Anda di halaman 1dari 12

TAJUK : KAJIAN KES

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

NAMA PUTRA AL MALEK FAISAL BIN MOHD ALI


NO. KAD PENGENALAN 051017101853
KELAS 1DMD2
PENGENALAN

Definisi disiplin merupakan elemen dasar dalam hubungan pekerjaan dan keperluan hubungan tersebut hanya
akan sempurna setelah pekerja faham dan menerima kuasa yang ada pada majikan atau wakilnya. Disiplin
juga adalah terma dan syarat dalam kontrak perkhidmatan. Selain itu, etika kerja merujuk kepada tindakan
seseorang dalam situasi tertentu. Hal ini termasuklah persoalan tentang apa yang betul dan bole diterima, dan
paling penting adalah menetang nilai - nilai yang salah, penipuan dan ketidak jujuran. Hal ini menyebabkan
majikan perlu memahami isi hati pekerja. Jika masalah pekerja mempunyai kaitan dengan hal kerja dan bukan
hal peribadi, carilah jalan yang boleh menguntungkan kedua - dua belah pihak. Justeru, walau sesibuk mana
pun tugas anda sebagai majikan, luangkanlah masa untuk selalu berjumpa pekerja yang bermasalah dan
berkomunikasi dengan mereka. Masalah disiplin yang kerap berlaku di dalam sesebuah syarikat ini telah
menjadi suatu perkara yang kerap didengari. Sebagai contohnya, masalah disiplin pekerja yang datang lewat
ke tempat kerja, pekerja yang tidak menepati pakaian etika kerja, mahupun tidak membuat tugasan yang
diberi dan tidak menghantarnya pada waktu yang ditetapkan. Selain itu, kadar ke tidakhadiran pekerja juga
menjadi sat masalah dan akan memberi kesan negatif terhadap syarikat tersebut. Oleh kerana syarikat
tersebut akan kekurangan kakitangan syarikat dan banyak kerja yang tertangguhOleh itu, adalah perlu syarikat
untuk melihat masalah ke tidakhadiran dan kakitangan yang bermasalah secara bersekali.Tanggungjawab
untuk menyelesaikan isu disiplin dan kakitangan yang bermasalah bukannya terletak pada Jabatan Sumber
Manusia sahaja, malahan pihak pengurusan juga turut terlibat sekali. Perkara iniboleh diselesaikan dengan
lebih berkesan dengan penyertaan aktif daripada pengurusan jabatan kerana mereka lebih kenal rapat malah
lebih memahami tentang keadaan kakitangan yang terlibat..
ISU DISIPLIN

1. TIDUR DI TEMPAT KERJA

Tidur di tempat kerja adalah salah satu is disiplin yang tidak mematuhi peraturan di tempat kerja. Pekerja yang
tidur di tempat kerja tidak mematuhi etika kerja dan tidak menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja.
Akibatnya kerja akan menjadi tertangguh dan menyebabkan pekerja itu bekerja lebih masa dan hasil kerja itu
tidak berkualiti lagi. Ini akan menyebabkan produktiviti syarikat kurang berkualiti justeru menurunkan prestasi
syarikat. Tidur di tempat kerja ini akan menyebabkan seseorang pekerja itu tidak dapat memahami apa yang
diterangkan ketika dalam mesyuarat dan menjadi ketinggalan dalam tugasan.

2. TIDAK MENGIKUT ETIKA PEMAKAIAN YANG BERSESUAIAN

Pakaian melambangkan peribadi. Pekerja yang tidak mengikut etika pemakaian di tempat kerja ini adalah
pekerja yang berpakai tidak kemas seperti memakai baju kemeja yang tidak digosok atau memakai seluar
jeans ketika bekerja tidak mengikut etika pemakaian yang betul. Pekerja yang berpakaian tidak kemas ini
akan memberi imej yang tidak baik kepada orang luar terhadap syarikat atau tempat kerja pekerja tersebut.
Ini akan merosotkan prestasi syarikat tersebut. Pendedahan tentang etika pemakaian perlulah diterangkan di
pekerja yang tidak mengikut etika pemakaian tersebut. Pakaian yang tidak sesuai di tempat kerja boleh
membawa kepada kemalangan seperti tidak memakai kasut keselamatan ketika membina bangunan bagi
buruh. Oleh itu,isu masalah disiplin tidak mengikut etika pemakaian adalah berkait dengan teori wajiban
kerana teori ini mementingkan pemahaman tentang peraturan yang betul.
3. RASUAH DI TEMPAT KERJA

Rasuah sangat sinonim dengan alam pekerjaan. Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang -
undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa tau sesebuah
syarikat selepas memberi wang, atau hadiah kepada pihak-pihak tersebut. Ramai pekerja yang terpengaruh
dengan kegiatan rasuah ini disebabkan keuntungan yang lumayan. Kesalahan mengambil atau memberi rasuah
ini sangat besar salahnya dan berdosa dalam sisi hukum hakam islam. Disebabkan kegiatan rasuah ini ramai
orang teraniaya. Pekerja yang mengambil atau memberi rasuah ini adalah tidak bersifat amanah dan
mementingkan diri sendiri. Oleh itu, isu permasalahan disiplin rasuah ini dapat dikaitkan dengan teori
keperibadian mulia kerana teori ini menegaskan setiap individu perlulah mempunyai sifat amanah dan jujur.

4. DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA

Datang lewat ke tempat kerja adalah seorang pekerja yang hadir lewat ke tempat kerja daripada masa yang
dietapkan. Hampir kesemua organisasi mengalami masalah pekerja yang datang lewat. Perkara ini selalu terjadi
pada waktu pagi di seluruh dunia. Pekerja yang datang lewat ke tempat kerja akan menyebabkan syarikat
menjadi tidak cekap dan boleh mengalami kerugian. Jika kerugian syarikat perlu ditutup dan pekerja akan hilang
pekerjaan dan punca pendapatan. Pelbagai alasan yang boleh dikemukakan seperti kesesakkan lalu lintas, tidak
mempunyai kenderaan dan tempat tinggal jauh dari tempat kerja. Oleh itu, isu masalah disiplin datang lewat ke
tempat kerja berkait
dengan teori wajiban. Hal ini kerana teori ini mewajibkan sifat tanggungjawab pada setiap individu dalam
sesuatu tindakan tersebut
5. Skandal di tempat kerja

Dalam era yang penuh dengan cabaran dan kos kehidupan yang meningkat, kebanyakan pasangan suami dan
isteri terpaksa bekerja demi memenuhi keperluan hidup. Bagi sesetengah pasangan, situasi ini mengakibatkan
mereka tidak mempunyai banyak masa bersama di rumah disebabkan jadual kerja yang berbeza, lokasi
tempat kerja yang berlainan, keperluan kerja luar kawasan untuk jangka masa tertentu, dan sebagainya. Hal
ini sampaikan menimbulkan kesempatan untuk pasangan pasang skandal di tempat kerja.

Situasi ini secara tidak langsung dapat merosakkan hubungan pasangan suami isteri, mengurangkan
keharmonian dan kemesraan di antara mereka. Apa yang lebih mengkhawatirkan, situasi ini juga menjadi jalan
kepada kemungkinan perselingkuhan. Budaya 'skandal' di tempat kerja ini seolah-olah menjadi lumrah apabila
banyak orang berkongsi cerita dan mengakui pengalaman mereka sendiri.
3.0 5 FAKTOR/SEBAB BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

TIDUR DI TEMPAT KERJA

Faktor hangat yang menjadi isu disiplin di tempat kerja ialah pekerja tidur di tempat kerja. Antara punca pekerja
tidur di tempat keria ialah tidak cukup tidur semasa di rumah. Selain tidak cukup tidur, tubuh badan yang
kepenatan juga akan menyebabkan pekerja tidur di tempat kerja. Mereka mungkin kepenatan kerana
mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan. Selain itu, mereka juga melakukan dua atau tiga kerja
dalam satu masa dan tanggungjawab yang berat dan banyak digalas dibahu mereka. Faktor tidur di tempat kerja
yang seterusnya ialah disebabkan tidak mengambil sarapan pagi.Mungkin mereka tidak bersarapan kerana tidak
sempat atau berdiet.Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sihat juga akan menyebabkan mengantuk semasa
bekerja.Akhir sekali, ialah stress kerana stress bukan sahaja akan menyebabkan tidak bersemangat untuk
bekerja malahan akan membuatkan pekerja sentiasa berasa mengantuk.

TIDAK MENGIKUT ETIKA PERMAKAIAN

Faktor lain yang menjadi isu disiplin ialah pekerja tidak mengikut etika pemakaian yang betul. Punca pekerja
tidak mahu mengikut etika pemakaian syarikat kerana, bagi sesetengah pekerja berkata bahawa pakaian kerja
tidak sesuai dengan mereka dan tidak cantik. Tujuan pekerja memakai baju yang kemas atau sesuai dengan
pekerjaannya kerana tidak mengelirukan orang yang kita berinteraksi. Apabila kita ingin menyampaikan sesuatu
yang agak berat atau formal, pakaian kita setidak-tidakya boleh membantu untuk menyampaikan mesej itu.
Maknanya, kita perlu berpakaian kemas, tidak menjolok mata dan keseluruhannya imej yang professional.
Sebaliknya, jika pakaian kita tidak selari dengan mesej yang ingin disampaikan, imej kita akan terkesan.

RASUAH

Antara faktor berlakunya gejala rasuah dalam kalangan pekerja ialah sikap materialistik.Hal ini disebabkan oleh
sikap negatif individu yang suka bermewah-mewah di luar kemampuannya. Mereka menganggap memiliki
banyak harta benda yang mewah seperti kereta, rumah dan barang kemas bole menyebabkan mereka dikagumi
dan dihormati . Hal ini mendorong mereka untuk mengambil rasuah kerana ia merupakan jalan yang mudah
yang membolehkan mereka memiliki barang-barang mewah. Selain itu, dengan mengambil rasuah juga, mereka
tidak perlu berhutang dengan Along.Sekiranya mereka seorang penjawat awam yang bertanggungjawab
meluluskan lesen perniagaan, mereka hanya perlu meluluskan permohonan lesen perniagaan pemberi rasuah
tersebut tampa mengikut prosedur dan memperoleh wang. Jelaslah bahawa rasuah disebabkan oleh sikap
materialistik seseorang itu sendiri.

PEKERJA TELAH BOSAN

. Isu disiplin yang mendorong kepada masalah disiplin pekerja ialah pekerja telah bosan yang mana purata
tempoh maksimum bagi seseorang pekerja berada di sesuatu unit dengan melakukan kerja yang sama adalah dua
tahun. Pekerja muda cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tempoh tersebut.Majikan harus
memastikan pekerja tidak bosan dan mencari cabaran baharu di organisasi lain. Selain itu, isu disiplin ini
didorong oleh pekerja yang hilang kepercayaan terhadap majikan. Tanda - tanda pekerja yang telah hilang
kepercayaan terhadap majikan adalah tidak mengikut peraturan, tidak menepati masa, dan mempersoalkan
arahan majikan. Ini disebabkan oleh maklum balas negatif majikan terhadap pekerja yang sama adalah dua
tahun. Pekerja muda cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tempoh tersebut.Majikan harus
memastikan pekerja tidak bosan dan mencari cabaran baharu di organisasi lain. Selain itu, isu disiplin ini
didorong oleh pekerja yang hilang kepercayaan terhadap majikan. Tanda - tanda pekerja yang telah hilang
kepercayaan terhadap majikan adalah tidak mengikut peraturan, tidak menepati masa, dan mempersoalkan
arahan majikan. Ini disebabkan oleh maklum balas negatif majikan terhadap pekerja

PEKERJA MEMANDANG REMEH


kecurangan sehingga mengakibatkan perceraian yang berlaku pada hari ini lebih banyak melibatkan wanita.Ia
Kebanyakan individu yang memfailkan kes penceraian juga mempunyai bukti kecurangan pasangan masing-masing.
Ujanya lagi, Fenomena ini memberikan gambaran ketidaksetiaan dalam hubungan perkahwinan. Sementara ada
yang memandang remeh dan menerima tindakan ini sebagai satu pilihan, ia sebenarnya merosakkan institusi
perkahwinan dan mengakibatkan penceraian di kalangan pasangan yang terlibat.

4.0 5 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN


TIDUR DI TEMPAT KERJA

Isu yang berhubung kait dengan tidur di tempat kerja ialah isu keperibadian mulia.Pekerja tidak dapat
membahagi masa dengan betul untuk lepak dengan kawan dan kerjaya. Jika pekerja melebihkan sosial maka
pekerja itu akan lupa tentang kerjayanya.Itu yang terjadi sehingga lepak hingga lewat malam dan menjejaskan
kerjaya seseorang.

TIDAK MENGIKUT ETIKA PERMAKAIAN

Penampilan yang selekeh hubungkait dengan teori etika keperibadian mulia. Hal ini kerana konsep teori etika
berkaitan dengan sifat-sifat atau kelakuan seseorang itu.Seseorang yang sentiasa mengamalkan sikap
mengemas atau bersifat seorang pembersih akan cenderung untuk berpakaian bersih, kemas dan
berketerampilan.

RASUAH

Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian sifat serta ciri dan watak yang
mulia. Teori ini telah dikemukakan oleh Aristotle. Virtue (keperibadian mulia) ialah sekumpulan konsep yang
merangkumi keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan. la juga
didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan
yang bermoral. Keperibadian mulia dinggap tidak dihasilkan oleh alam semula jadi. Sebaliknya cara untuk
memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengalaman sehingga menjadi satu kebiasaan yang
menyenangkan dan menyeronokkan. Keperibadian mulia diperincikan sebagai suatu sifat positif yang perlu ada
dalam diri setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Ini bermakna teori ini tidak sama sekali
menyangkal kemampuan seseorang dalam sesuatu kebolehan dan kepakaran mereka dengan hanya berpandukan
pandangan sebelah mata. Teori ini juga membuktikan bahawa, seseorang itu tidak boleh dipuji tau dikeji oleh
perasaan atau rasa dari sebelah pihak yang lain.

DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA

Datang lewat ke tempat kerja merupakan isu yang berkait dengan teori keperibadian mulia. Ini kerana teori
keperibadian mulia berkait dengan tingkah laku seseorang. Datang lewat ke tempat kerja merupakan perbuatan
sengaja mahupun tidak sengaja dilakukan ataupun sifat seseorang itu yang suka melengah-lengah dan
memandang remeh sesuatu perkara seperti berfikiran bahawa pengurus tempat.kerja tidak akan mengenakan
sebarang tindakan pada pekerja yang datang lewat ke tempat kerja
SKANDAL DI TEMPAT KERJA

Isu ini berpunca daripada sikap masing-masing yang lebih mengutamakan nafsu.Hal ini disebabkan kerana lebih
banyak masa diluangkan dengan rakan sekerja berbanding dengan pasangan di rumah. Malah ada yang
menganggapnya skandal di tempat kerja itu perkara biasa dan menganggap sekadar teman mesra.
5.0 PENYELESAIAN MASALAH

BERBINCANG DAN BERSEMUKA DENGAN PEKERJA

Majikan perlulah melakukan perbincangan secara bersemuka dengan invidu yang terlibat dalam
masalah disiplin tersebut dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya datang lewat ke tempat kerja dan melaksanakan
tugas sambil lewa tampa rasa bertanggungjawab sebagai seorang pekerja di sesebuah organisasi.
Apakah perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahan tersebut.
Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tampa melibatkan individu
lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami
isi hati pekerja secara lembut tampa paksaan.

BERBINCANG DAN BERSEMUKA DENGAN PEKERJA

Walau sesibuk manapun tugas sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selalu berjumpa pekerja-
pekerja tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak masalah dengan berkomunikasi dan menasihati
mereka supaya jurang antara bos dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk
berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat
dalam sesebuah organisasi tersebut dan pekerja juga akan berasa seronok untuk bekerja

CIPTAKAN SISTEM GANJARAN KEPADA PEKERJA


Sesebuah organisasi haruslah melaksanakan tau member ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat
dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus, anugerah
ataupun pakej percutian kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan mengikut kategori seperti
kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya.

MEMBERI SUASANA KERJA YANG NYAMAN DAN SANTAI


Majikan perlu elakkan memberi tekanan kepada pekerja untuk melakukan tugasan yang diberi. Beri
ruang dan waktu untuk mereka melaksanakan tugasan yang diberi sebelum ini dahulu, atau jika
tugasan itu penting maka beri kelonggaran kepada pekerja tersebut untuk menangguhkan dahulu
tugasan yang sebelumnya. Mungkin juga majikan perlu melakukan aktiviti seperti Ice Breking
sebelum memulakan kerja supaya mereka dapat mencari keserasian dalam kalangan-kalangan
mereka. Hal ini akan menyenangkan mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang akan
melibatkan tugasan dalam kumpulan.

TINDAKAN KERAS DARI KERAJAAN


Pihak kerajaan perlulah membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan
menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tampa mengira kendudukan mereka.
Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi
mereka tidak di bawa ke pengadilan yang menimbulkan rasa tidak percaya rakyat akan keikhlasan
kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau mengheret mereka ini ke
mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat
awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tampa memilih
kasih akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan
menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah
dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan ini
mestilah menggunakan media massa secara holistic iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk
memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang
dipaparkan melalui iklan ini mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat
berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi kempen yang begitu mudah tetapi berkesan
menjadi satu wahana baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

6.0 REFLEKSI

Dengan adanya kajian ini, didapati ada beberapa pengajaran yang boleh dijadikan teladan oleh
pekerja, dan masyarakat. Antaranya ialah setiap pekerja perlulah memain peranan masing-masing
untuk memajukan lagi prestasi kerja dan nama syarikat. Sikap yang baik dan mulia diperlukan oleh
semua pekerja untuk memudahkan majikan menilai pekerja di akhir pekerjaan. Disiplin sangat
diperlukan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pekerja. Semua pekerja perlu ada sifat
disiplin dalam diri masing-masing unguk mengelakkan mereka melakukan kesilapan yang akan
mengundang padah pada diri sendiri. Sekiranya kita sebagai pekerja mempunyai masalah disiplin
agak sukar untuk terus maju dalam semua sektor pekerjaan itu. Ini disebabkan oleh nama kita
mungkin sudah buruk dan menyebabkan banyak syarikat dan majikan tidak menginginkan pekerja
yang bermasalah. Pekerja yang bermasalah akan mendatangkan banyak masalah pada syarikat dan
silap haribulan akan memberikan kesan yang negatif pada nama syarikat itu.

Pekerja pada masa kini perlu lebih peka dan lebih bertanggungjawab pada kesalahan yang telah
dilakukan. Sekiranya telah melakukan kesilapan haruslah berubah untuk diri sendiri dan masyarakat
juga. Pihak bertanggungjawab perlulah memikirkan cara penyelesaian yang boleh dilakukan untuk
mengatasi masalah didisplin pekerja di Malaysia ini. Untuk melahirkan pekerja yang bagus ia
perlulah lebih banyak pengorbanan. Mereka mestilah memikirkan cara yang berkesan untuk menjamin
tiada lagi masalah yang ditimbulkan oleh pekerja di dalam sektor pekerjaan
7.0 RUJUKAN

https://images.app.goo.gl/dPQGgKKjJiSscVM46

https://images.app.goo.gl/4cCWiBkZjc8j9GYk9

https://images.app.goo.gl/ndtWdz3fFuWK9kQD7

https://images.app.goo.gl/BZE6KkTVGcwSXiw99

Anda mungkin juga menyukai