Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Etika professional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam sesuatu bidang profesion
dan tingkahlaku golongan professional dalam masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam
tugas hariannya sebagai seorang professional, mereka berhadapan dengan masalah etika nilai
yang sukar dan mencabar. Hal ini dapat dilihat dalam ekosistem perkhidmatan yang
dikendalikan oleh para profesion dalam bidang profesional seperti pegawai perubatan, polis,
majistret, pegawai psikologi dan para pekerja social.
Etika bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang hak dan
kewajipan moral. Contohnya, nilai dan moral yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu
kelompok dalam mengatur tingkah lakunya. Etika juga merupakan kumpulan asas atau nilai
yang berkenaan dengan akhlak. Selain itu, etika merupakan nilai tentang benar dan salah yang
diamalkan oleh suatu golongan atau masyarakat. Contohnya, ilmu tentang baik buruk yang
diterima dalam suatu masyarakat.
Masalah disiplin yang kerap berlaku di dalam sesebuah syarikat ini telah menjadi suatu
perkara yang kerap didengari. Sebagai contoh, masalah disiplin pekerja yang datang lewat ke
tempat kerja, penampilan yang selekeh, tidur di tempat kerja, bergaduh dengan pekerja yang
lain dan menerima rasuah. Selain itu, kadar ketidakhadiran pekerja juga menjadi satu masalah
dan akan memberi kesan negative terhadap syarikat tersebut.oleh kerana syarikat tersebut
akan kekurangan kakitangan yang bermasalah secara bersekali. Tanggungjawab untuk melihat
masalah ketidakhadiran dan kakitangan yang bermasalah secara bersekali. Tanggungjawab
untuk menyelesaikan isu disiplin dari kakitangan yang bermasalah bukannya terletak pada
jabatan sumber manusia sahaja, malahan pihak pengurusan juga turut terlibat sekali. Perkara
ini boleh diselesaikan dengan lebih berkesan dengan penyertaan aktif daripada pengurusan
jabatan kerana mereka lebih kenal rapat malah lebih memahami tentang keadaan kakitangan
yang terlibat.dengan displin.
2.0 ISU DISIPLIN PEKERJA

2.1 DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA

Faktor-faktor yang menyebabkan isu disiplin ini terjadi kerana bangun lambat untuk pergi
ke tempat kerja. Hal ini kerana disebabkan seseorang itu tidak mengikut jadual yang boleh
membuat seseorang itu untuk bangun lewat. Tidur yang tidak cukup juga menyebabkan
seseorang bangun lewat untuk ke tempat kerja. Selain itu, mungkin disebabkan faktor
kesesakan lalu lintas atau tiada kenderaan sehingga tidak dapat tiba di tempat kerja dengan
tepat. Hal ini kerana semua pekerja akan bertolak ke tempat kerja pada awal pagi sehingga
menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Teori yang berhubung kait dengan datang lewat ke tempat kerja ialah teori keperibadian
mulia. Teori keperibadian mulia menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari segi
falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang
berasaskan keunggulan sikap individu. Oleh itu, isu disiplin pekerja yang datang lewat ke
tempat kerja yang berkaitan perlakuan manusia perlulah diatasi supaya menjadi manusia yang
berdisiplin.

Penyelesaiannya, pekerja perlulah bijak untuk menguruskan masa ke tempat kerja seperti
bertolak awal ke tempat kerja agar dapat ke tempat kerja tempat pada masanya. Oleh itu,
pekerja itu akan disukai rakan sekerja dan majikan.Selain itu, boleh mengenakan denda kepada
pekerja yang lewat. Disamping itu, majikan boleh merendahkan gaji pekerja tersebut.
2.2 PENAMPILAN YANG SELEKEH

Faktor-faktor yang menyebabkan isu disiplin terjadi ialah kerana tidak mempunyai
pengayaan yang bagus dan menarik. Hal ini juga mungkin seseorang itu tidak berkemampuan
untuk membeli pakaian yang baharu. Oleh itu, rakan sekerja pasti akan memandang hina
dengan seseorang yang berpenampilan yang selekeh. Seseorang itu tidak menitikberatkan soal
kekemasan dalam kerjaya dan mempunyai sifat sambil lewa dalam diri.

Teori yang berhubungkait dengan penampilan yang selekeh ialah teori keperibadian
mulia. Teori keperibadian mulia menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari segi
falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang
berasaskan keunggulan sikap individu. Setiap pekerja tidak boleh membiarkan dirinya dalam
keadaan tidak terurus ketika bekerja. Selain itu, sifat sambil lewa dalam diri perlu dibuang
kerana penampilan diri menunjukkan keperibadian seseorang.

Penyelesaiannya pekerja perlulah bangun lebih awal untuk menyiapkan diri. Selain itu,
pekerja perlu memastikan diri dalam keadaan yang kemas sebelum pergi ke tempat kerja.
Meletakkan notis pada papan pernyataan tentang cara pemakaian yang formal. Pihak atasan
boleh mengenakan denda kepada pekerja yang tidak berpakaian formal dan kemas.
2.3 TIDUR DI TEMPAT KERJA

Faktor-faktor yang menyebabkan isu disiplin ini terjadi ialah kerana tidak mempunyai
waktu tidur yang cukup. Oleh itu, ia menyebabkan pekerja itu untuk tidur ketika waktu bekerja.
Selain itu, tidak bijak untuk menggunakan masa yang baik untuk merehat kan badan. Pekerja
juga menggunakan masa rehatnya untuk melepak sehingga tiada masa untuk merehatkan
badan dan menyebab kan pekerja itu tidur ketika waktu bekerja.

Teori yang berhubungkait dengan tidur di tempat kerja ialah teori wajiban ( deontologis ).
Teori ini lebih menekankan prisip tanggungjawab dan tidak terikat dengan akibat satu-satu
tindakan iaitu dengan tindakan yang betul. Tidur ketika waktu kerja ini merupakan salah satu
kesalahan yang sering dilakukan oleh pekerja- pekerja lain. Oleh itu, ia tidak menunjukkan
pekerja itu seorang yang bertanggungjawab di tempat kerja.

Penyelesaiannya pekerja perlulah menetapkan waktu tidur yang teratur supaya mendapat tidur
yang secukupnya. Selain itu, pekerja itu perlulah kurangkan melepak sehingga lewat malam
yang boleh menjejaskan sebuah kerjaya. Seterusnya, mengadukan kepada pihak atasan
tentang pekerja yang tidur. Disamping itu, memberi surat amaran kepada pekerja yang tidur.
Majikan memberi pekerja itu bekerja dengan lebih masa.
2.4 BERGADUH DENGAN PEKERJA YANG LAIN

Faktor-faktor yang menyebabkan isu disiplin ini terjadi ialah tekanan kerja dan sering
tidak berpuashati dengan pekerja yang lain dalam skop tugas yang dijalankan. Selain itu, hal ini
juga boleh terjadi kerana tidak mempunyai hubungan yang baik bersama dengan rakan sekerja.
Pekerja yang bergaduh dan berpuak-puak akan menyebabkan kerja serta tugasan tidak
berjalan dengan lancar. Malah segala urusan pejabat juga akan tergendala akibat kegagalan
untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua pekerja.

Teori yang berhubungkait bergaduh dengan pekerja lain ialah teori wajiban. Teori ini
lebih menekankan prisip tanggungjawab dan tidak terika dengan akibat satu-satu tindakan iaitu
dengan tindakan yang betul. Pekerja mungkin tidak mampu untuk mengawal emosinya dan
menyebabkan pekerja tersebut akan memarahi pekerja yang lain. Hal ini menyebabkan
seseorang itu tidak bertanggungjawab untuk menjaga hubungan nya dengan pekerja yang lain.

Penyelesaiannya, pihak atasan perlu mengadakan kursus yang kearah kebaikan


kepada pekerja yang bermasalah supaya pekerja itu sedar daripada untuk melakukan perkara
yang tidak elok seperti bergaduh. Selain itu, memanggil pekerja tersebut untuk menceritakan
masalah nya kepada pihak atasan yang menyebabkan berlaku pergaduhan itu bertaku.
Seterusnya, Pihak atasan memberhentikan pekerja tersebut jika berlaku pergaduhan yang
sama.
2.5 RASUAH

Faktor-faktor yang menyebabkan isu disiplin ini terjadi ialah kerana sikap tamak
seseorang itu. Selain itu, tidak berkemampuan dari segi harta sehingga melibatkan diri dalam
menerima rasuah. Seterusnya, pihak atasan menawarkan jawatan kepada pekerja bawahan
agar pekerja tersebut tidak membuat aduan tentang perbuatannya terhadap pekerja yang lain.

Teori yang berhubungkait dengan rasuah ialah teori hak asasi. Teori ini menyatakan
setiap orang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab dalam kehidupan mereka. Oleh
itu, sebagai seorang pekerja perlulah bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugas itu
dengan sempurna. Selain itu, dalam diri seseorang pekerja itu perlulah ada sifat
bertanggungjawab dan tidak melibatkan diri dalam memberi atau menerima rasuah.

Penyelesaiannya, pihak atasan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada pekerja-


pekerja bawahan dan atasan. Selain itu, menguatkan kuasa undang-undang di tempat kerja.
Seterusnya, mengenakan hukuman kepada pekerja yang terlibat dalam rasuah tanpa mengira
kedudukan mereka. Disamping itu, berkawan dengan orang yang jujur dan orang yang boleh
menasihati kita. Mengelak dari tawaran atau pujukan dengan tegas untuk tidak terlibat dalam
hal rasuah.
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya setiap pekerja perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
majikan. Pekerja tidak boleh melanggar atau membuat peraturan sendiri kerana ini akan
menyusahkan kedua-kedua belah pihak. Pekerja yang bagus sentiasa mengutamakan disiplin
terutamanya kedatangan kerana kedatangan merupakan suatu yang sangat penting dalam
alam pekerjaan. Jika pekerja tidak menjaga kehadiran pekerja boleh dibuang kerja dengan
mudah dan susah untuk mendapat kerja lain kerana mempunyai rekod yang buruk. Oleh itu,
pekerja mesti mematuhi segala peraturan apabila berada ditempat kerja dan sentiasa
melakukan kerja dengan tertib agar dipercayai oleh majikan dan disukai oleh rakan kerja yang
lain.

Selain itu, kelebihan mengamalkan etika ialah dapat membentuk tingkah laku yang baik
di tempat kerja. Disiplin adalah kebolehan mengawal diri sendiri supaya patuh pada tatatertib
atau peraturan. Seterusnya, sebagai seorang yang berdisiplin dapat membentuk keperibadian
diri dan sahsiah yang mulia. Amalan yang baik dan berdisiplin membuatkan diri kita dihargai
oleh masyarakat. Disamping itu, kelebihan mengamalkan etika disiplin dapat melahirkan
keterampilan diri yang tinggi.

Etika telah mencermin kan diri seorang itu. Setiap pekerja perlulah mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan oleh majikan. Oleh itu, sebagai pekerja perlulah berubah cara kerana
telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oeh sesebuah syarikat. Selain itu, kita perlulah
pandai menguruskan masa supaya tidak datang lewat dan tidak tidur di tempat kerja.
Seterusnya, kita perlulah tidak membuang masa dengan melepak sehingga lewat malam dan
tidak ada masa untuk merehatkan badan. Di samping itu, kita mestilah berpakaian kemas ketika
hendak ke tempat kerja kerana pakaian itu menunjukkan personaliti diri kita yang sebenar.
4.0 RUJUKAN

 https://www.scribd.com/document/398798224/Kajian-Kes-Disiplin-Pekerja
 https://pdfcoffee.com/kerja-fikrie-1-pdf-free.html
 https://ilabur.com/isu-disiplin-pekerja/
 https://www.academia.edu/35143378/
RASUAH_DAN_CARA_MENANGANI_DI_MALAYSIA
 https://prezi.com/yx8qkopibouz/disiplin-kerja/

Anda mungkin juga menyukai