Anda di halaman 1dari 13

CERPEN : SEBUTIR PASIR DI KAKI (Norhisham Mustafa)

Peristiwa Utama Peristiwa Sampingan


1. Fuad marah apabila - Fuad menjelaskan bahawa dia tidak memarahi
mengetahui emaknya telah emaknya atas tindakan emaknya itu.
menurunkan cap jari dan - Emak Fuad menangis sambil menerangkan bahawa dia
menyerahkan tanah pusaka menyangkakan penjualan tanah itu adalah atas
mereka kepada Datuk Sukar. persetujuan Fuad.
- Fuad tertanya-tanya akan sebab Datuk Sukar mahu
mengambil tanahnya dan tidak tanah orang lain.
- Fuad mempertikaikan tindakan Datuk Sukar yang
mengambil cap jari ibunya ketika dia bercuti di
Singapura.
- Fuad sembahnyang Maghrib tetapi tidak khusyuk

2. Fuad bersiap-siap untuk ke - Fuad hendak mengambil geran dan membatalkan surat
rumah Datuk Sukar. serah kuasa penyerahan tanah itu daripada Datuk
Sukar.
- Emak menyalahkan Fuad kerana tidak mahu menukar
hak milik tanah itu kepada namanya.
- Emak menasihati Fuad supaya tidak bertengkar
dengan Datuk Sukar.
- Emak mengingatkan Fuad tentang Junainah.

3. Fuad mengimbas kembali - Fuad mempersoalkan kedudukannya dibandingkan


kenangannya bersama dengan dengan kedudukan Junainah sebagai anak orang
Junainah. berada.
- Fuad mengingat layanan baik Datuk Sukar dan Datin
Sipah terhadapnya

4. Fuad tiba di rumah Datuk - Fuad memberitahu Junainah bahawa dia ingin
Sukar. berjumpa dengan Datuk Sukar.
- Datin Sipah menerangkan bahawa Datuk Sukar pergi
menghadiri jamuan.
- Junainah memberitahu Fuad bahawa dia mendengar
ayahnya menyebut tentang tanah dan tapak kilang.
- Fuad memberitahu Datin Sipah masalahnya dengan
Datuk Sukar.

5. Datuk Sukar balik dari - Fuad meminta penerangan Datuk Sukat tentang
jamuan. tanahnya.
- Datuk Sukar menerangkan sebab tanah Fuad diambil
dan projek yang sedang dirancang bersama dengan
tauke Ban Heng.
- Fuad berkeras mahu Datuk Sukar mengembalikan
geran dan surat serah kuasa tanah itu.
- Datuk Sukar mengungkit pertolongan serta
keistimewaan yang telah diberinya kepada Fuad.

6. Fuad meminta Datuk Sukar - Datuk Sukar menjadi marah.


menyerahkan geran tanahnya. - Datuk Sukar menyerahkan geran tanah kepada Fuad.
- Datuk Sukar menghalau Fuad.

7. Datuk Sukar pengsan. - Datin Sipah memanggil Junainah dan Fuad.


- Fuad serba salah sama ada dia boleh masuk ke rumah
Datuk Sukar untuk membghulurkan bantuan kepada
Datuk Fuad.

Persoalan (Jadikan ayat-ayat yang lengkap berserta dengan contoh yang sesuai)

- Penindasan golongan kaya terhadap golongan kurang berada/sederhana.


- Perbezaan status/kedudukan / pelajaran tidak menghalang golongan muda
menjalin hubungan.
- Usaha mempertahankan hak dan tanah pusaka.
- Tanah milik orang Melayu yang tergadai oleh sikap bangsa sendiri.
- Sikap tamak sehingga sanggup menipu/mengeksploitasi kelemahan orang lain.
- Wang dan pengaruh menjadikan manusia lupa akan dirinya.

Tema cerpen ini ialah ketegasan serta kesungguhan untuk mempertahankan hak
terhadap tanah pusaka. Dalam hal ini Fuad telah berusaha sedaya upayanya untuk
mempertahankan tanah pusaka keluarganya daripada jatuh ke tangan Datuk Sukar.
Akibat usahanya itu, Fuad telah sanggup berhadapan dengan risiko putus tunang
dengan Junainah, anak Datuk Sukar, di samping menerima cemuhan daripada Datuk
Sukar.

ZMA/zma/ppkomsas2001
Cerpen : Sebutir Pasir di Kaki

Pemetaan Isi Cerita + Latar + Watak + Persoalan

Latar : Di rumah Fuad. Masa : Maghrib

Watak : Emak Fuad dan Fuad

Persoalan : Emak menurunkan cap jari penyerahan tanah mereka kepada Datuk
Sukar tanpa pengetahuan Fuad.

Tindakan : 1. Fuad menjadi marah dan mempersoalkan tindakan emaknya.


2. Emak menerangkan sebab dia menurunkan cap jari tanda bersetuju
untuk menyerahkan tanah itu kepada Datuk Sukar.
3. Fuad mahu berjumpa dengan Datuk Sukar untuk mendapatkan geran
dan surat serah kuasa tanah itu.

Akibat : 1. Fuad berasa tidak tenteram.


2. Fuad tidak khusyuk sembahyang Maghrib.

2.

Latar : Di atas beca. Masa : Waktu malam

Watak : Fuad dan Junainah


Persoalan : Perbezaan taraf dan kedudukan di antara Junainah dengan Fuad.

Tindakan : 1. Fuad mengingat kembali …


- hubungannya dengan Junainah.
- peristiwa dia mempersoalkan perbezaan taraf di antara dia dengan
Junaidah.
- keistimewaan yang diberi dan penerimaan Datuk Sukar dan Datin
Sipah terhadap dirinya.

Akibat : Fuad tertanya-tanya tentang reaksi Datuk Sukar apabila beliau


mengetahui tujuan Fuad ke rumahnya.

3.

Latar : Di banglo Datuk Sukar. Masa : Waktu malam

Watak : Fuad, Datin Sipah dan Junainah.

Persoalan : Datuk Sukar tidak ada di rumah untuk Fuad menyelesaikan urusannya
dengan segera.

Tindakan : 1. Fuad menampakkan kemarahannya terhadap Datuk Sukar.


2. Fuad menceritakan masalahnya kepada Datin Sipah.
3. Junainah memberitahu Fuad tentang Datuk Sukar yang berbincang
tentang tanah dan tapak projek dengan pengusaha kilang dari Kuala
Lumpur dan Hong Kong.
Akibat : Fuad berasa bimbang sekiranya Datuk Sukar sudah menyerahkan tanahnya
kepada pengusaha kilang itu.

4.

Latar : Di banglo Datuk Sukar. Masa : Malam, pukul 10.00 lebih

Watak : Fuad, Datuk Sukar, Datin Sipah dan Junainah

Persoalan : Datuk Sukar enggan menyerahkan geran tanah kepada Fuad.

Tindakan : 1. Datuk Sukar menerangkan sebab-sebab tanah Fuad dibeli olehnya.


2. Fuad menerangkan sebab-sebab dia tidak bersetuju dengan tindakan
Datuk Sukar.
4. Fuad meminta Datuk Sukar memulangkan geran tanahnya.
5. Datuk Sukar mengungkit pertolongannya kepada Fuad.
6. Fuad dan Datuk Sukar berbalah lagi tentang tanah itu.
7. Datuk Sukar menyerahkan geran kepada Fuad.
8. Fuad mengambil geran itu.

Akibat : 1. Fuad dihalau oleh Datuk Sukar dan tidak dibenarkan menjejakkan kaki
ke rumah itu lagi.
2. Hubungan Junainah dan Fuad tergugat/ terputus.

ZMA/zma/Ppkomsas2001
Watak dan Perwatakan

WATAK SIKAP/PERLAKUAN CONTOH

1. Fuad - Dia seorang yang tegas / Dia tetap dengan pendiriannya untuk
-Fuad ialah anak tetap dengan pendirian. menuntut geran dan surat serah kuasa
bongsu daripada tanahnya walaupun telah dipujuk oleh
dua orang adik Datuk Sukar dengan pelbagai cara
beradik. Dia supaya dia menjual tanahnya itu.
berusia 27 tahun.
Dari segi fizikalnya,
Fuad bertubuh - Fuad seorang yang Dia tidak bersetuju emaknya
tinggi jangkung, tidak mementingkan menukarkan nama pemilik tanah pusaka
kulitnya hitam diri sendiri / tidak itu kepada namanya kerana dia
manis. Dia tamak akan harta memikirkan hak abangnya yang juga
berkelulusan SPM pusaka. merupakan anak ibunya.
dengan Pangkat 3.
Dia adalah pekerja
di kilang Datuk - Fuad seorang pemuda Fuad patuh menunaikan
Sukar. Fuad ialah yang kuat pegangan tanggungjawabnya terhadap agama iaitu
tunang kepada agamanya. bersembahyang Maghrib walaupun
Junainah. ketika itu dia sedang marah.

- Dia juga seorang yang Dia memikirkan kedudukan keluarganya


berpandangan jauh / serta orang Melayu yang lain pada masa
memiliki semangat akan datang sekiranya tanah semua
kebangsaan yang tinggi. mereka terus diambil oleh orang-orang
yang berkuasa dan kaya.

- Fuad seorang yang Dia berani bersemuka dengan Datuk


berani mempertahankan Sukar , seorang yang berpengaruh dalam
haknya. masyarakatnya semata-mata untuk
mempertahankan haknya terhadap tanah
yang dipusakainya.

- Fuad seorang anak yang Dia meminta maaf daripada ibunya


baik/ menghormati ibunya. sebaik-baik sahaja menyedari bahawa
dia telah meninggikan suara kepada
ibunya.
2. Datuk Sukar - Beliau seorang yang Beliau begitu marah apabila Fuad tidak
cepat naik marah. mahu menjualkan tanahnya sehingga
Berusia 50 tahun, beliau sanggup menghalau Fuad dari
Datuk Sukar ialah rumahnya.
bapa kepada
Junainah dan suami
kepada Datin Sipah.
Sebagai seorang
usahawan yang
berjaya, beliau
merupakan seorang
yang kaya dan - Beliau suka mengambil Beliau menawarkan harga yang tinggi
berpengaruh . kesempatan terhadap kepada Fuad dalam usaha untuk
golongan yang kurang mendapatkan tanah Fuad. /Beliau telah
berada. mengambil kesempatan terhadap Fuad
dan orang-orang kampung yang miskin
untuk mengambil tanah mereka dengan
harga yang murah.

- Beliau seorang yang Beliau sanggup menerima Fuad yang


tidak cerewet dalam berkelulusan SPM untuk dijodohkan
memilih menantu. dengan Junainah yang

- Beliau tidak mempunyai Beliau telah membeli tanah orang-orang


kesedaran terhadap kampung untuk dijualkan kepada bangsa
nasib bangsanya. asing semata-mata untuk mendapat
keuntungan/ wang.

- Beliau seorang yang tidak Beliau mengungkit-ungkit pertolongan


ikhlas yang diberikannya kepada Fuad apabila
mendapati Fuad tidak mahu
menyerahkan tanah pusaka itu untuk
dijual.

3. Datin Sipah - Beliau seorang yang Beliau tidak memandang rendah


tidak memandang terhadap Fuad walaupun Fuad berasal
rendah terhadap dari keluarga yang kurang berada.
golongan yang kurang
berada./ tidak
sombong.
- Datin Sipah seorang ibu Beliau menyetujui pilihan Junainah
yang penyayang dan walaupun Fuad tidak setaraf dengan
memahami perasaan mereka.
anaknya.

- Beliau juga seorang yang Beliau tidak menyetujui tindakan


bertimbang rasa. suaminya membeli tanah orang-orang
kampung untuk dijualkan kepada bangsa
asing.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang digambarkan dalam cerpen ini ialah masyarakat Melayu yang beragama
Islam. Selain itu terdapat juga masyarakat Cina . Dari segi status dan kedudukan, terdapat
dua golongan masyarakat dalam cerpen ini. Golongan pertama ialah golongan kelas atasan
atau golongan yang berada. Mereka tinggal di rumah yang mewah dan besar. Golongan ini
diwakili oleh Datuk Sukar dan saudagar Ban Heng. Mereka merupakan golongan peniaga.
Manakala golongan yang kedua ialah golongan bawahan yang hidup sederhana. Keluarga Fuad
dan orang-orang kampung yang lain adalah termasuk dalam golongan ini. Selain itu, terdapat
juga perbezaan dari segi pendidikan. Golongan berada mempunyai anak yang berpendidikan
tinggi . Hal ini dapat dilihat daripada watak Junainah , anak Datuk Sukar yang berpelajaran
tinggi. Manakala Fuad, yang mewakili golongan sederhana hanya berkelulusan SPM Pangkat 3.

Masyarakat dalam cerpen ini tidak memandang darjat dan keturunan. Hal ini dapat dilihat
daripada keluarga Datuk Sukar dan Datin Sipah yang berada, telah menerima Fuad yang
datang dari keluarga sederhana sebagai bakal menantu mereka . Selain itu, golongan muda
dalam cerpen ini kuat pegangan agamanya. Fuad, tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk
menunaikan solat walaupun ketika emosinya tidak stabil.

Golongan berada dalam cerpen ini didapati menindas golongan yang kurang berada. Hal ini
dapat dilihat daripada perbuatan Datuk Sukar yang mengambil tanah penduduk Melayu yang
miskin dengan cara menipu mereka. Golongan muda digambarkan sebagai golongan yang
menghormati orang tua. Nilai ini dapat dilihat daripada sikap Fuad yang cepat menyedari
kesilapannya meninggikan suara kepada ibunya lalu dengan segera meminta maaf.

ZMA/zma/2001
Pemetaan Cerita Sebutir Pasir di Kaki

Latar Cerpen

Tempat : Di rumah Fuad Masa : Malam

Watak 1. Fuad
2. Datuk Sukar
3. Ibu Fuad
4. Datin Sipah
5. Junainah

Persoalan
Fuad mahu mendapatkan geran dan surat kuasa penyerahan tanahnya daripada
Datuk Sukar.

Tindakan
1. Fuad pergi ke rumah Datuk Sukar
2. Fuad menunggu Datuk Sukar pulang daripada
menghadiri jamuan.
3. Fuad menceritakan tindakan Datuk Sukar kepada
Datin Sipah.
4. Fuad berbalah dengan Datuk Sukar tentang penjualan
tanahnya sehingga menyebabkan Datuk Sukar
menjadi marah.

Kesimpulan
Fuad berjaya memperjuangkan haknya.
Datuk Sukar mengembalikan geran dan surat penyerahan kuasa tanah milik Fuad sekeluarga.
KAEDAH PEMETAAN : NOVEL

Kategori Watak

__________________________________________

Watak utama Watak sampingan


PERWATAKAN

TUK KURA

Luaran Dalaman

TUK KURA
PEMETAAN ISI CERPEN/NOVEL/DRAMA

TEMPAT WATAK PERISTIWA


PEMETAAN ISI PUISI : SOALAN DAN PENYOALAN

TUK KURA

Anda mungkin juga menyukai