Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL

SEMESTER : SEMESTER 1 / TAHUN 2022


JABATAN/UNIT: JABATAN PENDIDIKAN UMUM
PENTAKSIRAN : KAJIAN KES (TEORI ETIKA)
NAMA KURSUS : ETIKA PROFESIONALISME
KOD KURSUS : MPU2232
PROGRAM : DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN MARKAH MARKAH PERATUS
KURSUS/COURSE LEARNING SEBENAR DIPEROLEH PEROLEH
OUTCOME:
CLO1: Menghubungkait teori 40
etika dengan isu
permasalahan disiplin
pekerja dalam sesebuah
organisasi secara kajian
kes. (C3,PLO3)
ARAHAN KEPADA CALON.
1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu
2. Jawab semua soalan
NAMA PELAJAR : I’RINE DANISHA BINTI ISMAIL
PROGRAM : PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK
NO. KAD
040831081056
PENGENALAN :
ANGKA GILIRAN : K34JHA010
TARIKH :

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

…………………………………………………………………. ………………………………………………………………
(NUR EZZATY BINTI ASMARANI) (PN. HJH RAHIMAH BINTI ABDUL RAHIM)
PENYELARAS ETIKA PROFESIONALISME KETUA JABATAN PENDIDIKAN UMUM
LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA
1. Pengenalan Kenalpasti permasalahan disiplin pekerja
yang anda tahu.
2. Nyatakan 5 isu disiplin pekerja  Menyatakan 5 isu disiplin pekerja.
 Melampirkan 5 bahan / gambar isu
disiplin pekerja.
3. Kenalpasti 5 faktor Menerangkan 5 faktor berlakunya isu disiplin
pekerja.
4. Hubungkait teori dengan isu disiplin Menghubungkait 5 isu disiplin pekerja
dengan teori etika yang dipelajari.
5. Penyelesaian Masalah Menyelesaikan 5 langkah bagi permasalahan
isu disiplin pekerja / langkah penyelesaian /
cadangan penyelesaian.
6. Refleksi Membuat kesimpulan
7. Rujukan Nyatakan rujukan

SKOR PEMARKAHAN
(Wajib diisi oleh Penilai)

NO. LANGKAH KERJA MARKAH MARKAH


YANG
DIPEROLEH

1 Kenal Pasti Masalah 10

2 Aplikasi 10

3 Kejelasan Penulisan 10

4 Integriti 10

JUMLAH 40

Tandatangan Penilai :
Nama Penilai :
Tarikh :
PENGENALAN

Etika didefinisikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima


dari segi akhlak. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik
atau buruk. Etika dalam erti kata lain mematuhi nilai-nilai moral. Etika Profesoinal juga
bertujuan mewujudkan Autonomi moral di kalangan profesional. Autonomi moral
bermaksud kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai berdasarkan asas-
asas nilai kemanusiaan.

Etika dapat dirumuskan sebagai disiplin dan peraturan yang menentukan samada
perbuatan itu baik atau buruk. Disiplin adalah latihan pemikiran dan kelakuan supaya
dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Disiplin ini perlu sentiasa ada
pada setiap diri bagi membentuk jati diri seseoran. Sikap disiplin adalah sangat penting
bagi individu tidak kira tua mahupun muda. Ia sangat penting bagi seorang yang
bergelar pekerja.

Sejak kebelakangan ini, pemasalahan disiplin pekerja yang sering berlaku di tempat
kerja adalah tidak patut terjadi kerana setiap pekerja memerlukan rasa ingin
bertanggungjawab dan berintegriti. Antara isu yang sering terjadi dalam kalangan
pekerja adalah kerana pengurusan masa yang tidak teratur contohnya, pekerja hadir
lewat datang ke tempat kerja dan ketidakhadiran sesuka hati.

Seterusnya, adalah seperti masalah isu pergaduhan yang kerap berlaku disebabkan
berlaku ketidaksefahaman dan tiada sikap bertolak ansur di dalam diri pekerja. Selain
daripada itu, perkeja tidak mengikut peraturan tentang kod pemakaian di suatu tempat
kerja atau syarikat juga adalah salah satu isu dari disiplin setiap pekerja.

Seterusnya adalah, isu yang sangat berat dan kerap kali berlaku di tempat kerja
iaitu isi buli dalam kalangan pekerja lama dan baru. Contohnya, apabila seorang pekerja
yabg baharu didaftarkan di sebuah syarikat mahupun di premis, sering dibuli untuk
membuat kerja yang lebih banyak berbanding pekerja lama, kononnya untuk
memberikan pengalaman kepada pekerja yang baharu. Selain itu juga, isi buli ini juga
dapat memberikan kesan yang teruk dari segi fizikal dan mental serta sering trauma
akibat dibuli.

Antara isu masalah disipin yang terakhir sering berlaku di tempat kerja adalah,
pekerja sering tidur di tempat kerja. Pekerja mungkin megalami masalah untuk fokus
semasa berkerja atau terlalu letih sehingga tertidur di tempat kerja. Waktu lepas kerja
tak digunakan sebaik yang mungkin malah sering melepak selepas waktu kerja
sehingga lewat malam.

Di dalam folio ini, saya akan menerangkan tentang isu-isu disiplin di dalam kalangan
para pekerja. Saya juga akan menerangkan tentang teori yang berkaitan disiplin serta
cara penyelesaian bagi isu-isu yang dihadapi dalam kalangan kebanyakan pekerja.

ISU-ISU DISIPLIN PEKERJA


1) Pengurusan masa yang tidak teratur

FAKTOR

Antara faktor yang menyebabkan isu pengurusan masa yang tidak teratur
menyebabkan ramai orang yang lambat hadir ke tempat kerja atau tidak menepati masa
kerja. Masalah ini berlaku kerana, sikap pekerja yang membuat keputusan untuk lewat
atau tidak hadir ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan. Selain itu juga, sikap
pekerja yang suka mengambil remeh tentang pengurusan masa untuk datang ke tempat
kerja serta masalah ponteng kerja. Seterusnya, sikap pekerja yang suka membuat
alasan untuk hadir lewat ke tempat kerja. Oleh kerana itu, pekerja-pekerja seperti ini
mengambil kesempatan untuk tidak menepati waktu kerja kerana tidak terkena apa-apa
tindakan daripada syarikat.

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN ISU

Antara isu pengrusan masa tidak teratur yang boleh dikaitkan dengan teori etika
iaitu teori wajiban (Deontologis). Deontologis adalah dari istilah bahasa Greek yang
merujuk kepada tanggungjawab. Nilai yang berkait dalam teori ini mengatakan prinsip
yang bermoral bergantung pada niat seseorang seperti berlaku adil, jujur, simpati, dan
sebagainya untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan. Teori ini menegaskan
bahawa betul dan salah sesuatu perbuatan atau keputusan mestilah dilakukan dengan
betul serta bertanggungjawab. Secara keseluruhannhya, teori ini menyatakan tentang
tanggungjawab seorang pekerja yang bergantung pada niat seseorang untuk membuat
sesuatu keputusan atau tindakan

JALAN PENYELESAIAN ISU DISIPLIN


Antara perkara yang boleh dilakukan bagi menangani isu masalah disiplin ini ialah
dengan mengenakan atau menguatkuasakan perturan yang lebih ketat contohnya
memotong separuh gaji pekerja jika tidak mematuhi masa kerja. Gaji pekerja hendaklah
dipotong mengikut masa kerja pekerja ( 7 jam ) per masa kerja biasa ( 8 jam ). Antara
jalan penyelesaian yang lain adalah dengan membuat rancangan harian dan persediaan
awal agar pekerja tidak membuang masa. Akhir sekali, pekerja dibenarkan menaiki
kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan
kelewatan.
2) Isu Pergaduhan

FAKTOR

Antara faktor yang terjadi dalam isu pergaduhan yang berlaku di tempat kerja
adalah apabila pekerja tidak ada kesefahaman dalam membuat tindakan atau
keputusan dalam kumpulun. Selain itu, pekerja yang dibebani dengan tekanan kerja
yang banyak turut menyumbang kepada masalah isu pergaduhan yang berlaku di
tempat kerja. Contohnya, apbila mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya serta
kawalan emosi yang tidak terkawal menyebabkan rasa tidak puas hati antara rakan
sekerja yang lain.

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN ISU

Antara teori yang boleh dikaitkan dengan isu masalah pergaduhan yang berlaku di
tempat kerja adalah teori keperibadian mulia. Teori ini menyatakan bahawa peribadi
mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang melaksanakan
aktiviti secara rasional dan berkesan. Defenisi teori ini adalah kehidupan yang bermoral,
teori ini berkait rapat dengan “kaedah sikap baik” dan sifat pekerja yang bermoral. Teori
ini juga menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia. Teori ini mengambil berat
tentang budi pekerti dan sikap pekerja yang bermoral.

JALAN PENYELESAIAN MASALAH ISU

Antara jalan penyelesaian masalah yang dapat ditangani dalam isu pergaduhan
yang berlaku di tempat kerja ini adalah dengan cara, pekerja boleh sentiasa
mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam suatu kumpulan. Selain itu
juga, pekerja juga boleh membuat rancangan serta mengamalkan sikap menepati waktu
agar waktu untuk dirii sendiri tidak terganggu serta dapat mengelakkan gangguan emosi
dan mental semasa waktu kerja.
3) Isu Disiplin Kod Pemakaian

FAKTOR

Setiap syarikat di tempat kerja mempunyai kod pemakaian yang telah


ditetapkan oleh syarikat bagi menjaga nama baik syarikat. Antara faktor yang
menyebabkan isu disiplin kod pemakaian yang berlaku di tempat kerja adalah
kerana waktu yang singkat untuk pekerja berhias kerana memegang beban kerja
yang terlalu banyak dan tidak dapat menguruskan dengan baik. Akhir sekali adalah
pekerja yang tidak mengambil berat tentang penampilan diri kerana tidak
menganggap ia suatu perkara yang penting menyebabkan pekerja datang ke
tempat kerja dalam keadaan yang selekeh atau tidak terurus.

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN ISU

Antara teori yang dapat dikaitkan dengan masalah isu kod pemakaian ini adalah
Teori Keperibadian Mulia yang menitikberatkan perlakuan atau perbuatan manusia untuk
bersikap yang bermoral. Teori ini menekankan keperluan seseorang melaksanakan
aktiviti yang rasional secara berkesan. Selain itu juga, antara teori yang dapat dikaitkan
dengan isu kod pemakaian adalah teori wajiban. Teori ini dipilih kerana setiap pekerja
wajib mengikuti kod pemakaian yang telah ditetapkan oleh syarikat bagi menjaga nama
baik syarikat. Akhir sekali adalah, nilai yang berkait dalam teori ini mengatakan prinsip
yang bermoral bergantung pada niat seseorang seperti berlaku adil, jujur, simpati, dan
sebagainya untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan
JALAN PENYELESAIAN MASALAH ISU

Antara jalan penyelesaian masalah yang dapat dikaitkan dengan masalah isu kod
pemakaian yang berlaku di tempat kerja adalah, pihak penyelia perlu sentiasa
memerhatikan kod pemakaian dan kekemasan pemakian pekerja dan mengenakan
tindakan kepada pekerja yang tidak mengikuti peraturan tentang kod pemakaian. Selain
itu juga, pekerja boleh dikenakan amaran dan juga denda daripada pihak atasan
sekirannya pemakaian mereka tidak mengikuti cara kod pemakaian yang kemas dan
betul yang telah ditetapkan oleh syarikat.
4) Isu Pembulian Di Tempat Kerja

FAKTOR

Antara faktor yang banyak berlaku di tempat kerja adalah kes buli pekerja baharu.
Masalah ini berlaku kerana isu disiplin buli yang melibatkan sikap pekerja yang tidak
tegas dalam pengurusan serta pembuli yang tidak mempunyai etika ketika bekerja.
Selain itu juga, isu masalah ini sering berlaku kerana, kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan menunjukkan bahawa pembuli mungkin berasal dari mangsa yang pernah
mengalami perlakuan ganas atau deraan dan menyebabkan mereka membuli atas
sebab tujuan untuk membalas dendam. Akhiir seklali, pembuli ini tidak mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap tindakan yang telah mereka lakukan dan sering berasa ingin
mengawal serta tidak mampu memahami dan menghargai orang lain.

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN ISU

Antara teori yang dapat dikaitkan dengan isu masalah ini adalah Teori Hak Asasi.
Teori ini menyatakan setiap orang mempunyai sifat tanggungjawab dalam menghoramati
hak orang lain. Antara teori lain yang dapat dikaitkan adalah Teori Keperibadian Mulia.
Teori ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia yang bermoral. Etika
keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasakan sikap
seorang pekerja.
JALAN PENYELESAIAN MASALAH ISU

Pihak atasan perlu membuat perubahan supaya jika ada pelanggaran undang-
undang dalam pekerjaan seperti perbuatan membuli perlu diberi sesi kaunseling supaya
pelaku dapat sedar dan berusaha mengubah kelakuannya. Selain itu juga, pihak atasan
boleh menguatkuasakan undang-undang bagi menghindari gejala buli dalam kalangan
pekerja seperti membuang kerja atau menolak gaji pekerja.
5) Isu Disiplin Tidur Di Tempat Kerja

FAKTOR

Antara faktor yang terdapat dalam masalah tidur di tempat kerja ini adalah kerana
masalah tidak cukup tidur. Punca masalah ini berlaku kerana masa rehat atau tidur tidak
digunakan dengan baik. Selain itu, anatara faktor dari masalah ini adalah kerana pekerja
tidak mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi adalah penting kerana memberi tenaga
kepeda manusia untuk melakukan kerja. Jika pekerja sering meninggalkan sarapan
pagi, ia akan menyumbang kepada kepenatan dan akhirnya tertidur semasa waktu
kerja.

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN ISU

Antara teori yang dapat dikaitkan dengan masalah isu tidur di tempat kerja ini
adalah Teori Keperibadian Mulia kerana teori ini berkait rapat dengan kaedah sikap yang
baik pada seseorang.

JALAN PENYELESAIAN MASALAH ISU

Antara jalan penyelesaian masalah isu yang dapat dilakukan adalah dengan cara
pekerja mestiilah merancang jadual kerja hariannya dengan baik agar mengikuti waktu
rehat yang telah ditetapkan. Selain itu juga, pihak atasan boleh mendapatkan tindakan
dan menguatkuasakan undang-undang ke atas pekerja yang kerap kali tidur di tempat
kerja.
PENUTUP

Kita dapati bahawa etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah laku para
profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Etika kerja profesional memainkan
peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Teori keperibadian adalah teori yang menyatakan bahawa peribadi mulia dianggap
sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yang
rasional secara berkesan. Teori ini berkait rapat dengan ”kaedah sikap baik” dan sifat-
sifat seorang insan bermoral. Teori keperibadian mulia menitikberatkan perbuatan atau
perlakuan manusia dari segi falsafah moral.

Seterusnya, Teori Hak Asasi meyatakan setiap individu mempunyai sifat


tanggungjawab dalam menghormati hak orang lain. Konflik hak asasi ini perlu dikendali
dengan baik supaya masyarakat tidak menyalahguna teori hak asasi manusia untuk
kepentingan mereka tetapi sebaliknya teori ini memberi kebaikan dan mengimbangi hak-
hak manusia.

Akhir sekali adalah, Teori Wajiban yang dikenali sebagai Teori Deontologi. Menurut
pengasas teori ini, melakukan tindakan baik seperti berlaku adil, jujur, simpati, dan
sebagainya adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh individu. Mengikut teori
etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas
kesudahannya kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya
semasa tindakan atau keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu
tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat
keputusan atau melakukan tindakan.

Setiap teori yang kita pelajari di dalam etika ini adalah penting kepada para pekerja.
Dengan adanya teori ini, pekerja dapat menjadikan teori dalam etika ini sebagai
panduan ketika bekerja. Selain itu juga, pekerja dapat membentuk identiti diri yang lebih
berintegriti, berdisiplin dan dari segi nilai sebagai seorang pekerja dan masyarakat yang
bermoral.

Anda mungkin juga menyukai