Anda di halaman 1dari 3

SJK(C) AVE MARIA CONVENT IPOH ,PERAK

Rancangan Program Transisi Pendidikan Seni Visual Tahun 1 (2022)

Minggu: 1
Tema: Saya Sihat Saya Selamat
Tajuk: Pemakanan Seimbang
Nilai: Rasional
Alat dan Templat poster, krayon atau pensel warna
bahan:
Aktiviti: 1. Sesi soal jawab: Apakah makanan kegemaran anda?
2. Guru menerangkan kepentingan pemakanan yang seimbang.
3. Murid mewarna poster Gaya Hidup Sihat.
Lembaran Kerja : Poster Gaya Hidup Sihat.
Refleksi: ( ) murid menghasilkan poster Gaya HIdup Sihat.
( ) murid perlu diberi bimbingan.

Minggu: 2
Tema: Detektif Alam (Misteri Cuaca)
Tajuk: Boneka Lidi ( Cuaca di Malaysia)
Nilai: Kesyukuran
Alat dan Templat, krayon atau pensel warna , lidi atau ‘ice-cream stick’
bahan:
Aktiviti: 1. Guru menjalankan aktiviti teka teki dengan murid. ( soalan berkaitan
dengan cuaca)
2. Murid membuat perbincangan tentang cuaca di Malaysia.
3. Murid menghasilkan boneka lidi matahari, pelangi hujan dan petir kilat.
4. Sesi berinteraksi: Guru memainkan audio cuaca yang berbeza, murid
mengangkat boneka tersebut.
5. Lembaran Kerja : Templat boneka cuaca di Malaysia
Refleksi: ( ) murid dapat menghasilkan boneka lidi.
( ) murid perlu diberi bimbingan.
Minggu: 3
Tema: Mari Fikirkan ( Tik Tok Tik Tok)
Tajuk: Jam Saya
Nilai: Kesederhanaan
Alat dan Templat jam, krayon atau pensel warna, pinggan kertas, gunting
bahan:
Aktiviti: 1. Guru menjalankan permainan kecil “What’s the time now?” dengan murid.
2. Guru menerangkan kepentingan pengurusan masa.
3. Murid menghasilkan jam kertas dengan templat dan pinggan kertas.
4. Murid memaparkan hasil karya dan berkongsi aktiviti hariannya.
Lembaran Kerja : Templat Jam
Refleksi: ( ) murid dapat menyatakan masa dengan tepat dengan bantuan jam kertas.
( ) murid perlu diberi bimbingan.

Minggu: 4
Tema: Mari Bersama- Kita Raikan
Tajuk: Batik ( Pakaian Tradisional)
Nilai: Patriotisme
Alat dan Templat baju kemeja, krayon atau pensel warna, cat air atau cat poster
bahan:
Aktiviti: 1. Guru menayang video penghasilkan batik.
2. Guru memperkenalkan motif batik.
3. Murid mereka baju kemeja batik.
4. Murid menjalankan sesi apresiasi.
Lembaran Kerja : Templat Baju kemeja
Refleksi: ( ) murid dapat mengaplikasikan teknik resin dengan betul.
( ) murid perlu diberi bimbingan.
Nota:

Anda mungkin juga menyukai