Anda di halaman 1dari 22

BAB IV

ANALISIS REKABENTUK

4.1

Pengenalan

Sesebuah reka bentuk yang tercipta perlu melalui proses analisis reka bentuk secara
terperinci. Tujuan analisis dijalankan adalah bagi mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada reka bentuk tersebut. Pelbagai aspek perlu diambil
kira dalam proses analisis ini seperti tegasan, kekuatan reka bentuk, keselamatan,
masa, kos dan reka bentuk yang telah terhasil.
Tujuan utama proses analisis ini dijalankan adalah bagi mengkaji kemampuan
reka bentuk tersebut menanggung beban-beban yang terhasil semasa pengendalian,
kekuatan kimpalan, dan reka bentuk yang dihasilkan dapat memenuhi objektif
pembangunan penulis.

4.2

Prosedur Kerja

Di dalam melaksanakan reka bentuk ini, penulis telah melalui beberapa prosedu kerja
yang telah dirancang dan tidak dirancang. Jadual 4.1 merupakan prosedur kerja yang
telah dijalankan oleh penulis sepanjang proses reka bentuk ini.

Jadual 4.1: Prosedur kerja

4.3

Teori Tegasan

Menurut Jasmi Hashim (2003), tegasan didefinisikan sebagai keamatan taburan daya
dalaman atau komponen daya yang menghalang perubahan isipadu atau bentuk suatu
baha yang dikenakan daya luaran.
Tegasan ini dinyatakan sebagai daya seunit luas keratan rentas dan dikira
berasaskan kepada dimensi asal keratan rentas spesimen. Tegasan ini boleh jadi sama
ada tegangan terus atau mampatan terus atau ricih. Unit tegasan adalah Mpa. Di
dalam rekabentuk ini, penulis akan menganalisis berdasarkan kepada beberapa teori
tegasan seperti tegasan normal, tegasan galas serta tegasan kerja dan tegasan izin.

4.3.1

Tegasan Normal

Untuk menerangkan berkenaan dengan tegasan normal, pertimbangkan satu bar padu
bulat yang mempunyai keratan rentas seragam A, dan dikenakan daya normal P.
Daya P adalah serenjang dengan luas keratan rentas bar seperti pada Rajah
4.1 di bawah.

Rajah 4.1: Tegasan Normal (Yusof Ahmad, 2001)

Oleh itu, tegasan normal boleh ditakrif sebagai daya P, dibahagikan dengan
luas keratan rentas yang serenjang terhadap daya P. Ia boleh diungkapkan melalui
persamaan di bawah;
= P/A

(4.1)

di mana () ialah tegasan normal, (P) ialah daya dan (A) ialah luas keratan rentas
yang serenjang terhadap daya P. Jika daya P yang dikenakan melebihi kemampuan
daya tarikan antara zarah-zarah di dalam anggota, anggota tersebut akan retak, pecah,
dan akhirnya gagal. Bentuk kegagalan akibat tegasan normal boleh dilihat pada
Rajah 4.1 (c).

4.3.2

Tegasan Ricih

Tegasan ricih terjadi disebabkan oleh daya yang bertindak pada atau selari dengan
sesuatu satah. Daya yang dikenakan itu menyebabkan permukaan yang bersentuhan
cenderung untuk bergeser antara satu dengan lain. Penulis akan menganalisis satu
sambungan yang dikenali sebagai sambungan ricih kembar seperti Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Ricih Kembar (Yusof Ahmad, 2001)


Bagi kes ini, luas yang menghalang ricih ialah dua kali luas keratan rentas
bolt. Bentuk kegagalan ricih kembar adalah seperti rajah 4.2 (b). Oleh itu, persamaan
yang diterbitkan adalah seperti di bawah;

= P/2Abolt = P/(2D / 4)

4.3.3

(4.2)

Tegasan Galas

Tegasan galas adalah tegasan akibat tekanan antara dua jasad tegar. Contohnya,
tekanan ribet, bolt, atau paku dengan plat pada suatu sambungan.
Rajah 4.3 (a) menunjukkan dua plat yang disambung oleh sebatang bolt.
Apabila plat ditarik, maka terjadi tekanan pada permukaan yang bersentuhan antara
bolt dengan plat. Walaupun luas di mana tekanan ini bertindak adalah luas lengkung
(iaitu separuh ukur lilit bolt didarab dengan tebal plat) tetapi luas unjuran lengkung
diambil dan dianggap sebagai luas berkesan seperti dalam Rajah 4.3 (b). Ini
disebabkan bahawa tegasan yang bertindak pada titik-titik pada luas lengkung adalah
tidak sama.
= P/A = P/tD

(4.3)

Tegasan alah yang berlebihan menyebabkan alahan pada plat atau pada bolt
atau pada kedua-duanya seperti pada Rajah 4.3 (c).

Rajah 4.3: Tegasan Galas (Yusof Ahmad, 2001)

4.3.4

Tegasan Kerja Dan Tegasan Izin

Menurut Yusof Ahmad (2001), tegasan kerja adalah tegasan sebenar yang bertindak
pada sesuatu anggota. Setiap bahan mempunyai tegasan tertentu yang boleh
ditanggung yang mana dikenali sebagai tegasan izin.
Dalam reka bentuk, nilai tegasan kerja mestilah kurang daripada nilai
tegasan izin. Pada kebiasaannya nilai tegasan pada titik alah, iaitu tegasan alahan
atau tegasan pada had kadaran diambil dan dibahagi dengan satu faktor keselamatan,
digunakan sebagai tegasan izin

Untuk bahan liat,


izin = alah
n

(4.4)

Untuk bahan mudah pecah,


izin = had kadaran
n

(4.5)

Beban yang boleh ditanggung oleh sesuatu struktur mestilah lebih besar
daripada beban yang dikenakan terhadapnya. Oleh itu, kekuatan sebenar struktur
mestilah lebih besar daripada kekuatan yang diperlukan. Nisbah kekuatan sebenar
terhadap kekuatan disebut faktor keselamatan. Perkaitan berkenaan dengan faktor
keselamatan akan dibincangkan pada bahagian analisis keselamatan.

4.4

Analisis Pemampat Hidraulik Pegas Gegelung Kereta

Prestasi sesuatu pegas dilihat melalui hubungan di antara daya (F) yang dikenakan
dan pemesongan (), menghasilkan pegas yang termampat berubah dari jarak asal
pegas tersebut seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.4 di bawah.

Rajah 4.4: Analisis Mampatan Spring (Dough Wright, 2000)

Fungsi utama peralatan ini ialah untuk memampatkan pegas gegelung dalam
kerja-kerja penyelenggaraan penyerap hentak kenderaan. Untuk memampatkan pegas
gegelung ini, daya luaran perlu dikira bagi memastikan mekanisma yang digunakan
untuk memampat adalah sesuai. Mengikut hasil kajian Nik Dazuki Bin Nik Abdul
Rashid di dalam Laporan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal) sesi 1995/1996, penulis akan mengguna pakai 80 mm sebagai nilai
mampatan pegas gegelung.
Nilai ini telah diperolehi melalui ujian yang dijalankan ke atas pegas
gegelung bahagian belakang kenderaan, yang mana pegas gegelung bahagian
belakang mempunyai nilai kekakuan pegas yang lebih tinggi daripada bahagian
hadapan. Beliau mengatakan bahawa apabila pegas gegelung memampat sebanyak
80mm, beban atau daya yang diperlukan ialah sebanyak 1.5kN.

Menurut kajian Md. Rusdi Mat Husin di dalam Laporan Sarjana Muda
Pendidikan Teknik dan Vokasional sesi 2005/2006, beban analisis yang diambil kira
ialah 2kN dan ujiannya juga dilakukan ke atas pegas gegelung pada bahagian
belakang kenderaan. Dengan ini, penulis akan menggunakan beban sebanyak 2kN di
dalam menjalankan analisis ini.

4.4.1

Menentukan Nombor Pemalar Spring (k)

Pengujian yang dilakukan pada reka bentuk ini adalah bertujuan untuk menentukan
kesesuaian jek hidraulik yang akan digunakan serta memastikan kemampuan alat ini
berfungsi dan memampat dengan baik.
Seperti yang telah dinyatakan, daya yang digunakan untuk memampatkan
pegas gegelung adalah sebanyak 80 mm adalah sebanyak 2kN. Dengan
menggunakan Hukum Hooke, pemalar spring gegelung tersebut dapat ditentukan.

Di bawah menunjukkan rumus Hukum Hooke yang digunakan dalam


menentukan daya kekenyalan bagi sesuatu pegas;
Fmax = kX

(4.6)

di mana (F) ialah daya regangan atau daya mampatan, (x) ialah jarak regangan atau
pun jarak mampatan, dan (K) ialah pemalar pegas. Oleh itu,
Fmax = kX
2kN = k (80 mm)
k = 2 / 80
k = 0.025 kN/mm

(4.7)

Untuk membuat pengiraan panjang asal sesebuah pegas gegelung adalah


berdasarkan rumus di bawah;

F = k (Lfree Ldef)

(4.8)

di mana F ialah daya, (k) pemalar pegas, (Lfree) ialah pegas gegelung pada kedudukan
asal, dan (Ldef) ialah pegas gegelung semasa dimampatkan. Oleh itu,
Fmax = k (Lfree Ldef)
2 kN = (0.025 kN/mm)Lfree (80 mm)
2 kN = (0.025 kN/mm) Lfree - (2 kN)
Lfree = 4 kN/0.025 kN/mm
= 160 mm

4.5

(4.9)

Analisis Kekuatan Pada Reka Bentuk

Sesuatu reka bentuk yang dihasilkan hendaklah memiliki kekuatan yang baik agar ia
berfungsi dengan baik dan mencapai tahap yang diingini.
Analisis pada sesuatu reka bentuk dilakukan terhadap sambungan-sambungan
kimpalan, bolt, dan ribet. Semasa penulis melakukan pengujian reka bentuk, berlaku
kegagalan kimpalan sebanyak lima kali di mana berlaku keretakan terutamanya pada
kimpal temu.
4.5.1

Analisis Kimpalan Pada Reka Bentuk

Adalah amat penting memeriksa kualiti kimpalan untuk mengelakkan kegagalan


sambungan. Kegagalan biasanya disebabkan wujudnya keliangan (porosity),
bendasing (foreign particles), keretakan (cracks). Langkah-langkah keselamatan juga
perlu di ambil untuk mengelakkan kegagalan, umpamanya permukaan yang telah
dikimpal hendaklah diratakan atau dicanai untuk mengelakkan keretakan terhasil
daripada permukaan kasar atau tidak rata.

Penumpuan analisis kimpalan ini adalah kepada analisis beban dan tegasan
pada logam kimpal terutamanya kimpal temu. Rajah 4.5 menunjukkkan bebanan
melintang yang terhasil daripada sebuah kimpalan temu. Daripada rajah tersebut,
tegasan pada logam kimpal dikira seperti rumus di bawah;
x = F
h

(4.10)

di mana x ialah tegasan, (F) daya, (h) ketinggian kimpalan dan () panjang
kimpalan.

Rajah 4.5: Kimpal Temu

4.5.2

Analisis Pada Skru, Pengikat Dan Sambungan

Rekabentuk dan pemilihan saiz dan jenis pengikat seperti bolt dan skru adalah
penting di dalam sesebuah reka bentuk. Beberapa perkara perlu diperbincangkan
seperti piawaian yang merangkumi terminologi, gred dan saiz piawai benang ukuran
metrik, jenis-jenis dan penggunaan bolt dan skru, analisis beban dan tegasan serta
kaedah pemilihan.
Kita perlu meramalkan kegagalan yang mungkin terjadi akibat tindakan
sesuatu beban. Sebelum itu kita perlu mengetahui kaedah melukis Gambarajah
Badan Bebas. Setelah itu baru kita boleh melihat jenis-jenis tegasan yang bertindak
dan kegagalan yang mungkin berlaku pada bahagian yang genting.

Dalam bahagian ini kita akan lihat beberapa jenis sambungan yang biasa
terdapat dan ragam kegagalan (modes of failure) yang biasa terjadi kepada bolt atau
pengikat.
Jadual 4.2: Jenis-jenis sambungan dan ragam kegagalan
Jenis beban ke atas sambungan

Ragam kegagalan

1. Tegangan

(a) braket

Jadual 4.2

(b) sambungan paip

bolt mengalami tegangan dan mungkin


akan terputus

(sambungan)

2. Ricih

(a) beban ricih pada

(b) pengganding
dua plat

bolt boleh putus akibat daya ricih

3. Gabungan ricih dan lenturan

(a) Pendakap

(b) tapak papan


iklan

bolt dilentur dan diricih pada masa yang


sama

Dalam bahagian ini, penulis akan menganalisis beberapa kes untuk


menerangkan beberapa jenis bebanan dan tegasan utama yang sering kita temui di
dalam sistem sambungan dan pengikat seperti yang dinyatakan. Terdapat dua kes
iaitu tegangan pada beban dan ricih pada beban yang diterangkan secara ringkas dan
diterbitkan melalui persamaan seperti yang telah ditunjukkan pada bahagian
berikutnya.

4.5.2.1 Tegangan
Sebagai contohnya, apabila sambungan paip dikenakan daya (P) akibat tekanan paip
seperti pada Rajah 4.6, dapat diungkap melalui persamaan tegasan seperti di bawah;

Rajah 4.6: Sambungan Paip

Berdasarkan dari rajah dan ungkapan yang telah diberikan, dapat diterbitkan
persamaan seperti di bawah;
Tegasan tegangan per bolt

P_______
A1 (bilangan bolt)
A1 = luas tegasan tegangan (Jadual 1)

(4.11)

4.5.2.2 Ricih
Terdapat dua jenis beban ricih yang sering berlaku seperti beban ricih terus dan
gabungan ricih terus dan beban ricih kilasan.
Sebagai contohnya bagi beban ricih terus, apabila dua plat yang diboltkan dan
dikenakan daya ricih (F) seperti Rajah 4.7, dapat diungkap melalui persamaan
tegasan seperti di sebelah;

Tegasan ricih per bolt = _______F______


At (bilangan bolt)
= __F_
4.At

(4.12)

Rajah 4.7: Beban Ricih

4.6

Analisis Masa Kendalian

Bagi analisis masa kendalian pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini, penulis
akan menggunakan hasil kajian Md. Rusdi Mat Husin di dalam Laporan Sarjana
Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional sesi 2005/2006. Hasil daripada analisis
yang dilakukan oleh beliau, didapati pemampat pegas gegelung biasa mengambil
masa 18 minit untuk proses memampatkan spring gegelung, mengeluarkan spring
gegelung itu dari pepasangan penyerap hentak dan memasangnya kembali.

Dengan menggunakan pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini, masa


yang diperlukan adalah 10 minit dan penggunaan alatan tangan seperti impact
wrench, perlu bagi memastikan kerja ini dijalankan dengan sempurna. Bagi
menentukan peratus penjimatan masa, perbandingan akan dilakukan ke atas kaedah
biasa dan kaedah yang direka oleh penulis.

Pemampat spring biasa

= 18 minit

Pemampat hidraulik pegas gegelung kereta = 10 minit

Dengan itu,

18 minit

= 100 %

10 minit

= 100 x 10
18
= 55.56 %

(4.13)

Penjimatan masa yang berlaku adalah seperti berikut;


= 100 55.56
= 44.44 %

(4.14)

Penjimatan masa yang dihasilkan sudah tentunya akan menjimatkan masa dan
tenaga pengendali dalam bukan sahaja semasa melakukan kerja ini tetapi kerja-kerja
penyelenggaraan yang lain.

4.7

Analisis Keselamatan

Perkara yang penting di dalam sesuatu reka bentuk adalah analisis reka bentuk.
Keperluan ini adalah sesuatu yang wajip untuk dilaksanakan pada kebanyakkan reka
bentuk bagi tujuan menjamin keselamatan pengendali dan pengguna.
Di dalam analisis ini, penulis menjalankan analisis keselamatan berdasarkan
perkara-perkara berikut:

4.7.1

Analisis Keselamatan Dan Kekuatan Pada Reka Bentuk

Menurut Yusof Ahmad (2001), beban yang boleh ditanggung oleh sesuatu struktur
mestilah lebih besar daripada beban yang dikenakan terhadapnya. Kebolehan struktur
menanggung beban dipanggil kekuatan. Kekuatan sebenar struktur hendaklah lebih

besar daripada kekuatan sebenar dan nisbah kekuatan sebenar terhadap kekuatan
yang diperlukan dipanggil faktor keselamatan.
Faktor keselamatan, n =

____kekuatan sebenar____
kekuatan yang diperlukan

(4.14)

Faktor keselamatan mestilah lebih besar daripada satu. Jika faktor


keselamatan yang diambil adalah kecil, kemungkinan kegagalan pada struktur akan
berlaku atau jika terlalu besar akan menyebabkan pembaziran dan tidak ekonomi.
Faktor perlu diberikan walaupun tegasan had kadaran boleh diambil sebagai tegasan
izin untuk tujuan reka bentuk. Ini adalah kerana bahan mungkin tidak homogeni dan
isotropik walaupun ia dianggap sedemikian, kesilapan atau selisih dalam pembinaan,
kecacatan bahan, beban luar jangkaan, ketepatan menentukan beban dan jenis beban,
kelesuan anggota dan ketepatan teori sewaktu analisis reka bentuk dibuat.
Perkara yang dititik beratkan oleh penulis adalah terhadap faktor keselamatan
adalah kekuatan sambungan-sambungan kimpalan. Kunci keboleh fungsian reka
bentuk ini adalah kekuatan kimpalan kerana keselamatan pengendalian adalah
bergantung kepada kekuatan dan kekukuhan kimpalan.
Terdapat dua jenis kimpalan yang digunakan oleh penulis untuk melakukan
penyambungan-penyambungan tersebut seperti kimpalan arka dan kimpalan Metal
Inert Gas (MIG). Untuk kimpalan keras, penulis menggunakan kimpalan arka
sepenuhnya pada bahagian-bahagian yang dikenal pasti kritikal dan berkemungkinan
berlaku kegagalan.

4.7.2

Analisis Keselamatan Pada Operasi Reka Bentuk

Untuk memastikan pengendalian sesuatu peralatan itu selamat, analisis keselamatan


perlu dijalankan terhadap reka bentuk tersebut. Di antara ciri-ciri keselamatan yang
diletakkan pada reka bentuk ini adalah pin keselamatan.

Ia berfungsi sebagai penahan kepada pegas gegelung daripada terpelanting


semasa kerja-kerja penyelenggaraan penyerap hentak. Anak panah pada Rajah 4.8
menunjukkan pin keselamatan tersebut.

Rajah 4.8: Pin Keselamatan


Reka bentuk ini telah dirancang untuk dikendalikan dalam keadaan di mana
pengendali berada berhadapan dengan reka bentuk. Kedua-dua belah cagak berada
dalam keadaan menghala ke arah kiri dan juga kanan pengendali. Ini bagi
memastikan jika berlaku pegas secara tiba-tiba terpelanting, ia tidak akan terkena
pada bahagian badan pengendali.

Rajah 4.9: Kedudukan Pengendalian

4.8

Analisis Komponen Dan Bahan

Di dalam mereka bentuk sesuatu peralatan, perkara yang seharusnya dititik beratkan
adalah pemilihan komponen dan bahan yang sesuai. Di antara tujuan analisis bahan
adalah bagi memastikan proses untuk mendapatkan komponen dan bahan adalah
mudah dan teratur.
Di dalam reka bentuk ini, penulis menganalisis keseluruhan komponen dan
bahan yang telah digunakan bagi memastikan ia memiliki ciri-ciri yang dikehendaki,
kekuatan bahan yang tinggi, tahan lasak, murah dan mudah untuk diperolehi. Bahanbahan untuk menghasilkan reka bentuk ini banyak menggunakan bahan keluli, besi
tuang dan sedikit aluminium. Manakala, komponen-komponen penting pula seperti
jek hidraulik jenis botol dan power window motor.

Jadual 4.3: Senarai bahan-bahan dan komponen-komponen reka bentuk


Komponen utama

Kuantiti

Bahan

1 batang

Tiang utama dan


pemegang cagak

Saiz:

Keluli

76.19 mm x 76.19 mm x 1193.8 mm

karbon

2 batang
Saiz:
101.6 mm x 101.6 mm x 114.3 mm

2 keping
Saiz: 152.39 mm x 203.2 mm

Keluli tahan
karat

Diameter:
Cagak pegas atas dan

50.8 mm

bawah

1 batang
Saiz:

Keluli

50.8 mm x 50.8 mm x 1016 mm


Palang penyokong kekuda

2 batang

Palang penyokong kekuda

Jadual 4.3

(sambungan)

Saiz:

Keluli

50.8 mm x 50.8 mm x 431.79 mm

karbon

1 pasang

Keluli

Saiz:

karbon

11 mm x 101.6 mm

rendah atau

17 pasang

sederhana,

Saiz:

keluli

11 mm x 50.8 mm

martensit

1 pasang

karbon

Saiz: 9 mm x 50.8 mm

rendah,
keluli aloi

Bolt dan nut

5 keping

Aluminium

Saiz:

sederhana

254 mm x 431.79 mm

keras

1 keping

Besi tuang

Penutup kerangka

Bilangan gigi:
17

Penggerak jek hidraulik


secara elektrik

Jadual 4.3

(sambungan)

Spesifikasi:
Kapasiti: 3 Tan
Ketinggian minimum:

Besi Tuang

181mm or 7-1/8-inci

Jek Hidraulik Jenis Botol

Ketinggian angkatan:

Bendalir

116mm or 4-9/16-inci

Hidraulik

Ketinggian pelarasan:
48mm or 1-7/8-inci

Spesifikasi:
Jenis: Arus terus
Voltan: 12 volt

Power window motor

Tanpa beban:

Ferrite

Kelajuan: 85+25 pusingan per minit

sintered

Arus: 3 ampere

magnet

Dengan beban:
Daya kilas: 30kgf.cm
Kelajuan: 70+20 pusingan per minit
Arus: 7 ampere

4.10

Analisis Kos Pengeluaran

Dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk, faktor yang perlu dititik beratkan adalah
kos. Faktor harga amat mempengaruhi dalam sesebuah reka bentuk, seperti juga
kehendak pengguna yang inginkan sesuatu harga berpatutan ke atas pembelian
mereka. Berdasarkan kos yang telah dikira, ia agak praktikal dan mampu dimiliki
terutamanya bengkel-bengkel kenderaan pada masa kini.
Penulis telah menganalisis berdasarkan bahan binaan yang terdapat di pasaran
tanpa mengambil kira kos upah, tenaga elektrik, pengangkutan dan lain-lain. Kos

yang diambil kira adalah berdasarkan harga semasa barangan terutamanya harga
logam dan alat ganti yang sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi. Penulis
berusaha untuk mengurangkan kos pengeluaran dengan banyak menggunakan bahanbahan logam terpakai yang masih berkeadaan baik untuk memastikan kos
pengeluaran adalah efektif. Jadual 4.4 menunjukkan analisis kos reka bentuk secara
keseluruhannya.
Jadual 4.4: Analisis Kos Reka Bentuk
Perkara

Bilangan

Harga

Jumlah

Besi Hollow

1 batang (101.6 mm x 101.6 mm x

(RM)
25.00

(RM)
25.00

Besi Hollow

304.79 mm)
1 batang (76.19 mm x 76.19 mm x

30.00

30.00

Besi Angle (L)

1219.19 mm)
1 batang (50.8 mm x 50.8 mm x

16.00

16.00

Jek Hidraulik
Motor Power

1016 mm)
1 unit (3000 kg)
1 unit

65.00
36.00

65.00
36.00

Window
Gear Sproket
Bateri
Skru dan Sesendal

1 unit
1 unit (12 volt)
18 batang (0.7874 inci x 4 inci)

5.00
28.00
1.60

5.00
28.00
12.80

4 batang (0.3937 inci x 2 inci)

0.80

3.20

1 tin (250 ml)


1 batang
1 tin (hitam)

14.00
2.50
6.00

14.00
2.50
6.00

2 tin (merah)

6.00

12.00

Cat merah
Berus cat
Penyembur cat

Jumlah keseluruhan

255.50

Anda mungkin juga menyukai