Anda di halaman 1dari 10

SK KUALA BERANG, 21700 KUALA BERANG,

HULU TERENGGANU, TERENGGANU.

KERTAS KERJA :
PERTANDINGAN GUBAHAN IMPIAN
KELAB SENI DAN KRAFTANGAN
SK KUALA BERANG 2014

TEMPAT :
TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT (TER)
TARIKH :
8 OKT 2014 ( RABU )

ULASAN
KETUA
JABATAN

ULASAN
UNIT
KEWANGAN

ULASAN
PENGARAH/
TIMBALAN
PENGARAH

KERTAS KERJA UNTUK MENGADAKAN PERTANDINGAN


GUBAHAN IMPIAN 2014
1.0

PENGENALAN

Penubuhan Kelab Seni dan Kraftangan SK Kuala Berang adalah suatu program ke
arah pembinaan dan pembentukan kualiti pelajar sebagai insan yang aktif bukan sahaja
dari aspek kurikulum, malah turut aktif dengan kokurikulum. Pertandingan Gubahan
Hantaran adalah satu program yang dianjurkan oleh Kelab Seni dan Kraftangan, SK
Kuala Berang. Pertandingan ini melibatkan semua ahli kelab. Pertandingan ini
merupakan pembelajaran luar bilik darjah yang berkonsepkan ekspresi kreatif.

2.0

RASIONAL
Pertandingan Gubahan Hantaran adalah berkonsepkan ekspresi kreatif menggunakan
makanan ringan dan bahan terbuang yang menggunakan teknik gubahan dapat
menyumbang ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan
idea kreatif dan inovatif dalam menggunakan makanan ringan dan bahan terbuang untuk
menghasiklkan satu gubahan. Penganjuran pertandingan ini juga dilihat sebagai usaha
untuk menghayati dan menghargai seni dan dalam masa yang sama dapat memupuk
penghayatan terhadap salah satu aspek kebudayaan masyarakat Melayu iaitu adat resam
perkahwinan.
Pertandingan ini juga memberi pengalaman langsung secara hands on dengan
penggunaan makanan ringan dan bahan terbuang dalam menghasilkan gubahan hantaran.
Pertandingan ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pelajar. Bukan sahaja pelajar
dapat belajar mengenai proses pembuatan hantaran malahan dapat menzahirkan nilai seni
dan estetika. Tambahan itu, pelajar juga dapat menghayati kebudayaan warisan seni
Melayu.

3.0

OBJEKTIF
Pelaksanaan Program Kembara Seni ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada
pelajar untuk :
i. Menimba pengalaman langsung luar bilik dalam penggunaan makanan ringan dan
bahan terbuang dalam menghasilkan karya seni.
ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi ilmu dan teori pembelajaran
dalam bentuk praktikal.
iii. Memperlihatkan kepentingan memelihara kebudayaan sebagai warisan dan jati
diri bangsa
iv. Meningkatkan perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada
perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri
individu melalui aktiviti seni visual.

4.0

5.0

BUTIRAN PENGANJURAN

4.1

Tarikh

8 Oktober 2014

4.2

Masa

8.00 9.00 malam

4.3.

Tempat

Terengganu Equestrian Resort (TER)

4.2

Penyertaan

Ahli Kelab Seni dan Kraftangan (35 orang)

BELANJAWAN
Perkara

Jumlah

Makanan ringan
RM 10 x 5 kumpulan

RM 50

6.0

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Rujuk Lampiran 1

7.0

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

8.0

SUMBER KEWANGAN
Rujuk Lampiran 3

9.0

SYARAT PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran 4

10.0

BORANG PENYERTAAN
Rujuk Lampiran 5

11.0

BORANG PEMARKAHAN
Rujuk Lampiran 6

12.0

PENUTUP
Dengan pelaksanaan Pertandingan Gubahan Impian ini diharapkan dapat memberi serba
sedikit pengetahuan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar SK Kuala Berang.
Melalui pertandingan ini juga pelajar diberi pendedahan mengenai pembuatan gubahan
hantaran menggunakan makanan ringan dan bahan terbuang dalam usaha meningkatkan
kreativiti dalam kalangan pelajar. Sokongan daripada pihak tuan amat diharapkan dalam
menjayakan pertandingan ini agar dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai
objektif yang dirancang. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah
S.W.T.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

................................................

...............................................

(RABBIATUL IQMAR BT OMAR)

(NURUL AMIRAH SYAZANA


BT MOHD NAIM)

Setiausaha Kelab Seni dan Kraftangan,

Pengerusi Kelab Seni Dan Kraftangan,

SK Kuala Berang, 21700 Kuala Berang,

SK Kuala Berang, 21700 Kuala Berang,

Hulu Terengganu, Terengganu.

Hulu Terengganu, Terengganu.

Disahkan oleh,

.............................................................................
(YAZIT BIN MOHD ISMAIL)
GPK Kokurikulum,
SK Kuala Berang, 21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.

Diluluskan oleh,

(ZAHARIM BIN TAWANG)


Guru Besar,
SK Kuala Berang, 21700 Kuala Berang
Hulu Terengganu, Terengganu.

ULASAN
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

TANDATANGAN DAN COP

..
.

Lampiran 1
Ahli Jawatankuasa
Pertandingan Gubahan Impian
Kelab Seni dan Kraftangan
SK Kuala Berang, Terengganu

PENAUNG

: En Zaharim bin Tawang


(Guru Besar SK Kuala Berang)

PENGERUSI

: Cik Nurul Amirah Syazana binti Mohd Naim

TIMBALAN PENGERUSI

: Cik Arnnyzah binti Matlin

SETIAUSAHA

: Cik Rabbiatul Iqmar binti Omar

PENOLONG SETIAUSAHA

: Cik Hon Shan Shan

BENDAHARI

: En. Mohamad Hanafi Chia bin Mohd Yusof Chia

AJK URUSETIA

: En. Mohamad Aniq Hilman bin Hanafi

AJK DOKUMENTASI

: Cik Nor Az Zahraa binti Ahmad Tarmidi

AJK AKTIVITI

: En. Kalairajan A/L Sandasagan

AJK PERALATAN

: En. Mohammed Nor Syukri bin Saadan

AJK TEMPAT

: En. Mohammad Farhan Adam bin Mohd Azhar

AJK MAKANAN

: Cik Farah Azryena binti Nor Azhar

AJK KESELAMATAN

: Cik Sabihah binti Ahmad

AJK KEBERSIHAN

: En. Chan Sui Ching

AJK KEROHANIAN

: En. Mohamad Aliff bin Mohd Jahit

AJK CENDERAMATA

: Pn. Nabihah binti Mohamad

AJK PENGANGKUTAN

: Cik Tay Yee Zoe

Lampiran 2
Tentatif Program
Program Gubahan Impian
Kelab Seni dan Kraftangan
SK Kuala Berang, Terengganu

(Tertakluk kepada perubahan)


8 Oktober 2014 (Rabu)
Masa

Aktiviti

7.50pm-8.00pm

Pendaftaran

8.00pm-8.05pm

Taklimat pertandingan oleh penganjur

8.05pm-8.30pm

Pertandingan

8.30pm-8.50pm

Perbentangan dan pengahakiman

8.50pm-9.00pm

Penyampaian hadiah

Lampiran 3

Implikasi Kewangan
Pertandingan Gubahan Impian
Kelab Seni dan Kraftangan
SK Kuala Berang, Terengganu

BARANGAN STOR
Bil.

Perkara

1.

Pita pelekat

2.

Plastik sampah hitam

3.

Gunting

4.

Botol

5.

Surat Khabar

6.

Kotak

Bilangan
5 gulung
1 bungkus
5 bilah
4 biji
4 naskah
4 buah

*Mohon dari stor SK Kuala Berang


PENGANGKUTAN
Bil.

Perkara

Bilangan

Pengiraan

Sumber

perbelanjaan
1.

Bas Sekolah

1 buah

Ditanggung oleh
SK Kuala Berang

Anda mungkin juga menyukai