Anda di halaman 1dari 12

1

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2016 1103/2 (PP)


Bahasa Melayu
Kertas 2
Peraturan Pemarkahan
Oktober 2016

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang


berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh
dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan
dalam apa-apa bentuk media.

1103/2 (PAT) SULIT


2

Markah penuh : 110 markah


Soalan 1
Markah pernah 30 dibahagi kepada:
( a ) Isi - 20 markah
( b ) Bahasa - 10 markah
( a ) Isi [ 20 markah ]
Nota :
(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan


 Nama khas
 Perkataan berulang
 Penggunaan kata sendi di dan ke
 Tarikh
 Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
 Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu
diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setip isi yang tepat dan lengkap sahaja.

(v) Menyalin bulat-bulat , 0 markah.

1103/2 (PAT) SULIT


3

SOALAN 1 : RUMUSAN
PENDAHULUAN [2 markah]

1103/2 (PAT) SULIT


4

1103/2 (PAT) SULIT


5

1103/2 (PAT) SULIT


6

1103/2 (PAT) SULIT


7

1103/2 (PAT) SULIT


8

Soalan 2c Prosa Tradisional

Soalan 2d Puisi
(i) maksud rangkai kata aku tanam saujana rancangan
membuat pelbagai perancangan

(ii) Pada pendapat saya, saya dapat memerdekakan fikiran saya supaya anda tidak
mudah dikotak-katikkan dengan cara
- Mempunyai ilmu pengetahuan
- Berfikiran positif
- Sentiasa rasional
- Tidak terlalu taksub terhadap sesuatu

(iii) Huraikan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
 hiperbola– aku berlatih menangkis angin Sinkope- yang tak diduga klimaksnya
 Responsi-  Anafora-
 aku berlatih menangkis angin  Dalam kebun diriku
 aku berlatih memunggah awan  Dalam parlimen diriku

1103/2 (PAT) SULIT


9

 Simile- bagai siang memanggil  Metafora- pentas diriku


malam
 Personifikasi- ombak gelora
menampar pantai aman

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Perhatian bagi soalan 3(a)
Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.
Frasa yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
Isi tidak jelas, tolak ½ markah.
Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah

3 a) Membina ayat (6 markah)


(i) dingin – 1. Tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu
terang dana hawa dingin sekali. 2. Kiasan tidak meriah (sambutan keramaian
dsb): Sambutan perayaan Hari kebangsaan pada ahun ini agak dingin jika
dibandingkan dengan tahun yang sudah-sudah; 3. Kiasan tidak mengambil berat
(bukan layanan), tidak mesra (bukan perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini,
Jamaluddin bersikap dingin terhadapnya; hubungan dingin – hubungan (antara
orang, negara, dll) yang tidak erat dan mesra; 4 kiasan basi (bukan berita, cerita,
dsb), kasip; 5. Menghilang (bukan kemarahan), reda; perang dingin perselisihan
dengan tidak menggunakan kekerasan senjata; dingin hati tidak riang (berminat,
bersemangat, dll); dingin kepala berfikiran tenang dan waras; dingin dingin panas
sekejap dingin sekejap panas; dingin panas selalu berhasil membuat pekerjaan
(spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak dingin pinggan tak retak peribahasa perihal
cermatnya melakukan sesuatu;

(ii) diam 1 -1. Tidak bercakap (bersuara dll), senyap Badri diam sahaja kerana tidak
tahu apa yang hendak dicakapkan; terbuang dalam diam – disingkirkan dengan
senyap-senyap; 2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa; sedangkan benda
yang diam lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yang bergerak; diam
tak diam- dengan senyap-senyap; tidak diheboh-hebohkan; diam macam batang
kayu kiasan tidak bergerak-gerak; diam membatu kiasan tidak bercakap-cakap
(membisu) diam11- tinggal (duduk, berumah, bertempat) di; saya ini hanya budak
miskin, diam di hulu negeri; diam berdagang (tinggal (hidup) merantau; diam di
bandar tak meniru, diam di laut asin tidak peribahasa hal orang yang tidak mahu
belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yang ramai.

(iii) haus 1 – 1.berasa kering tekak (ingin minum), dahaga; ia meminta air sebab
tersangat haus; 2 = haus akan (kpd) sangat ingin akan (kpd); saya haus akan
pengetahuan; anak kecil yang masih haus kepada kemanjaan dan kemesraan ibu
bapanya; haus dahaga a) terlalu dahaga b) terlalu ingin akan ; orang haus diberi
air, orang lapar diberi nasi peribahasa mendapat apa yang diingini. haus 11 –
berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll); batu itu
telah haus dimakan air;

1103/2 (PAT) SULIT


10

3(b) Menukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat susunan songsang (6


markah)
(i) Mandi di sungai budak-budak itu.
(ii) Sedang sakit tenat di hospital adik Nurina.
(iii) Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.
(iv) Berkejar-kejaran di taman permainan kanak-kanak itu.
(v) Pada awal pagi keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.
(vi) Sejak sepuluh tahun yang lalu rumah besar di atas bukit itu tidak berpenghuni.
[6 markah]

Jawapan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan


ejaan:
(i) di denda - didenda
mempercepatkan - mempercepat

(ii) seMalaysia - se-Malaysia


mengenepikan – mengetepikan

(iii) diberi- diberikan


Deligasi- delegasi

Jawapan 3(d) kesalahan istilah dan kesalahan bahasa


istilah:
(i) had - kuota
di dalam - dalam

(ii) membasmi - menangani


bahawa - agar

(iii) selesai - habis


goreng pisang - pisang goreng

Jawapan 3 (e) Peribahasa


(i) kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya / jika tidak dipecah ruyung di
mana boleh mendapat sagu

(ii) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

(iii) berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah

[Maksimum : 6 markah]

Soalan 4
Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4
Perhatian bagi soalan 4

(a)
(i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Berikan 2 markah bagi peristiwa yang jelas dan lengkap.
(iv) Berikan 1 markah bagi setiap peristiwa yang kurang jelas/tidak lengkap.
(v) Markah isi maksimum 4 markah.
(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah.

1103/2 (PAT) SULIT


11

(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`


Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.
[maksimum: 7 markah]

(a) Watak utama dalam salah satu novel yang anda pelajari mempunyai sikap-sikap yang
boleh diteladani.
Jelaskan pernyataan tersebut dengan mengemukakan dua contoh.

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan. Watak utama dalam novel ini
ialah Lili, Watak utama seorang yang prihatin.(<–perwatakan). Sikap ini wajar diteladani
oleh semua remaja melambangkan generasi muda yang prihatin. Lili mengambil berat
terhadap masalah yang dihadapi oleh keluarga Che Jah yang terpaksa berdepan dengan
masalah sosial anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq. Sikap prihatin ini membuatkan Lili ingin
membantu Che Jah menyelesaikan kemelut keluarga yang dihadapi olehnya walaupun Lili masih
muda.(<– Bukti)

Selain itu, watak utama juga seorang yang pemaaf.(<– perwatakan). Sebagai remaja kita
wajar menjadikan watak Lili sebagai teladan. Walaupun Lili telah disakiti, diculik oleh anak
Che Jah dan dibawa lari ke dalam hutan sebagai tebusan, Lili tidak berdendam sebaliknya
dia memaafkan perbuatan dua beradik itu. Lili sendiri berjumpa dengan Che Jah dan
menjelaskan keadaan yang telah dihadapinya tanpa sebarang rasa marah kerana dia merasakan
anak-anak Che Jah layak mendapat peluang untuk berubah.(<–Bukti)

# terima pernyataan dan contoh peristiwa lain yang berkaitan dengan watak utama

(b)
(i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Beri 1 markah untuk satu latar masyarakat bagi setiap novel
(iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas
(v) Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)
(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.
(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`
Baik = 2 markah
Lemah = 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.
[maksimum: 8 markah]

(b) Setiap peristiwa dalam novel dapat memberi gambaran latar masyarakat yang
hendak dikemukakan oleh pengarang.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa dalam setiap novel
tersebut yang menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab.
Novel Jendela Menghadap Jalan
1. Masyarakat yang bertanggungjawab sebagai seorang anak mematuhi perintah ibu bapa.
Contohnya, Lili begitu taat akan suruhan dan perintah ibu bapanya apabila dia mengikut
sahaja suruhan ibunya untuk pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun.
[1+1]
2. Masyarakat yang bertanggungjawab membantu menyelesaikan kes keganasan rumah
tangga.
Contohnya, Lili bersedia untuk menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah

1103/2 (PAT) SULIT


12

yang sering dipukul oleh suaminya, Seman atas sikap tanggungjawab terhadap anggota
masyarakat walaupun dilarang oleh neneknya supaya tidak masuk campur tangan
[1+1]
3. Masyarakat yang bertanggungjawab mempertahankan maruah ibu.
Contohnya, Lili bertanggungjawab mempertahankan maruah ibu di hadapan datuknya
apabila datuknya bercerita tentang sesuatu yang tidak baik berkaitan dengan ibunya.
[1+1]
4. Masyarakat yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berlaku dalam
masyarakat
Contohnya, Lili dan Danel bertanggungjawab menyelesaikan isu pemasangan kubah
surau yang menjadi pertelegahan mayarakat di Kampung Sentosa.
[1+1]
5. Masyarakat yang bertanggungjawab mempertahankan perubatan tradisional
Contohnya, datuk Lili, Hj. Abd. Rahman berusaha mempertahankan perubatan tradisional
yang diamalkannya walaupun terdapat pelanggannya yang telah beralih kepada kaedah
rawatan moden.
[1+1]
6. Masyarakat yang bertanggungjawab menyelamatkan rakan yang ditahan di sebuah
pondok buruk
Contohnya, Danel berusaha dan berikhtiar menyelamatkan Lily yang telah diculik dan
ditahan oleh Haziq dan Rafiq, anak-anak Che Jah serta disembunyikan di sebuah
pondok buruk walaupun keselamatan dirinya terancam
[1+1]
7. Masyarakat yang bertanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap agamanya
Contohnya, Haji Abdul Rahman, datuk Lili sentiasa menunaikan solat fardu secara
berjemaah sama ada di rumah atau di surau / nenek Lili juga segera bersolat apabila
masuk waktu solat.
[1+1]

1103/2 (PAT) SULIT

Anda mungkin juga menyukai