Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN KES MPU

NAMA MUHAMMAD AZIM BIN HAIZI

PROGRAM 1 DVM CTP

NO.IC 051025-10-2127

PENSYARAH PUAN NURUL HUDARASIDA BINTI SAMSUL


PENGENALAN

Pekerjaan adalah satu perkara ataupun keperluan yang sangat penting bagi semua individu di dunia ini.
Kehidupan yang bakal kita lalui bergantung pada sesuatu kerja yang akan dilakukan oleh kita. Ini kerana
itu, ia merupakan sumber ekonomi untuk keperluan yang akan dibeli kemudian kelak. Pekerjaan juga
boleh mengangkat sesuatu status atau memberikan sesebuah pengiktirafan kepada individu yang
banyak berjasa pada syarikatnya. Agama amat menggalakkan semua umatnya bekerja dan tidak memilih
pekerjaan yang akan dilakukan kelak. Ia memberikan tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh pekerja
mestilah mempunyai sifat jujur dan amanah dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Dengan
melaksanakan kerja inilah kita akan memperolehi rezeki yang halal yang mampu diberikan nafkah pada
keluarga yang tercinta disamping membangunkan lagi ekonomi negara. Kebanyakkan orang yang
berjaya adalah orang yang berdisplin dan menghargai masa dalam melaksanakan apa jua yang dilakukan.
Dengan memiliki sikap disipilin dalam diri membolehkan seseorag itu berjaya dan lebih dikehendaki oleh
semua syarikat untuk menaikkan lagi nama syarikat mereka dan seterusnya menaikkan nama dan
martabat pekerja tersebut.Untuk menjadi pekerja yang mempunyai nilai yang tinggi dan berkualiti
mestilah menanamkan sifat nilai murni dalam diri untuk lebih berjaya dalam bidang pekerjaan yang
diceburi.

Disiplin adalah sesebuah sifat yang amat mulia dan diperlukan oleh semua pekerja di dunia ini untuk
menaikkan nama beliau dan membantu syarikat berkembang maju dan dipercayai oleh majikan. Disiplin
juga adalah salah satu tatatertib yang menunjukkan kepatuhan pekerja dalam mengikuti peraturan-
peraturan yang telah termaktub dalam sesebuah organisasi sebuah syarikat itu untuk menaikkan lagi
martabat mereka di mata syarikat lain. Tujuan utama sistem disiplin diwujudkan adalah untuk
memastikan tingkah laku kerja para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat utama syarikat itu.
Tindakan disiplin boleh diwujudkan untuk memberikan pengajaran pada pekerja yang telah melanggar
peraturan yang ditetapkan supaya mereka lebih peka pada persekitaran dan mengelakkan diri daripada
melakukan kesalahan di tempat kerja.
GANGGUAN SEKSUAL

Masalah gangguan seksual di kalangan pekerja bukanlah satu isu kecil yang boleh dipandang ringan. Sekiranya ada pekerja yang mengadu
tentang isu gangguan seksual, sebagai pihak yang berautoriti anda perlu menyiasat dengan segera. Gangguan seksual bukan sahaja
membabitkan perbuatan meraba atau mencabul, malah kata-kata bersifat lucah juga dianggap sebagai gangguan seksual. Ramai yang
melakukannya tanpa sedar.

Faktor-Faktor

Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih
cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang
menarik dan berperwatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Bagi sesetengah golongan wanita, keterampilan yang
moden sering menjadi salah satu sebab mengapa perkara ini terjadi.

Hubungkait teori

Isu inimelibatkan teori keperibadian mulia.Gangguan seksual merupakan suatu tragedi bagi seorang wanita. Gangguan seksual memberi kesan
yang buruk kepada emosi mangsa, kerjaya, rumah tangga serta kehidupan mereka secara keseluruhan. Mangsa gangguan seksual perlu dibela
serta dibantu untuk mendapat pengadilan dan perlindungan. Justeru, artikel ini akan mengupas kemelut gangguan seksual yang berlaku dalam
masyarakat

Langkah mengatasi

Mekanisma pencegahan yang komprehensif perlu dibangunkan di tempat kerja bagi melindungi wanita daripada terus menjadi mangsa. Unit
atau bahagian berkaitan seperti bahagian sumber manusia perlu mengambil langkah aktif bagi membanteras gangguan seksual di tempat kerja.
Polisi gangguan seksual perlu disampaikan dengan jelas kepada semua kakitangan supaya mereka tahu apa yang patut dilakukan jika mereka
menjadi mangsa.
Tidak hadir bekerja

Tidak hadir bekerja tanpa sebab yang munasabah dan gagal untuk memaklumkan kepada pihak Jabatan
Sumber Manusia. Bahasa mudahnya ialah ponteng kerja. Jika anda mempunyai pekerja yang kaki
ponteng, ia adalah isu disiplin yang perlu ditangani dengan segera. Pekerja yang selalu tidak hadir akan
menjejaskan prestasi syarikat. Sesi kaunseling mungkin membantu.

Faktor-Faktor

Kepuasan Kerja ada pekerja yang sudah dapat apa yang diimpikan di sesebuah organisasi itu, mereka
mula bersikap lain dan tunjukkan rasa bosan dan jemu dengan kerja yang dilalukan Selain ituMasalah
peribadi yang tak terurus akan menggangu waktu kerja seperti lewat tidur dan sering melepak selepas
waktu bekerja

Hubungkait teori

Tidak hadir ke tempat kerja merupakan isu yang berkait dengan teori keperibadian mulia. Ini kerana
teori keperibadian mulia berkait dengan tingkah laku seseorang . Tidak hadir ke tempat kerja merupakan
perbuatan yang sengaja mahupun tidak sengaja dilakukan ataupun sifat seseorang itu yang suka
melengah-lengahkan dan memandang remeh sesuatu perkara seperti berfikiran bahawa pengurus
tempat kerja tidakakan mengenakan sebarang tindakan pada pekerja yang tidak hadir bekerja

Langkah penyelesaian

Berikan ganjaran untuk pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang seperti memberi bonus, anugerah
atau pakej percutian mengikut kategori seperti kedatangan pekerja cemerlang, perkhidmatan pekerja
cemerlang dan sebagainya.Sistem ganjaran ini secara tidak langsung akan memberikan semangat
kepada setiap pekerja untuk berikan hasil kerja yang terbaik dan secara tidak langsung membentuk
disiplin mereka.
Penampilan yang tidak formal dan profesional

Penampilan yang selekeh ataupun tidak kemas sering dipandang remeholeh kebanyakan pekerja.
Mereka menganggap ini hanya perkara kecil kerana berfikiran bahawa hanya kemahiran kerja yang
dipandang berbanding penampilan diri. Persepsi ini adalah salah sama sekali ,kerana bagi sesetengah
pekerja penampilan diri amatlah dititikberatkan sebagai contoh bekerja di kedai makan , penampilan
yang selekeh atau tidak kemas seseorang pekerja di kedai makan boleh mengakibatkan pelanggan
menganggap kedai tersebut Kotor

Faktor

Persepsi pekerja yang menganggap cara kerja lebih penting berbanding penampilan diri. Hal ini
menyebabkan pekerja lebih selesa pakai pakaian mengikut kehendak diri

Hubungkait teori

Hubungkait isu disiplin dengan etika teori penampilan yang selekeh hubungkait dengan teori etika
keperibadian mulia.Hal ini kerana konsep teori etika berkaitan dengan sifat-sifat atau kelakuan
seseorang itu. Seseorang yabg sentiasa mengamalkan sikap mengemas ataubersifat seorang pembersih
akan cenderung untuk berpakaian bersih, kemas dan keterampilan

Langkah penyelesaian

Penampilan yang selekeh boleh diatasi dengan meningkatkan peraturan-peraturan yang berkaitan
kekemasan diri di tempat kerja, Sebagai contohmengenakan denda keapada sesiapa yang tidak
memakai pakaian yang sesuaidan kemas semasa berada di tempat kerja. Selain itu, menegur
ataumenjelaskan kepada pekerja tentang kepentingan penampilan diri, dengan caraini pekerja akan
dapat memahami kehendak kerja dan mampu mengubah diri
BERGADUH DENGAN PEKERJA LAIN

Bergaduh dengan rakan sekerja atau duduk berkumpulan secara berpuak-puak adalah satu lagi isu
disiplin pekerja yang boleh menjejaskan syarikat anda. Pekerja yang bergaduh dan berpuak-puak akan
menyebabkan kerja serta tugasan tidak berjalan dengan lancar. Malah segala urusan pejabat juga akan
tergendala akibat kegagalan untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua pekerja.

Faktor

Penyakit hasad dengki yang ada pada setiap pekerja yang menyebabkan kes ini seeing berlaku di tempat
kerja. Iri hati melihat kesenangan dan ketenangan orang lain .kesannya menjejaskan ketenteraman
pekerja dan memberi tekanan pada pihak atasan

Hubungkait teori

Teori keperibadian mulia ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari segifalsafah moral
iaitu mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Sebagai contoh seorang pekerja yang jujur
dalam segala perbuatannya ketika bekerja dan keikhlasannya dalam membantu para pekerja

Langkah penyelesaian

Bincang semula dengan majikan dan lebih baik susun tugas mengikut kepentingan yang diperlukan.
Jangan memalukan diri bergaduh di hadapan pekerja lain. Bergaduh dengan rakan sekerja atau duduk
berkumpulan secara berpuak-puak adalah satu lagi isu disiplin pekerja yang boleh menjejaskan syarikat
anda.
Curi tulang semasa bekerja

Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah masalah curi tulang semasa bekerja. Ada pekerja yang curi-curi
untuk tidur apabila tidak diperhatikan. Ada yang minum pagi atau keluar makan tengah hari bukan pada
waktunya atau mengambil masa yang terlalu lama. Ada juga pekerja yang mengambil kesempatan untuk
keluar membeli-belah semasa bekerja apabila orang atasan tiada. Pekerja yang kaki bermain game pula
mungkin menghabiskan masa di pejabat untuk bermain game secara online. Kesemua perbuatan
mencuri tulang semasa bekerja ini akan merugikan syarikat.

Faktor

Curi tulang boleh berlaku dengan mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau
meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah atau alasan tidak munasabah. Ada kalanya
tanggungjawab itu dilakukan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Hubungkait teori

Hubungkait teori keperibadian mulia ini sikap suka meninggalkan tugas sehingga menyusahkan orang
lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Malah, ia juga boleh dikategorikan sebagai khianat
atau ‘curi tulang’ iaitu sikap orang malas yang sentiasa mengharapkan habuan dan pertolongan orang
lain.

Langkah penyelesaian

Menggunakan waktu kerja untuk urusan peribadi atau melakukan urusan yang tiada bersangkutan
dengan kerja. Contohnya Menjalankan perniagaan peribadi (jual kosmetik, kain baju, kuih muih,
promosi MLM, main kutu dan sebagainya).
Refleksi

Setiap pekerja perlulah memainkan peranan masing-masing untuk majukan lagi pretasi pekerja dan
nama syarikat itu.Sikap yang mulia diperlukan oleh semua pekerja untuk memudahkan majikan menilai
pekerja itu di akhir pekerjaan. Disiplin diperlukan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
pekerja. Semua pekerja perlu ada sifat disiplin dalam diri untuk mengelakkan mereka melakukan
kesilapan yang mengundah padah diri sendiri.
RUJUKAN

1. http://alifalfredo.blogspot.com/2012/09/peraturan-keselamatan-melakukan-kerja.html?m=1
2. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.klik.com.my%2Fitem%2Fstory%2
F6177782%2Fdoktor-ponteng-400-
hari&psig=AOvVaw0XbXhC3LmvqTOOAOM5dbof&ust=1694591874813000&source=images&cd
=vfe&opi=89978449&ved=0CBAQjRxqFwoTCIDc1O3NpIEDFQAAAAAdAAAAABA4
3. https://images.app.goo.gl/XjeBrvz7XNjzb9LX9

4. https://th.bing.com/th/id/R.c8256f2657b6235db87481a138ecc569?rik=d3s4JLfOJvverg&riu=htt
p%3a%2f%2frileklah.com%2fsites%2fdefault%2ffiles%2fstyles%2flarge%2fpublic%2fimages%2f2
018%2f02%2f22%2fnode-2206%2fScreen+Shot+2018-02-
22+at+1.58.51+PM.jpg%3fitok%3dBMw0In9L&ehk=rhi5wh7YkTJobB6N3QIQa8s01u%2fltgzLBm
%2bBWjiwhWM%3d&risl=&pid=ImgRaw&r=0

5. https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Flookaside.fbsbx.com%2Flookaside%
2Fcrawler%2Fmedia%2F%3Fmedia_id%3D1424250044251965&tbnid=8QrCnPVlhE5DvM&vet=1
2ahUKEwjm1pyb0KSBAxWB3DgGHbFlBAcQMygEegQIARBP..i&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.
facebook.com%2Fpdrmsiaofficial%2Fphotos%2Fa.705470699463240%2F1424250044251965%2
F%3Ftype%3D3%26locale%3Dms_MY&docid=GIrInosxDKpWjM&w=1440&h=1093&q=gangguan
%20seksual%20di%20tempat%20kerja%20berita%20harian&hl=ms&ved=2ahUKEwjm1pyb0KSB
AxWB3DgGHbFlBAcQMygEegQIARBP

Anda mungkin juga menyukai