Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK OGOS –NOVEMBER 2022

Program: Persediaan Ijazah Sarjana Nama Pelajar:


Muda Perguruan (PPISMP)
Kod: GPIM1022 Semester / Tahun: Semester 1
Ambilan: Jun 2022
Nama Kursus: Generik Pendidikan Kumpulan: BM1, BM2, BM3, BM4,
Islam PSV, PAKK, MZK, PAKK1 dan PAKK2
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan 15.9.2022 30.9.2022
2. Penganjuran 26.9.2022 10.10.2022
3. Persembahan 3.10.2022 25.10.2022

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menghuraikan peranan al-Quran dan al-Sunah dalam seluruh kehidupan muslim.
(C2, HP1)
2. Menghubungkaitkan penghayatan akidah, ibadah dan akhlak berpandukan akhlak
mulia dan Sunnah Baginda Rasulullah SAW sebagai khalifah dalam kehidupan
seharian. (C3, HP2, KKG 2)
3. Menilai penghayatan akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan muslim
sebagai khalifah. (A3, HP8, KAT5)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus :


Pelajar dapat
1. Menghurai secara ilmiah peranan al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan muslim
dengan lengkap.
2. Menghubungkaitkan penghayatan akidah, ibadah dan akhlak dengan sunnah
Rasulullah SAW.
3. Menilai sunnah Rasulullah SAW melalui akhlak Baginda di dalam kehidupan
seharian muslim.

Anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN (35%)

Rasulullah SAW meninggalkan dua pusaka iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah kepada umat


manusia untuk diamalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki secara individu:


1. Menulis satu esei bertemakan kesyumulan kandungan Al-Quran dan Al-Sunnah
sebagai panduan di dalam mengurus Ekonomi, Politik, Kebajikan dan Pendidikan di
Malaysia”. Panjang esei ini adalah 800 patah perkataan.(tajuk pilihan dilampirkan)
Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia sejagat untuk membimbing dan menampilkan
contoh teladan dari pelbagai aspek penghayatan akidah, ibadah dan akhlak. Allah SWT
berfirman (yang bermaksud): “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh
teladan yang baik untuk kamu (ikuti), bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah” . (Surah al-Ahzab:21)

Berdasarkan pernyataan di atas anda diminta melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 2: PENGANJURAN (35%)

Menganjurkan satu webinar secara langsung dalam talian selama 30 minit berkisar topik
Penghayatan Akidah, Ibadah dan Akhlak berpandukan akhlak mulia dan sunnah Rasulullah
sebagai khalifah.

Program yang dianjurkan boleh dibuat dalam bentuk : Forum atau Seminar
Link webinar hendaklah diserahkan kepada pensyarah bagi tujuan penilaian

TUGASAN 3: PERSEMBAHAN (30%)

Kedudukan dan kemuliaan seseorang diukur dari taqwanya. Ketaqwaan seseorang terpapar
pada akhlaknya. Akhlak seseorang itu merujuk kepada sifat semula jadi, tabiat, adat,
kebiasaan, dan gaya hidup. Kita boleh mengubah akhlak yang buruk kepada akhlak yang
lebih baik dengan mencontohi akhlak dan peribadi Rasullullah yang mulia selari dengan isi
kandungan al-Qur’an yang sangat menganjurkan kita supaya berakhlak mulia.

Berdasarkan maklumat diatas, secara berkumpulan (3 orang), anda dikehendaki:

1. Menjadi panel di dalam program berkisar topik akhlak dan peranan manusia sebagai
khalifah
2. Tema bagi topik akhlak berdasarkan isu-isu keruntuhan akhlak dan cara pembinaan
akhlak
3. Program tersebut boleh dilaksanakan dalam bentuk: syarahan/pidato/pembentangan/
teater/drama

ARAHAN TUGASAN:
Tugasan perlu mematuhi prosedur berikut:

1. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


1.1 Font Arial.
1.2 Saiz huruf ialah 11.
1.3 Langkau ruang baris ialah 1.5
1.4 Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA)

2. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Anda boleh digagalkan
sekiranya terdapat bukti amalan ini berlaku dan dikesan dengan jelas.

3. Muka depan tugasan hendaklah mengikut templat terkini kerja kursus IPGKTAA

4. Tugasan ini akan dinilai merujuk kepada rubrik pemarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

________________________________ _________________________
(SAFINAH BT YAAKOB ) ( USTAZ SUHAIMI BIN SHAFIE)
Penyelaras Kursus GPIM1022 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan Kampus Tengku Ampuan Afzan

Disahkan oleh :

_______________________________________
(HJ NOORUL ALIMIN BIN NAZIRI)
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan
Lampiran
Tajuk-tajuk pilihan bagi tugasan 1: Penulisan Esei

1. Pengurusan ekonomi yang berhemah & beramanah berpandukan Al-Quran & As-
Sunnah
2. Kestabilan politik & pentadbiran acuan Al-Quran & As-Sunnah
3. Pendidikan membina ketamadunan melalui perspektif Al-Quran & As-Sunnah
4. Kehidupan masyarakat harmoni menurut Al-Quran & As-Sunnah
5. Negara berkebajikan, rakyat sejahtera berpandukan Al-Quran & As-Sunnah

Anda mungkin juga menyukai