Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN

PEMBANGUNAN MANUSIA

KKG 2013
DINAMIKA KELOMPOK

MODUL KELOMPOK BERSTRUKTUR


TEMA: PENGURUSAN MASA

1.0 TAJUK MODUL: PENGURUSAN MASA.

2.0 SASARAN MODUL

Sasaran modul ini adalah kepada peserta dari pelbagai lapisan peringkat umur

3.0 SINOPSIS MODUL

Pengurusan masa adalah penting bagi setiap manusia tidak kira dari peringkat pelajar,
pekerja, suri rumah dan golongan-golongan lain dalam menguruskan 24 jam yang kita
ada agar segala aktiviti yang kita lakukan lebih tersusun dan dapat mencapai matlamatnya
dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk menjadi seorang yang bijak dalam
menguruskan masa yang ada seseorang itu perlulah matang dalam membahagikan
masanya dan bijak dalam membezakan agenda atau aktiviti penting dan sampingan agar
sesuatu yang dilakukan akan lebih tersusun dan teratur. Disini kita harus berkeyakinan,
berfikiran terbuka dan luas serta mampu berfikiran kreatif dalam menyelesaikan urusan
seharian dan melihat sesuatu sebagai satu yang positif dalam menjadikan kita lebih
matang dan berdikari dalam hidup. Kita harus berusaha menjadikan diri kita lebih cekap
dalam menguruskan masalah yang kita hadapi dan berfikiran kreatif dalam
menyelesaikannya dalam cara yang fleksible dan percaya pada diri sendiri. Kita juga
akan diajar untuk menghargai masa yang kita ada. Maka modul ini disediakan khas bagi
para peserta untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan masa mereka menghargai
masa yang ada walaupun satu minit, cekap dalam menguruskan masalah dalam masa
yang telah ditetapkan.

4.0 0BJEKTIF MODUL

Diakhir aktiviti ini para peserta akan:

4.1 Membentuk diri mereka dalam aspek

* Pemikiran kreatif
* Berkeyakinan dan tidak berputus asa

4.2 Bijak membahagikan masa dalam menguruskan urusan mereka

4.3 Lebih menghargai masa yang mereka ada

5.0 KAEDAH

Beberapa kaedah dapat dipraktikkan dalam melaksanakan modul ini antaranya ialah:
* Permainan
* Kerjasama kumpulan
* Penilaian diri sendiri

6.0 ALATAN / BAHAN

* Radio dan kaset


* Puzzle/ gambar yang telah dipotong
* A4 yang telah dipenuhi nombor-nombor
* Pen atau pensil
7.0 MASA

Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam tiga puluh minit

LDK 01
Aktiviti : Tidurlah Sayang
Jangka masa : 10-15 minit
Peralatan : -
Pelaksanaan aktiviti :

1. Ahli dijarakkan antara satu sama lain.


2. Ahli diminta memejamkan mata selama lima minit tanpa melihat jam ataupun
mengira tempoh masa.
3. Ahli diminta membuka mata kembali setelah menganggar tempoh masa lima
minit telah tamat.
4. Fasilitator hanya memerhatikan sahaja setiap tingkahlaku yang ditunjukkan oleh
ahli.
5. Selepas itu, fasilitator akan membuat komen sama ada ahli mampu
menganggarkan tempoh masa yang diberikan itu adalah tepat ataupun tidak.

Objektif aktiviti :

Menguji tahap pengurusan masa yang tepat.


Supaya ahli dapat berfikir secara tepat dan menganggar tempoh masa dengan
tepat walaupun mengalami kesukaran ataupun tidak dapat melihat jam.
Dapat memberi kesedaran kepada ahli betapa pentingnya menguruskan masa
dengan sebaik mungkin dalam membuat sesuatu perkara.

Pengajaran daripada aktiviti :

 Pelajar dapat mengetahui bahawa sukarnya mengurus masa dengan sebaiknya.


 Pelajar juga dapat menilai betapa pentingnya masa walaupun hanya satu minit dan
pelbagai perkara yang dapat dilakukan dan difikirkan dalam masa satu minit
 Dapat menilai tahap penguasaan mereka dan kepekaan mereka terhadap masa
yang berlalu
LDK 02
Aktiviti : Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
Jangka masa : 30-40 minit
Peralatan : Gambar yang telah dipotong
Pelaksanaan aktiviti :

1. Ahli dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Setiap kumpulan diberi ataupun dibekalkan 3 set gambar yang berlainan tahap
kesukaran gambar yang telah dipotong.
3. Fasilitator akan memberi penerangan bahawa gambar tersebut mempunyai
beberapa tahap kesukaran iaitu tahap yang lebih mudah, tahap sederhana dan
tahap paling sukar.
4. Setiap ahli dalam kumpulan perlu mencantumkan gambar tersebut mengikut
kreativiti dan akhirnya akan membentuk gambar yang dikehendaki dan
menguruskan masa yang ada untuk menyelesaikan ketiga-tiga puzzle yang diberi.
5. Setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit untuk menyelesaikan puzzle
tersebut.
6. Fasilitator hanya memerhati sahaja apa yang dibuat oleh ahli.
7. Akhirnya fasilitator membuat kesimpulan terhadap hasil yang telah disiapkan.

Objektif aktiviti :

Dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.


Memberi kesedaran kepada ahli bahawa pentingnya menguruskan masa dengan
bijak dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Melatih setiap ahli supaya berfikir secara lebih kreatif ataupun teratur dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.
Memberi pengalaman kepada ahli bagaimana untuk menguruskan tugasan atau
urusan berdasarkan kesukaran dan kepentingan dalam masa yang diperuntukkan

Pengajaran daripada aktiviti :

 Walaupun wujudnya halangan, kita mestilah mencari jalan untuk mengatasinya.


 Perancangan yang teliti memudahkan sesuatu matlamat dapat dicapai.
 Usaha untuk mencapai matlamat memerlukan pengorbanan sama ada dari segi
tenaga mahupun masa.
 Ahli dapat membahagikan masa dan memperuntukkan masa berdasarkan
kepentingan dan kesukaran sesuatu masalah tersebut
 Pengurusan masa dan bijak membezakan perkara penting dan perkara sampingan
adalah penting dalam menjadikan semua perkara kita lebih teratur dan tersusun.
Aktiviti : Bilang Sama-sama
Jangka masa : 30 minit
Peralatan : Kertas A4 yang dipenuhi nombor-nombor yang berselerak
Pelaksanaan aktiviti :

1. Setiap ahli akan diberikan tiga helai kertas yang sama yang dipenuhi nombor-
nombor
2. Setiap orang diminta untuk mencari nombor-nombor satu dua tiga dan seterusnya
tanpa melihat dan bertanya kepada rakan yang lain dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
3. Fasilitator hanya bertindak sebagai pemerhati.
4. Setelah tamat masa yang telah ditetapkan, semua orang akan memberitahu
apakah nombor terakhir yang sempat mereka jumpa.
5. Setelah selesai ahli akan diminta membuat kembali pada salinan yang kedua
tanpa melihat kertas yang telah dibuat.
6. Ahli sekali lagi akan memberitahu apakah nombor terakhir yang mereka jumpa
pada kali kedua ini.
7. Fasilitator akan membuat refleksi tentang aktiviti tersebut dan menerangkan
bagaiman cara yang paling mudah untuk mempercepatkan pencarian mereka iaitu
dengan melipat kertas tersebut kepada 4 bahagian, disini nombor satu ada pada
bahagian petak pertama,nombor dua pada petak ketiga dan seterusnya.
8. Setelah mengetahui cara yang mudah untuk mencari nombor-nombor tersebut
ahli akan mencuba sekali lagi dan melihat siapakah yang paling pantas.

Objektif aktiviti :

 Menggalakkan setiap ahli berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sesuatu


perkara.
 Menggalakkan ahli berfikir dan mengingat kembali tempat-tempat sesuatu
nombor itu diletakkan dan bertindak lebih pantas
 Menggalakkan setiap ahli berusaha hingga masa yang terakhir tanpa berputus asa
 Menguji tahap kepantasan dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Pengajaran daripada aktiviti :

 Ahli akan dapat merancang sesuatu perkara dan melatih individu mengingat
perkara yang telah mereka lakukan
 Ahli akan dapat mengukur tahap kepekaan dan kepantasan mereka dalam mencari
sesuatu yang tersembunyi.
 Ahli akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjadikan mereka lebih pantas.
 Kita harus pandai dan bijak mengurus masa dengan sebaik-baiknya agar sesuatu
matlamat dapat dicapai mengikut urutannya walaupun susah
 Kita harus peka dan menggunakan nikmat pancaindera iaitu penglihatan dengan
sebaik-baiknya agar perkara yang kita lakukan tidak terpesong daripada objektif
yang ingin dicapai.
LAMPIRAN
29 74
45 14 86
65
17 57
25 62 66
22
97
77 26
33 69 10 38
41

53 9
5
82
54 94 58
61 89 98 2
13 6
1 46
70
34

73 49 81 78 50
42
90
21
93
37 85 30 18

31 27 51 39 24
19
11
36
44 12 60

91 75

63 43

3 55
40
52
84
100
80
92 28 64
95 87
67
71 32
56 72
15
35 7 88 16
48

83 99
47
79 59
23 4
68
20 76 96 8

Anda mungkin juga menyukai