Anda di halaman 1dari 12

KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

1.0 PENGENALAN TENTANG PERMASALAHAN DISIPLIN PEKERJA

Persoalan disiplin pekerja adalah masalah yang sering dihadapi oleh mana - mana
organisasi. Bezanya hanyalah dari segi jumlah kes samada banyak atau sedikit atau samada
kes tersebut kronik atau tidak. Masalah yang sering dihadapi oleh organisasi berkaitan
dengan kes disiplin pekerja ialah dari segi pengendalian kes. Sekiranya kes disiplin pekerja
tidak diuruskan dengan betul, kemungkinan besar kes tersebut tidak dapat disabitkan atau
organisasi akan gagal di dalam perbicaraan. Ini merugikan organisasi kerana dalam
pengendalian kes disiplin pekerja banyak perbelanjaan yang terlibat. Malah ini juga
melambangkan organisasi tersebut tidak profesional di dalam mengendalikan kes disiplin
pekerja. Menyedari hakikat pentingnya kes disiplin pekerja ini dikendalikan dengan betul,
maklumat tatatertib ini diwujudkan.

TAKRIF PENGURUSAN TATATERTIB

Satu aspek pentadbiran dan pengurusan pekerja yang menguatkuasakan tatakelakuan


pekerja.

PENENTUAN KESALAHAN – KESALAHAN TATATERTIB

Kesalahan – kesalahan tatatertib adalah ditentukan melalui Peraturan – peraturan


mengenai kelakuan dan hukuman – hukuman yang boleh dikenakan kepada pekerja seperti
Akta – Akta, Pekeliling Perkhidmatan dan Peraturan. Seterusnya, Peraturan – peraturan
mengenai kelakuan serta tatacara kerja berkaitan dengan Jabatan – jabatan tertentu atau
kumpulan – kumpulan pekerja tertentu. Akhir sekali, Penentuan tugas – tugas serta
tanggungjawab yang nyata bagi sesuatu jawatan itu.

1
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

2.0 MENGENALPASTI ISU DISIPLIN PEKERJA

1) Selalu datang lewat ke pejabat

2) Sering melakukan gangguan seksual ke atas pekerja wanita

2
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

3) Buli pekerja di tempat kerja

4) Mencuri barangan syarikat

3
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

5) Tidur ketika waktu kerja

4
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

3.0 FAKTOR ISU DISIPLIN PEKERJA

SELALU DATANG LEWAT KE PEJABAT

Antara alasan yang kerap kali digunakan oleh seseorang pekerja sekiranya lewat ke
pejabat ialah kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Contoh yang berkait ialah ketika sedang
membawa kereta, dengan secara tiba – tiba terdapat kemalangan yang melibatkan treler
bertembung treler sehinggakan menghalang jalan. Seterusnya, pekerja sering menggunakan
alasan bangun lambat dengan alasan terdapat banyak kerja yang diberi sehinggakan tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk melelapkan mata walaupun sebentar.

SERING MELAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PEKERJA


WANITA

Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung diganggu berbanding wanita yang kurang
cantik. Selain itu, Wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik
dan berperwatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Bagi sesetengah
golongan wanita, keterampilan yang moden sering menjadi salah satu sebab mengapa perkara
ini terjadi. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan
mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan sekerja dan juga pihak atasan, dan ini
akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian.
Menurut Fiske dan Glick (1995) telah membuat rumusan bahawa perwatakan wanita yang
menampakkan ciri – ciri tradisi kurang terdedah kepada gangguan ini.

Buli pekerja di tempat kerja

Sejak kebelakangan ini, isu buli pekerja di tempat kerja semakin berleluasa. Hal ini
kerana pekerja yang sudah lama bekerja di situ akan menggunakan konsep ‘seniority’ di
mana pekerja baru mestilah mengikut setiap arahan yang diberi oleh senior. Seterusnya,
perkara yang selalu berlaku iaitu sering tidak puas hati dengan pekerja lain. Hal ini boleh
dibuktikan dengan isu pada zaman sekarang apabila seseorang pekerja itu dipuji oleh orang
atasan atas sebab kerja yang dilakukan adalah sangat bagus dan memenuhi kriteria, maka
pekerja lain akan mempunyai sifat iri hati.

5
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

CURI BARANG SYARIKAT

Masalah ini adalah berpunca daripada pekerja yang tidak mempunyai wang yang mencukupi
bagi menampung keluarga beliau. Perkara ini akan lebih mendorong seseorang pekerja itu
untuk melakukan

TIDUR WAKTU KERJA

Punca Masalah

 Tidur lewat malam


 Membuat kerja pejabat sampai lewat malam

6
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

4.0 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN KERJA

1. Gangguan seksual di tempat kerja


 Teori hak asasi dan teori keperibadian mulia.
 Kita sebagai umat islam tidak sepatutya untuk melakukan perkara terkutuk
seperti melakukan gangguan seksual kepada orang lain
 Kita perlu menjaga hak asasi kita sebagai manusia daripada dipergunakan oleh
orang lain.

2. Buli pekerja di tempat kerja

Hubungkait isu di atas dengan teori etika yang dipelajari ialah teori hak asasi. Teori ini
menyatakan bahawa setiap individu mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab dalam
kehidupan mereka. Selain itu, teori ini mengaskan bahawa setiap individu mempunyai sifat
tanggungjawab dalam menghormati hak orang lain.

3. Mencuri barang syarikat


 Teori keperibadian mulia dan teori wajiban
 Sebagai seorang pekerja yang beretika, kita seharusnya bersikap amanah dan
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diberi.
 Sebagai seorang pekerja yang sudah diberi kepercayaan oleh syarikat kita
sepatutnya menjaga barang syarikat dan bukannya menghancuran kepercayaan
yang sudah diberi dengan mencuri barang syarikat untuk kepentingan diri
sendiri.

4. Selalu lewat datang ke tempat kerja


 Teori keperibadian mulia dan teori wajiban
 Seseorang itu perlulah datang awal ke tempat kerja untuk mengelakkan
daripada dipandang serong orang sekeliling. Ianya juga melambangkan sikap
seseorang itu.

7
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

5. Tidur di tempat kerja


 Teori keperibadian mulia dan teori wajiban
 Seseorang itu perlulah mengelakkan dirinya daripada melakukan perkara yang
tidak sepatutnya di tempat kerja.

8
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

5.0 PENYELESAIAN MASALAH

Selalu dtg lewat ke pejabat

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini ialah syarikat
perlulah menyediakan pengangkutan syarikat bagi pekerja yang kurang mampu untuk
membeli kenderaan sendiri. Hal ini untuk memudahkan lagi pekerja dari segi kenderaan serta
mengurangkan lagi isu berkaitan. Seterusnya, pengurus boleh mengeluarkan amaran lisan
kepada pekerja yang sering datang lambat ke pejabat dengan alasan yang tidak kukuh seperti
terlambat bangun, memasak dan sebagainya sebanyak 3 kali. Sekiranya amaran itu tidak
berjalan dengan lancar, pengurus sesebuah syarikat itu boleh membuat keputusan untuk
membuang pekerja yang bermasalah tersebut.

Gangguan seksual

Cadangan Penyelesaian bagi mengelakkan perkara ini berlaku ialah syarikat haruslah
berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada pekerja – pekerja di dalam syarikat
tersebut. Sebagai contoh mengadakan seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi
gangguan seksual untuk memberi penerangan apakah yang dikatakan gangguan seksual dan
apakah yang akan dilakukan jika seseorang telah mendakwa telah digaggu secara seksual.
Seterusnya, membuat satu mesyuarat utnuk menerangkan polisi anti – gangguan seksual yang
wajib dihadiri oleh semua kakitangan syarikat supaya semua orang di dalam syarikat itu
mampu untuk memahami polisi – polisi dan kesan – kesan akibat gangguan seksual.

Bergaduh dengan pekerja lain

Langkah penyelesaian bagi isu pergaduhan dengan pekerja lain ialah syarikat boleh
mengadakan kursus ke arah kebaikan kepada pekerja bagi menyedarkan pekerja daripada
melakukan perbuatan yang tidak sopan seperti bergaduh. Selanjutnya, penyelesaian yang
lebih efektif adalah dengan memanggil pekerja yang terlibat dalam pergaduhan dan
menanyakan masalah beliau sehinggakan bergaduh dengan pekerja yang lain. Akhir sekali,
langkah yang sering digunakan oleh sesiapa sahaja iaitu memberi amaran kepada pekerja
yang suka bergaduh ditempat kerja.

9
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

Curi brg syrkt

Cadangan Penyelesaian untuk masalah ini ialah pekerja perlulah berjumpa dengan
orang atasan serta memberitahu bahawa kekurangan wang untuk menampung perbelanjaan
keluarga. Dengan menyuarakan masalah yang dihadapi, Orang atasan akan lebih mengambil
berat terhadap isu berkenaan dan akan mencari penyelesaian yang lebih efisien.

Tido waktu kerja

Langkah yang boleh dibuat untuk menangani isu tido pada waktu bekerja ialah
memberi nasihat ke arah kebaikan. Hal ini bagi memastikan pekerja mengetahui bahawa
sikap tersebut tidak bermoral untuk dilakukan pada waktu – waktu bekerja.

10
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

6.0 REFLEKSI

Pekerja yang menunjukkan kelakuan masalah tidaklah begitu ramai dalam sesebuah
organisasi. Namun mereka boleh memberi banyak masalah kepada pengurus daripada
menumpukan kepada fungsian pengurusan lain yang lebig=h signifikan dan strategi.
Kelakuan bermasalah perlu ditanganni dengan segera kerana kegagalan berbuat demikian
akan berupaya mengundang masalah personel yang lebih rumit, malah berupaya menghakis
iltizam dan motivasi kerja keseluruhan warga organisasi berkenaan. Pengurus mempunyai
banyak pilihan dalam menangani isu pekerja bermasalah, iaitu bermula dari tindakan ringan
(menasihati) sehinggalah tindakan lebih berat (amaran bertulis dan pembuangan kerja).

Seara amnya, didapati tindakan yang diambil mempunyai perkaitan secara langsung
dengan masalah yang dipersepsikan. Jika masalah yang dipersepsikan itu ringan,maka
tindaka pengurus adalah ringan. Sebaliknya jika masalah yang dipersepsikan itu serius, maka
tindakan yang akan diambil juga berat seperti amaran bertulis atau pembuangan kerja. Akhir
sekali, kajian ini juga memperlihatkan bahawa tindakan yang diambil terhadap pekerja yang
bermasalah secara agregat mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan prestasi
jabatan, tetapi tidak signifikan dengan prestatsi dn komitmen terhadap organisasi individu
pekerja.

11
KAJIAN KES ETIKA PROFESIONAL

7.0 SUMBER RUJUKAN

Laman web

 https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/
 http://flowerlovepinky.blogspot.com/2017/01/punca-dan-penyelesaian-gangguan
seksual 19.html?m=1
 http://faudzil.blogspot.com/2013/06/p-sumber-manusia-peraturan-disiplin.html?m=1
 https://www.malaysianreview.com/156071/gaji-tak-naik-juruwang-mencuri-di-
tempat-kerja/
 http://jtina-information.blogspot.com/2011/05/keganasan-di-tempat-kerja-html?m=1
 http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2010/02/09/buli-di-tempat-kerja-kesan-
buruk-bagi-produktiviti/
 http://www.kosmo.com.my/terkini/pembantu-makmal-didakwa-bunuh-rakan-sekerja-
1.710533
 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/301320/sapu-harta-benda-bos

12

Anda mungkin juga menyukai