Anda di halaman 1dari 5

Permainan Mencari Harta Karun

Arahan Permainan
1. Permainan ini terbuka kepada murid-murid Tahap Dua. Para pemain dibahagikan mengikut
kumpulan tertentu (berdasarkan warna kad permainan). Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 5
hingga 10 orang pemain mengikut kesesuaian.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab 10 soalan objektif yang disediakan dalam bentuk
kad-kad berwarna mengikut warna identiti setiap kumpulan. Warna keseluruhan kad bagi setiap
kumpulan adalah berbeza untuk memastikan para pemain dapat mengecam warna kad masingmasing dengan lebih mudah. Jika para pemain tersalah mengambil kad atau mungkin dengan
sengaja mengambil kad kumpulan lain dengan tujuan untuk menipu permainan, maka kumpulan
tersebut boleh tersingkir lebih awal.
3. Setiap kad tersebut mengandungi satu soalan pengetahuan am. Seorang pencatat bagi setiap
kumpulan (hanya pencatat dibekalkan dengan pen) dikehendaki menulisjawapan yang betul pada
kad tersebut dan dikehendaki mengumpulkan kesemua kad-kad tersebut sebelum diserahkan
kepada pengadil permainan. Kad-kad tersebut akan diletakkan di kawasan-kawasan tertentu di
sekitar kawasan permainan. Kad-kad tersebut bolehlah diletakkan sama ada secara tersembunyi
atau sebaliknya bergantung kepada keadaan tempat permainan tersebut. Pada setiap kad yang
disediakan terdapat petunjuk tentang kedudukan kad-kad yang seterusnya.
4. Jawapan bagi setiap kad yang diletakkan itu boleh diperolehi pada maklumat-maklumat am
yang terdapat pada kawasan di mana kad-kad tersebut diletakkan. Para pemain dilarang meniru
atau menipu (sama ada berbincang dengan kumpulan lain atau sebaliknya) semasa permainan
berlangsung. Pada awal permainan, pengadil hendaklah menyerahkan salah satu kad tersebut
kepada ketua kumpulan. Kad yang diserahkan itu hendaklah tidak sama turutannya. Misalnya,
Kumpulan Merah diberikan kad yang ke-10, Kumpulan Kuning diberikankad yang ke-2 dan
sebagainya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan para pemain mencari kad tersebut secara
serentak di kawasan yang sama.
5. Sekiranya ada kumpulan yang telah berjaya melaksanakan kesemua tugasan yang diberikan,
pada pemain dikehendaki beratur secara berkumpulan di tempat yang disediakan untuk proses
pengiraan markah atau tindakan seterusnya oleh pengadil permainan. Sekiranya bilangan peserta
bagi setiap kumpulan tidak mencukupi, maka proses pengiraan markah bagi kumpulan tersebut
tidak dapat dijalankan. Para pemain dilarang mengganggu pemain kumpulan lain semasa
permainan berlangsung. Penalti (tolak mata permainan) boleh dikenakan sekiranya berlaku
gangguan atau sebaliknya.

6. Sekiranya terdapat dua atau lebih kumpulan yang memperoleh mata permainan keseluruhan
yang sama, maka pengadil permainan hendaklah mengemukakanantara 1 atau 3 atau 5 soalan
lisan tambahan untuk menentukan johan sebenar.Soalan ini diajukan secara lisan kepada
kesemua pemain apabila tamat prosespengiraan mata. Peserta bagi setiap kumpulan yang paling
pantas menjawab soalantersebut akan dikira sebagai pemenang. Soalan tersebut disertakan di
bawah ini.
7. Hadiah-hadiah akan disediakan untuk satu kumpulan sahaja yang berjayamenjawab dengan
betul kesemua soalan yang dikemukakan. Soalan-soalan tambahan bagi Permainan Mencari
Harta Karun.

1. Nyatakan nama 2 buah sekolah lain yang terletak berhampiran dengan sekolah kamu?
2. Nyatakan bilangan warna yang terdapat pada bendera Malaysia?
3. Nyatakan nama rasmi bagi bendera Malaysia?
4. Nyatakan nama yang lengkap bagi negeri Perak?
5. Nyatakan 2 prinsip Rukun Negara yang kamu tahu?

Soalan 1
Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? (5 markah)
Jawapan:
(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Tempat lepak tiap kali waktu
rehat)

Soalan 2
Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? (5 markah)
Jawapan :
(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Kanak-kanak gemar
bermain di Taman Permainan)

Soalan 3
Kalau kat tangan, jam tangan, kalau kat dinding, jam dinding, kalau kat dahi, jam apa? (5
markah)
Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Pusat pemantaun
demi keselamatan bersama.)

Soalan 4
Potong panjang, tak potong pun panjang? (5 markah)
Jawapan:
(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Tempat beribadah yang
kecil)

Soalan 5
Huruf jawi apa paling tinggi? (5 markah)
Jawapan:

(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Tempat tinggal kepala
sekolah)

Soalan 6
Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? (5 markah)
Jawapan:
(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Peralatannya yang menjadi
tarikan zaman sekarang dan seterusnya.)

Soalan 7
Banyak kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang? (5 markah)
Jawapan:
(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan kelas Junior 1 dan Junior 2)

Soalan 8
Banyak jam, jam apa plg murah? (5 markah)
Jawapan :(Tip soalan seterusnya : Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Pusat kajian
saintis)

Soalan 9
Bersih dia hitam, kotor dia putih? (5 markah)
Jawapan:
(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Membekalkan anda
peralatan pertukangan harian)

Soalan 10
Binatang apa yang paling miskin and binatang apa yang paling kaya ( 5 markah)

Jawapan:
(Tip soalan seterusnya : Sila cari kad soalan seterusnya di sekitar kawasan Pusat berkumpul
setiap hari Selasa)

***Sila potong cebisan kad-kad soalan di atas secara berasingan mengikut nombor soalan.
Kemudian, lipatkan kertas soalan tersebut dan tampalkan pada mana-mana bahagian yangsesuai
mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Setelah selesai permainan, kumpulkan kad-kad soalan
mengikut warna kumpulan untuk dinilai.

Anda mungkin juga menyukai