Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL

SEMESTER : SEMESTER 1 / TAHUN 2022


JABATAN/UNIT: JABATAN PENDIDIKAN UMUM
PENTAKSIRAN : KAJIAN KES (TEORI ETIKA)
NAMA KURSUS : ETIKA PROFESIONALISME
KOD KURSUS : MPU2232
PROGRAM : DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/COURSE MARKAH MARKAH PERATUS
LEARNING OUTCOME: SEBENAR DIPEROLEH PEROLEH
CLO1: Menghubungkait teori etika 40
dengan isu permasalahan
disiplin pekerja dalam
sesebuah organisasi secara
kajian kes. (C3,PLO3)
ARAHAN KEPADA CALON.
1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu
2. Jawab semua soalan
NAMA PELAJAR : AMNA HURAISYAH BINTI AMIZAKI
PROGRAM : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
NO. KAD PENGENALAN : 041206-10-1482
ANGKA GILIRAN : K341JHAK004
TARIKH :

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

…………………………………………………………………. ………………………………………………………………
(NUR EZZATY BINTI ASMARANI) (PN. HJH RAHIMAH BINTI ABDUL RAHIM)
PENYELARAS ETIKA PROFESIONALISME KETUA JABATAN PENDIDIKAN UMUM
PENGENALAN

Disiplin merupakan latihan, pemikiran dan kelakuan agar dapat mengawal diri sendiri dan
sentiasa patuh pada tatatertib. Disiplin ini perlulah sentiasa ada pada setiap diri individu
untuk membentuk jati diri dalam seseorang. Sikap berdisiplin juga sangat penting bagi setiap
individu bukan sahaja pada sesorang yang bergelar pelajar namun sangat penting juga
kepada individu yang sudah bergelar sebagai seorang pekerja.

Namun begitu, terdapat banyak isu disiplin yang terjadi di kalangan pekerja yang
sepatutnya tidak berlaku kerana setiap pekerja perlu sentiasa bersikap bertanggungjawab
serta berintegriti. Antara isu disiplin yang kerap berlaku dalam kalangan pekerja adalah
seperti gangguan seksual terhadap pekerja wanita yang sekarang makin berleluasa di
kalangan pekerja.Selain itu,isu yang dianggap agak berat iaitu buli yang berlaku disebabkan
oleh sikap gila kuasa antara pekerja yang berpangkat terhadap pekerja biasa.

Isu disiplin yang lain pula adalah pengurusan masa yang tidak baik seperti hadir lewat.
Seterusnya, pengabaian kerja yang telah diamanahkan untuk membuat kerja-kerja lain yang
tidak berfaedah yang dikenali sebagai curi tulang. Akhir sekali, isu yang paling berat di
dalam isu disiplin iaitu gejala rasuah dimana pekerja malahan majikan juga terlibat dalam
gejala yang tidak bermoral ini. Di dalam folio ini terdapat isu-isu disiplin di kalangan pekerja,
teori yang berkaitan, faktor berlakunya isu ini serta cara penyelesaian bagi semua isu-isu ini.
1. GANGGUAN SEKSUAL

FAKTOR:
Ganguan seksual di tempat kerja merupakan fenomena negatif yang sering kali berlaku di
tempat kerja namun kejadian ini tidak diambil berat oleh para majikan serta pekerja. Perkara
ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi, namun ia dianggap bukan masalah yang besar
kerana tidak ramai yang melaporkan kejadiaan sebegini kepada pihak yang
bertanggungjawab, tambahan pula mereka tidak tahu kemana mereka harus melaporkan
kejadian seperti ini jika berlaku terhadap diri mereka. Antara factor berlakunya isu
ini adalah dari cara pemakaian seseorang wanita yang menyebabkan kaum lelaki berhasrat
untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada kaum wanita kerana menjadi
tarikan kepada para pekerja di sekeliling.

Akhir sekali, cara seseorang itu di didik juga menjadi faktor terdorong untuk isu ini
berlaku. Contohnya mereka di didik bahawa kaum wanita merupakan seorang insan yang
lemah dan selalunya mereka akan melakukan pekerjaan yang ringan-ringan sahaja
manakala lelaki pula akan melakukan pekerjaan yang berat-berat contohnya kerja kilang
dan sebagainya. Akibat daripada ini, mereka akan berfikir bahawa kaum wanita merupakan
kaum yang lemah dan mudah untuk ditindas dan diperlakukan dengan perlakuan seks yang
tidak sepatutnya sama ada secara lisan ataupun tidak.
TEORI YANG BERKAIT:

Teori yang dapat dikaitkan dengan isu ini adalah teori 'Hak Asasi' . Dimana teori ini
menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab dalam
kehidupan. Teori ini juga menegaskan bahawa setiap individu mempunyai sifat
bertanggungjawab dalam menghormati hak orang lain. Selain itu, hak asasi menekankan
bahawa gangguan seksual ini merupakan satu tindakan yang dianggap salah kalau
mencabuli atau melanggar hak moral seseorang

CARA MENGATASI:

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi perkara ini daripada berlaku kes gangguan
seksual ditempat kerja. Antaranya,dengan membuat polisi gangguan seksual ditempat kerja
dimana majikan perlu menerangkan kepada semua ahli syarikat berkaitan tentang gangguan
seksual.

Seterusnya, memberikan sebarang bentuk aduan maklumat kepada para pekerja


berkaitan tentang gangguan seksual di tempat kerja. Oleh itu, jika sesiapa yang terlibat
dalam gangguan seksual, mereka mengetahui kemana mereka harus mengadu
permasalahan tersebut.
2. BULI

FAKTOR:

Perbuatan buli ini bukan sahaja berlaku di sekolah namun ianya juga berlaku dikalangan
pekerja atau organisasi di dalam syarikat. Menurut Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Canselor
Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Dr Marhani
Midin, buli di tempat kerja melibatkan tindakan penganiayaan atau penindasan secara fizikal
atau mental.

Antara faktor berlakunya isu disiplin buli ini ialah kerana sikap pekerja itu sendiri yang tidak
tegas dalam pengurusan serta pembuli yang tidak mempunyai etika ketika bekeria. Selain
itu, sikap gila kuasa juga boleh menyebabkan isu ini boleh berlaku dimana pekerja biasa
dipandang rendah dan dipaksa untuk membuat kerja lebih dari yang diamanahkan.

TEORI YANG BERKAIT:

Teori berkaitan isu ini ialah teori “Hak Asasi” yang menyatakan setiap orang mempunyai
hak dalam memikul tanggungjawab dalam kehidupan sama seperti situasi pekerja tersebut.
Terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa hak asasi adalah konsep hak
kebajikan.Konsep hak kebajikan membentuk masyarakat untuk menjadi lebih
bertanggungjawab di samping menunjukkan rasa keprihatinan kepada orang lain.Setiap
orang mempunyai hak yang sepatutnya dihormati.
CARA MENGATASI:

Majikan perlu membuat perubahan ditempat kerja supaya sebarang pelanggaran undang-
undang keselamatan dan kesihatan dalam perkerjaan dibetulkan dan perbuatan membuli itu
diberhentikan dengan segera. Perubahan-perubahan in boleh termasuk dengan
menjalankan sesi kaunseling untuk orang yang didakwa membuli supaya ia sedar dan akan
segera berusaha untuk mengubah kelakuannya. Penyelesaian perbuatan membuli di tempat
kerja boleh melibatkan undang-undang lain disamping Akta Keselamatan dan Kesihatan
Dalam Perkerjaan 1984.
3. HADIR LEWAT

FAKTOR:

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan isu kehadiran lewat atau dapat dikatakan
juga sebagai isu tidak menepati masa dikalangan pekerja. Antara faktor yang menyebabkan
isu ini ialah sikap pekerja itu sendiri yang membuat keputusan untuk tidak hadir tepat pada
waktu bekerja yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, kelewatan pekerja tidak menunjukkan
banyak perbezaan antara masa ketibaan pekerja tersebut ke tempat kerja pada setiap waktu
dan menyebabkan pekerja malas untuk menepati jam waktu bekerja di tempat kerja. Oleh
itu, pekerja-pekerja seperti ini mengambil kesempatan untuk tidak menepati waktu bekerja
dan hadir lewat ke tempat kerja.

TEORI YANG BERKAIT:

Keadaan atau isu ini adalah sangat sesuai untuk dikaitkan dengan teori etika iaitu teori
wajiban (deontologis) yang menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu
tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Mengikut teori etika
ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan yang tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya.
Nilai prinsip bermoral suatu tindakan harus bergantung pada niat seseorang itu yang
membuat keputusan atau melakukan tindakan. Secara kesuluruhannya, teori ini
menunjukkan sesuatu tindakan berasaskan tanggungjawab dan bukan kesan daripada
sesuatu tindakan.
CARA MENGATASI:

Antara perkara yang boleh dilakukan bagi menenangani isu disiplin ini adalah dengan
membuat perancangan awal serta persediaan awal bagi pekerja supaya tidak membuang
masa. Pekerja juga boleh menggunakan kenderaan awam agar dapat mengelakkan
kesesakan lalu lintas yang boleh menyebabkan kelewatan ke tempat kerja .

Akhir sekali, syarikat boleh meningkatkan undang-undang dari segi kehadiran dan
sentiasa melatih pekerja untuk menepati masa.
4. CURI TULANG

FAKTOR:

Antara factor berlakunya isu ini kerana kurangnya pemantauan daripada pihak atasan.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan. Sebagai contoh, rakan
mengajak kita melepak pada waktu bekerja sehingga kerja-kerja yang diberikan tidak dapat
siap pada waktunya.

TEORI YANG BERKAIT:

Teori yang dapat dikaitkan dengan isu ini adalah teori 'Hak Asasi' . Dimana teori ini
menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab dalam
kehidupan. Teori ini juga menegaskan bahawa setiap individu mempunyai sifat
bertanggungjawab dalam menyiapkan kerja yang di amanahkan. Selain itu, hak asasi
menekankan bahawa setiap kerja perlulah disiapkan tepat pada waktunya.

CARA MENGATASI:

Pihak atasan perlulah sentiasa memantau semua pekerja supaya tiada


satu pun pekerja yang berani untuk mencuri tulang semasa waktu kerja dan memberi
amaran keras kepada pekerja tersebut sekiranya mereka mencuri tulang. Selain itu,kita
mestilah menolak ajakkan kawan dan menyiapkan kerja yang diberikan terlebih dahulu.
5. GEJALA RASUAH

FAKTOR:

Isu rasuah adalah salah satu isu disiplin yang sangat berat bukan sahaja pada kalangan
majikan dan pekerja namun ianya juga adalah isu yang berat yang melibatkan undang-
undang negara jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. Faktor utama yang
menyebabkan berlakunya gejala rasuah di kalangan pekerja ialah disebabkan kelemahan
kepimpinan serta pengurusan organisasi di dalam sesebuah syarikat. Kepimpinan yang
tidak cekap dan lemah boleh menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas
golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlangsung secara berleluasa
dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah
terjebak dalam gejala rasuah.

Selain itu, terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya rasuah dikalangan pekerja
iaitu gaji yang sangat rendah atau gaji yang tidak dapat menampung perbelanjaan
seseorang pekerja itu dan menyebabkannya ia mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi
untuk terlibat dengan gejala rasuah.

TEORI YANG BERKAIT:

Teori yang bersesuaian dengan isu gejala rasuah di kalangan pekerja ialah teori “ Hak
Asasi “.Teori ini menyatakan setiap orang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab
dalam kehidupan mereka. Teori ini juga menekankan bahawa sekiranya sesuatu tindakan
yang melanggar hak-hak seseorang itu adalah dianggap tindakan tidak bermoral.

Selain itu, teori ini menegaskan bahawa setiap individu mempunyai sifat tanggungjawab
dalam menghormati hak orang lain. Hak asasi yang memberi kebebasan kepada individu ini
dikatakan bersifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri kerana hak akan
menghalang individu mencampuri urusan dan bebas untuk melakukan tindakan negatif
tanpa peneguran.

CARA MENGATASI:

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini. Antaranya seperti
memperkuatkuasakan undang-undang serta mempertingkatkan pengurusan organisasi di
dalam syarikat. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum
melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka
serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan
sedar betapa bahayanya aktiviti gejala rasuah ini.
REFLEKSI

Setiap isu disiplin pekerja yang ada pasti dikaitkan dengan teori etika profesionalisme di
mana teori in amat penting bagi setiap pekerja untuk mengetahuinya dan wajib untuk
mengamalkannya. Teori-teori ini terbahagi kepada 3 teori yang terlibat iaitu teori
keperibadian mulia, teori wajiban(deontologois) serta teori hak asas

Anda mungkin juga menyukai