Anda di halaman 1dari 21

BIL PERKARA MUKA

SURAT
1.0 PENGENALAN

2.0 ISU DISIPLIN PEKERJA


2.1 MENGGUNAKAN PERALATAN PEJABAT UNTUK
KEPERLUAN PERIBADI
2.2 TIDAK HADIR BEKERJA
2.3 MENCURI BARANGAN MILIK SYARIKAT
2.4 TIDAK MENGIKUT ARAHAN KETUA
2.5 CURI TULANG SEMASA BEKERJA

3.0 FAKTOR BERLAKU MASALAH DISIPLIN PEKERJA


3.1 MENGGUNAKAN PERALATAN PEJABAT UNTUK
KEPERLUAN PERIBADI
3.2 TIDAK HADIR BEKERJA
3.3 MENCURI BARANGAN MILIK SYARIKAT
3.4 TIDAK MENGIKUT ARAHAN KETUA
3.5 CURI TULANG SEMASA BEKERJA

4.0 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN


4.1 MENGGUNAKAN PERALATAN PEJABAT UNTUK
KEPERLUAN PERIBADI
4.2 TIDAK HADIR BEKERJA
4.3 MENCURI BARANGAN MILIK SYARIKAT
4.4 TIDAK MENGIKUT ARAHAN KETUA
4.5 CURI TULANG SEMASA BEKERJA
5.0 PENYELESAIAN MASALAH MASALAH DISIPLIN
5.1 MENGGUNAKAN PERALATAN PEJABAT UNTUK
KEPERLUAN PERIBADI
5.2 TIDAK HADIR BEKERJA
5.3 MENCURI BARANGAN MILIK SYARIKAT
5.4 TIDAK MENGIKUT ARAHAN KETUA
5.5 CURI TULANG SEMASA BEKERJA
6.0 REFLEKSI
7.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Kajian tentang etika profesional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam sesuatu
bidang profesion dan tingkah laku golongan profesional dalam masyarakat. Isu-isu
etika dan nilai dalam sesuatu bidang profesion dan tingkah laku tidak dapat dinafikan
bahawa di dalam tugas harian, semua berhadapan dengan masalah etika dan nilai yang
sukar dan mencabar.Terdapat banyak kes-kes yang melibatkan etika kerja di dalam
kehidupan seharian.

Etika bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang hak dan
kewajipan moral. Selain itu, etika merupakan nilai tentang benar dan salah yang
dianut suatu golongan atau masyarakat. Etika juga merupakan kumpulan asas atau
nilai yang berkenaan dengan akhlak.

Kajian ini , dibuat untuk mengkaji isu permasaalahan disiplin pekerja dalam
sesebuah organisasi. Antara isu yang dikaji adalah pekerja menggunakan peralatan
untuk kepentingan peribadi , pekerja tidak hadir bekerja , pekerja mencuri barangan
milik syarikat , pekerja tidak mengikut arahan ketua dan pekerja mencuri tulang
semasa bekerja.
2.0 ISU DISIPLIN PEKERJA

ISU PEKERJA MENGGUNAKAN PERALATAN PEJABAT UNTUK


KEPERLUAN PERIBADI

Sebagai majikan, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan


kemudahan atau peralatan yang sesuai bagi membolehkan pekerjanya melakukan
pekerjaan mereka dengan sempurna. Kemudahan itu sudah tentulah serba lengkap
seperti komputer, telefon , alat tulis, fail , mesin pencetak dan sebagainya bagi
memudahkan urusan kerja kakitangan. Namun, jika kakitangan menggunakan
kemudahan di tempat kerja seperti komputer dan mesin pencetak untuk urusan
peribadi itu adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya kegunaan pejabat telah
digunakan untuk kegunaan peribadi, maka ia perlu dibayar ganti rugi.

Pekerja kerajaan adalah seperti pekerja yang diupah, ia dipercayai untuk memegang
tugas yang dibebankan dan diserahkan kepadanya, ia juga diamanati berbagai
perlengkapan dan peralatan untuk melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya,
maka ia tidak boleh menggunakannya kecuali dalam tugas kerajaan atau yang
berkaitan dengan itu. Oleh itu, ia tidak boleh menggunakan kereta tersebut untuk
keperluan-keperluan peribadinya, tidak juga telefon atau lain untuk
keperluankeperluan peribadi. Demikian juga buku nota, kertas, pena dan sebagainya.
Tidak menggunakan hal-hal tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri merupakan
kesempurnaan pelaksanaan amanat.
ISU PEKERJA TIDAK HADIR BEKERJA

Tidak hadir bekerja tapa sebab yang munasabah dan gagal untuk memaklumkan
kepada pihak atasan mereka. Bahasa mudahnya ialah ponteng kerja. Jika ada salah
seorang pekerja yang kaki ponteng, ia adalah isu disiplin yang perlu ditangani dengan
segera. Selain itu, pekerja yang selalu tidak hadir akan menjejaskan prestasi syarikat.
Pekerja yang tidak hadir akan memberi alasan seperti kecemasan yang tidak dapat
dielakkan.

Sudah tentu, terdapat sebab-sebab yang sah untuk pekerja tidak hadir bekerja. Hari
sakit berlaku dan pekerja memerlukan masa untuk pulih daripada penyakit. Terdapat
kecemasan penjagaan keluarga yang muncul, serta peristiwa cuaca yang tidak
dijangka yang boleh mengganggu keupayaan untuk mendapatkan atau melakukan
kerja. Dan pekerja juga perlu mengambil masa bercuti dari pejabat untuk berehat dan
mengisi semula supaya mereka boleh melakukan yang terbaik apabila mereka
kembali.
PEKERJA MENCURI BARANGAN MILIK SYARIKAT

Mempunyai perasaan yang ingin memiliki barangan yang bukan hal milik mereka
sendiri kerana mereka tidak mempunyai barangan tersebut. Oleh sebab perasaan
mereka yang menginginkan sesuatu barangan itu, mereka mencuri barangan tersebut
atas sebab ingin menunjukkan barangan tersebut kepada orang lain. Selain itu, pekerja
mungkin akan mencuri duit syarikat untuk menggunakan duit syarikat itu sebagai duit
peribadi mereka.

Perbuatan ini bukan sahaja akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian,


malah jika seorang pekerja berjaya melakukannya tanpa tertangkap, pekerja lain juga
mungkin akan terpengaruh dan ingin melakukannya juga.
PEKERJA TIDAK MENGIKUT ARAHAN KETUA

Sesetengah pekerja mempunyai sifat yang degil dan sukar untuk mengikuti arahan
daripada ketua mereka. Apabila diberi arahan mereka mempunyai sifat yang sukar
untuk menlaksanakan sesuatu arahan itu kerana mereka merasa mereka tidak boleh
diarah.

Mereka juga mungkin akan melawan atau membantah arahan yang diberikan.
Seseorang ketua sudah pasti mempunyai hak untuk mengarah pekerja-pekerjanya
melaksanakan tugasan masing-masing kerana pihak atasan juga telah melantik mereka
sebagai ketua untuk menjaga dan memantau pekerja-pekerja mereka.
Seorang bos juga tidak mampu untuk menjaga kesemua pekerjanya.
PEKERJA CURI TULANG SEMASA BEKERJA

Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah masalah curi tulang semasa bekerja. Ada
pekerja yang curi-curi untuk tidur apabila tidak diperhatikan. Ada yang minum pagi
atau keluar makan tengah hari bukan pada waktunya atau mengambil masa yang
terlalu lama. Ada juga pekerja yang mengambil kesempatan untuk keluar
membelibelah semasa bekerja apabila boss tiada. Pekerja yang kaki bermain game
pula mungkin menghabiskan masa di pejabat untuk bermain game secara online.

Kesemua perbuatan mencuri tulang semasa bekerja ini akan merugikan


syarikat. Budaya curi tulang merupakan suatu cabaran besar bagi institusi-institusi
yang mempunyai pekerja yang bersikap tidak amanah dengan tugas yang diberikan.
Pekerja yang melakukan perkara berlainan dari tanggungjawab pada suatu masa yang
diberikan ataupun melakukan tugas dengan bersahaja.

3.0 FAKTOR BERLAKU MASALAH DISIPLIN PEKERJA


FAKTOR BERLAKU ISU PEKERJA MENGGUNAKAN PERALATAN
PEJABAT UNTUK KEPERLUAN PERIBADI

Faktor pekerja menggunakan peralatan pejabat untuk keperluan peribadi


kerana pekerja memandang perkara itu sebagai hal kecil , bah kan ini akan
membuatkan peralatan pejabat tidak cukup untuk digunakan di pejabat dan akan
menyebabkan peralatan-peralatan pejabat tidak dapat untuk kegunaan pekerjapekerja
lain.
Selain itu , pekerja-pekerja beranggapan peralatan pejabat yang dibekalkan itu
menjadi hak milik mereka sepenuhnya dan mereka menggunakan barang-barang
pejabat itu sesuka hati.
Mereka juga menggunakan itu sebagai kemudahan untuk mereka dan mereka
tidak perlu mengeluarkan kos lain untuk membeli barang-barang yang mereka hendak
gunakan kerana mereka hanya menggunakan kemudahan peralatan pejabat.
Seterusnya, pekerja yang menggunakan peralatan pejabat sebagai kegunaan
peribadi ini ialah seseorang yang tidak amanah kerana pekerja itu tidak mengikut
amanah yang telah diberikan oleh syarikat untuk pekerja.
Akhir sekali, pekerja yang menggunakan peralatan pejabat seperti kereta
ataupun wang sebagai keperluan peribadi ini hanya untuk menayangkan kekayaan
kepada orang lain tetapi hakikatnya mereka menggunakan hak syarikat.
FAKTOR BERLAKU ISU PEKERJA TIDAK HADIR BEKERJA

Faktor pekerja tidak hadir bekerja adalah kemungkinan sesorang pekerja itu
mempunyai masalah peribadi yang tidak terurus dan akan menyebabkan pekerja itu
tido lewat ataupun melepak selepas waktu kerja sehingga lewat malam dan akan
menyebabkan pekerja itu tidak hadir bekerja keesokan harinya.

Selain itu, pekerja itu mungkin mengalami tekanan apabila bekerja. Tekanan
kerja yang diberikan oleh majikan membuatkan pekerja tertekan dan mereka akan
mengambil keputusan untuk tidak hadir kerja.

Seterusnya , persekitaran kerja kerana persekitaran kerja yang kurang selesa


akan menjadikan pekerja tidak minat untuk hadir bekerja dan mereka terasa terancam
apabila mereka ada dalam organisasi tersebut.

Kepuasan kerja juga mempengaruhi kehadiran kerja sesorang pekerja kerana


ada sesetangah pekerja yang berperangai apabila sudah mendapatkan apa yang
diimpikan oleh sesebuah organisasi itu, mereka mula bersikap malas dan mula
menunjukkan rasa bosan dan jemu terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Akhir sekali, hubungan dan pengurusan dalam organisasi. Jika hubungan


antara satu sama lain tidak dijaga , hal ini akan menyebabkan sesorg pekerja itu
merasakan perasaan yang tidak diingini dan membuatkan pekerja itu tidak datang
bekerja.
FAKTOR BERLAKU ISU PEKERJA MENCURI BARANGAN MILIK
SYARIKAT

Faktor yang berlakunya isu mencuri barangan syarikat ini kerana pekerja
mempunyai perasaan ingin memiliki sesuatu barang yang bukan hak milik mereka dan
mereka tidak mempunyai barangan tersebut Apabila pekerja itu mempunyai peluang
untuk mencuri maka mereka akan mencuri barangan milik syarikat seperti kenderaan
syarikat , wang syarikat dan lain lain peralatan pejabat.

Harga sesuatu barang yang mahal menyebabkan si pelaku tidak mampu


membeli barang tersebut lalu jalan yang paling mudah ialah dengan mencuri. Hal ini
berlaku kerana pelaku mempunyai masalah kewangan.

Pekerja itu mungkin memerlukan duit untuk menampung kehidupan dan


mungkin juga keluarga , tetapi cara yang digunakan itu digunakan secara salah kerana
mencuri. Selain itu, mereka juga mungkin malas untuk bekerja dan inginkan duit
untuk bersuka ria dan mereka mengambil keputusan untuk mencuri barangan syarikat.

Selain itu, pekerja itu mungkin mempunyai niat yang buruk untuk
menjatuhkan syarikat itu. Oleh sebab itu , pekerja itu memberikan tingkah laku yang
buruk supaya tidak dapat memajukan sesebuah organisasi tersebut dan biasanya boleh
membuat perniagaan muflis

Akhir sekali, Pencurian pekerja akan memberi kesan yang besar kepada
perniagaan , tetapi orang-orang yang bekerja di sana juga akan terjejas. Seperti yang
telah disebutkan sebelumnya, ini dapat menyebabkan sesebuah perniagaan perlu
memikirkan kembali cara untuk menjimatkan wang.
FAKTOR BERLAKU ISU PEKERJA TIDAK MENGIKUT ARAHAN KETUA
Faktor berlakunya isu pekerja tidak mengikut arahan ketua kerana pekerja
mempunyai perangai belagak sombong dan angkuh. Di sebabkan hal ini, mereka
merasa mereka tidak perlu untuk mengikuti arahan ketuanya dan membuat kerja
sesuka hati mengikut kebijak pandaian mereka.

Pekerja-pekerja yang tidak mengikut arahan ini juga kerana mereka ingin
menunjuk kan perangai mereka yang mengetahui untuk melakukan semua kerja dan
ingin dilihat oleh semua pekerja lain bahawa dia adalah pekerja yang bagus sebabkan
dia tidak perlu mengikut arahan ketuanya sehinggakan ingkar dan tidak mengikut
langsung arahan ketuanya.

Mereka juga akan membantah atau melawan keputusan ketuanya sesama


dalam mesyuarat kerana mereka tidak mahu mengikut arahan dan keputusan yang
diberikan. Mereka ingin meyatakan keputusan mereka supaya dia dipandang tinggi
oleh pekerja-pekerja lain. Tetapi hal ini akan menyebabkan potensi mereka sebagai
pekerja menurun kerana tidak mempunyai akhlak dan adab dengan ketuanya.

Selain itu, pekerja juga berfikir bahawa ketua hanya orang atasan bukan
majikan dan tidak perlu untuk menghormati dan mengikuti arahan ketua. Oleh sebab
itu pekerja-pekerja yang bersifat begini mereka tidak mahu mengikuti arahan pekerja.

Akhir sekali, mereka juga berpendirian yang negatif kerana mereka berfikir
bahawa ketuanya hanya tahu mengarah dan menggunkan mereka hanya untuk
membuat kerja-kerja yang disuruhnya.
FAKTOR BERLAKUNYA ISU CURI TULANG SEMASA BEKERJA

Faktor berlakunya isu curi tulang semasa bekerja ini kerana pekerja
menggunakan waktu kerja untuk urusan peribadi atau urusan yang tiada kaitan dengan
kerja.

Selain itu, pekerja juga keluar pada waktu kerja untuk urusan luar tetapi tiada
kaitan dengan kerja ataupun keluar lepak semasa waktu kerja dan keluar makan atau
minum pada waktu bukan rehat.

Seterusnya, berbual-bual kosong atau mengata pasal orang lain dengan


pekerja lain yang tiada kaitan langsung berkaitan kerja.

Pekerja juga menggunakan atau menipu semasa waktu overtime untuk balik
kerumah ataupun melencong ke tempat lain dan datang semula hanya untuk punch
out. Pekerja yang malas,letih dan lesu mereka akan menggunakan masa untuk tidur.

Akhir sekali, pekerja yang gemar bermain permainan video mereka akan
menggunakan masa bekerja untuk bermain permainan video sepanjang masa dan
tidak membuat kerja.
HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU PEKERJA MENGGUNAKAAN
PERALATAN PEJABAT UNTUK KEPERLUAN PERIBADI
Hubungkait teori dengan isu pekerja menggunakan peralatan pejabat untuk keperluan
peribadi adalah meneroka teori keperibadian mulia kerana teori ini melakukan
tindakan baik seperti berlaku adil, jujur, simpati, dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh individu. Jika seseorang pekerja itu menggunakan peralatan pejabat
untuk keperluan peribadi maka pekerja itu tidak jujur.

HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU PEKERJA TIDAK HADIR BEKERJA


Hubungkait teori dengan isu pekerja tidak hadir bekerja ialah ponteng kerja berkaitan
dengan Teori Wajiban (Deontologis) kerana teori in menerangkan tentang kewajipan
atau tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang pekerja.

HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU PEKERJA MENCURI BARANGAN


MILIK SYARIKAT

Hubungkait teori dengan isu pekerja mencuri barangan milik syarikat ialah
teori Wajiban (Deontologis) merupakan teori berlandaskan prinsip moral dan
kewajipan kepada kita dan peraturan yang telah sedia ada untuk melakukan kewajipan
tersebut. Tujuan yang baik tidak semestinya menjadikan perbuatan itu juga yang baik.

HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU PEKERJA TIDAK MENGIKUT


ARAHAN KETUA

Hubungkait teori dengan isu pekerja tidak mengikuti arahan ketua ialah teori Wajiban
(Deontologis) kerana seseorang pekerja haruslah mengikuti segala arahan yang
diberikan oleh ketua. Ketua ialah seseorang yang harus pekerja hormat dan tidak
membantak arahan beliau kerana beliau mempunyai hak untuk mengawasi
pekerjyanya.

HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU PEKERJA CURI TULANG SEMASA


BEKERJA
Hubungkait teori dengan isu pekerja curi tulang semasa bekerja ialah teori
Wajiban (Deontologis) ini andaian apabila melakukan sesuatu Kewajipan
menunjukkan kita bermoral dan apakah peraturan yang telah sedia ada untuk kita
melakukan kewajipan tersebut. Sebagai contoh, curi tulang semasa bekerja
merupakan salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh pekerja

5.0 PENYELESAIAN MASALAH MASALAH DISIPLIN

PENYELESAIAN MASALAH BAGI ISU PEKERJA MENGGUNAKAN


PERALATAN PEJABAT UNTUK KEPERLUAN PERIBADI

Langkah penyelesaian bagi masalah pekerja menggunakan peralatan pejabat


untuk keperluan peribadi ialah pihak majikan perlu beri amaran terlebih dahulu
kepada pekerja yang menggunakan peralatan pejabat untuk keperluan peribadi supaya
pekerja itu tidak mengulangi kesilapan mereka menggunakan peralatan pejabat
sebagai keperluan peribadi.

Seterusnya pihak majikan juga boleh beri kaunseling kepada pekerja. Jika
pekerja itu masih menggunkan peralatan pejabat sebagai keperluan peribadi , majikan
boleh memberi kaunseling kepada pekerja itu agar pekerja itu sedar akan kesilapan
mereka kerana mengguna peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi.

Selain itu, majikan juga boleh mengadakan perjumpaan dengan pekerja itu
untuk tanya kenape mereka menggunkan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi.

Majikan juga boleh menetapkan perjanjian antara pekerja agar pekerja tidak
mengulangi kesilapaan itu dan berjanji untuk tidak menggunkan peralatan pejabat
untuk keperluan peribadi. Majikan juga boleh membuat peraturan jika hendak
menggunkan perlukan bayaran pada setiap peralatan yang digunakan.

Akhir sekali, majikan juga perlu sentiasa awasi tingkah laku pekerja agar
pekerja tidak akan menggunkan kemudahan yang diberikan di pejabat sebagai
keperluan peribadi.
PENYELESAIAN MASALAH BAGI ISU PEKERJA TIDAK HADIR BEKERJA

Langkah penyelesaian bagi isu pekerja tidak hadir bekerja ialah majikan perlu
berjumpa dengan pekerja tersebut untuk mengetahui masalah pekerja tersebut kenapa
kerap tidak hadir bekerja .

Selain itu, majikan juga boleh memberi sedikit nasihat kepada pekerja agar
jangan terlalu kerap tidak hadir bekerja kerana hal ini membolehkan seseorang
individu itu tidak mencapai KPI (key performancs indictor) atau terlibat dengan
masalah disiplin.

Seterusnya, keletihan ditempat keja juga mempengaruhi kerana apabila


seseorang pekerja itu letih , mereka akan berasa malas untuk hadir bekerja. Mereka
juga berasa letih apabila mereka terlalu banyak kerja di tempat kerja lalu mereka
mengambil keputusan untuk tidak datang bekerja.

Gangguan di tempat kerja juga akan mempengaruhi seseorang pekerja itu


kerana jika pekerja tidak berasa selesa atau selamat di tempat kerja. Gangguan boleh
dilakukan secara lisan atau fizikal ataupun kedua-duanya ia boleh datang daripada
pihak atasan dan pengurus atau rakan sekerja.

Akhir sekali, tiada kenderaan tetap untuk bekerja juga akan mempengaruhi
pekerja untuk tidak datang bekerja. Pekerja itu mungkin menggunakan pengangkutan
awam untuk bekerja dan jika pada hari itu mereka sudah lambat dan tidak mempunyai
kenderaan makan mereka akan mengambil keputusan untuk tidak hadir bekerja.
PENYELESAIAN MASALAH BAGI ISU PEKERJA MENCURI BARANGAN
MILIK SYARIKAT

Penyelesaian masalah bagi isu pekerja mencuri barangan milik syarikat ialah
pekerja itu perlu berjumpa dengan majikan dan memberitahu bahawa mereka
memerlukan duit dan meminta pinjam wang dengan majikannya.

Selain itu, majikan juga boleh mengenakan tindakan kepada pekerja yang
mencuri barang syarikat agar pekerja yang mencuri itu sedar akan kesalahannya.
Pekerja itu juga akan kesali perbuatan itu dan tidak akan mengulangi kesalahan itu
lagi.

Majikan juga boleh mengeluarkan surat saman kepada pekerja yang bersikap
mencuri itu ataupun majikan boleh membuat aduan polis agar pekerja itu mendapat
hukuman kerana telah mencuri barangan ataupun wang syarikat.

Seterusnya, majikan juga boleh memberi hukuman kepada pekerja dengan cara
mengantung pekerja yang mencuri itu agar pekerja itu dapat ikhtibar dengan apa yang
sudah terjadi.

Akhir sekali, majikan juga boleh memberhentikan pekerja itu serta-merta


supaya pekerja itu tidak akan mengulangi salahnya untuk mencuri di syarikat itu dan
dapat menjaga reputasi nama baik syarikat.
PENYELESAIAN MASALAH BAGI ISU PEKERJA TIDAK MENGIKUT
ARAHAN KETUA

Cara penyelesaian masalah bagi isu pekerja tidak mengikut arahan ketua ialah
ketua ini boleh membuat aduan kepada pihak atasan tentang sikap pekerja yang tidak
mengikut arahan ketua supaya pihak atasan menggambil tindakan terhadap pekerja
itu.

Ketua itu juga boleh berjumpa bersemuka antara ketua dan pekerjanya agar
ketua boleh menanyakan tentang masalah pekerja itu. Ketua juga boleh menanyakan
kenapa pekerja itu tidak mahu mengikuti arahan ketuanya.
Pihak atasan juga boleh memberi nasihat kepada pekerja itu agar mendengar
dan mengikuti arahan ketuanya kerana pihak atassan sudah memberikan kepercayaan
dan tanggungjawab kepada ketua untuk menguruskan pekerjapekerjanya.

Seterusnya, ketua juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan pekerjanya agar


pekerjanya tidak memberoktak dan ingkar dengan arahan ketuanya. Dengan ini
pekerja itu mungkin boleh mengubah sikapnya untuk mematuhi atahan ketuanya.

Akhir sekali, ketua perlulah bersikap tegas dalam memberi tugas dan
menekankan tugasnya kepada pekerja agar pekerja dapat mematuhi arahan-arahan
yang diberikan oleh ketuanya.
PENYELESAIAN MASALAH BAGI ISU PEKERJA CURI TULANG SEMASA
BEKERJA

Penyelesaian masalah bagi isu pekerja curi tulang semasa bekerja ialah majikan
perlulah membuat pemantauan secara tekejut agar majikan dapat melihat sikap
pekerja-pekerjanya dan boleh memberi teguran kepada mereka yang curi tulang
semasa bekerja.

Selain itu, majikan juga boleh memasang CCTV di pejabat agar pekerjapekerja tidak
curi tulang semasa bekerja. Dengan adanya CCTV majikan boleh memantau pekerja-
pekerja tanpa perlu ada di pejabat.

Seterusnya, majikan seharusnya memberi teguran atau amaran sekiranya


seseorang pekerja sengaja mencuri tulang dalam melaksanakan tugasan yang diberi,
Sekiranya amaran yang diberi tidak dihiraukan, majikan berhak memecat pekerja itu.

Di samping itu, majikan juga boleh menaikkan gaji pekerja mengikut prestasi kerja
yang dihasilkan. Oleh hal yang demikian, seseorang pekerja itu akan bersemangat
untuk melaksanakan tugasan mereka dengan baik demi mendapatkan ganjaran yang
ditawarkan.

Akhir sekali, seseorang pekerja itu sewajarnya bijak dalam memilih rakan sekerja
kerana diri kita mudah terpengaruh dengan orang sekeliling. Sebagai contoh,
seseorang pekerja itu harus mencontohi sikap pekerja yang rajin menyiapkan tugasan
tepat pada waktu yang diberikan dan bukan mencontohi pekerja yang suka mencuri
tulang.
6.0 REFLEKSI

Disiplin adalah tulang belakang yang memainkan peranan penting kepada


hubungan industri yang sihat dan berkualiti. Pemeliharaan disiplin pekerja adalah
penting demi kelancaran sesebuah organisasi tau syarikat. Semangat pekerja dan
keamanan industri semestinya dikaitkan dengan pemeliharaan disiplin yang betul.

Tindakan disiplin yang berkesan kepada pekerja bermasalah juga dapat


membantu mereka pulih dan berubah menjadi lebin baik. Oleh itu, pihak yang
berwajib haruslah memandang serius hal disiplin. ini dan sentiasa membantu pekerja
yang mempunyai masalah. Hal ini dikatakan demikian kerana, tindakan seseorang
pekerja boleh mempengaruhi orang lain yang bekerja di bawah organisasi atau
syarikat yang sama.Dengan cara ini, kita dapat melahirkan pekerja-pekerja dalam
Malaysia yang berdaya sing dan berdisiplin sekaligus dapat mengharumkan negara di
mata dunia.
7.0 RUJUKAN

1 . Coach Narwhal , Kesimpulan pekerja , University of Kuala Lumpur ,

1/6/2022 https://www.coursehero.com/file/124755745/Kesimpulan-pekerjadocx/

2 . Zahin Byond , Cara uruskan isu disiplin dalam Syarikat , 28/6/2023


https://mysyarikat.com/cara-uruskan-isu-disiplin-pekerja-dalam-syarikat/

3 . Al Farabi Shariff , Cara mengatasi masalah pekerja , 2023


https://alfarabishariff.com/4-cara-mengatasi-pekerja-yang-bermasalah/

4 . Dhiayana , pekerja tidur di tempat kerja , 20/4/2020


https://www.coursehero.com/file/p106sa2g/Pekerja-yang-tidur-di-tempatkerja-
tidak-mematuhi-etika-kerja-dan-tidak/

5 . Fikkey Z , Tidak hadir bekerja , 2023 Scribd Inc.


https://www.scribd.com/document/509402894/Tidak-Hadir-Kerja

6. WordPress and HitMag , Cara Mengatasi Pekerja Yang Suka Curi Tulang , 2023
Eratuku
https://www.eratuku.com/cara-mengatasi-pekerja-yang-suka-curi-tulang/

Anda mungkin juga menyukai