Anda di halaman 1dari 23

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

17500 TANAH MERAH KELANTAN

PROGRAM KOSMETOLY
1 D DHA

ETIKA PROFESIONALISME
MPU 2232

TAJUK:
KAJIAN KES (TEORI ETIKA)
NAMA : NUR SYAIMA HAZIRAH BINTI ZULKIFFLI
NO. IC: 030705-11-0304

DISEDIAKAN UNTUK :PN.SABARIAH BT PAWAN


PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya
menyiapkan tugasan saya yang telah diusahakan selama ini. Kajian kes ini amat
penting buat saya kerana ini bertujuan memberi pendedahan mengenai perkaitan
antara teori etika dengan isu permasalahan disiplin kerja dalam sesebuah
organisasi.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Pn. Kamilah
binti Stapa yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam
menyiapkan kajian kes ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa dan keluarga saya yang telah memberikan banyak kemudahan dan sokongan
sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada rakan- rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan saya mengenai kajian ini.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam penghasilan kajian ini. Jasa anda
amat saya hargai. Sekian terima kasih.
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara M/s


.
1. Pengenalan 1
2. 5 isu disiplin pekerja 2-4
3. 5 faktor berlakunya isu disiplin pekerja 5-10
4. Hubungkait teori dengan isu disiplin 11
5. Penyelesaian masalah 12-17
6. Refleksi 18
7. Rujukan 19
PENGENALAN

Pekerjaan adalah satu perkara atau keperluan yang sangat penting bagi
semua individu di dunia ini. Kehidupan yang bakal kita lalui bergantung kepada
sesuatu kerja yang akan dilakukan oleh kita. Dengan melaksanakan kerja inilah kita
akan memperoleh rezeki yang halal yang mampu diberikan nafkah pada keluarga
yang tercinta disamping membangunkan lagi ekonomi negara. Kebanyakkan orang
yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dan menghargai masa dalam
melaksanakan apa jua yang dilakukan. Dengan memiliki sikap disiplin dalam diri
membolehkan seseorang itu berjaya dan lebih dikehendaki oleh semua syarikat
untuk menaikkan lagi nama syarikat mereka dan seterusnya menaikkan nama dan
martabat pekerja tersebut.

Disiplin adalah salah satu tatatertib yang menunjukkan kepatuhan pekerja


dalam mengikuti peraturan-peraturan yang telah termaktub dalam sesebuah
organisasi dalam sebuah syarikat ini untuk menaikkan lagi martabat mereka di mata
syarikat itu. Tujuan utama disiplin diwujudkan adalah untuk memastikan tingkah laku
para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat utama syarikat itu.

Selain itu, pekerja perlu tahu bahawa tujuan disiplin pekerja tidak bermaksud
untuk memalukan atau merendahkan moral seseorang pekerja. Matlamatnya adalah
untuk memastikan setiap kakitangan bekerja dengan cara yang boleh diterima oleh
organisasi. Konsep disiplin pekerja berkembang mengikut zaman. Pihak pengurusan
menyedari bahawa disiplin adalah sebahagian dari tugas harian. Mereka juga
menyedari bahawa tindakan disiplin perlu ada dalam sesebuah organisasi untuk
mengawal keadaan.

Tindakan disiplin boleh diwujudkan untuk memberikan pengajaran pada


pekerja yang telah melanggar peraturan yang ditetapkan supaya mereka lebih peka
pada keadaan persekitaran dan mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan
yang sama berulangkali di tempat kerja. Pihak atasan atau pihak yang
bertanggungjawab perlu lebih peka dan alert dengan tingkahlaku pekerja untuk
mewujudkan suasana yang baik, selesa dan melahirkan pekerja yang baik di tempat
kerja.
1

5 ISU DISIPLIN PEKERJA

Isu disiplin pekerja dalam kalangan pekerja boleh berlaku dalam pelbagai
cara yang barangkali tidak dapat kita fikirkan. Tidak kira dimana kita bekerja, isu
seperti ini pasti akan terjadi walaupun dalam peratus yang sedikit. Terdapat 5 antara
banyak isu disiplin yang kerap berlaku di tempat kerja. Rajah di bawah menunjukkan
gambar-gambar isu disiplin pekerja dan keterangannya.

1. Hadir lewat ke tempat kerja


Hal ini terjadi mungkin disebabkan kesesakan jalan raya yang tidak dapat dielakkan.
Ini juga berlaku jika seseorang pekerja itu kurang cekap dan tidak menepati masa
kerja yang sepatutnya contohnya masa yang diberikan ialah bermula dari pukul 8
pagi sehingga selewatnya 8.50 pagi. Secara literal istilah “kelewatan” adalah
bermaksud dimana seseorang itu datang ke tempat kerja melepasi waktu, masa dan
jadual yang telah ditetapkan.

2. Gangguan seksual
Perkara ini termasuklah segala pertuturan, tingkahlaku, sentuhan fizikal, isyarat
secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja. Perlakuan ini
termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini dan ugutan melakukan seks
jika tidak menurut apa yang disuruhi dalam melakukan tugasan. Contohnya,
pengganggu seksual sering memuji mangsa dengan menyatakan mangsa
mempunyai tubuh badan yang cantik.
2

3. Tidur di tempat kerja


Tidak mempunyai waktu tidur yang mencukupi kerana sering tidur sehingga lewat
malam untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, waktu lepas kerja tidak digunakan
dengan sebaiknya malah sering melepak selepas waktu bekerja sehingga lewat
malam. Ini menyebabkan tubuh badan seseorang terasa lemah dan tidak bermaya
untuk melakukan kerja dan seterusnya menganggu masa bekerja.

4. Bergaduh dengan pekerja lain


Tidak mempunyai hubungan yang baik bersama dengan rakan sekerja. Hal ini
demikian kerana bergaduh yang berlaku mungkin dari faktor tekanan dan sering
tidak puas hati dengan pekerja lain dalam skop tugas yang dijalankan. Selain itu,
bergaduh dengan rakan sekerja atau duduk berkumpulan secara berpuak-puak akan
menyebabkan kerja serta tugasan tidak berjalan dengan lancar. Malah segala
urusan pejabat juga akan tergendala akibat kegagalan untuk mendapatkan
Kerjasama daripada semua pekerja.
3

5. Mencuri barangan pekerja dan harta syarikat


Isu disiplin di atas menunjukkan perbuatan mencuri barangan syarikat atau mencuri
hak milik pekerja lain. Sebagai contoh terdapat seorang pekerja yang mencuri
dompet milik pekerja lain dan mengambil duit di dalamnya. Selain itu, mencuri
kenderaan syarikat atau wang syarikat. Selain itu, isu gaji pekerja tidak dinaikkan
kerana merasakan mereka telah menunjukkan potensi yang baik sewaktu bekerja
walaupun hakikatnya kerja yang dilakukan adalah sambil lewa. Punca berlakunya
masalah ini adalah kerana tidak mempunyai wang untuk menampung keperluan
keluarga.
4

5 FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Masalah disiplin pekerja semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor


persekitaran yang berlaku di tempat kerja. Isu disiplin yang berlaku dalam kalangan
pekerja berpunca dari pelbagai faktor. Berikut merupakan faktor mengapa masalah
disiplin berlaku.

1) Hadir lewat ke tempat kerja

5 faktor berlakunya isu hadir lewat ke tempat kerja ialah, yang pertama,
kesesakan lalu lintas atau kesesakan jalan raya yang tidak dapat dielakkan. Ini
mungkin disebabkan terdapat kemalangan yang berlaku di atas jalan raya.
Kemalangan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ini kebiasannya tiada pihak
penguasa yang bertugas di tempat kejadian. Kesesakan juga disebabkan waktu
kemuncak untuk kebanyakan pekerja yang perlu bekerja pada waktu ini.
Faktor yang kedua ialah, tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke tempat
kerja. Pekerja mengambil jalan mudah dengan menaiki teksi oleh kerana ketiadaan
kenderaan persendirian. Teksi sendiri merupakan kenderaan awam yang
mengangkut ramai orang yang menjadi penyebab kelewatan ke tempat kerja.
Faktor yang ketiga ialah, tidak dapat menguruskan masa dengan cekap.
Contohnya, kenderaan rosak kerana tidak diservis berkala. Kenderaan kita adalah
tanggungjawab kita untuk memastikan ia telah diservis sebaiknya sebelum
menggunakannya untuk esok hari. Kenderaan yang tidak diservis akan memberi kita
masalah jika berlakunya kecemasan. Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan.
Seterusnya ialah, tiada sikap disiplin dalam diri menyebabkan pekerja
memandang remeh tentang pentingnya untuk hadir ke tempat kerja tepat pada
masanya. Pekerja seharusnya patuh pada jadual yang telah ditetapkan. Pekerja
yang bertanggungjawab seharusnya berusaha untuk mematuhi waktu, masa dan
jadual yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan semua orang di dalam
sesebuah organisasi.
Akhir sekali, kebarangkalian pekerja mempunyai masalah kesihatan yang
kronik seperti jantung, leukemia, lumpuh, batuk kering atau penyakit – penyakit lain.
Selain penyakit, masalah kemurungan juga boleh berlaku yang dihadapi di tempat
kerja atau dalam kalangan ahli keluarga. Pekerja yang menghidapi penyakit
cenderung untuk hadir lewat ke tempat kerja oleh kerana sakit yang dikandung
badan atau rasa sakit yang datang secara mengejut sewaktu dalam perjalanan ke
tempat kerja.
5

2) Gangguan seksual

Antara faktor berlakunya gangguan seksual ialah pengaruh jantina. Terdapat


perbezaan cara di antara lelaki dengan wanita untuk persepsikan sesuatu perilaku.
Wanita lebih berkemungkinan untuk menganggap perilaku berikut sebagai berbentuk
gangguan seksual berbanding dengan lelaki. Sebagai contoh, tekanan untuk
mengadakan temujanji, surat, panggilan telefon atau bahan berbentuk seksual,
memegang, leaning over, cornering atau mencubit; pandangan atau pergerakan
berbentuk seksual, perbuatan gurauan (teasing), sindiran atau soalan berbentuk
seksual.
Faktor yang kedua ialah pakaian yang mencolok mata dan cara pemakaian
wangian. Faktor ini juga boleh mempengaruhi persepsi orang sekeliling terhadap
perbuatan gangguan seksual. Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan
sudah tentu menyebabkan seseorang itu gagal mengawal nafsu. Pemakaian
wangian selalunya ditujukan kepada kaum wanita yang suka memakai wangian
secara berlebihan kerana kaum lelaki juga boleh teransang dengan bau wangian
yang dipakai oleh wanita khususnya.
Seterusnya, budaya masyarakat setempat di tempat kerja boleh
mempengaruhi cara ahli masyarakat tersebut membuat persepsi sesuatu peristiwa,
objek atau perilaku. Gangguan seksual secara umumnya berlaku terhadap pekerja
wanita atau lelaki dalam konteks pelbagai budaya dalam sesebuah organisasi,
masyarakat atau negara. Sesuatu perilaku interaksi antara pekerja yang dianggap
normal dalam satu masyarakat mungkin tidak dianggap normal dan ditakrifkan
sebagai perilaku gangguan seksual dalam masyarakat yang lain. Sebagai contoh, di
kebanyakan negara Latin dan Mediterranean, sentuhan fizikal merupakan perlakuan
biasa dalam interaksi sosial dan dengan itu perilaku tersebut tidak dianggap
gangguan seksual.

Selain itu, kurang didikan agama menyebabkan seseorang gagal mengawal


perasaan dan kemahuan mereka. Ini terjadi disebabkan kerana cara seseorang itu di
didik dan diterapkan dari dahulu lagi. Contohnya seperti, kaum wanita merupakan
seorang insan yang lemah dan kebiasaannya akan melakukan pekerjaan yang
ringan- ringan sahaja manakala lelaki pula akan melakukan pekerjaan yang berat-
berat contohnya kerja kilang dan sebagainya. Akibat daripada ini, kaum lelaki
mempunyai daya fizikal yang kuat berbanding wanita menyebabkan kaum wanita
merupakan kaum yang lemah dan mudah untuk ditindas dan diperlakukan dengan
perlakuan seks yang tidak sepatutnya samada secara lisan ataupun tidak.
Akhir sekali adalah faktor kuasa. Hal ini kerana, pihak organisasi sering
meletakkan kaum lelaki di tempat yang lebih tinggi atau pangkat yang lebih tinggi
berbanding wanita, dan menyebabkan banyak kaum lelaki menyalahgunakan
kuasa.
6

Contohnya apabila seseorang individu yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi,
individu terbabit akan menggunakan kuasanya untuk memperalatkan wanita tersebut
dengan mengugut simangsa agar memuaskan seks mereka jika simangsa
hendakkan kenaikan pangkat mahupun diberikan insentif. Terdapat sesetengah
majikan akan mengugut mangsa dengan akan memberhentikan simangsa
jika simangsa tidak melayan dan memuaskan majikan.
7

3) Tidur di tempat kerja

5 faktor berlakunya isu tidur di tempat kerja ialah tidak cukup tidur. Tidak
cukup tidur akan menyebabkan pekerja sentiasa mengantuk semasa di pejabat.
Akhirnya mata tidak mampu dibuka lagi lalu tertidur semasa bekerja. Oleh itu
pastikan diri mendapat tidur yang secukupnya agar segar sepanjang hari.
Kebanyakan orang dewasa memerlukan waktu tidur tujuh hingga sembilan jam
setiap malam.
Selain itu, kemungkinan pekerja menghidap penyakit anemia. Anemia adalah
keadaan apabila seseorang itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah. Dalam
kes anemia, tisu tidak mendapat oksigen yang mencukupi, sama ada kerana
bilangan sel darah merah rendah atau kerana beberapa keadaan yang
mengurangkan paras hemoglobin seseorang. Dalam hal ini, jantung perlu bekerja
keras untuk mendapatkan oksigen yang cukup bagi tisu. Apabila jantung terpaksa
bekerja lebih keras, pekerja akan menjadi lebih mudah letih.
Seterusnya ialah, tidak mengambil sarapan pagi. Mungkin pekerja tidak
bersarapan kerana tidak sempat atau kononnya untuk berdiet. Malangnya ramai
yang beranggapan sebegitu walhal apabila jika tidak mengambil sarapan pagi,
badan seseorang itu akan menjadi tidak bertenaga dan akibatnya akan cepat berasa
mengantuk. Oleh itu, pentingnya pengambilan sarapan pagi kerana ia merupakan
makanan untuk otak kita supaya dapat berfungsi dengan maksima dan baik.
Di samping itu, faktor tabiat tidur yang buruk. Tabiat tidur yang tidak baik
merujuk kepada tabiat yang menjejaskan kualiti tidur seseorang. Antaranya ialah,
bersenam pada lewat petang atau sebelum tidur. Ini akan menyukarkan seseorang
untuk tidur dengan baik pada waktu malam. Latihan yang meningkatkan denyutan
jantung dan menyebabkan adrenalin melonjak, boleh memberi kesan kepada kualiti
tidur. Senaman perlu dilakukan pada waktu pagi atau petang supaya dapat
membantu anda untuk tidur dengan lena dan bukan sebaliknya. Kurang bersenam
boleh menyebabkan anda tidak cergas dan mengantuk pada siang hari.
Akhir sekali, terlalu banyak kafein. Kafein membantu kita segar, dan
meningkatkan kadar konsentrasi apabila kita mengambil dos yang tidak keterlaluan.
Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung
bertambah, tekanan darah meningkat. Penurunan secara mendadak menyebabkan
anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah. Pekerja mungkin
secara sengaja atau tidak sengaja mengambil kafein semata- mata untuk berjaga
sehingga lewat malam demi menyiapkan kerja yang tertangguh.

4) Bergaduh dengan pekerja lain

Antara punca bergaduh di tempat kerja mungkin dari faktor tekanan kerja dan
sering tidak puas hati dengan pekerja lain atas sebab suka membanding-
bandingkan prestasi kerja kita dengan pekerja lain. Perkara ini juga boleh berlaku
jika timbul perasaan iri hati atau dengki dengan pekerja yang berprestasi tinggi yang
sentiasa dipuji oleh majikan. Rakan-rakan sekerja seharusnya diberitahu mengapa
seorang pekerja yang baik diberi pengiktirafan dan pujian agar tidak timbul isu
ketidakpuas hati ini.
Selain itu, konflik sesama rakan dan majikan juga boleh menjadikan
seseorang pekerja mendapat tekanan di mana ada rakan sekerja yang tidak berpuas
hati dengan kerja yang diberikan. Sikap pekerja sebegini tidak boleh dibawa
berunding jika skop kerja yang diberikan berlainan atau berasa kerjanya lebih berat
dari yang lain. Kesannya, pekerja sebegini lebih cenderung untuk mengancam
pekerja lain dan menyebabkan pergaduhan berlaku.
Seterusnya, faktor pergaduhan terjadi ialah tidak nampak dan tidak mahu
mengaku kesilapan diri. Sememangnya sifat ini sudah sebati dalam diri manusia.
Sentiasa menunding jari kearah orang lain tanpa menyedari kesilapan diri. Satu jari
yang kita tuding ke arah orang lain, 3 jari yang lain tuding ke arah diri sendiri tanpa
disedari. Sifat suka tuding-menunding dan mencari salah orang lain ini diibaratkan
seperti ‘kuman di seberang lautan kita nampak, tapi gajah di depan mata kita tak
nampak’.
Sehubungan dengan itu, kesan penggunaan dadah dan juga alkohol
merupakan satu faktor penting yang menyebabkan keganasan berlaku di tempat
kerja. Ini amat berkait rapat dengan kesilapan mengambil pekerja yang terdiri
daripada golongan ini menjadikan tempat kerja sebagai gelanggang keganasan.
Penagih dadah akan mudah terangsang untuk menagih dan melakukan keganasan
jika perbuatan dan kehendak mereka dihalang. Pekerja yang diambil kadangkala
tidak diminta melalui ujian kesihatan yang teliti sebelum diambil bekerja bagi
menentukan pekerja bebas daripada ketagihan dadah atau alkohol.
Akhirnya, masalah rumahtangga. Masalah rumahtangga yang terbawa-bawa
sehingga ke pejebat banyak mendorong pekerja melakukan keganasan di tempat
kerja. Antara masalah rumahtangga yang berlaku ialah masalah keluarga,
keruntuhan rumahtangga, keruntuhan moral anak-anak seperti penagihan dadah,
minum arak dan keruntuhan akhlak. Campur tangan pihak lain dalam masalah
rumahtangga seperti ibubapa mertua menambahkan lagi tekanan. Pekerja yang
tertekan ini akan terbawa-bawa sikapnya ke pejabat sehingga menimbulkan tingkah
laku keganasan. Misalnya jika hanya sedikit masalah yang timbul di pejabat seperti
sindiran daripada kawan-kawan akan menyebabkan pekerja tadi akan bertindak
ganas.

5) Mencuri barangan pekerja dan harta syarikat

Lima faktor berlakunya isu disiplin mencuri barangan pekerja dan harta
syarikat ialah tidak mempunyai wang untuk menampung keluarga sehingga sanggup
mencuri hak milik orang lain. Ini terjadi oleh kerana sikap majikan itu sendiri yang
tidak menaikkan gaji dan memberikan komisen kepada pekerjanya. Hal ini
menyumbang kepada berlakunya kes kecurian sebagai contoh bertindak mencuri
barangan pekerja lain serta harta syarikat.
Faktor kedua ialah peningkatan kos sara hidup. Perbandaran yang begitu
pesat akan menimbulkan kesan ke atas peningkatan kos sara hidup di bandar yang
terpaksa dihadapi dan tidak dapat dielakkan. Hal ini memaksa pekerja untuk mencuri
harta syarikat seperti kenderaan, duit, serta alat pejabat sama ada untuk dijual
semula atau digunakan tanpa kebenaran syarikat itu sendiri.
Faktor ketiga ialah pengaruh dadah. Kebanyakan dadah yang popular
sekarang adalah jenis sintetik yang cara pembuatannya menggunakan bahan kimia
yang tidak berkualiti. Ransangan dadah ini menyebabkan penggunanya hilang
kawalan dan menjadi lebih berani. Keberanian ini akan mendorong perlakuan
jenayah seperti rela mencuri barangan pekerja lain tanpa pengetahuan pekerja lain
asalkan giannya dapat dilepaskan.
Faktor yang keempat ialah sistem keselamatan atau pemantauan yang
lemah. Kecurian kebiasaanya berlaku di kawasan tempat kerja yang tiada kawalan
keselamatan yang kukuh atau pemasangan kamera litar tertutup, CCTV. Ini
mendorong lagi kes kecurian oleh kerana seseorang itu melihat perkara itu sebagai
sebuah peluang buatnya. Walaupun seseorang itu fikir tiada siapa melihatnya
namun, Allah Maha melihat.
Faktor yang kelima ialah masalah hutang dan beban kewangan peribadi.
Bebanan hutang yang banyak juga menyebabkan jiwa pekerja berasa tertekan dan
mendorong keganasan berlaku di tempat kerja. Pekerja yang kebiasaannya
membuat mempunyai hutang peribadi yang banyak dan gagal melangsaikannya
ataupun terdapat surat saman kenderaan yang tidak dibayar, kenderaan akan ditarik
balik dan hutang kad kredit yang tidak mampu dijelaskan mendorong kecurian di
tempat kerja. Di pejabat mungkin rakan-rakan sekerja membuat sindiran yang
menjuruskan pekerja berkenaan hilang pertimbangan sehingga ada pihak lain yang
menjadi mangsa kesan daripada kemarahannya.

10

HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN PEKERJA

Dalam etika profesionalisme, terdapat tiga teori iaitu teori keperibadian mulia, teori
wajiban dan teori hak asasi. Pernyataan di bawah menyatakan hubungkait teori
dengan isu disiplin pekerja di tempat kerja.
Isu yang pertama ialah isu hadir lewat ke tempat kerja. Isu ini boleh berkait
dengan Teori Keperibadian mulia yang menitikberatkan perbuatan dari segi falsafah
yang berhubungkait dengan tingkahlaku, keadilan, kejujuran dan sebagainya. Oleh
itu, teori keperibadian mulia perlu difahami dan dikendalikan dengan baik supaya
masyarakat tidak menyalahgunakan teori ini untuk kepentingan mereka sebaliknya
teori ini memberi kebaikan kepada semua.
Selain itu, isu gangguan seksual bersesuaian dengan Teori Hak Asasi kerana
teori ini merincikan bahawa hak asasi ini adalah konsep hak kebajikan terhadap
seseorang yang dicabul maruahnya. Konsep kebajikan ini akan membentuk satu
masyarakat yang menjadi lebih bertanggungjawab dan menghormati pihak lain di
samping dapat menunjukkan sifat keperihatinan terhadap masyrakat disekeliling
demi mendapat kehidupan yang lebih selesa. Oleh itu, setiap pekerja tidak kira lelaki
atau perempuan perlu menjaga gerak geri, tutur kata, pemikiran dan cara mereka
berpakaian bagi mengelakkan peraka seperti gangguan seksual ini berlaku.
Seterusnya, isu tidur ketika waktu kerja. Isu ini dapat dikaitkan dengan Teori
Wajiban dimana Teori Wajiban ini andaian apabila melakukan sesuatu kewajipan
menunjukkan kita bermoral dan apakah peraturan yang telah sedia ada untuk kita
melakukan kewajipan tersebut. Seperti isu yang dinyatakan, ia merupakan salah
satu kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakan pekerja. Perkara ini
berpunca daripada banyak sebab antaranya ialah tidak mempunyai waktu tidur yang
cukup, tidak dapar membahagi masa dengan betul dan sebagainya.
Di samping itu, bergaduh antara pekerja boleh dikaitkan dengan Teori
Keperibadian Mulia iaitu kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Teori ini
berhubungkait dengan tingkah laku dari segi falsafah moral. Pekerja yang
mempunyai tekanan kerja yang melampau tidak mampu mengawal emosi. Oleh itu,
Teori Keperibadian Mulia mestilah dihadam dengan sebaiknya. Seseorang itu
mestilah dikenakan tindakan sekiranya bertentangan dengan teori tersebut kerana
teori ini mempunyai kelebihaannya yang tersendiri.
Akhir sekali, Teori Wajiban ini sesuai diselitkan bersama isu mencuri di
tempat kerja kerana di dalam teori ini menekankan pada kewajipan dan
tanggungjawab seseorang. Bagi seseorang pekerja, mereka hendaklah jujur dan
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan mematuhi peraturan serta
menerima arahan dari majikan dengan dengan ikhlas dan bersifat wajar. Jika
kesalahan mencuri ini dilakukan, maka ia sama sekali melanggar etika dan teori
wajiban yang menyatakan tanggungjawab dan nilai seseorang pekerja berkualiti.

11

5 LANGKAH PENYELESAIAN BAGI ISU DISIPLIN PEKERJA

Sememangnya pekerja bermasalah wujud di mana-mana organisasi, tidak


kira sama ada kecil atau besar. Pekerja bermasalah pula tidak semestinya terdiri
daripada mereka yang berpangkat rendah tetapi juga golongan atasan. Untuk
menangani pekerja yang bermasalah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk
dilakukan. Namun, ia harus dibendung secepat mungkin oleh pihak yang
bertanggungjawab. Hal ini kerana ia boleh membuat organisasi itu sendiri
kehilangan pekerja yang komited dengan tugas mereka, dek kerana bosan
berurusan dengan pekerja yang sering memberi masalah kepada mereka.
Tindakan tatatertib yang paling berkesan haruslah menjadi peluang motivasi
agar pekerja itu terinspirasi untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik. Banyak
institusi korporat menggunakan disiplin progresif untuk menangani tingkah laku
bermasalah, yang berkembang melalui empat tahap: pertama terdapat peringatan
lisan, kemudian peringatan bertulis, kemudian peringatan tertulis terakhir dan / atau
penangguhan, diikuti dengan penghentian. Kunci bagi setiap fasa disiplin adalah
berkomunikasi mengenai mengapa pekerja itu bersalah dan mengajar mereka
bagaimana untuk membetulkan tingkah laku itu. Terdapat lima langkah penyelesaian
bagi setiap isu disiplin pekerja dibawah antaranya ialah;
12

Hadir lewat ke tempat kerja

Langkah penyelesaian yang pertama bagi isu datang lewat ke tempat kerja ialah
majikan perlu mewujudkan dasar yang jelas dengan menyatakan bila, pukul berapa
pekerja dijangka tiba ke tempat kerja dan balik dari tempat kerja serta jumlah masa
yang boleh diterima dengan tempoh rehat pekerja juga perlu majikan atau pengurus
untuk diberi perhatian sepenuhnya. Dasar yang dapat digunakan ialah mengguna
punch card untuk setiap pagi dan setiap masa bagi merekod pukul berapa dan masa
pekerja mula masuk ke tempat kerja.
Selain itu, mewujudkan polisi dengan menyatakan bahawa pekerja perlulah
memeriksa kenderaan sebelum bertolak ke tempat kerja. Ini bagi memastikan
bahawa kenderaan yang dinaiki diservis dan tidak menimbulkan masalah di
kemudian hari. Seseorang itu perlu memastikan bahawa minyak mencukupi dan
tayar tidak pancit atau haus. Sediakan juga kelengkapan mengganti tayar yang
sepatutnya di dalam kereta atau motor. Buat pemeriksaan pada tayar jika terdapat
kebocoran.
Di samping itu, pihak penyelia atau pengurus perlulah menguruskan beban kerja
pekerja untuk memastikan bahawa masa yang diberi kepada mereka mempunyai
jumlah yang mencukupi daripada tugas sepatutnya yang mereka ada. Strategi ini
boleh mengurangkan keupayaan pekerja untuk melibatkan diri dalam kelewatan
untuk datang kerja pada keesokan harinya. Hal ini juga bagi mengelakkan pekerja
berasa tertekan dan seterusnya dapat menimbulkan masalah di masa hadapan
kepada pekerja.
Seterusnya, pekerja haruslah bijak dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas
yang menyebabkan lewatnya hadir ke tempat kerja dengan ikut jalan yang berbeza.
majoriti sampai lewat ke tempat kerja disebabkan kesesakan jalan raya. Majikan
boleh juga mencadangkan penggunaan Waze yang juga memberi pilihan jalan raya
yang kurang sesak ke tempat kerja (shortcut). Hebahan kesesakan jalan raya juga
diumum setiap pagi di radio buat pekerja yang menaiki kenderaan. Oleh itu, tiada
alasan lagi untuk sampai lewat ke tempat kerja.
Akhir sekali, menggalakkan pekerja menunggang motosikal berbanding kereta.
Kaedah ini juga bagi mengelakkan terjebak dalam kesesakan lalu lintas.
Menunggang motosikal memang satu kaedah paling pantas untuk sampai awal ke
tempat kerja tetapi tahap keselamatan sangat perlu diberi perhatian. Hal ini kerana
motosikal kurang perlindungan berbanding kereta yang mempunyai ruang tertutup,
beg udara dan lebih selesa.

13

Gangguan seksual

Langkah penyelesaian yang pertama bagi isu gangguan seksual di tempat


kerja antaranya ialah membuat polisi gangguan seksual ditempat kerja dimana
menerangkan kepada semua ahli syarikat berkaitan tentang gangguan seksual. Para
pekerja hendaklah diberitahu dari awal tentang perkara-perkara yang boleh
dilabelkan sebagai satu bentuk gangguan seksual dan perkara yang tidak boleh
dilakukan ditempat kerja yang boleh mengundang kepada perkara yang tidak
sepatutnya berlaku.
Selain itu, para majikan bertanggungjawab untuk memberikan sebarang
bentuk maklumat kepada para pekerja berkaitan tentang gangguan seksual di
tempat kerja. Oleh itu, jika sesiapa yang terlibat dalam gangguan seksual, mereka
mengetahui kemana mereka harus mengadu permasalahan tersebut dan majikan
hendaklah sekali-sekala mengadakan satu bentuk mesyuarat rasmi yang perlu
dihadiri oleh semua pekerja dan menerangkan kepada para pekerja akibat daripada
gangguan seksual.
Seterusnya, majikan hendaklah sentiasa peka kepada para pekerja mereka.
Jika majikan terlihat seorang pekerja yang sering berdiam diri dan sentiasa murung,
luangkan sedikit masa untuk berjumpa pekerja, berkomunikasi dengan mereka,
ambil tahu apa yang berlaku dan tunjukkan keprihatinan. Secara tidak langsung
pekerja akan berasa selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Tindakan
selanjutnya seperti menghukum pemangsa yang terbabit jika benar dia bersalah,
haruslah dikenakan tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara sebegini
berlanjutan.
Di samping itu, mewujudkan suasana persekitaran yang anti gangguan
seksual dimana jika sesebuah organisasi disahkan wujud gangguan seksual
ditempat kerja, majikan hendaklah bijak dalam mengendalikan suasana ditempat
kerja dan memikirkan cara untuk mewujudkan sistem persekitaran yang aman damai
dan selesa. Siasatan haruslah dikendalikan secara profesional dan tiada aduan yang
diketepikan.
Akhir sekali, berpakaian dan bertindak sederhana. Penting untuk memahami
bahawa sesetengah orang meletakkan diri mereka di dalam masalah tanpa disedari
dan berfikir bahawa orang lain yang menimbulkan masalah terlebih dahulu. Mereka
boleh ditafsirkan sebagai penggalakkan kepada gangguan seksual dengan
berpakaian secara tidak wajar. Contohnya, berpakaian jarang dan mencolok mata ke
tempat kerja sehingga mendedahkan tubuh badan adalah sangat tidak wajar.
Sememangnya mangsa tetap tidak bersalah sekiranya gangguan seksual itu berlaku
terhadap dirinya, tetapi ia adalah penting untuk menjauhkan diri sebaik mungkin dari
isu ini. Oleh itu, penting untuk sesebuah organisasi mewujudkan peraturan atau
polisi kewajiban dalam memakai pakaian yang sepatutnya dan menutup aurat.

14

Tidur di tempat kerja

Langkah pertama yang dapat membendung masalah tidur di tempat kerja


ialah setiap pengurus atau majikan haruslah mengadakan sesi kaunseling jika
pekerja mempunyai masalah yang tidak dapat dikongsi dengan rakan sekerja yang
lain. Majikan perlulah mengambil langkah pembetulan jika pekerja bermasalah dan
enggan memperbaiki diri dan kerja mereka selepas sesi kaunseling, maka pengurus
hendaklah mengambil tindakan disiplin secara berperingkat seperti potongan gaji,
potongan elaun, mengehadkan cuti dan sebagainya. Pembuangan pekerja adalah
tindakan terakhir yang tidak boleh dielakkan lagi sekiranya isu disiplin semakin
melarat.
Di samping itu, pihak majikan perlu mengambil kira faktor tekanan kerja dan
risiko psikososial dalam mempromosikan strategi kesihatan pekerjaan. Setiap
organisasi perlu peka dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan isu
kesihatan mental berlaku di tempat kerja. Justeru, majikan perlulah prihatin
mengenai beban tugas yang diberikan dan memberi tempoh yang sewajarnya agar
tidak memberi tekanan berlebihan yang dapat menjejaskan kesihatan pekerja.
Seterusnya, pekerja seharusnya mengubah tabiat tidur yang buruk kepada
yang lebih baik. Sebagai contoh bersenam pada waktu pagi dan awal petang sahaja
kerana kebanyakan pekerja sering bersenam pada lewat petang. Hal ini kerana
pekerja yang sering bekerja pada awal pagi mungkin tiada masa untuk bersenam.
Oleh itu, pekerja tetap mencari jalan untuk bersenam seperti bersenam pada lewat
petang kerana pada waktu ini sahaja pekerja mempunyai waktu yang lapang.
Selain itu, kemudahan perlulah disediakan untuk pekerja mendapatkan
bantuan daripada pakar psikologi, kaunselor, pekerja sosial dan ahli terapi. Majikan
sendiri juga perlu mengesan lebih awal pekerja yang tertekan dengan beban kerja
kerana kesihatan mental memerlukan perhatian segera. Kurangnya kesedaran
masalah mental boleh mengakibatkan kakitangan bekerja dalam keadaan tidak
produktif dan memberi lebih tekanan jika dimarahi majikan kerana tidak bertepatan
dengan apa yang diinginkan.
Akhir sekali, kempen kesihatan dari segi mental atau fizikal juga perlu
dilaksanakan dalam setiap oraganisasi. Hal ini untuk memberi peluang kepada
pekerja memahami apa yang boleh mereka lakukan. Ia juga bagi melawan stigma
masyarakat yang masih tidak bersikap terbuka apabila membincangkan isu masalah
kesihatan, khususnya di tempat kerja.

15

Bergaduh dengan pekerja lain


Langkah pertama dalam menangani isu bergaduh di tempat kerja ialah sistem
ganjaran pekerja wajar dilakukan oleh pengurus bagi mengelakkan isu disiplin dari
terjadi. Perkara ini boleh dilakukan dengan memberikan ganjaran untuk pekerja yang
berkhidmat dengan cemerlang seperti memberi bonus, anugerah atau pakej
percutian mengikut kategori seperti kedatangan pekerja cemerlang, perkhidmatan
pekerja cemerlang dan sebagainya. Sistem ganjaran ini secara tidak langsung akan
memberikan semangat kepada setiap pekerja untuk memberikan hasil kerja yang
terbaik dan secara tidak langsung dapat membentuk disiplin mereka.
Sehubungan dengan itu, merekod dan simpan rekod pergaduhan berlaku.
Sediakan rekod lengkap tentang apa yang terjadi – tempat, tarikh, waktu, siapa dan
apa yang dikatakan atau yang dibuat, tarikh perkara berkaitan ditimbulkan dan
dengan siapa. Tentukan rekod yang dicatat tepat. Maklumat itu boleh berguna
kemudian hari, terutama jika langkah-langkah yang lebih rasmi perlu diambil. Rekod
itu juga boleh membantu untuk menentukan sama ada kelakuan tersebut berkenaan
benar-benar kegiatan pergaduhan dan memandang kejadian tersebut secara
objektif.
Seterusnya, pengurus organisasi perlulah mengadakan kempen. Kempen
mengenai isu-isu keganasan ini dapat memberi kesedaran kepada pekerja yang
sering menimbulkan keganasan di tempat kerja. Pekerja haruslah melibatkan diri
dengan kempen kesatuan yang berkaitan dengan isu-isu keganasan yang diadakan
oleh pihak organisasi supaya pekerja dapat mencari penyelesaian kepada masalah-
masalah yang timbul dengan berfikir secara rasional.
Berikutan itu, amalan toleransi juga boleh diamalkan oleh semua pihak sama
ada pengurus mahupun pekerja perlu mengamalkan sikap ini. Masalah pergaduhan
mungkin timbul akibat sikap yang berbeza dan tak sependapat. Oleh yang demikian,
toleransi perlu dijaga supaya tiada perbalahan antara pekerja dengan pekerja atau
pekerja dengan pengurus di tempat kerja. Intijahnya, semua pihak memainkan
peranan yang penting dalam membentuk sikap yang positif supaya perbalahan tidak
berlaku dan sentiasa sependapat.
Akhir sekali, pembahagian kerja secara adil dan munasabah. Pekerja ialah
manusia biasa yang mempunyai perasaan kemampuan bekerja dan
sebagainya. Oleh itu, kerja yang dibebankan kepada pekerja perlu sesuai dengan
kehendak, kemampuan dan ketahanannya. Jika pekerja dibebankan dengan kerja
yang tidak munasabah, mereka akan berada di bawah tekanan. Tekanan
ini akan menjadi punca kepada keganasan berlaku. Pekerja sepatutnya menerima
beban tugas secara adil sesama mereka. Keadilan membahagikan tugas
ini akan menjadikan mereka kurang cemburu sesama sendiri dan mereka saling
menghormati satu sama lain dan seterusnya dapat mengelakkan keganasan
berlaku.

16

Mencuri barangan pekerja lain dan harta syarikat

Langkah penyelesaian yang pertama ialah pasangkan kamera litar tertutup di


setiap sudut atau setiap kawasan yang terdapat di tempat kerja. Pekerja kurang
berkemungkinan melakukan kelakuan tidak jujur jika mereka tahu bahawa mereka
berada di kawasan pengawasan kamera litar tertutup. Cara ini merupakan cara yang
paling efektif dan berkesan untuk mengesan pencuri di tempat kerja. Sesebuah
organisasi juga boleh mengupah pengawal keselamatan untuk menjaga pintu masuk
atau pagar masuk ke tempat kerja.
Selain itu, memberikan ganjaran untuk pekerja yang berkhidmat dengan
cemerlang seperti memberi bonus, anugerah atau pakej percutian mengikut kategori
seperti kedatangan pekerja cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan
sebagainya. Sistem ganjaran ini secara tidak langsung akan memberikan semangat
kepada setiap pekerja untuk memeberikan hasil kerja yang terbaik dan secara tidak
langsung dapat membentuk disiplin mereka.
Seterusnya, pemilihan pekerja yang betul. Semasa pemilihan pekerja dan
temuduga, pemilihan pekerja yang teliti dapat membantu majikan dan pekerja agar
betul-betul mendapat pekerja yang tidak mengalami masalah seperti pesakit mental
dan bebas daripada pengambilan dadah atau ketagihan alkohol. Justeru itu,
sebelum seseorang pekerja itu disahkan dari jawatannya, laporan kesihatan perlu
diperolehi dengan meminta calon kerja menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu
bagi mengesahkannya bebas daripada sebarang penyakit atau ketagihan alkohol
atau pengambilan dadah. 
Sehubungan dengan itu, membuat pemantauan terhadap pekerja juga mampu
membantu menangani isu disiplin dan secara tidak langsung pengurus dapat
mengetahui aktiviti pekerja mereka. Ia bermaksud walau sesibuk mana tugas
sebagai ketua, mereka perlu meluangkan sedikit masa untuk berjumpa pekerja,
berkomunikasi dengan mereka, ambil tahu apa yang berlaku dan prihatin terhadap
pekerja. Secara tidak langsung pekerja akan berasa selesa untuk berkongsi
permasalahan mereka berkaitan dengan kesempitan hidup dan apa yang
menyebabkan mereka bertindak melakukan kegiatan mencuri ini.
Akhir sekali, mengadakan aktiviti sosial. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan
mengadakan sesi ice breaking atau aktiviti yang dapat mengeratkan silaturahim
yang lain. Faedahnya, pekerja dapat mengenali antara satu sama lain, dapat
mewujudkan hubungan dan membina perhubungan yang sihat kerana pekerja
mungkin kurang cenderung untuk melakukan kegiatan mencuri jika mereka berasa
selesa dengan persekitaran dan pekerja lain di tempat kerja dan dapat mengawal
tindakan yang tidak wajar dilakukan.

17

REFLEKSI

Setiap pekerja perlulah memainkan peranan masing-masing untuk


memajukan lagi prestasi pekerjaan dan nama syarikat itu. Sikap yang baik dan mulia
diperlukan oleh semua pekerja untuk memudahkan majikan menilai pekerja itu di
akhir pekerjaan. Disiplin diperlukan untuk mengurangkan masalah yang di hadapi
oleh pekerja. Semua pekerja perlu ada sifat disiplin dalam diri untuk mengelakkan
mereka melakukan kesilapan yang akan mengundang padah pada diri sendiri.
Sekiranya kita sebagai pekerja mempunyai masalah disiplin agak sukar untuk terus
maju dalam semua sektor pekerjaan. Pekerja yang bermasalah akan
mendatangkan banyak masalah pada syarikat dan silap haribulan akan memberikan
kesan yang negatif pada nama syarikat itu. Oleh itu penting untuk pekerja
mengamalkan disiplin dalam diri dan mengaplikasikan di tempat kerja agar pekerja
lain dan majikan sendiri berasa selesa untuk berurusan dengan kita.
Pekerja pada masa kini perlu lebih peka dan lebih bertanggungjawab pada
kesalahan yang telah dilakukan. Oleh itu, setiap pekerja mestilah mematuhi kod
etika kerja. Ini kerana kod etika menjadi panduan kepada pekerja tentang peraturan
dan tingkah laku yang perlu dipatuhi. Kod etika menyediakan satu ransangan positif
terhadap tingkah laku yang beretika. Sekiranya telah melakukan kesilapan, pekerja
haruslah berubah untuk diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Pihak
bertanggungjawab perlulah memikirkan cara penyelesaian yang boleh dilakukan
untuk mengatasi masalah disiplin pekerja di Malaysia ini. Untuk melahirkan pekerja
yang bagus perlukan lebih banyak pengorbanan. Mereka mestilah memikirkan cara
yang berkesan bagi menjamin tiada lagi masalah yang ditimbulkan oleh pekerja
didalam sektor pekerjaan pada masa akan datang.
18

RUJUKAN

1) http://binainsan.com/tip-tangani-pekerja-bermasalah/
2) https:www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org
3) https:pdfcoffee.com/kajian-kes-9-pdf-free.html
4) https://www.scribd.com/document/39878224/Kajian-Kes-Disiplin-Pekerja
5) https:www.scribd.com/doc/34765924/Laporan-Masalah-Disiplin-Pekerja
19

Anda mungkin juga menyukai