Anda di halaman 1dari 17

MODUL BIDANG PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL.

Disediakan oleh:

1. Encik Mohamad Nadzir bin Che Mey @ Ismail (SK Hashim Awang)
2. Puan Zanuriah Binti Mat Zain (SK.Paya Keladi)
3. Puan Rozita binti Ishak (SK Permatang Binjai)
4. Puan Hasmila binti Ishak (SK Penaga Jaya)

5. CONTOH INPUT BIDANG PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL


 Orientasi Pra Sekolah
 Orientasi Tahun 1
 Minggu PPDa
 Persediaan Menghadapi Peperiksaan
 Motivasi Menghadapi Peperiksaan
 Pengurusan Stres
 Ujian Personaliti
 Motivasi Pengurusan Emosi UPSR
 Program Kerohanian
 Majlis Restu Ilmu
 Soal Selidik Awal Remaja
 Kemahiran Berkomunikasi
 Kemahiran Membuat Keputusan
 Kemahiran Asertif
 Penghargaan Diri
 Kemahiran Analisis
6. KAEDAH
 Rehlah/Lawatan Sambil Belajar
 Kursus
 Bengkel
 Kem Bina Insan/Kem Jati Diri
 Pameran
 Latihan Dalam Kumpulan.
 Program Orientasi
 Ceramah Motivasi
7. CONTOH KERTAS KERJA BIDANG PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN
MENTAL.

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI/PENGURUSAN STRES


SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG, 13200 KEPALA BATAS
SEBERANG PERAI (UTARA), PULAU PINANG

1. PENDAHULUAN
Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna
bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan
minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua
perkara yang dilakukan. Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai suatu
proses untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku supaya dapat mencapai
matlamat-matlamat yang tertentu.
Menurut Kimble, (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang
menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu
daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-
aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan. Manakala bagi Santrock (2008)
mengatakan bahawa “motivation is the reason why people behave the way they
do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi adalah
kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang
penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif,
disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan
bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)

Manakala tekanan emosi atau stres merupakan sesuatu yang memang tidak
asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ke-4, stress merupakan satu keadaan di mana seseorang itu merasa resah,
cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau
fizikal.Morstt & Furst (1979:7) menyatakan tekanan atau stress adalah sesuatu
keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh
mewujukan keadaantidak selasa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu
ditanggung oleh tubuh badan.

Dalam ”A Dictionary of Human Behaviour‟ (1981:121) pula memberi definisi


tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk
sesuatu masa yang boleh menggugatkan keupayaan seseorang untuk mengendali
sesuatu situasi. Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam
mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296)
yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu
menyesuaikan diri dengan persekitaran.Tuntutan persekitaran yang melampaui
keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut
akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi
keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami
ketegangan.Kesimpulannya, tekanan atau stress merupakan satu tindak balas
tubuh kepada keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan
Ketidakseimbangan dalam kehidupan seseorang. Tekanan kadang kala adalah
suatu perkara yang normal dan boleh diramal dalam kehidupan kita. Kanak-
kanak bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap tekanan. Sesetengah
kanak-kanak jatuh sakit. Sesetengahnya mungkin berputuh asa,gementar, dan
ada juga yang marah-marah dan meminta perhatian. Dalam sesetengah
kes,stress boleh juga membantutkan perkembangan kanak-kanak tersebut

2. MATLAMAT
Memberi motivasi atau galakan kepada para calon UPSR untuk mencipta
kecemerlangan disamping bijak mengurus tekanan atau stress yang datang
daripada pelbagai pihak.

3. OBJEKTIF
3.1 Membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan diri murid calon UPSR
3.2 Menggalakkan murid calon UPSR bijak bertindak mengurus masa dan
kehidupan
3.3 Mengawal dan mengurus stress supaya menjadi pemangkin
kecemerlangan dalam UPSR
3.4 Mendedahkan kepada murid calon UPSR hakikat sebenarnya kehidupan
dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

4. SASARAN
4.1 Pelajar Tahun 6

5. TARIKH/TEMPAT
5.1 Tarikh : 25 April 2014
5.2 Tempat : USM dan Taman Belia, Pulau Pinang

6. KAEDAH PELAKSANAAN
6.1 Ice Breaking
6.2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
6.3 Ceramah Motivasi
6.4 Rekreasi
6.5 Penilaian program
6.6 Sesi sumbangsaran

7. TENTATIF JADUAL PROGRAM


7.1 7.30 pagi Pendaftaran di sekolah
7.2 8.00 pagi Bertolak ke USM Pulau Pinang
7.3 10.00 pagi Dijangka sampai
Pembahagian kumpulan
Penginapan peserta.
Taklimat Penyelaras
7.4 10.30 pagi Minum pagi
Ceramah Motivasi 1 (Penceramah 1)
7.5 12.00 tengah hari Makan tengah hari (Taman Belia)
LDK/Pengurusan diri
Bertolak pulang

8. CONTOH LATIHAN DALAM KUMPULAN


a. Kemahiran Berkomunikasi
AKTIVITI 1
Tajuk : Masuk Kandang Kambing…
Masa : 30 minit
Alatan : Empat atau lima set kad gambar ayam, kucing, harimau,
kambing, itik dan sebagainya.
Bilangan ahli : 20-30 orang atau lebih
Objektif :Menggalakkan ahli kumpulan supaya tidak berasa takut
atau malu untuk berinteraksi dalam kumpulan.
Memberi peluang kepada ahli kumpulan bergaul dan
bertukar-tukar maklumat dalam kumpalan.
Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan
lisan dan komunikai melalui bunyi
Langkah-langkah
1) Sediakan empat atau lima set kad yang mengandungi gambar
binatang seperti kucing, harimau, kambing, ayam, itik, burung,
ikan dan sebagainya.
2) Edarkan kad tersebut kepada ahli dan beritahu supaya tidak
menunjukkan kad tersebut kepada rakan-rakan.
3) Dalam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan
kumpulan mereka tanpa bercakap tetapi mencari dengan
membunyikan binatang berkenaan. Pastikan satu kumpulan
mempunyai sekurang-kurangya lima orang ahli.
4) Apabila setiap ahli telah mendapat kumpulannya, fasilitator
mengarahkan mereka untuk berdiri dalam kumpulandalam
bentuk bulatan.
5) Terangkan kepada mereka yang satu kumpulan orchestra akan
ditubuhkan dengan muziknya daripada bunyi binatang kumpulan
masing-masing.
6) Fasilitator menjadi konduktor orchestra dengan menunjukkan
kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila konduktor
menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu harus
membunyikan bunyi binatangnya. Lakukan aktiviti ini sehingga
terdapat satu bunyi orchestra binatang dan fasilitator berpuas
hati.
7) Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya:
a. Apakah reaksi mereka terhadap aktiviti ini ?
b. Mengapakah terdapat ahli yang mengambil masa
membunyikan bunyi binatang?
c. Mengapakah mereka berupaya membunyikan bunyi
binatang dalam bentuk orchestra?
d. Apakah pembelajaran yang mereka dapati melalui aktiviti
ini?
8) Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana gembira
berkenalan, kita kadang kala mengetepikan rasa segan silu lalu
mengambil bahagian. Dengan berbuat demikian, ahli akan berasa
selesa sesame sendiri dan mula berkomunikasi lebih lanjut lagi.
9) Contoh kad gambar binatang:
b. Kemahiran Membuat Keputusan & Asertif Diri
AKTIVITI
Tajuk : Dengar dan Tampal
Masa : 30 minit
Alatan : Borang kosong berkotak 12 bagi setiap ahli, 12 kad
pelbagai ilustrasi atau gambar bagi setiap ahli atau satu
helai kertas yang mempunyai 12 gambar.
Bilangan ahli : Tiada had
Objektif : Menyedarkan ahli kumpulan betapa pentingnya
komunikasi berhadapan muka.
Menyedarkan ahli kumpulan yang memberi arahan lisan
perlu dilihat supaya kita lebih faham kerana dapat melihat
Bahasa badan dan gerak-gerinya.
Membantu ahli kumpulan supaya bijak membuat
keputusan di samping mempunyai asertif diri yang baik.
Langkah-langkah:
1. Beritahu ahli bahawa aktiviti ini memerlukan mereka mencari
pasangan dan duduk membelakangkan rakan.
2. Berikan kertas bergambar dan bernombor serta sehelai kertas
berkotak kosong kepada setiap ahli.
3. Nyatakan kepada ahli bahawa mereka tidak boleh menoleh ke
belakang atau menunjukkan gambar kad atau kertas kepada rakan.
4. Seorang ahli dipanggil A dan seorang lagi dipanggil B. Minta A
memilih satu gambar dan menceritakan bentuk gambar tersebut
kepada rakannnya dan kemudian rakannya melekatkan gambar yang
diplih itu pada salah satu petak dalam kertas kosong mengikut
arahan seperti yang difahaminya.
5. Lakukan aktiviti ibi sehingga semua gambar telah dilekatkan.
6. Minta mereka pusing berhadapan dan membandingkan kertas
mereka.
7. Fasilitator menggerakkan perbincangan dengan bertanya beberapa
soalan seperti.
1) Apakah perasaan dan reaksi mereka semasa melakukan
aktiviti ini?
2) Bolehkan mereka mengikut arahan rakan ? Mengapa ?
3) Apakah kesukaran yang dihadapi semasa melakukan aktiviti
ini ?
4) Bagaimanakah mereka dapat menyempurnakan tugas ini?
5) Pernahkah mereka menghadapi situasi begini dalam
kehidupan mereka?
8. Fasilitator merumuskan bahawa:
1) Komunikasi tanpa melihat mimic muka, gerak badan dan
tutur kata sukar difahami dan mudah disalahtafsirkan. Mesej
yang hendak disampaikan gagal diterima.
2) Konflik salah faham kerap timbul kerana wujudnya salah
tafsiran ini.
3) Untuk membina perhubungan yang baik, kita perlu
memastikan maksud yang hendak kita sampaikan adalah jelas.
Minta penjelasan jika kabur dan elaklah diri daripada
membina prasangka.
DENGAR DAN TAMPAL

DENGAR DAN TAMPAL


c. Program Orientasi (Pra Sekolah/Tahun 1)
AKTIVITI
Tajuk :Hebatnya Si Manja Sayang
Masa : 1 jam
Alatan : Kertas lukisan A4 yang telah dilukis. Pensel warna atau
krayon
Bilangan ahli : Kesesuaian bilangan dalam darjah
Objektif : Membina keyakinan diri dalam kalangan murid Tahun 1
Mewujudkan sikap bahawa pembelajaran adalah satu
aktiviti yang menyeronokkan dan santai.
Meluahkan rasa imaginasi dan kreativiti yang ada di atas
kertas lukisan.
Langkah-langkah
1. Mengedarkan kertas A4 yang telah dilukis dan meminta murid
mewarnanya mengikut imaginasi dan kreativiti sendiri.
2. Murid bebas memilih peralatan untuk mewarnakan lukisan yang
diberi sama ada pensel warna atau krayon.
3. Menggalakkan murid berinteraksi sesame mereka untuk meminta
pertolongan dan sebagainya.
4. Mempamerkan hasil kerja murid dan diberi sedikit ganjaran yang
setimpal dengan hasil usaha mereka.
5. Memperingatkan murid sentiasa mengucapkan terima kasih atas
pemberian orang lain kepada kita.
d. Kemahiran kerohanian
AKTIVITI
Tajuk : Wah,Hebatnya! CiptaanNya…
Masa : 1 jam
Alatan : Satu set jigsaw puzzle gambar makhluk bernyawa dan
makhluk tidak bernyawa.
Bilangan ahli :4-5 orang satu kumpulan
Objektif : Mendedahkan kepada ahli kumpulan makhluk ciptaan
Tuhan terbahagi kepada dua iaitu bernyawa dan tidak
bernyawa.
Membimbing ahli kumpulan mengendalikan kumpulan
bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dengan
kemahiran membuat keputusan.
Langkah-langkah
1. Mengedarkan satu set jigsaw puzzle yang telah disusun dengan baik,
Minta ahli kumpulan membuka kembali susunan jigsaw puzzle itu.
Fasilitator memberi isyarat untuk mula menyusun kembali.
2. Fasilitator menggerakkan perbincangan dengan beberapa soalan
seperti:
a. Apakah perancangan yang dilakukan untuk memulakan
susunan jigsaw puzzle ini ?
b. Apakah strategi yang digunapakai dalam aktiviti ini ?
c. Bagaimanakah ketua kumpulan memastikan susunan itu
berhasil ?
d. Adakah pembahagian tugas dilakukan untuk memudahkan
aktiviti susunan jigsaw puzzle ini?
3. Fasilitator membuat rumusan bahawa:
a. Sesuatu tindakan atau gerakkerja yang bakal dilakukan perlu
kepada perancangan dan strategi tertentu.
b. Pandangan ahli kumpulan perlu diambil kira untuk
membentuk kejayaan sesuatu kumpulan.
c. Perbezaan pendapat dan pandangan bukanlah sebagai satu
halangan untuk terus Berjaya.
d. Kerjasama sesama ahli kumpulan akan menghasilkan sesuatu
yang sangat bernilai.
JIGSAW PUZZLE MAKHLUK BERNYAWA
JIGSAW PUZZLE MAHKLUK TIDAK BERNYAWA

e. Kemahiran pengurusan stress/tekanan


AKTIVITI
Tajuk : Kau Pergi Jua…
Masa : 30 minit
Alatan : Satu rim kertas A4, pensel warna, pen marker dan
gunting.
Bilangan ahli : Tiada had
Objektif : Mendorong ahli kumpulan meluahkan dan membuang
permasalah dalam diri mereka.
Mengurus stress sambil mengasah bakat dan kreativiti
masing-masing.
Menyedarkan ahli kumpulan bahawa perlunya
kebijaksanaan mengurus masa dan mengurus stress
dengan baik.
Langkah-langkah
1. Mengedarkan beberapa helaian kertas A4 kepada para peserta. Minta
mereka menulis atau melukis apa sahaja masalah yang sedang
berlingkar dalam fikiran mereka di atas kertas A4 tadi.
2. Fasilitator menunjukkan cara membuat kapal terbang kertas
berdasarkan helaian kertas tadi.
3. Peserta membuat kapal terbang kertas dan menerbangkan ka[al
terbang itu dan beranggapan masalah dalam diri akan pergi bersama-
sama kapal terbang itu.
4. Peserta yang paling jauh menerbangkan kapal terbangnya dan paling
cantik akan diberikan ganjaran.
9. CONTOH LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM/AKTIVITI.
LAPORAN BERGAMBAR

PROGRAM/AKTIVITI SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN


JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG

Sekolah/PPD/UNIT/JPN UNIT HAL EHWAL MURID


JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
Program/Aktiviti Kem Ibadah
“Mencari Keredaan Ilahi”

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Objektif
i. Membantu peserta melihat kembali matlamat h
seorang muslim secara jelas dan praktikal.

ii. Peserta dibimbing untuk sentiasa mengambil tan


penuh dalam setiap tindak yang dilakukan demi
dan agama.

iii. Membimbing peserta untuk sentiasa pra


kebersamaan dalam mencapai setiap matl
mencari keredaan Tuhan.

iv. Membantu peserta membina sikap disiplin


istiqamah dalam mencapai tujuan dan matlamat

Tempat Mengikut tarikh yang dipilih


Tarikh Mengikut tarikh yang dipilih (3 hari 2 malam)
Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kos/Sumber Kewangan PCG Bimbingan dan Kaunseling, PIBG, waris
Pengisian Hari Pertama
1)Berkumpul dan pendaftaran.
2)Ice-breaking
3) LDK
HARI KEDUA
6.00 pagi : Solat Subuh + Tazkirah Subuh
7.00 pagi : Sinergi Game XTVT I
8.00 pagi : Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
9.00 pagi : Solat Dhuha Berjemaah
9.30 pagi : INSYIRAH Talk: “I Am O.S.E.M!”

Anda mungkin juga menyukai