Anda di halaman 1dari 2

MODUL KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

KPJ, SKDHB

Domain : Jati Diri

Tajuk : Visi Hidupku

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :


1. Menghasilkan visi kehidupan.
2. Menyatakan dengan jelas matlamat hidup.
Moto KPJ : Mencegah Lebih Baik
Masa : 2 jam
Sasaran : Ahli KPJ Sekolah Rendah
Bahan : Kertas A4
Alat Tulis
Pensel Warna
Highlighter Pelbagai warna
Surat Khabar Lama
Majalah lama
Sumber Internet

Langkah- : 1. Guru menerangkan bahawa setiap individu yang mahu


langkah berjaya perlu mempunyai matlamat hidup yang jelas.
2. Seseorang yang tahu hala tuju kehidupannya akan
cenderung melakukan perkara yang bermanfaat, tidak sia-
sia dan berfokus.
3. Murid yang mempunyai matlamat dalam kehidupan akan
terarah memilih jalan yang betul dan terhindar dari terjebak
dengan gejala tidak sihat/ tidak bermoral.
4. Guru memberi arahan kepada murid untuk menghasilkan
“VISION BOARD” atau papan visi kehidupan.
5. Vision board ini mengandungi target yang hendak dicapai
oleh murid dalam 5 ,10 atau 20 tahun akan datang.
6. Kandungan Vision Board adalah seperti cemerlang dalam
peperiksaan, membahagiakan ibu bapa, mencapai kerjaya
impian, membeli kereta impian, membeli rumah impian,
menyambung pelajaran ke universiti impian, memilik
simpanan, dapat menunaikan haji, dan keperluan lain yang
diidamkan.
7. Vision board ini haruslah mempunyai jangka masa /target
time umur yang hendak dicapai.
8. Ia boleh dihasilkan secara kreatif dan kemas berbentuk
peta minda, montaj, poster dan sebagainya.
9. Guru perlu meyakinkan murid-murid bahawa minda bawah
sedar manusia sangat hebat. Apa yang kita hajatkan,kita
doa setiap hari, kita ulang baca, kita berusaha dan yakin
pasti akan menjadi kenyataan.

[Type here] [Type here] Modul KPJ/HAH/2021


10. Minta murid untuk berkongsi hasil vision board masing-
masing.

Penilaian : Murid dapat mengajar minda bawah sedar untuk menjadi


individu yang berfokus dan mempunyai hala tuju dalam
kehidupan.

Rumusan : Kesedaran diri dalam menentukan hala tuju kehidupan menjadi


aras penentu kejayaan pada masa akan datang.

Falsafah : Setiap murid mempunyai potensi diri yang harus digilap dan
diberi bimbingan dari peringkat awal.

[Type here] [Type here] Modul KPJ/HAH/2021

Anda mungkin juga menyukai