannya di rumah penghulu dan hari keramaian tertentu. Ghazal terdiri
daripada alat muzik seperti Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do
(Gendang). Kemudian, ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitar,
kecapi Jepun, Keroncong dan Marakas. Ia turut dicampurkan dengan alat muzik lain
seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta
menghilangkan lemah lembut lagu Melayu, maka penggunaan alat itu dibatalkan.
Pada 2003, irama Ghazal moden dimartabatkan oleh biduanita kita, Datuk Sharifah
Aini menerusi konsert solo beliau iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk
Sharifah Aini yang diiringi penari Warisan Johor. Beliau yang juga anak kelahiran
Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan muzik Ghazal. Pemain
gambus irama ghazal yang cukup terkenal di tanah air ialah Allahyarham Fadhil
Ahmad.Ghazal Negeri Johor
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Home
http://budayaorangmelayu.blogspot.com/
Keunikan Musik Melayu Ghazal
Keunikan Musik Melayu Ghazal

Musik adalah bagian yang tak terpisahkan dari sebuah
kebudayaan. Sebagai bahasa hati dan ekspresi perasaan, musik merupakan cerminan
nilai-nilai dan prinsip-prinsip umum yang mendasari dan menghidupkan kebudayaan
secara menyeluruh. Boleh dikata musik merupakan salah satu elemen kesenian yang
dipengaruhi tradisi budaya tertentu untuk menentukan patokan-patokan sosial dan
patokan-patokan individu, mengenai apa yang disukai dan apa yang diakui oleh
masyarakat di mana musik tersebut hidup.

Demikian pula dengan musik Melayu ghazal yang diurai dalam buku karya Asri, alumnus
Magister Seni Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta ini. Musik yang awalnya berasal
dari semenanjung Arab dan dipengaruhi oleh budaya India ini, mencerminkan pula
kepribadian masyarakat di mana musik ini berasal. Irama padang pasir yang mendayu-
dayu, diramu dengan tepukan tabla, alunan harmonium, gesekan biola, dan petikan
gitar, menghadirkan suasana melankolis yang membuai. Masyarakat Melayu yang pada
dasarnya memiliki karakter melankolis, menurut Mahyudin Al Mudra dalam pengantar
buku ini, sangat sesuai dengan jenis musik ghazal ini. Ditambah dengan kekayaan
pantun mereka, yang juga diadaptasi menjadi lirik lagu, membuat musik ghazal menjadi
musik yang mewakili sepenuhnya jiwa dan sikap hidup masyarakat Melayu (hlm. vi).

Hingga kini, musik Melayu ghazal masih hidup di masyarakat Desa Pulau Penyengat,
Kepulauan Riau, dan merupakan salah satu musik tradisional yang telah lama
berkembang dan menjadi ungkapan bentuk kesenian tradisional yang dapat dinikmati
oleh masyarakat setempat. Sejarah dan perkembangan musik Melayu ghazal di Desa
Pulau Penyengat, menurut buku ini, terbilang berhasil di saat musik kesenian daerah
lain mulai ditinggalkan oleh sebagian masyarakat.

Dalam uraiannya, Asri menjelaskan bahwa adalah seorang tokoh bernama Pak Lomak
yang telah berhasil meneruskan perjuangan leluhur untuk mengenalkan musik ghazal
dari Arab ke Johor Malaysia hingga ke Desa Pulau Penyengat di Kepulauan Riau.
Perjuangan Pak Lomak yang gigih dan penuh tanggung jawab merupakan modal dasar
yang digunakannya untuk menyebarkan musik Melayu ghazal. Selain itu, Pak Lomak
juga berupaya untuk menggabungkan alat musik melayu dari negara lain dengan musik
Melayu ghazal, sehingga menjadikan musik ghazal dapat mengikuti perkembangan
zaman dan mendapatkan respon positif dari masyarakat Desa Pulau Penyengat.

Lebih lanjut, pertumbuhan dan perkembangan musik Melayu ghazal, menurut buku ini,
berkenaan dengan tiga unsur yang dimiliki oleh masyarakat di Desa Pulau Penyengat.
Pertama, masyarakat merespon dengan baik adanya musik Melayu ghazal. Kedua,
lintas generasi yang satu dengan generasi berikutnya tertata dengan baik, sehingga
musik Melayu ghazal tetap dikenal oleh generasi selanjutnya. Ketiga, musik Melayu
ghazal selalu dipublikasikan agar dapat didengarkan oleh orang banyak (hlm. 5).

Dari sini, dapat dikatakan bahwa musik Melayu ghazal tidaklah hanya apresiasi seni
semata, tetapi juga memperlihatkan makna dan fungsi yang sangat mendalam bagi
kehidupan masyarakat Melayu. Makna dan fungsi musik ghazal terwujud sebagai
suasana pengungkapan hati, sebagai sarana hiburan, dan sebagai sarana komunikasi.
Di samping itu, musik ghazal bagi masyarakat Melayu juga merupakan representasi
simbolis yang mencerminkan nilai-nilai, pengaturan kondisi sosio-kultural, dan juga
merupakan peneguh ritus-ritus keagamaan dan ikatan sosial.

Oleh sebab itu, tampak jelas bahwa musik Melayu ghazal mempunyai peran yang kuat
dalam mengungkapkan suasana hati seseorang dan masyarakat Melayu di Desa Pulau
Penyengat. Pengungkapan suasana hati itu dapat bersifat spesifik seperti halnya pada
lagu yang bernuansa sosial maupun lagu-lagu percintaan yang mengungkapkan
perasaan dan kepuasan diri. Apapun jenis suasana hati yang diekspresikan dalam
pementasan musik Melayu ghazal, akan menggugah reaksi dari para pendengar atau
penontonnya. Maksudnya, nuansa lagu yang dibawakan dalam musik ghazal
disesuaikan dengan suasananya. Sebagai contoh, untuk suasana pesta pernikahan dan
pesta meriah lainnya tentu sangat berbeda nuansa musiknya dengan suasana kematian
atau kesedihan.

Salah satu faktor yang dianggap penting dalam menentukan reaksi suasana hati
terhadap musik ghazal di kalangan masyarakat Melayu adalah tempo yang dibawakan
dengan alat musik seperti syarenggi, sitar, harmonium, dan tabla. Untuk menunjukkan
suasana gembira, maka dipakai tempo sedang dan tempo cepat. Sedangkan tempo
lambat umumnya dipakai untuk yang berhubungan dengan suasana kesedihan dan
kerinduan. Syair-syair lagu yang dibawakan kadang diadaptasi dari puisi-puisi dan
pantun-pantun Melayu, sehingga peran dan jasa musik ghazal dalam perkembangan
dan pelestarian puisi dan pantun Melayu tidaklah kecil. Banyaknya lagu-lagu yang
diadaptasi dari puisi dan pantun tersebut menggambarkan persepsi masyarakat Melayu
terhadap kebudayaannya.

Lagu-lagu dalam musik ghazal yang sering dibawakan antara lain, Soleram, Sri Mersing,
Gunung Banang, Sri Tamiang, Sri Kedah, Sri Taman, Pak Ngah Balik, dan lain-lain.
Lagu-lagu tersebut adalah hasil ciptaan ahli-ahli musik Melayu ghazal. Sehubungan
dengan itu, dinyanyikan pula lagu-lagu yang diadaptasi dari pantun-pantun Melayu
seperti pantun Embun Berderai dan Patah Hati. Kedua pantun tersebut mempunyai
makna tersendiri bagi masyarakat Melayu di Kepulauan Riau karena menggambarkan
orang yang sedang sedih.

Di samping itu, sembari mengutip para ahli musik tradisional, Asri dalam buku yang
diangkat dari tesis masternya ini, mengakui bahwa selain berfungsi sebagai hiburan,
kesenian musik juga berfungsi sebagai sarana komunikasi. Lewat pelbagai nuansa
musik ghazal yang dibawakan, masyarakat Melayu hendak mengkomunikasikan seluruh
perasaannya secara simbolis, baik yang riang maupun yang sedih. Nuansa kesedihan,
kekecewaan, dan kesepian biasanya diungkapkan dengan lirik dan bunyi lagu-lagu
percintaan maupun lagu-lagu perpisahan. Selain itu, musik ghazal juga hendak
mengkomunikasikan identitas Melayu sebagai etnis. Sebagai salah satu dari sekian
banyak kelompok etnis di Indonesia, masyarakat Melayu yang terkenal dengan tari-
tarian dan musik tradisionalnya, sangat menyadari keunikan musik mereka, baik musik
ghazal maupun musik lainnya.

Dari seluruh uraian buku yang terbagi dalam enam bab ini, dapat disimpulkan bahwa
musik ghazal mempunyai peran penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Musik
ghazal merupakan titik pangkal pengembangan budaya sekaligus merupakan simbol
identitas yang unik dari masyarakat Melayu. Musik ghazal merupakan kebanggaan
masyarakat Melayu di Desa Pulau Penyengat dan bahkan di kalangan masyarakat
Melayu di daerah lainnya. Ia merupakan sarana yang sangat vital dalam pengungkapan
tradisi masyarakat Melayu.

Keberadaan musik ghazal juga merupakan bentuk pernyataan ikatan kekeluargaan,
kekerabatan, keturunan sedarah dan keturunan sesuku Melayu umumnya. Di samping
itu, musik Melayu ghazal, secara tidak langsung, mengajarkan kearifan hidup manusia
yang tercermin dalam sikap dan pergaulan dengan sesama (nilai sosial), maupun untuk
mencapai nilai-nilai tertinggi, yakni nilai spiritual. Proses pencapaian nilai tersebut tentu
saja didasari oleh sikap mendengarkan dengan penuh penghayatan, sehingga apa yang
dihadirkan dari musik tradisional Melayu ini dapat menyentuh perasaan hati yang paling
dalam.

Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, disadari atau tidak, sangat
mempengaruhi musik tradisional Melayu ghazal, bahkan juga mempengaruhi hampir
semua aspek kebudayaan. Sebagai contoh, hadirnya alat musik keyboard serta alat
musik elektronik lainnya sangat berpengaruh besar bagi harmonium yang digunakan
dalam musik ghazal. Posisi harmonium tak jarang digeser oleh keyboard. Selain itu,
pemain musik ghazal sudah semakin langka ditemukan, karena kaum muda sudah
kurang tertarik dengan alunan musik ghazal, apalagi untuk mempelajari cara
memainkannya.

Melihat daya tahan musik Melayu ghazal sampai saat ini di Desa Pulau Penyengat,
Kepulauan Riau, kita patut berbangga memiliki musik tradisional tersebut sebagai suatu
khazanah kesenian Melayu di Nusantara. Sudah tidak penting lagi dari mana asal musik
Melayu ghazal, yang terpenting adalah bahwa keberadaannya di Nusantara sangat lekat
dengan nama kesenian Melayu. Ya, meski musik Melayu ghazal jauh dari kata populer
ternyata masih mampu bertahan, setidaknya di Desa Pulau Penyengat, Kepulauan
Riau. Namun sampai kapan? Mengingat pelestarian dan penghargaan terhadap musik
Melayu ghazal teramat minim, sepertinya puak Melayu harus membuka hati untuk
segera turun tangan menyelamatkan musik Melayu ghazal dari kepunahan.

Nah, kehadiran buku karya Asri yang diterbitkan Balai Kajian dan Pengembangan
Budaya Melayu (BKPBM) bekerjasama dengan Penerbit Adicita ini, merupakan salah
satu upaya untuk menghayati, menggali, dan mendokumentasikan nilai-nilai yang
terkandung di dalam musik Melayu ghazal dan kemudian coba mewariskannya kepada
generasi mendatang, agar tidak hilang ditelan zaman. Dengan demikian, musik Melayu
ghazal tidak hanya dikenal di kalangan Melayu saja, tapi juga di masyarakat pendukung
budaya lainnya.
Diposkan oleh KESENIAN ORANG MELAYU RIAU di 18.48

Anda mungkin juga menyukai