Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laman web yang dirasakan bersesuaian dengan proses pdp adalah Edmodo. Edmodo
merupakan sebuah laman web sosial persendirian yang percuma untuk pelajar dan guru bertukar
idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo merupakan satu cara pembelajaran yang amat sesuai
terutamanya pada alaf ke 21 ini. Perubahan zaman dan masa memerlukan guru bersedia untuk
memudahkan cara pengajarannya disampaikan dengan cara yang lebih moden. Oleh itu, Edmodo
sangat sesuai kerana ia boleh diakses di Internet dan boleh dimuat turun di dalam peranti mudah
alih sekalipun. Misalnya, di dalam Edmodo, guru boleh meletakkan nota dan menyampaikan
mesej kepada para pelajarnya. Di samping itu, guru juga boleh memberi tugasan secara dalam
talian di dalamnya kepada pelajar-pelajar.

Salah satu aspek menarik laman web Edmodo ini juga adalah hanya pelajar yang
mempunyai kod rahsia sahaja boleh menyertai untuk satu-satu sesi berkumpulan yang diadakan
secara dalam talian (online). Ini bermaksud ia selamat dan sekaligus menjadikan ia kurang
berisiko untuk dihubungi oleh orang yang tidak dikenali di luar sana. Edmodo juga berkebolehan
dalam mengurangkan bilangan kertas yang terpaksa digunakan apabila sesi pdp dijalankan di
dalam bilik darjah.

Sebagai rumusannya, Edmodo membantu dalam membina sesi pdp yang berkesan serta
memenuhi keperluan pelajar masa kini. Edmodo turut menyediakan persekitaran yang lebih
selamat untuk pelajar dan guru berinteraksi sesama mereka.

Anda mungkin juga menyukai