Anda di halaman 1dari 8

CPR 2011 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

PENSYARAH: DR. PAU KEE

TUGASAN KUMPULAN – PEMBENTANGAN MODUL


TEMA: PENGURUSAN MASA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

SITI AISHAH BINTI TUAH D20161074662

AQELA FASEHA BINTI ABUDOLLAH D20161074677

SITI ZUBAIDAH BINTI AB RASHID D20161074681

MOHAMAD ASRAF BIN AZMI D20161074735

MOHAMAD SYAFIQ BIN ARIFIN D20161074741

NUR DALILA BINTI MAT JUSOH D20161075060

FATIN AWATIF BINTI MUHAMMAD ASRI D20171078033

NURUL AMIRAH AIFAA BINTI MOHAMED NORDIN D20171078047


1.0 PENGENALAN
Pengurusan masa adalah kemampuan untuk merancang dan mengawal penggunaan masa
kita dalam sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita. Penggunaan
masa yang efektif merujuk kepada bagaimana kita merancang masa itu dengan lebih
berkesan dan mendatangkan keuntungan kepada kita. Sebagai seorang pelajar, matlamat
kita untuk belajar dan berjuang adalah menjurus kepada matlamat sebenar kita untuk
berjaya dalam bidang pendidikan kerana pada pandangan kita pendidikan sahaja yang boleh
mengubah taraf hidup kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Untuk itu, pelbagai
cara dan pelbagai kaedah harus disusun dan dirancang dengan begitu rapi untuk membawa
kita kepada matlamat tersebut. Pengurusan masa ini semestinya mempunyai agenda
tersendiri dalam mencapai kemajuan diri pada masa akan datang.
Pengurusan masa yang tidak baik selalunya akan menyebabkan adanya penangguhan
dalam membuat aktiviti yang dirancang. Pengurusan yang tidak baik ini boleh kita kaitkan
dengan disiplin yang rendah. Disiplin yang rendah biasanya akan menggangu kita untuk
mematuhi jadual harian yang telah kita buat. Sebagai contoh, jadual harian yang kita
hasilkan lebih memfokuskan kepada aktiviti pengetahuan dan riadah, tetapi tahap disiplin
yang rendah ini akan mendorong kepada kita untuk melakukan perkara lain selain daripada
aktiviti yang tersenarai dalam jadual harian kita.
2.0 OBJEKTIF

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk :

1. Menjelaskan definisi pengurusan masa.


2. Menghuraikan kepentingan pengurusan masa.
3. Mengaplikasikan sistem pengurusan masa.
4. Merancang jadual kerja harian, bulanan dan tahunan.

3.0 AKTIVITI
3.1 JENIS-JENIS AKTIVITI SEDIA ADA

1) Nombor Berangkai

Masa Aktiviti : 3 Minit


Objektif Aktiviti : Membina Daya Kreatif Pelajar:Menguruskan Masa Dengan Baik

2) Menara Impian

Masa Aktiviti : 60 Minit


Objektif Aktiviti :

1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab yang diarahkan.
2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan
melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai.

3) “The Jar”

Objektif Aktiviti: :

1. Peserta dapat menjelaskan aktiviti yang perlu diberi keutamaan dalam kehidupan
seharian.
2. Peserta dapat membezakan perkara yang penting dan perlu didahulukan dengan perkara
yang kurang penting.
3. Membina kerjasama yang tinggi antara ahli kumpulan
4) $ 86,400.00

Objektif Aktiviti :

1. Dapat memberi kesedaran kepada peserta akan pentingnya pergerakkan masa dalam
kehidupan seharian.
2. Peserta dapat menilai penggunaan masa untuk keperluan dan kehendak.
3. Dapat menyedarkan peserta bahawa setiap masa adalah amat bernilai

5) Seharian Dalam Kehidupan Saya

Masa Aktiviti : 60 Minit


Objektif Aktiviti :

1. Membuka minda dan fikiran tentang pentingnya pembahagian masa mengikut


kepentingan.
2. Menetapkan jadual harian yang wajib dengan mengutamakan tugasan yang segera dan
penting.
3. Menguruskan kehidupan seharian dengan baik dan sistematik.

6) “Life….”

Masa Aktiviti : 60 Minit


Objektif Aktiviti :

1. Untuk melihat peserta adakah mereka dapat menghargai masa.


2. Membantu peserta untuk celik akal.
3. Menerangkan kepada peserta mengenai tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar.

7) “Titanic”

Masa Aktiviti : 30 Minit


Objektif Aktiviti :

1. Peserta dapat menghargai masa serta melihat adakah mereka peka terhadap masa.
8) Tingkat Kejayaan

Masa Aktiviti : 30 Minit


Objektif aktiviti :

1. Memberi kesedaran kepada peserta bahawa setiap kejayaan bermula daripada usaha
berterusan.
2. Kejayaan yang dicapai tidak akan berhasil tanpa pengurusan masa yang bijak.
3. Membuka minda peserta untuk berjaya mereka perlu bijak dalam menguruskan masa.

9) Pengurusan Masa

Masa Aktiviti : 90 Minit


Objektif Aktiviti :

1. Menyenaraikan aktiviti seharian mengikut kesesuaian.


2. Menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
3. Membina jadual waktu belajar bersendirian.
3.2 JENIS-JENIS AKTIVITI MODUL

Aktiviti 1

Nama Aktiviti : Jadual Pelangi


Masa Aktiviti : 20 minit
Alat Aktiviti : Kertas A4, Pen dan Pensil Warna

Objektif Aktiviti:

1. Peserta dapat menguruskan kehidupan harian dengan baik dan sistematik


2. Membuka minda dan fikiran tentang pentingnya pembahagian masa mengikut
kepentingan.
3. Menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.

Langkah Melaksanakan Aktiviti:

1. Peserta berada dalam kumpulan yang sedia ada.


2. Fasilitator akan mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap peserta.
3. Fasilitator akan memberi arahan tentang aktiviti yang akan dijalankan dengan jelas.
i) Peserta diminta untuk membina pelangi.
ii) Kemudian, peserta diminta untuk menyenaraikan aktiviti dan
peruntukan masa yang digunakan dalam satu minggu.
a) Aktiviti yang mengambil masa yang paling banyak
hendaklah diltekkan pada barisan pelangi yang paling atas
dan diikuti aktiviti yang tidak mengambil masa yang banyak
di barisan seterusnya.
b) Peserta boleh menghias jadual pelangi mereka mengikut
kreativiti masing- masing.
4. Fasilitator akan meminta beberapa orang peserta untuk membentang hasil tugasan
mereka.

Pengajaran Aktiviti:

1. Kita mestilah membuat perancangan aktiviti dalam kehidupan seharian dengan


bijaksana.
2. Kita mestilah mengisi masa-masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.
Aktiviti 2

Nama Aktiviti : Aku, Dia dan Kamu


Masa Aktiviti : 45 minit
Alat Aktiviti : Kertas A4, Pita Selofan, Gunting, Pen
Bilangan Ahli : 8 – 10 orang

Objektif Aktiviti:

1. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.


2. Menilai kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah.

Langkah Melaksanakan Aktiviti:

1. Peserta diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing.


2. Fasilitator akan membahagikan ahli kumpulan kepada 3 kumpulan kecil A, B dan C
i) Fasilitator akan mengagihkan bahan kepada setiap kumpulan.
ii) Setiap kumpulan akan mendapat 3 helai kertas dan pen.
iii) Fasilitator akan memberikan arahan untuk memulakan aktiviti.
3. 10 minit pertama;
i) Setiap kumpulan kecil akan melukis gambar yang merangkumi:
a) Rumah, pokok, sungai, matahari dan gunung.
b) Lukisan adalah berdasarkan kreativiti pelajar.
c) Pelajar boleh menambah sebarang gambar untuk menjadikan
lukisan lebih menarik.
4. Setelah aktiviti pertama selesai, lukisan Kumpulan A diberikan kepada Kumpulan B,
lukisan Kumpulan B diberikan kepada Kumpulan C, dan lukisan Kumpulan C diberikan
kepada Kumpulan A.
5. 10 minit kedua;
i) Setiap kumpulan kecil akan mengguntingkan lukisan tersebut kepada 32
bahagian mengikut bahagian saiz yang sama.
ii) Peserta dikehendaki untuk membuat kotak kertas bagi meletakkan
kepingan yang telah digunting.
6. Setelah aktiviti kedua selesai, kepingan yang telah digunting oleh Kumpulan A
diberikan kepada Kumpulan B, kepingan yang telah digunting oleh Kumpulan B pula
diberikan kepada Kumpulan C, dan kepingan yang telah digunting oleh Kumpulan C
diberikan kepada Kumpulan A
7. 10 minit ketiga;
i) Setiap kumpulan diminta untuk mencantum kepingan lukisan menjadi
lukisan asal.
8. Setelah selesai ketiga-tiga aktiviti, fasilitator akan memilih beberapa kumpulan secara
rawak untuk menunjukkan hasil cantuman kepingan lukisan.
9. Di akhir aktiviti, peserta akan dipilih secara rawak untuk memberikan refleksi.

Pengajaran Aktiviti:

1. Kita mesti tahu akan perkara apa yang perlu diutamakan dahulu dalam kehidupan kita.
2. Kita mestilah menyeimbangkan setiap aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan harian
supaya menjadi seorang insan yang berjaya dari segi akhlak dan kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai