Anda di halaman 1dari 3

4.

0 Kelebihan dan Kekurangan Edmodo


4.1 Kelebihan Edmodo
Menurut Mohamed Amin (2012), kelebihan Edmodo adalah merupakan platform sosial
persendirian yang percuma untuk guru dan pelajar sama ada pelajar sekolah harian ataupun
pelajar universiti bagi berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Selain itu, Edmodo juga
menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas
dan membuat kumpulan sendiri
Di samping itu, laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti
mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma. Misalnya, berasaskan model penulisan
blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo membolehkan
guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran, memberikan tugasan dan
menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian
dan bertukar-tukar idea sesama guru lain. Selain itu, pelajar dan guru dapat menjaga kalender
kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS) dan mengadakan
tinjauan.
Kelebihan Edmodo juga berupaya menjadikan satu dunia pembelajaran yang berkesan
kerana Edmodo membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif. Tambahan lagi,
Edmodo menyediakan ruang kepada tutor atau guru untuk menghantar peringatan tugasan,
membina kalender acara dan menghantar mesej kepada ahli kumpulan atau pelajar serta
pengguna juga boleh berkongsi pautan, video dan imej. Seterusnya, Edmodo juga boleh
menjadi medium untuk tutor berkomunikasi dengan berkesan kepada pelajar yang
memerlukan bimbingan. Misalnya, bagi mata pelajaran seperti bahasa asing yang susah untuk
dipelajari, tutor atau guru boleh menggunakan Edmodo untuk menetapkan kelas gandingan
antara mereka dengan guru bahasa lain dari serata dunia (Mohamed Amin, 2012).
Pelajar juga boleh melihat semula pautan yang dihantar melalui suapan RSS dengan
mudah. Tutor atau guru juga boleh membuat pentaksiran autentik formatif yang lain dengan
menggunakan Edmodo. Satu tugasan dalam kelas untuk membaca dan menghurai sebuah
petikan dengan mudahnya boleh bertukar menjadi satu tugasan bertulis. Pelajar boleh
merumuskan dan memberikan jawapan dan bergilir-gilir menjawab soalan satu sama lain.
Edmodo juga membolehkan tutor atau guru mengawasi kemajuan pelajar, menghantar
kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui E-mail dan mesej teks dan yang
paling penting Edmodo menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk mengendalikan
pentaksiran autentik (Mohamed Amin, 2012).
Penggunaan jaluran perbincangan dalam Edmodo hampir sama seperti mengendalikan
temu bual dengan pelajar dan rakan sebaya mereka sambil menggalakkan dialog, mencabar
pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat serta dapat mempertahankan pendapat mereka
dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat. Edmodo membantu dalam
pembinaan rangkaian yang lebih baik dan selamat, oleh itu risiko untuk dihubungi oleh orang
yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat dikurangkan atau
dihindarkan. Oleh yang demikian, Edmodo menyediakan persekitaran yang lebih selamat
untuk pelajar dan guru berinteraksi dan bekerjasama. Seterusnya dapat mengurangkan
bilangan kertas yang digunakan dalam bilik darjah.
Menurut Chin Yen Looi & Farrah Dina (2011), Edmodo merupakan platform
teknologi rangkaian sosial yang memberi manfaat kepada pedagogi am yang boleh dilihat
bagi mengintegrasikan dalam rangkaian sosial. Hal ini kerana Edmodo membolehkan pelajar
menghantar komen, menghantar nota, link, gambar, amaran, tugasan dan acara serta
menghantar mesej terus kepada guru atau tutor. Oleh itu, Edmodo berupaya menjadi alat
yang bermanfaat untuk meningkatkan pembelajaran. Selain itu, dapat mengurangkan
ketidakselesaan untuk bertanya atau meminta dihadapan rakan-rakan lain atau guru.
Tambahan lagi, kerjasama pelbagai yang dilakukan dalam Edmodo dan perbincangan
yang serentak dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Misalnya, talian
secara kuiz menggunakan Edmodo. Guru dapat memberikan pelajar mereka lencana yang
terdapat dalam pautan Edmodo sebagai ganjaran apabila mereka cemerlang didalam kuiz dan
tugasan mereka. Hal ini akan lebih mendorong mereka untuk terus mengikuti aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang dirancang oleh guru.
4.2 Kelemahan Edmodo
Walau bagaimanapun, Edmodo mempunyai kelemahan dari segi media sosialnya. Edmodo
adalah tidak bersepadu dengan media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter atau Google
Plus. Hampir setiap laman web adalah bersepadu dengan media sosial yang lain untuk
kemudahan berkongsi maklumat. Namun, Edmodo adalah tidak membenarkan. Selain itu,
kelemahan Edmodo juga adalah melalui penggunaan pemilihan bahasanya. Penggunaan
bahasa yang masih menggunakan Bahasa Inggeris sahaja akan menyulitkan guru atau pelajar
untuk memahami kerana bukan setiap individu mahir dalam memahami bahasa Inggeris. Hal
ini juga menyebabkan pelajar terutamanya, menjadi susah untuk memahami program dan
membolehkan mereka untuk beralih arah kepada media sosial yang lain serta memberi beban
kepada mereka untuk mempelajari bagaimana menggunakan Edmodo. Walaupun, pelajar dan
guru dapat berhubung dengan pelajar atau guru di negara lain namun, Video Conference
belum tersedia dalam Edmodo. Rangkaian ini adalah penting untuk pelajar dan guru
berinteraksi misalnya semasa cuti guru juga boleh membuat sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan melihat pelajar-pelajarnya melalui Edmodo sahaja.

Anda mungkin juga menyukai