Anda di halaman 1dari 1

SAYA HARI INI DAN ESOK

MASA : 30 Minit

BAHAN : Lampiran 2 (Poster Gimik Muka)

OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini murid akan dapat:

1. Mengenalpasti perasaan murid


2. Mendedahkan bahawa perasaan mempunyai implikasi terhadap
pemikiran dan tingkah laku individu
3. Menerapkan kepentingan perancangan hidup kepada murid

LANGKAH-LANGKAH:

1. Memastikan setiap murid telah bersedia untuk menjalankan aktiviti ini.


2. Guru mengedarkan poster gimik muka kepada semua murid.
3. Guru meminta para murid menyatakan manakah mimik muka yang menggambarkan
diri mereka pada hari semalam, hari ini dan harapan emosi mereka pada hari esok.
4. Murid di minta menandakan emosi masing-masing pada kertas edaran yang diberikan.
5. Guru memilih beberapa murid untuk berkongsi perasaan masing-masing

PROSES:
Guru berbincang tentang perasaan dialami oleh murid yang berhubungkait dengan
pengalaman yang dialami oleh mereka pada masa lepas, kini dan masa akan datang.

FALSAFAH:
1. Murid perlu bijak mengenali dan mengendali emosi mereka pada peringkat awal
remaja.
2. Kawalan emosi penting sebagai pendorong utama motivasi dalaman seseorang.
3. Emosi yang tidak stabil boleh mempengaruhi proses membuat keputusan dan
perancangan masa akan datang.
NILAI MURNI:
1. Yakin pada diri sendiri. Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
2. Kesihatan mental perlu diambil berat. Jangan malu untuk mengaku kekurangan diri.
3. Perlu berhubung dengan kaunselor atau orang lain bagi berkongsi emosi.

Anda mungkin juga menyukai