Anda di halaman 1dari 19

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


TINGKATAN 3

AKTIVITI : CITA-CITA SAYA


MASA : 1 jam
BAHAN : Kertas Latihan 1
Nota Murid
OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini :
1) murid akan dapat membina matlamat hidupnya.
2) Murid dapat membina matlamat yang realistik dan benar-benar
mengikut urutan serta mempunyai sasaran yang tepat.
LANGKAH :
1) Guru bersoal jawab dengan murid tentang cita-cita masing-masing.
2) Murid diminta menulis cita-cita masing-masing.
3) Guru meminta beberapa orang murid untuk membaca cita-cita yang
ditulisnya.
4) Guru mengulas cita-cita yang dibaca oleh murid.
5) Guru mengedarkan Bahan nota (Lampiran 1) iaitu contoh cara sebenar
menyediakan cita-cita atau matlamat hidup.
6) Guru mengedarkan kertas latihan 1. Murid membuat latihan MEMILIH
CITA-CITA.

PROSES : Murid yang lebih berjaya dengan cemerlang jika mereka mempunyai cita-
cita yang menjadi matlamat hidup. Murid yang tidak mempunyai matlamat
dan cita-cita yang kabur selalunya tidak bermotivasi dalam kehidupannya.

FALSAFAH : “Harapan dan keberanian adalah dua butir berlian yang bersinar di atas
takhta kejayaan” Peribahasa India

NILAI-NILAI MURNI :
1) Cekal (Teguh, tetap dan tabah hati dalam melakukan sesuatu perkara.
2) Daya Usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif,
inovatif dan kreatif untuk mencapai kejayaan.

(Guru memberi penegasan nilai tersebut semasa membuat kesimpulan)


Lampiran 1

CIRI-CIRI PEMILIHAN CITA-CITA BERKESAN

Unsur-unsur penulisan cita-cita berkesan ialah ;

1. Cita-cita ini mestilah jelas dan terperinci.

Lebih jelas dan terperinci, lebih berkesan kerana minda bawah sedar itu hanya
berusaha jika ia jelas dan terperinci.

2. Cita-cita itu mestilah mempunyai tarikh pencapaian.

Dengan memberi tarikh pencapaian minda bawah sedar akan berusaha mengikut
had masa yang diberi.

3. Cita-cita itu mestilah benar dan menarik.

Cita-cita yang kerdil dan tidak menarik iaitu yang tidak memberi “Getaran Jiwa”
tidak memberi inspirasi. Oleh itu gunakan imaginasi anda.

4. Cita-cita itu mestilah pilihan sendiri.

Anda tidak akan mempertahankan cita-cita orang lain apabila cabaran kuat
melanda berbanding jika ia pilihan orang lain.
Kertas Latihan 1

LATIHAN MEMILIH CITA-CITA

CITA-CITA ITU MESTILAH JELAS, TERPERINCI, ADA TARIKH PENCAPAIAN, BESAR,


MENARIK, PILIHAN SENDIRI, BERCAHAYA, POSITIF DAN
TIDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN

CITA-CITA SAYA

NAMA PENUH : ___________________________________________________

TARIKH : _______________________

Dengan izin Tuhan, cita-cita saya semua tercapai pada tahun ____________. Saya seorang

murid yang berjaya mendapat __________________________ dalam keputusan

peperiksaan UPSR . Pada tahun ____________ saya seorang ________________________

lepasan ___________________________________________________________ dan

bekerja di ________________________________________________ dengan menerima

pendapatan RM ___________________ sebulan.

Yang benar,

……………………………………………..

( )
Kertas Latihan 1
(Panduan Guru)

LATIHAN MEMILIH CITA-CITA

CITA-CITA ITU MESTILAH JELAS, TERPERINCI, ADA TARIKH PENCAPAIAN, BESAR,


MENARIK, PILIHAN SENDIRI, BERCAHAYA, POSITIF DAN
TIDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN

CITA-CITA SAYA

NAMA PENUH : ___________________________________________________

TARIKH : _______________________

Dengan izin Tuhan, cita-cita saya semua akan tercapai pada tahun ___(2019)______. Saya

seorang murid yang berjaya mendapat ____(masukkan keputusan)_____ dalam peperiksaan

SPM. Pada tahun _______, saya seorang _______(masukkan cita-cita)_____ lepasan

____(masukkan kursus @ universiti@ pusat latihan)_____________________ dan bekerja di

________(isikan tempat atau pejabat bekerja)___________ dengan menerima pendapatan

RM ______(isikan jumlah)________ sebulan.

Yang benar,

……………………………………………..

( )
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


MODUL TINGKATAN 3

AKTIVITI : PEMIKIRAN KREATIF


MASA : 1 ½ jam
BAHAN : 1) Kertas Latihan 2
2) Kertas Mahjung
3) Pen Marker

OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini:


1) Pelajar mendapat suatu kaedah untuk melahirkan seberapa
banyak idea.
2) Pelajar dapat mencipta sesuatu yang baru atau mengambil
idea yang telah sedia ada, dengan mengubah dan
mengembangkannya.

LANGKAH-LANGKAH :
1) Guru menghuraikan secara am tentang maksud pemikiran
atau idea-idea kreatif. (Rujuk Lampiran).
2) Guru mengedarkan Kertas Latihan 2.
3) Pelajar melengkapkan gambar yang diberi.
4) Guru memberi markah 1 – 10 berdasarkan kreativiti.
5) Guru menghuraikan bahawa orang yang tidak kreatif adalah
orang yang hanya membuat perkara-perkara yang biasa
sahaja dan tidak mahu pemikiran sesuatu yang baru.
6) Guru menerangkan langkah-langkah untuk menjadi seorang
kreatif.
a. Jangan terlalu menilai.
b. Bebaskan fikiran termasuk idea-idea “gila” , “bodoh” ,
atau “lucu”.
c. Kreatif boleh jadi idea baru atau idea “menumpang”
idea orang lain dan mengubah atau mengembangakan
idea itu dan melahirkan satu idea yang baru.
7) Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan ( 8 – 10 orang).
Berikan sekeping kertas mahjung dan pen marker pelbagai
warna.
8) Guru memberi masa ½ jam untuk setiap kumpulan melukis
a. Pakaian 2020
b. Kereta 2020
c. Rumah 2020
d. Kapalterbang 2020
9) Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil
rekaan masing-masing.
10) Markah idea kreatif akan diberikan oleh kumpulan lain.

PROSES : Idea kreatif lebih berkesan jika pelajar atau individu mengamalkan teknik
sumbangsaran atau percambahan fikiran. Dalam sesi sumbangsaran, segala
penghakiman, penilaian dan kritikan idea-idea tidak dibenarkan.
FALSAFAH :
Kekurangan cerdas dapat diperbaiki dengan belajar, kurang cekap dapat
dikurangkan dengan pengalaman. Tetapi kurang jujur payah
membetulkannya.

NILAI-NILAI MURNI
1. Pemikiran yang sihat dan membina.
 Pandangan, cadangan, pendapat dan pemikiran yang bernas dan ikhlas harus
dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat.

2. Boleh membuat penaakulan


 Mampu berfikir dan dapat member alasan-alasan yang munasah.

(Guru memberi penegasan nilai semasa membuat perbincangan dan rumusan).


Kertas Latihan 2
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


MODUL TINGKATAN 4

AKTIVITI : Semak Diri 1


MASA : 40 minit
BAHAN : Lampiran 1
OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini pelajar akan dapat:
1) Mengenalpasti keperluan diri sendiri.

LANGKAH :
1) Guru memberi penerangan mengenai fungsi dan peranan sekolah.
Antara perkhidmatan yang ada di sekolah ialah Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling.

2) Antara peranan UBK ialah ;


a. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
b. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
c. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan
profesionalisme.
d. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60
minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
e. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan
persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
f. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan
penuh jujur, ikhlas dan beretika.

3) Lampiran diedarkan kepada semua murid untuk diisi


4) Lampiran dikumpulkan semula.

PROSES : Guru memberikan motivasi agar murid-murid dapat menumpukan


perhatian kepada pelajaran walaupun semasa di Tingkatan 4.

FALSAFAH :
1) Murid perlu lebih bersedia dari segi fizikal dan mental pada peringkat
awal sesi persekolahan.
2) Semua masalah yang dihadapi mestilah diselesaikan terlebih dahulu
agar tumpuan dapat diberikan terhadap pembelajaran.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


MODUL TINGKATAN 4

AKTIVITI : Semak Diri 2


MASA : 20 minit
BAHAN : Kertas kosong
OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini pelajar akan dapat:
1) Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
2) Meningkatkan keyakinan diri agar lebih berjaya di peringkat menengah
atas.

LANGKAH :
1) Guru memberi penerangan tentang kejadian manusia. Setiap manusia
ada keistimewaan tersendiri.
2) Kertas kosong diedarkan.
3) Nama ditulis pada penjuru atas sebelah kanan.
4) Murid mesti melakar tangan kanannya pada muka hadapan kertas
tersebut dan tangan kiri di sebelah belakang.
5) Pada lakaran tangan kanan, murid hendaklah tulis seberapa banyak
kelebihan yang ada pada dirinya.
6) Pada lakaran tangan kiri, tuliskan kelemahan diri masing-masing dalam
masa 10 minit.
7) Minta beberapa orang murid yang sukarela untuk bacakan kekuatan dan
kelemahan dirinya di hadapan kelas.

PROSES : Guru merumuskan bahawa setiap kelemahan itu ada hikmahnya dan
boleh diimbangi dengan kekuatan yang ada. Ada murid yang sukar
menyatakan kekuatan diri sendiri. Ada kemungkinan murid tersebut tidak
yakin dengan dirinya sendiri, malah kelemahan diri terlalu banyak sehingga
mengaburi kekuatan diri sendiri.

FALSAFAH :
1) Murid perlu mengenali potensi diri agar dapat meletakkan target untuk
mencapai kejayaan.
2) Potensi diri mampu meningkatkan keyakinan seseorang.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


TINGKATAN 4

AKTIVITI : Gaya Hidup Sihat


MASA : 1 jam
BAHAN : Lampiran 2 - Senarai Semak Implikasi Perlakuan Negatif
OBJEKTIF : Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat;
1) mendapat maklumat-maklumat tentang kepentingan gaya hidup sihat.
2) menyedari bahawa tingkahlaku negatif boleh memberi kesan kepada
kehidupan.
3) membina ketahanan diri daripada terjebak dalam gejala negatif yang
menjejaskan kesihatan.
LANGKAH :
1) Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil (bergantung kepada
bilangan murid dalam kelas) berdasarkan tajuk perbincangan seperti
berikut:
 merokok
 ponteng
 biadap kepada guru/ ibu bapa
 mengancam/memukul/mencederakan murid
 ingkar arahan guru
 merosakkan harta benda sekolah
 mengganggu semasa pembelajaran dan pengajaran
 lewat ke sekolah
 memakai pakaian tidak mengikut peraturan
 berambut panjang
2) Dalam tempoh 10 minit murid diminta menyenaraikan perlakuan yang
menjejaskan gaya hidup sihat (Edarkan Lampiran).
3) Guru meminta beberapa orang murid secara sukarela menceritakan
bagaimana perlakuan itu boleh menjejaskan diri sendiri/ pembentangan.

PROSES : Guru bersama pelajar membuat rumusan tentang perlakuan-perlakuan yang


menjejaskan kehidupan.
FALSAFAH :
1) Berhati-hati dalam memilih rakan.
2) Rasional dalam tindakan.
3) Berfikir dahulu sebelum bertindak.
4) Disipiln diri teras kejayaan.
5) Badan sihat, otak cergas.
6) Ketawa bersama, menangis seorang.
7) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
NILAI MURNI :
1) Kebersihan fizikal dan mental
 Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.
Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan,
pemikiran dan kerohanian.
2) Boleh membuat pertimbangan
 Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan.

(Nilai-nilai ini perlu diberi penekanan semasa pelajar melakukan langkah 3


dan rumusan daripada guru)
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


TINGKATAN 5

AKTIVITI : Sekolahku Rumahku


BAHAN : Kertas Lampiran 1 & 2
MASA : 1 jam
OBJEKTIF : Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat;
1) Menanamkan rasa cinta kepada sekolah.
2) Menyayangi sekolah seperti rumah sendiri

LANGKAH :
1) Guru menerangkan tentang visi dan misi sekolah supaya murid faham
kenapa sekolah diwujudkan.
2) Minta murid sebutkan fungsi sekolah supaya mereka tahu apa
sumbangan sekolah kepada mereka. Tuliskan di white board.
3) Guru meminta murid duduk di dalam kumpulan kecil 4 – 5 orang.
4) Guru mengedarkan kertas lampiran 1 dan 2 kepada setiap kumpulan dan
meminta murid membincangkan apa pula sumbangan mereka kepada
sekolah dan langkah-langkah yang boleh mereka lakukan agar sekolah
mereka selamat dengan mengisi kertas lampiran yang diedarkan.
5) Minta kumpulan yang sukarela untuk membentangkannya di hadapan
kelas.
6) Guru membincangkan hasil tugasan bersama murid.

FALSAFAH :
1) Sekolahku Rumahku, sayang ilmu, sayang sekolah dan sayang guru.
2) Orang yang tidak penyayang, tidak pula akan disayang.

NILAI MURNI : Sayang-menyayang


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


TINGKATAN 3

AKTIVITI : Komunikasi Berkesan


BAHAN : Kertas kosong
Kertas Lampiran 2
MASA : 1 jam
OBJEKTIF : Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat;
1) Memahami fungsi komunikasi dalam kehidupan.
2) Meningkatkan keberkesanan berkomunikasi.

LANGKAH :
1) Guru mengedarkan sehelai kertas kosong kepada murid-murid yang lain.
2) Bacakan arahan pertama kepada murid-murid.
3) Arahan 1 : Lukiskan apa yang disebut oleh guru tanpa boleh bertanya.
4) Setelah selesai, bacakan arahan kedua.
5) Arahan 2 : lukiskan apa yang disebut oleh guru dengan boleh menyoal.
6) Setelah selesai, minta murid bandingkan kedua-dua lukisan dengan
lampiran 2.

PROSES :
1) Kesukaran komunikasi sehala : menerima arahan tanpa diberi
kesempatan menyoal boleh menimbulkan pelbagai perasaan negatif
2) Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat
atau mengikut tafsiran sendiri.
3) Pentingnya mendengar arahan dengan teliti dan member respon
mengalakkan komunikasi.
FALSAFAH :
1) Komunikasi berkesan akan meningkatan pemahaman seseorang tentang
sesuatu perkara terutamanya di dalam pembelajaran dan pengajaran.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


TINGKATAN 5

AKTIVITI : Sabar Ajelaa…


BAHAN : Kertas Lampiran 3
Kertas kosong
MASA : 30 minit
OBJEKTIF : Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat;
1) Menggalakkan murid lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu.
2) Menggalakkan murid berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.
3) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid dalam usaha mencapai
kejayaan.

LANGKAH :
1) Setiap murid diberi kertas kosong dan kertas arahan (Lampiran 3).
2) Kandungan pada kertas arahan seperti Lampiran 3.
3) Bacakan arahan dan sila pastikan murid tidak berbincang ketika
menjalankan aktiviti ini.
4) Berikan masa 5 minit. Lihat murid mana yang berjaya.
5) Setelah selesai, rumuskan dan kaitkan dengan kehidupan mereka.

PROSES :
1) Manusia sentiasa tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara.
2) Dahulukan akal dalam segala tindakan.
3) Berfikir dulu sebelum bertindak.
Lampiran 3

Baca semua arahan yang tercatat dan kemudian jawab


sebagaimana yang dikehendaki dalam masa lima minit.

I. Tuliskan nama anda di penjuru atas sebelah kanan dalam kertas


yang diberi.
II. Tuliskan alamat rumah anda di bawah nama anda.
III. Tuliskan cogankata diri anda di bahagian bawah kertas dan
kemudian gariskan dengan garisan lurus di bawahnya.
IV. Selesaikan 2x5 (1+7+2) – 100 =_____________
V. Apa itu LRT?
VI. Malaysia _______________
VII. Lukiskan tapak tangan sebelah kanan di bahagian tengah di
atas kertas yang diberi.
VIII. Jeritkan Malaysia Boleh!!
IX. Beritahu rakan sebelah anda “AMBOI SENANGNYA”
X. Tulisan nama Perdana Menteri yang pertama
XI. Jeritkan dengan penuh perasaan “AKU CINTAKAN MALAYSIA”
XII. Jeritkan “AKU SUDAH SIAP”

Bila anda sudah membaca semua arahan di atas, jangan buang


masa lagi, jawab hanya soalan nombor III.

Sekianlah sahaja ujian ini dan kalau anda merasa menyesal, sila
tuliskan dengan cantik perkataan di atas kertas yang diberi
“SAYA AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DARIPADA
SEKARANG UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM
PEPERIKSAAN AKAN DATANG!”
Lampiran 3

Baca semua arahan yang tercatat dan kemudian jawab


sebagaimana yang dikehendaki dalam masa lima minit.

XIII. Tuliskan nama anda di penjuru atas sebelah kanan dalam kertas
yang diberi.
XIV. Tuliskan alamat rumah anda di bawah nama anda.
XV. Tuliskan cogankata diri anda di bahagian bawah kertas dan
kemudian gariskan dengan garisan lurus di bawahnya.
XVI. Selesaikan 2x5 (1+7+2) – 100 =_____________
XVII. Apa itu LRT?
XVIII. Malaysia _______________
XIX. Lukiskan tapak tangan sebelah kanan di bahagian tengah di
atas kertas yang diberi.
XX. Jeritkan Malaysia Boleh!!
XXI. Beritahu rakan sebelah anda “AMBOI SENANGNYA”
XXII. Tulisan nama Perdana Menteri yang pertama
XXIII. Jeritkan dengan penuh perasaan “AKU CINTAKAN MALAYSIA”
XXIV. Jeritkan “AKU SUDAH SIAP”

Bila anda sudah membaca semua arahan di atas, jangan buang


masa lagi, jawab hanya soalan nombor III.

Sekianlah sahaja ujian ini dan kalau anda merasa menyesal, sila
tuliskan dengan cantik perkataan di atas kertas yang diberi
“SAYA AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DARIPADA
SEKARANG UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM
PEPERIKSAAN AKAN DATANG!”
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SUBANG

PROGRAM MAJU DIRI 2011


TINGKATAN 5

AKTIVITI : Petak Ajaib


BAHAN : Kertas Lampiran 4
MASA : 30 minit
OBJEKTIF : Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat;
1) Murid dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari satu jawapan
tepat.
2) Murid dapat memupuk nilai ketegasan dalam diri masing-masing.
3) Murid dapat memahami cara menyelesaikan sebarang masalah yang
berlaku.
4) Murid dapat menerima pandangan orang lain dan tidak semestinya
menegakkan pendapat sendiri sahaja.
5) Murid dapat memberanikan diri untuk berkomunikasi dan berinteraksi.
LANGKAH :
1) Guru mengedarkan kertas “KOTAK AJAIB”
2) Setiap murid diberi masa untuk mencari dan menjumlahkan bentuk segi
empat yang ada dalam rajah tersebut.
3) Sesi pertama, murid tidak dibenarkan berbincang. Perlu menyediakan
jawapan masing-masing.
4) Setiap murid memberitahu jumlah segiempat yang diperolehi.
5) Guru meminta murid yang mendapat jumlah paling sedikit dan jumlah
yang paling banyak menceritakan bagaimana dia memperolehinya.
6) Sesi kedua, murid diminta berbincang dalam kumpulan (4 orang) untuk
mendapatkan satu jawapan tepat.
7) Jawapan dibentangkan kepada guru dan semua.

FALSAFAH :
1) Setiap insan mempunyai pandangan hidup masing-masing.
2) Individu yang hidup perlu ada interaksi di antara satu sama lain
3) Manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang
dihajati.
Lampiran 4

PETAK AJAIB
Lampiran 4

PETAK AJAIB

Anda mungkin juga menyukai