Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

TAJUK: FOLIO KAJIAN KES ETIKA PROFESIONALISME

MPU2232

 NAMA: MIFZAL NAJMI BIN MOHD NAHAR AZLI

 KURSUS: MEKANIKAL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

 SEMESTAR: 5/2021

 PENSYARAH: PN. ROSNI BT ABD JAMIL

1
Isi kandungan

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA M/S


1. Pengenalan Kenalpasti permasalahan disiplin pekerja. 3
2. Isi pekerja 5 isu disiplin pekerja
4
5 bahan disiplin pekerja
3. Faktor-faktor 5 faktor berlakunya isu disiplin pekerja 6
4. Hubung kait teori Hubungkaitkan dengan isu-isu disiplin
7
pekerja
5. Penyelesaian masalah 5 Langkah bagi permasalahan 10
6. Refleksi Kesimpulan 11
7. Rujukan rujukan 12

2
1.0 Pengenalan

Pada masa kini, peluang pekerjaan amat luas kerana perniagaan merupakan
salah satu cara mendapatkan pekerjaan. Di seluruh negara semestinya
mempunyai lebih daripada 10 syarikat besar sama ada milik kerajaan atau
swasta. Namun, semua tempat pekerjaan mempunyai etika bekerja. Etika
bekerja terdiri daripada disiplin bagi seseorang yang telah dibentuk dari kolej
atau university malahan sekolah menengah untuk dibawa ke alam pekerjaan.

Ini kerana masalah disiplin pekerja boleh membawa kepada kemorosotan


reputasi syarikat atau kerugian yang besar serta menyebabkan berlakunya kes
gaduh antara pekerja.

Etika bermula dengan sifat tanggungjawab dan amanah yang terdapat pada
seseorang individu.Oleh itu sifat ini amat penting untuk bekerja si sesebuah
syarikat atau organisasi. Bagi menjamin pekerjaan yang lama di sesebuah
tempat kerja, pekerja mestilah memiliki etika yang bagus. Ini termasuklah
pernampilan, sikap semasa bekerja dan keyakinan diri.

Sebagai penyelesaian bagi masalah etika pekerja, mengenalpasti masalah


yang utama akan membantu dengan banyak dari pelbagai segi seperti reputasi
syarikat terlibat.

Antara masalah yang dianggap sebagai masalah etika utama adalah masalah
kehadiran. Masalah ini berkait rapat dengan banyak perkara dan mendapat
kesan terhadap kedua-dua pihak iaitu pekerja serta syarikat tersebut. Ia
menyebabkan pekerja terkesan dengan sangat teruk jika dibuang kerja dan untuk
mencari pekerjaan baru kerana individu tersebut telah mempunyai rekod yang
tidak baik.

3
2.0 Isu disiplin pekerja

 Penampilan
Rambut pekerja yang terlalu panjang tidak dipotong serta rambutnya
tidak disikat dengan kemas.
Selain itu,pakaian mereka tidak digosong dengan rapi. Pekerja juga
memakai pakaian yang tidak sesuai, sebagai contoh memakai seluar jean
atau pakaian yang menjolok mata bagi pekerja perempuan. Pekerja juga
mengambil ringan dan sambil lewa terhadap penampilannya.
Pakaian yang tidak sesuai juga termasuklah pakaian yang tidak sesuai
dengan pekerjaan seperti memakai baju korporat bagi pekerja mekanik.

 Disiplin
Pekerja sering tidur dalam waktu bekerja. Sikap yang malas dan tidak
bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberi kepadanya ,ia
juga dikira sebagai curi tulang.
Pada waktu rehat atau makan tengah hari pekerja melepak sehingga
lebih dari masa yang diperuntukkan untuk berehat.
Menangguhkan tugasan atau laporan mahupun kerja-kerja yang diberi
kepada pekerja yang mengakibatkan sesetengah kerja lain tergandala. Ini
juga boleh menjatuhkan kepercayaan atau reputasi. Sebagai contoh,
pelanggan hilang kepercayaan pada pekerja atau syarikat terlibat. dalam
projek yang diberi.

 Kehadiran
Jumlah kehadiran yang teruk seperti hari yang tidak hadir lebih banyak
daripada hari hadir ke tempat kerja. Isu datang lambat amat kerap terjadi
di tempat kerja, ia juga disebabkan oleh kesesakan lalu lintas, tidak
mempunyai kenderaan sendiri atau pekerja bangun lewat.
Pekerja juga berkemungkinan menggunakan kesempatan memberi
surat cuti dari doktorsebagai alasan untuk tidak hadir bekerja.

 Bergaduh dengan pekerja lain

4
Akibat tidak sama pendapat atau salah faham antara pekerja yang
menyebabkan pergaduhan.Selain itu bagi sesetengah kes, pekerja
bergaduh untuk mendapatkan projek dalam sesebuah syarikat.

 Amanah
Mencuri barang di tempat kerja merupakan salah satu sikap yang tidak
amanah dan tidak bertanggungjawab keatas kerja yang diberi.

 Adab
Adab berkomunikasi dengan cara bercakap yang tidak sopan dan
biadap sama ada pada rakan sekerja atau pelanggan. Menggunakan kata-
kata kasar seperti makian , carutan atau cacian.
Membuli dari segi mental, seperti Body Shaming merupakan salah satu
adab yang tidak baik terhadap orang lain.Sebagai contoh, bergosip
perkara buruk tentang pekerja lain. Ini boleh dianggap sebagai seorang
yang tiada maruah diri kerana merendahkan orang lain.

5
Faktor isu disiplin

1. Isu penampilan

Isu ini berlaku akibat pekerja kurang motivasi diri serta tidak
mempunyai matlamat hidup yang kukuh atau tetap. Faktor lain bagi isu ini
ialah

2. Kehidupan seharian yang tidak teratur seperti tidur lewat yang


menyebabkan lambat hadir ke tempat kerja pada esok paginya.

3. Masalah rumah tangga atau keluarga yang konflik sehingga melibatkan


mahkamah atau sebagainya.

4. Menghidap penyakit metal atau kemurungan yang teruk dan


berbahaya.

5. Halangan persekitaran yang umum dan khas secara langsung atau


tidak langsung terhadap sesetengah pihak.

6
Hubungkait teori dengan etika kerja

1. Teori Keperibadian Mulia

Teori ini dianggap teori yang tertua daripada perkembangan falsafah tradisi
Greek. Aristotle (384-322 s.m) yang menjadi pendokong utama teori ini menyatakan
bahawa peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan
seseorang melaksanakan aktiviti yang rasional secara berkesan.

Teori ini berkait rapat dengan “kaedah sikap baik” dan sifat-sifat seorang
insan bermoral seperti sikap menjaga penampilan. Keperibadian mulia tidak lahir
secara semulajadi pada seseorang oleh itu ia perlu dilatih dan dibentuk melalui
pengalaman yang berharga.

Teori keperibadian mulia menitikberatkkan perbuatan atau perlakuan manusia


dari segi falsafah moral.

Sebagai contoh, sikap pekerja mengambil berat terhadap penampilan dirinya


dari pelbagai segi seperti rambut disikat dengan kemas, baju digosok dengan rapi
dan sentiasa kelihatan cergas. Teori ini menekankan cara-cara untuk individu
menjadi seorang insan. Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu
bersifat intelektual dan bersifat moral.

7
2. Teori Wajiban (Deontologis)

Teori ini berasakan oleh Immanuel Kant iaitu ahli falsafah Jerman (1724-
1804). Asas pemikiran teori ini lebih menekankan prinsip tanggungjawab dan tidak
terikat dengan akibat satu-satu tindakan iaitu dengan tindakan yang betul.

Definisi Deontologi aalah dari istilah Bahasa Greek yang merujuk kepada
tanggungjawab atau kewajipan seorang individu.

Teori wajiban juga merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip
moral dan kewajipan moral. Bagi memilih tindakan moral yang betul, kita peru
memahami obligasi atau kewajipan moral kita dan apakah peraturan betul yang
sedia ada untuk kita melakukan kewajipan tersebut. Sebagai contoh, sifat moral
yang tidak baik iaitu pekerja mempunyai sifat malas di tempat kerja seperti melepak
lebih waktu, tidur dalam waktu bekerja dan mencuri harta milik syarikat.

Oleh itu, teori ini berkait rapat dengan isu disiplin pekerja pada masa kini yang
menjadi masalah kritikal pada semua pihak.

8
3. Teori Hak Asasi

Teori ini menyatakan setiap orang mempunyai hak dalam memikul


tanggungjawab dalam kehidupan mereka. Teori ini menekankan bahawa sekiranya
sesuatu tindakan yang melanggar hak-hak seseorang dianggap tindakan tidak
bermoral. Ia juga menegaskan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab
dalam menghormati hak orang lain.

Teori ini merupakan sesuatu tanggungjawab yang perludilaksanakan kerana


setiap manusia mempunyai hak tertentu.

Sebagai contoh teori ini boleh dikaitkan dengan isu adab ditempat kerja
seperti menjaga percakapan terhadap orang lain kerana mereka mempunyai hak
asasi mereka tersendiri. Oleh itu, jika tidak mahu menimbulkan masalah yang besar
kita perlulah memperbaiki diri.

9
Penyelesain Masalah

1. Berbincang bersemuka dengan pekerja

Mengenalpasti masalah pekerja secara personal.

2. Membuat sistem ganjaran pekerja

Memberi ganjaran tambahan sebagai motivasi pekerja.

3. Membuat pemantauan terhadap pekerja

Mencatatkan prestasi pekerja daripada hasilkerja mereka.

4. Ambil langkah pembetulan

Menasihati dan membantu mengatasi masalah pekerja.

5. Mengeluarkan surat amaran sebanyak 3 kali

Memberi amaran tegas supaya pekerja tersebut tidak mengulangi masalah


tersebut berulang kali.

10
Refleksi

Kesimpulan etika kerja adalah membentuk seseorang individu menjadi


seorang pekerja yang boleh dijadikan model dan tauladan bagi pekerja lain. Pekerja
hendaklah berusaha sendiri dalam melatih dirinya untuk melaksanakan sesuatu
dengan bersungguh-sungguh.

Memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan supaya mendapatkan


kepercayaan orang sekeliling bahawa pekerja boleh melakukan kerja atau tugasan
yang diberi. Kebajikan pekerja diuruskan oleh pihak majikan.

11
Rujukan

Modul yang disediakan oleh pensyarah.


Laman sesawang :
1. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/teori-keperibadian-
mulia.html

2. http://hak-hak-asasi-manusia.blogspot.com/2011/05/40-teori-teori-hak-
asasi-manusia.html

3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Etika_deontologi

4. https://www.coursehero.com/file/p63repo5/KESIMPULAN-Sebagai-
penutup-etika-bekerja-yang-professional-mengikut-islam/

12

Anda mungkin juga menyukai