Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Ceramah Selangkah Menuju Kegemilanganku

Objektif Memberi input tentang perkembangan kerjaya serta membantu para


peserta untuk mengenalpasti personaliti diri sendiri tentang kesesuaian
kerja sekarang atau pada masa akan datang.
Masa : 60 minit
Bahan : Slaid ceramah dan tayangan video

Langkah- : Set induksi (sesi perkenalan)


langkah
Slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah.
Selingan tayangan video kejayaan sebagai pembakar semangat semua
peserta.

Rumusan : Para peserta perlu ada sifat keterbukaan untuk menerima info baru
dalam perkembangan kerjaya mereka sebagai seorang tenaga pengajar
di kolej swasta.

Adanya info ini dapat membantu para peserta bersifat celik akal dalam
membuat keputusan dalam menentukan kejayaan kerjaya mereka.

Tajuk : Modul 1 Kenali Diriku


Objektif Membantu semua peserta untuk mengenalpasti personaliti diri mereka
sama ada bersesuaian dengan pekerjaan sekarang ataupun sebaliknya.
Masa : 60 minit
Bahan : Inventori Personaliti Sidek
Alat tulis
Langkah- : 1. Para peserta diminta untuk menjawab Inventori Personaliti
langkah Sidek.
2. Fasilitator akan memberi penerangan kepada trait personaliti
kepada semua peserta.
Penilaian : Fasilitator memimpin perbincangan setelah aktiviti dilakukan :
a) Bagaimana reaksi mereka setelah mengetahui keputusan
inventori tersebut?
b) Apakah pandangan mereka mengenai keputusan inventori?

Rumusan : Para peserta perlu tahu akan kepentingan trait personality yang ada
pada diri mereka .
Setiap trait personaliti ini membawa maksud yang berbeza serta
mempunyai kekuatan masing-masing dalam diri kita.

Tajuk : Modul 2 Di manakah Aku?

Objektif : Memberi peluang kepada para peserta untuk melihat perkembangan


kerjaya mereka dari mula hingga tamat
Membantu para peserta untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
kerja.
Masa : 60 minit

Bahan : Kertas A4
Alat tulis

Langkah- : 1. Semua peserta di minta untuk melukis graf kerjaya mereka


langkah
bermula dari peringkat imaginasi sewaktu di peringkat sekolah
rendah hingga hari ini.
2. Kemudian, peserta diminta membuat kolaj kerjaya sebagai
pengukuhan kepada modul ini. Kolaj kerjaya tersebut hasil
gambaran imaginasi mereka pada masa akan datang.
3. Meminta peserta sukarela untuk membentangkan hasil kerja
mereka.

Penilaian : Fasilitator memimpin perbincangan setelah aktiviti dilakukan :


a) Bagaimana reaksi mereka apabila diminta melukis graf dan
membuat kolaj kerjaya?
Rumusan : Para peserta dapat melihat gambaran yang jelas tentang laluan kerjaya
mereka sebagai tenaga pengajar.

Tajuk : Modul 3 Saya Buat Saya Dapat

Objektif : Membuat keputusan yang baik untuk memperkembangkan kerjaya


yang sedia ada ataupun kerjaya yang diminati untuk mengecapi
kehidupan yang lebih sempurna.
Masa : 60 minit

Bahan : Kertas Mahjung


Alat tulis
Langkah- : 1. Semua peserta di minta untuk duduk dalam kumpulan yang
langkah
terdiri daripada 5 orang ahli.
2. Semua ahli kumpulan diminta untuk brainstorming
bagaimana cara atau kaedah untuk lebih berjaya dalam kerjaya
sebagai tenaga pengajar di kolej ini dan yang kedua ialah
bagaimana untuk mencapai karier impian mereka sekiranya
diberikan peluang untuk menggapai impian tersebut.
3. Semua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja
mereka untuk sesi soal- jawab.

Penilaian : Fasilitator memimpin perbincangan setelah aktiviti dilakukan :

a) Bagaimana reaksi selepas aktiviti brainstorming tersebut?


b) Apakah tindakan atau perancangan selepas program ini?

Rumusan : Aktiviti brainstorming ini amat penting untuk para peserta


memahami apa yang mereka lakukan pada hari ini iaitu :

i) Kesesuaian pekerjaan yang ada sekarang.


ii) Impian sebenar mereka
iii) Cara atau kaedah untuk mencapai impian tersebut.
iv) Tingkatkan kualiti diri sebagai seorang pengajar.
MODUL PROGRAM INTERVENSI KERJAYA
ASIA METROPOLITAN COLLEGE, 2017

3 4 OGOS 2017

Anda mungkin juga menyukai