Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI : GARIS MATLAMAT

MATLAMAT : Dapat pendedahan tentang kepentingan perancangan


matlamat.

OBJEKTIF : Pada akhir akktiviti ini peserta dapat ;


1. Memahami arahan dengan jelas seelum melakukan pekerjaan
2. Mengetahui matlamat penting dalam pembelajaran.
3. Menerapkan matlamat sebelum melakukan sesuatu
tindakan atau pekerjaan.

BAHAN : Kertas A4 , kertas mahjung

MASA : 3
60 minit

PESERTA : 15 – 20 orang setiap kumpulan / semua peserta

TEMPAT : Kelas / dewan

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap kumpulan.


2. Fasilitator meminta peserta pertama dari setiap kumpulan melukis garisan sepanjang
3cm di kertas yang disediakan.
3. Arahan fasilitator, “Setiap ahli diminta melakarkan garisan anggaran 2 sentimeter
apabila kertas yang diedarkan sampai ke tangan masing-masing”
4. Ahli tidak digalakkan bertanya.
5. Selepas itu rakannya secara bergilir-gilir menyambung garisan-garisan tersebut
sepanjang 3cm setiap seorang.
6. Apabila sampai kepada ahli yang terakhir, fasilitator menunjukkan hasil kerja ahli
kumpulan
7. Apakah hasilnya? – tiada motif yang jelas
8. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas A4 dan mengulang semula aktiviti seperti di
atas tetapi kali ini fasilitator meminta garisan yang disambung mestilah menghasilkan
lukisan sesuatu objek seperti gambar rumah , kereta dan sebagainya.
9. Bincangkan mengapa aktiviti pertama tidak menghasilkan apa-apa dan aktiviti kedua
dapat menghasilkan sesuatu yang jelas
10. Fasilitator membimbing peserta membincangkan perbezaaan hasil aktiviti pertama
dan kedua.

PROSES
RUMUSAN

1. Peserta diminta memberikan pendapat mengenai perbezaan hasil kedua-dua aktiviti


tadi.
2. Aktiviti pertama tidak jelas arahannya dan tiada matlamat.
3. Fasilitator membimbing peserta tentang kepentingan matlamat dan tindakan .
a. Mengapa pergi ke sekolah ? Matlamatnya menuntut ilmu.
b. Mengapa perlu mengulangkaji ? Matlamatnya supaya ingat apa yang
dipelajari.
c. Mengapa perlu cemerlang PBD ? Matlamatnya untuk memasuki asrama
penuh.
d. Mengapa perlu mendapat markah cemerlang dalam setiap ujian ?
Matlamatnya untuk kekal cemerlang dan menggembirakan ibu bapa.

FALSAFAH

Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini ;


1. Seseorang perlu menetapkan sesuatu matlamat sebelum melakukan sesuatu tindakan
atau pekerjaan.
2. Matlamat yang ditetapkan perlu jelas , boleh diukur , boleh dicapai dan mempunyai
ciri-ciri yang positif.
3. Matlamat boleh mendorong seseorang berusaha dengan lebih gigih.

Anda mungkin juga menyukai