Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN ;

No Kandungan Muka Surat


1 Isi Kandungan 2
2 Pengenalan 3
3 5 Isu & Lampiran Masalah Disiplin Pekerja 4&5
4 Hubungkait 5 Isu Disiplin Pekerja DenganTeori Etika 6
5 4 Faktor Masalah Disiplin Pekerja 7
6 4 Langkah Bagi Menyelesaikan Masalah Isu Disiplin Pekerja 8
7 Kesimpulan 9
8 Rujukan 10

1
PENGENALAN ;

Etika profesional membabitkan semua isu etika dan nilai dalam sesuatu bidang profesion dan
gerak-geri golongan profesional dalam masyarakat. Seorang profesional sentiasa berdepan
dengan masalah etika dan nilai yang sukar serta mencabar. Profesion kini sering dikaitkan
dengan masalah disiplin. Masalah ini amat membimbangkan pihak yang bertanggungjawab.
Masalah disiplin seperti tidak menepati masa, prestasi kerja kurang memuaskan dan pakaian
yang tidak sesuai juga menjadi isu hangat di syarikat. Masalah ini tentunya memberi impak
yang negatif kepada perniagaan antaranya nama syarikat akan tercemar.

2
5 ISU & LAMPIRAN MASALAH DISIPLIN PEKERJA ;

 Pakaian yang tidak formal


- Penampilan Ketika di pejabat hendak kelihatan sopan dan tidak mencolok mata
kerana sikap ini boleh merosakkan imej syarikat.

 Prestasi kerja yang tidak kompeten


- Cenderungnya individu itu untuk bertindak seiring emosi sebelum berfikir terutama
apabila mempunyai masalah yang berat, maka dengan ini dapat menimbulkan
kebobrokan yang melanda seperti menimbulkan suasana yang huru-hara di tempat
kerja.

3
 Tidak menepati masa
- Sikap melengahkan masa dan tidak bijak merangcang masa dengan betul menjadi
tabiat menyebabkan kelewatan.

4
HUBUNGKAIT 3 ISU DISIPLIN PEKERJA DENGAN TEORI ETIKA ;

Hubungan antara etika dan moral dapat dilihat melalui perbezaan dalam konsep etika dan
moral. Etika ialah ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang hak kewajiban moral
manakala moral ialah adat dan kebiasaan. Hal ini untuk mendorong kehidupan individu menjadi
lebih berdisiplin dan mengawal individu daripada terjerumus ke lembah kejahatan. Selain itu,
hubungkait dapat mengukuhkan dan memantapkan lagi sistem etika dan nilai yang sedia ada.
Antara contoh teori etika ialah;

1. Teori Keperibadian Mulia

- Teori mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Sebagai contoh seorang
pekerja yang jujur dalam segala perbuatannya ketika bekerja dan keikhlasannya
dalam membantu para pekerja lain.

2. . Teori Wajiban (Deontologis)

- Teori wajiban juga merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan
kewajipan moral. Selain itu, kita sebagai manusia mempunyai suatu kewajipan yang
sepatutnya dilakukan. Di samping itu, manusia beribadah kepada tuhan kerana ia
merupakan kewajipan manusia untuk mengingati tuhannya, kerana perbuatan
tersebut akan mendapat pahala. Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai
masa rehatnya dengan menunaikan solat fardhu.

3. Teori Hak Asasi

- Teori ini adalah berkonsepkan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa


tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak masing-
masing. Selain itu, hak negatif yang mana seseorang itu bertanggungjawab untuk
tidak mengganggu kehidupan orang lain. Hal ini dikatakan beliau hanya
melihat aspek sesuatu keadaan yang menghalang individu mencampuri urusan
orang lain. Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai hak asasi untuk
mendapatkan gajinya dari majikan.

5
3 FAKTOR MASALAH DISIPLIN PEKERJA ;

Terdapat beberapa faktor masalah disiplin pekerja yang kurang memuaskan ianya
disebabkan oleh individu pekerja sendiri. Contohnya, masalah disiplin yang sering berlaku ialah
masalah kewangan ataupun peribadi, masalah rumah tangga, penagihan dadah atau alkohol
dan juga sikap peribadi pekerja yang kurang memberi tumpuan kepada kerja yang perlu
diselesaikan.

Masalah disiplin yang dihadapi oleh pekerja boleh dikalsifikasikan kepada empat jenis iaitu ;

 Tidak memberi sepenuhnya komitmen kepada pekerja


- Majikan tidak membayar gaji berpadanan dengan hasil kerja seseorang. Hal ini
mengakibatkan pekerja mengambil mudah dengan pekerjaan yang dilakukan bak
kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga” iaitu melakukan sesuatu pekerjaan
tetapi tidak bersungguh-sungguh.

 Penentang atau pemberontak


- Penentang atau pemberontak ialah pekerja yang engkar atau melanggar peraturan
dan undang-undang organisasi walaupun amaran telah diberikan.

 Tidak mempunyai masa tidur yang cukup


- Pekerja yang tidak mempunyai masa tidur yang cukup kerana bekerja lebih masa
dan akibat terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat.
Oleh itu, pekerja perlu bekerja lebih masa atas alasan untuk menyiapkan tugasan
tersebut. Selain itu juga, apabila mereka balik selepas waktu kerja, keadaan lalu
lintas yang pesat oleh kerana semua orang ingin pulang ke pangkuan keluarga
masing-masing dan mengakibatkan mereka sampai ke rumah lambat.

6
4 LANGKAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ISU DISIPLIN PEKERJA ;

MAJIKAN PEKERJA

Bincang bersemuka Pertingkatkan disiplin


- Membuat perbincangan secara - Salah satu cara dalam
bersemuka dengan individu mempertingkat disiplin diri ialah
tersebut dan cari punca perkara dengan fokus target jangka
yang menyebabkan individu panjang iaitu sasaran yang tidak
tersebut tidak mencapai KPI atau akan dapat pada waktu terdekat
terlibat dengan masalah disiplin. dan cara untuk mencapainya
adalah dengan melatih
kedisiplinan.

Mengenakan tatatertib Menjaga prestasi


- Pentadbiran dan pengurusan - Sentiasa memajukan diri dalam
pekerja yang menguatkuasakan prestasi kerja serta
tatakelakuan pekerja. Antara memperluaskan pengetahuan
kesalahan yang dilakukan ialah; tentang kemahiran apa yang perlu
 Salahlaku Peribadi (Datang Lewat) dikuasai. Contohnya, menghadiri
 Salahlaku Jenayah (Penggunaan kursus untuk mempertingkatkan
Dadah Di Tempat Kerja Atau Luar keupayaan diri.
Tempat Kerja)
 Salahlaku Disiplin (Curi Tulang)
 Salahlaku Berkaitan Dengan Tugas
(Cuai Dalam Melakukan Tugas)

7
KESIMPULAN ;

Salahlaku di tempat kerja sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja yang dilakukan
oleh pekerja yang melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan perlu
diambil tindakan. Salahlaku seperti yang dinyatakan di atas perlu ditangani secara berhemah
bagi menjamin keharmonian perusahaan di tempat kerja. Oleh itu, pihak majikan perlu
memastikan setiap salahlaku di siasat dengan lebih teliti supaya tuduhan yang bakal dikenakan
itu mempunyai bukti. Pekerja yang mempunyai salahlaku hendaklah diberi peluang untuk
menjelaskan keterangan berkaitan tuduhan yang dikenakan.

8
RUJUKAN ;

1. Modul Nota Penerangan Etika Profesionalisme MPU 2232


2. https://www.coursehero.com/file/44042428/kajian-kes-teori-etika-foliodocx/
3. https://www.academia.edu/40412309/KAJIAN_KES
4. https://www.scribd.com/documents/398798224/kajian-kes-disiplin-pekerja

Anda mungkin juga menyukai